camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Tuesday, March 8, 2011

temuduga


tadi masa aku keluar buang sampah, aku terserempak dengan anak jiran ku yang berbondong2 ( tak ramai pun 3,4 orang jer ) di kaki jalan..terus jer aku berkepoci ( kepoh ) dan bertanya..nak gi mana ni ramai2?

jawapan nya nak gi temuduga. temuduga??...oh gi temuduga..goodluck ye
nasib baik sebutan terkejut temuduga tu tak la kuat sangat, aku harap mereka tak perasan.
kenapa aku terkuat bunyik temuduga tu? sebab aku terkejut begitu gaya mereka nak gi temuduga ( tak kisah lah kat mana pun, waima nak temuduga kat kilang kicap pun ) dengan pakaian yang macam nak gi merempit dan yang sorang lagi tu macam baru bangun tidur jer.

menyebut pasal temuduga ni aku teringat zaman kegemilangan empayar syarikat aku ni dulu, kerap sangat lah kami membuat temuduga terbuka untuk pengambilan pekerja baru. dulu..dulu..masa kami dapat kontrak membekal pekerja pembantu penyambut tetamu di Golden Lounge MAS selama hampir 10 tahun, aku naik muak untuk buat temuduga..bayang kan aku ada hampir 200 staff meliputi pembantu penyambut tetamu ( gadis cantik sahaja haha ) Bistro ( gadis dan jejaka ) pembantu business centre dan pekerja pembersih ( cleaner - ni biasa nya pakcik dan makcik ) pekerja datang dan pergi..setelah penat aku latih dan didik, aku groom jadi cantik dan gojes, mereka lari cari kerja lain yang melambak kat airport ni...nasib badan!!

seperti kata sahabat blogger ku SAK, kebanyakan mereka yang datang temuduga ni tak bersedia, bahkan ada yang tak tau pun apa pekerjaan jawatan yang mereka pohon itu. ( SAK menemuduga pemohon yang berkelulusan tinggi dan sijil bergulung, dia pening dengan kerenah orang terpelajar, aku menemuduga pemohon yang bersekolah sekerat jalan tapi nak glamor, bayangkan lah 'kepeningan aku nih! )

ada yang datang pakai seliper jepun jer, ada yang datang terlebih bergaya ( maklum nak kerja kat airport ) ada yang datang nak suka2 jer kawan ajak!

aku nak luahkan perasaan aku sebagai 'penemuduga', karektor bagaimana yang akan aku tandakan 'lulus' di kotak borang permohonan. ( ini untuk jawatan bidang 'kepakaran' aku ye, bidang lain, lain pula gaya nya )

1. mengetuk pintu sebelum masuk ( jangan meluru masuk, kadang penemuduga belum sedia, tengah buat apa2 ke..kan malu dia..kang dia kasi pangkah itu borang! )

2. menghulur salam dulu dengan aku sambil tersenyum dan memandang ke mata aku ( tak jadi masaalah sebab yang aku perlukan perempuan so tak haram eh )

3.memperhenalkan nama

4.duduk setelah di suruh duduk ( ada yang wat sadin jer duduk dan betul2 kan rambut -belagak giler! ceh )


5.berpakaian yang bersesuaian, kalau berbaju kurung, kemas, berkasut tumit sederhana tinggi,tidak semak dengan gelang ,rantai dan apa bagai, bermake up yang sederhana juga.

6.tenang menjawab soalan satu persatu,tidak kuat dan tidak perlahan suara, tidak gelak mengada2 dan yang penting jawapan seperti yang dikehendaki soalan ( tidal kelaut! )

7.bila di tanya ada apa2 soalan/pertanyaan jangan tanya berapa gaji saya!! ( ini kepantang aku..kan dah di tulis kat iklan gaji berapa... blablabla, tunjuk kan dulu kualiti kerja kamu )

8.tidak memandang aku dengan pandangan cuak..macam hek eleh muda nya, layak ke nak interview aku nih??

tahu kah korang betapa aku paling benci nak temuduga orang nih,buat kering airliur aku jer..tahu kah kamu betapa aku terketar2 kali pertama dulu nak temuduga orang sebab di sebalik dinding ada 2 monster tengah menghakimi aku ( boss aku lah! ) dan tahukah korang yang aku 'wajib' ada ilmu melebihi korang supaya korang tidak menemuduga aku pulak!..wakaakaka

bersedia lah wahai adik2 yang hendak pergi temuduga..kerja susah nak cari sekarang ni, so nekad lah untuk menawan hati penemuduga, berpakaian kemas dan sesuai dengan jawatan yang hendak di pohon, study atau cari seberapa banyak maklumat pasal kerja tu, semak dan sediakan apa barang yang di kehendaki dalam iklan yang di siarkan..( seperti gambar, sijil dan sebagai nya )

SELAMAT MAJU JAYA



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

3 dah luah kan rasa:

Asmi Asmidar said...

waaterima kasih sebab share share niy .hee .boleh lah mida guna untuk temuduga nanti kan .:)

Asmi Asmidar Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » temuduga

azahrohaizah said...

thanks mida
caner study? slowly stopkan aktiviti luar ye..syuib pun aunty dh start gunakan kekerasan!haha

Asmi Asmidar said...

study so far so good laa .kena push lebih sikit . .
aktiviti luar tak banyak aunty .aktiviti sekolah ni .nak kurangkan pun tak boleh . .semua benda kena join . . .
hee .guna jee aunty . .biar dia rasa . .hee *untuk kebaikan dia juga .:)

Asmi Asmidar Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » temuduga

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...