camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Saturday, April 21, 2012

tag di fb...

benar lah fenomena fb ni ada pro dan kontra nya...walau tak lagi menduduki carta pertama dalam hati kerana dah ramai beralih ke twitter..namun aku masih setia dengan fb walaupun jarang2 update status...tapi baru sat ni aku buka akaun aku..first aku nampak ada gambar lama telah di tag oleh sepupu ku... ( suami DJ Lin -radio Melaka ) apa lagi airmataa aku macam empangan pecah...sudah lama tidak ku tatap..sudah lama  tidak ku lihat.......wajah setenang dia...

                       !
                       !
                       !
                       !

ini lah photo keluarga Ayah Raushan, dari kiri nombor dua itu ialah arwah ayahanda ku Rashidi Hj Jenaid...( hansem dan segak orang nya ) sangat padan dengan mak yang manis menawan..aku masih ingat waktu aku kecik dulu, ramai orang suka tarik pipi aku dan kata comel, dan pastu mesti orang akan cakap camni..patut la comel..tengok la mak dan ayah dia...huahuahua..kembang semangkuk la agak nya kedua orang tua ku itu!
dan di sebelah arwah abah ialah kakak nya iaitu bonda dan ayahanda Ayah Raushan, ( kedua nya juga telah kembali menemui Pencipta yang Maha Mengasihi )

entah mengapa hati terusik????......rindu sangat rindu....



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, April 11, 2012

kembara mencari redha Mu...

salam..
diam tak diam dah  2 minggu aku pulang dari tanah suci Mekah..tapi rasa nya kerinduan semakin parah...sewaktu solat di rumah, aku terasa2 seperti bersolat beramai2 di mesjid...tiba2 hati terasa sayu ya amat...mungkin ini yang di namakan 'kemanisan' beribadah..

hari minggu kemarin aku ke majlis kenduri kawin adik angkat ku..maka ramai lah aku berjumpa dengan makcik2 adik angkat aku ni...dua tiga orang makcik dia, tak putus2 menyatakan ..betapa beruntung nya aku muda2  dah dapat pergi 'sana'..dah dua kali lak tu...

sedang kan mereka, umur dah lanjut, duit tu ada tapi hajat asyik tak sampai jer..dan petang tadi sewaktu on9 dengan seorang kakak se kampung dgn aku..dia pun sama...betapa dia ingin sangat pergi..tahun lepas duit dah cukup..dah daftar dah..tiba2 anak bungsu dia excident patah kaki..terus tak jadi...mungkin ini yang nama nya 'seru'...dan dia sampai tanya apa amalan aku hingga aku dapat pergi ...astaqfirullah halazimm..kakak oiii amalan apa nya..perangai aku ni huduh kut..

baikk..aku rasa nak merepek malam ni..tapi dengan cara aku lah..aku tak pandai berhujah macam ustazah dato siti norbayah...cukup kalau apa yang aku cakap ni dapat di fahami...

pada aku kita kena ada 'hubungan' dengan Allah...tak kira lah luaran kita ni macamana asalkan kita ikhlas..ingat sekali lagi, ikhlas itu hanya Allah saja yang tahu!!

macam kita ada hubungan dengan pasangan...setiap saat kita ingat dia...baca mesage dari dia pun sambil senyum..tak sabar2 nak tunggu kehadiran dia...macamana susah pun dengan dia sanggup di harungi...sedikit pun tiada rasa kesal..malah rasa puas bila dapat berkorban untuk yang tersayang...bila dia susah, kita pun turut merasa kan kesusahan nya..berjauhan terasa rindu yang amat hingga tak sedar airmata menitis...

begitu lah lebih2 lagi hendak nya hubungan kita dengan Allah...kita ni kadang sembahyang sebab hukum jer...takder perasaan pun..ehh ingat segala macam lagi...cuba tengok orang yang ada rasa ,baca Fathihah sambil menanges...kenapa?...
lepas sembahyang berdoa, menangis lagi...bila baca Alquran, bergetar suara...( jangan silap tafsiran apa yang aku kata ni...aku pun bukan nya pandai sangat...macam yang aku kata tadi..perangai aku huduh kut )

tapi bila kita takder 'rasa' tu..kita dapat pergi Mekah pun tak guna kerana kita tak dapat merasai kemanisan nya..kerana kat sana bukan nya selesa...dengan cuaca yang amat panas dan kering..dengan orang yang sangat ramai...dengan terpaksa berjalan kaki untuk ke mesjid...bukan tidak ada yang merungut2 dan hendak pulang dengan segera dan ramai pula yang lebih bershopping dari ke mesjid!!..

tapi bila kemanisan dapat di rasakan..ketidakselesaan bukan perkara utama..kepanasan bagai terserap dengan tiupan angin...orang ramai seperti bersendirian...airmata yang sentiasa mengalir rasa seperti senyuman kebahagiaan!...menatap Kaabah seperti berada di dalam syurga...

apa2 pun hidayah itu milik Allah dan sentiasa lah panjat kan doa agar ia menjadi milik kita...


gua hiraq di mana baginda rasulullah mendapat wahyu yang pertama..kami tidak singgah, hanya melihat melalui kenderaan saja...dikhabar kan untuk sampai kepuncak mengambil masa dua jam..( tidak kelihatan didalam gambar...sebenar nya berduyun2 orang mendaki untuk sembahyang sunat di gua Hiraq )

ini ialah Bukit Jabal Thur di mana telah berlaku peperangan Badar pada zaman rasulullah..di katakan pasukan perang baginda menang besar pada awal nya, namun kerana tidak mendengar nasihat baginda untuk berdiam dahulu di dalam kubu, mereka tamak dan segera merampas harta perang,maka pasukan perang di serang hendap dari belakang...ramailah yang terkorban sebagai syahid..

RALAT: Perang Uhud sebenar nya...terima kasih pada blogger xkenalmakertakchenta.blogspot.com kerana pembetulan dan perihatin nya..

ramai yang cuba mendaki untuk melihat sendiri kesan yang di tinggal kan.

sepanjang jalan hampir tiada bangunan atau rumah yang kelihatan..kalau ada pun jarang2

ini di bukit Jabal Rahmah...tengok tu mereka tulis nama di situ..semoga dapat jodoh agak nya..heehehe

ini unta yang cantik di make up..nak naik unta ni boleh..bayaran nya 5 riyal sahaja

ahli keluarga ku bergambar kenangan di perkarangan  Mesjid Cuba'..

adik ku di pasar Qurma...segala mak nenek Qurma ada disini..Qurma nabi di sini sekilogram harga nya 150 riyal! gulppp...tapi apa ada hal..khasiat nya sangat banyak..selain dari tiada biji, lembut..ia mengenyang kan dan di kata kan dapat mengubat penyakit ringan dan terang hati

errrrrrr sekali kat sini, di kaki bukit Jabal Thur..qurma nabi sekilogram 55 riyal saja!..hahaha..tapi emak aku kata...kat sini kebersihan di ragui...habuk pasir berterbangan kut...( cara2 nak hiburkan hati..)

sekarang ni kota Mekah sedang dalam pembinaan besar2ran...habis segala bangunan kedai dan hotel di roboh kan..yang dalam gambar tu hotel2 kosong yang menunggu masa saja untuk rebah...oleh sebab tu hotel kami di Mekah agak jauh dari mesjid..dan kami terpaksa mendaki dan menuruni bukit yang boleh tahan gak la tinggi nya bila naik dan curam bila turun...hahaaha kalau sebulan harus tonggek nihh..

pemandangan di belakang Masjidilharam...kren berceracak2 dan bunyi jentera bekerja 24 jam tanpa henti!

namun begitu kedai2 menjual cenderamata tetap ada...siapkan duit nya saja!

dan disini..ohh ya mata wang Arab saudi sekarang ialah rm100 bersamaan 120 riyal





setakat ini saja yang dapat aku kongsi kan..harap segala paparan tiada salah tafsir atau anggapan..aku ikhlas untuk berkongsi pengalaman..semoga mendatang kan keinginan untuk pergi kesana...
dan apa yang aku tulis ialah apa yang aku RASA...orang lain mungkin lain pula rasa nya...
Wallahualam.

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, April 10, 2012

Alfatihah...


maaf aku tidak dapat menyambung janji ku untuk entry lawatan ku di kota Mekah..ini kerana sepupu ku Alayarhamah Leha binti Hassan telah menyahut panggilan Ilahi pada 8 malam tadi akibat bertahun2 menderita penyakit barah payu dara...aku telah kehilangan 3 orang sepupu akibat barah..adik pada arwah juga sekarang sedang menderita barah rahim...

 Ya Allah semoga penderitaan nya telah Kau ganti dengan membasuh segala dosa nya..
dan sambut lah dia di syurga Mu..aminnn

. ......menunggu giliran????......

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, April 8, 2012

kembara Part 4- Mekkah Al Mukarramah...

kemudian tiba lah waktu yang ditunggu2 dengan penuh debaran, iaitu waktu menuju ke Mekkah untuk perkara wajib dan utama iaitu berikhram dan tawaf mengelilingi Baitullah..Kami meninggal kan Madinah yang penuh dengan kemanisan itu selepas makan tengahari dan solat zhohor...mandi sunat ikhram dan memakai pakaian ikhram maka bermula lah pantang larang bagi mengerjakan ikhram...sampai di Bir ali lebih kurang waktu asar terus solat asar dan solat sunat ikhram seterus nya berniat ikhram...

Dia ibu ku..insan mulia yang membawa ku ke dunia ini...alhamdulillah niat mak nak bawa kami adik beradik ( 4 dari 6 beradik ) telah tercapai...harapan mak agar kami menjadi anak yang lebih soleh dan solehah dan yang 'sakit' semoga sembuh seperti sediakala...Semoga syurga Al Jannah tempat mu ibu...aminn

ini lah anak mak yang sihat walafiat sewaktu di sana....kuat makan dan kuat sentap..hehehe nak wat caner airmata sangat murah...laju jer turun nya...

Saly adik ku yang no 4...sangat berdidikasi dan kuat semangat...pendiam dan penyabar...

Asme adik ku yang no5...sejibik perangai aku...bising,kuat gelak ...heheh whatever..


Aboy adik bongsu kesayangan kami...dia ni 'sakit'... semoga Allah merahmati Aboy..di beri ketenangan dan kekuatan...

di Bir Ali untuk bermiqat yakni solat sunat tawaf dan berniat


aku selepas tawaf...lihat ramai nya umat... kesabaran dan kecekalan jiwa saja yang membuat kita tenang dan selesa...
saie..berlari2 anak dari bukit Safa ke bukit Marwah..sebagai mengingati bagaimana ibu Nabi Ismail iaitu Siti Hajar berlari2 di tengah padang pasir kerana mencari air untuk anak nya yang menangis ke hausan...dengan takdir Allah terbit mata air dari tumit si kecil yang melonjak2 ketika menangis...dengan segera si ibu mengepung air yang membuak2 keluar dari perut bumi yang tandus itu dengan kedua belah tangan nya sambil berkata Zam zam..zam zam...iaitu berhenti!

berpusu pusu memasuki pintu babul salam.... ada branni?...

sebahagian dari ahli jemaah umrah...jum sapa2 nak pergi kontac aku...kita pergi ramai2 nak?..sambil beribadah kita mengeratkan lagi tali siratulrahimm..

indah nya kota suci ini di waktu malam

berposing lagi..

kerinduan yang masih membara...Ya Allahhh...Subhanallah 


ini sebahagian pengalaman aku di tanah haram ini...memang tidak semua ku cerita kan, dan banyak lagi gambar yang tidak ku upload...aku harap korang akan 'merasa' sama apa yang ku rasa...demi Allah aku tidak berrniat hendak menunjuk2 atau riak..jika itu terdetik di hati korang, maka segera lah beristiqfar..sesungguh nya perasaan tidak ikhlas itu menjauh kan hubungan  kita dengan Allah...ingat lah

 IKHLAS ITU RAHSIA BATIN ANTARA KITA DAN ALLAH SEHINGGA KAN TANGAN MALAIKAT PUN TIDAK MAMPU UNTUK MENCATAT NYA!!

tunggu catatan terakhir aku iaitu tempat2 yang sempat kami ziarahi...sesungguh nya melihat peninggalan dahulu sangat menginsafkan...jauh dari segala kemudahan namun mereka berjuang untuk syahid!!

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, April 7, 2012

kembara Part 3 -Medinah an-Munarwarrah...

tiba di lapangan terbang Jeddah kami terus solat Qasar...tak perlu ku hurai kan kepenatan dan cabaran nya...dengan beg tuan sheikh kami hilang, dengan kerenah orang Arab yang tak menentu...dengan segala macam...tapi tetap kami tempuhi dengan tenang, akhir nya kami berlepas ke Medinah dengan menaiki van yang muat2 ahli rombongan kami..tiada keluhan, tiada rungutan...setelah 6 jam melalui perjalanan malam yang gelap dan pekat akhir nya kami sampai di Hotel yang akan kami duduki selama 3 hari 3 malam...memang..memang jika hendak di sebut banyak sangat yang tidak kena, banyak sangat yang tidak selesa tapi ada kah setanding dengan ketidak selesaan baginda Rasulullah sewaktu beliau berjuang menegak kan syiar Islam dahulu?...huh..sezarah pun tidak..so mengapa nak komplain?...

sewaktu pintu van dibuka....ermmm aku sudah tercium bau Madinah...aku tercium harum nya makam nabi SAW...memang kami di beritahu bahawa sekarang Madinah musim sejuk, tapi aku tidak membayang kan kesejukan yang begini...sekali angin bertiup, menggigit ke tulang hitam..adik aku kata rasa macam musim Spring..hehe mana lah aku tahu..dan udara nya kering..sewaktu di sedut meninggal kan rasa sakit di hidung dan terus ke kepala.. jadi sudah tentu bibir kering, terkoyak dan merekah...kulit muka pun ikut mengelupas...( tapi peduli apa semua itu..kenikmatan berada di dekat baginda Rasulullah bagai mengubat segala kepayahan! )


ini ialah perkarangan Mesjid Nabi...ramai nya pencinta Rasulullah berlipat ganda dari tahun sebelum nya..tiada ruang kosong di luar, apalagi di dalam mesjid...



lihat kubah hijau tu, di situ lah terletak nya makam kekasih Allah...bagi jemaah lelaki, mereka di benarkan melawat makam dan Raudhah ( taman dari salah satu taman syurga, yg di kata kan makbul segala doa ) pada setiap masa namun bagi jemaah wanita hanya satu sejam setengah selepas Zhuhur dan selepas Isyak dalam pukul 9 waktu tempatan sehingga pukul 11.30 malam sahaja...jika sesiapa yang pernah pergi beberapa tahun dahulu, mungkin agak mudah untuk berziarah kemakam nabi dan bersimpuh sembahyang sunat di Raudhah..tapi kunjungan ku kali ini, untuk mendekati makam dan Raudhah ada lah seperti perjuangan Fisabilillah..sungguh!! ia ibarat berjuang separuh mati..hanya taruhan jiwa yang amat mencinta saja sanggup mengharung lautan manusia yg berbagai bangsa dan saiz yang besar2 belaka..

ku gagahi juga walau nafas seperti telah tersekat..wajah memucat...aku hanya memohon..Ya Allah, izin kan lah..izin kan lah...ya Rasulullah aku sudah hampir..amat hampir dengan mu...dan aku bawa salam dari umat mu...terima lah ya habyballah...

ermmm aku dan kanak2 tak boleh di pisah kan...comel nyaaaaaa

bukan aku yang kena tolak..tapi aku yang tolak maklong...rasa bertuah di beri peluang menjaga dan merawat orang yang uzur...alhamdulillah aku rela dan redha..

bertuah maklong di jaga oleh para dayang...

ni loby hotel kami yang selesa...besttt

aku, mak, bibik dan sepupu bersantai sebelum bersantap...

sayangggg mak

menungguuu...mana nih...liat kalau nak ke mesjid..kalau shoping, hiduuuup

berposing sebelum ke mesjid...heheh

shopping time....huh!

dan airmata yang tidak putus2 mengalir sewaktu melambai salam perpisahan dengan kekasih Allah itu...Ya Allah jemput lah aku lagi...datang kan lah aku lagi kesini walau dengan apa cara sekali pun, aku redha...

tinggallah bumi Madinah yang sangat gah dan memukau..tinggal lah kenangan yang sangat manis di dalam dakapan kasih Pesuruh Allah...

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, April 5, 2012

kembara Part2 ...India

baikk..aku dah cerita mengenai persinggahan pertama di Bangkok..walaupun ceritaku tidak mengeluruh namun aku harap gambar dapat menceritakan segala nya.. ok, pada hari berikut nya kami bertolak ke Jeddah menaiki India Airlines...sepatut nya transit di India tak lama lebih kurang sejam dua saja, tapi kerana masaalah teknikal, kami di beritahu yang flight kami hanya boleh bertolak pada esok hari nya.. Aiyoyoo pa..mau tidur sini ka?..masing2 dah cuak almaklum penat dlm perjalanan selama 6jam dari Bangkok- India belum hilang lagi..ni nasib belum tahu bagaimana..tambahan kami bawa Maklong yg uzur dan ada 'orang sakit'...ermmm sabar je lah..semoga semua nya tabah dalam kembara menuju kerumah Allah ini..
 Mujur melalui perbincangan demi perbincangan akhir nya pihak India Airlines setuju menghantar kami ke hotel '5 bintang' yang terletak tidak sampai 1 kilometer dari airport..walau pun mengambil masa yang lama, akhir nya bas yang nak bawa kami sampai juga..so biar photo ambil tempat yeeee

ini lah diantara kami2 yg tersadai, dari kiri ibu ku yang cantik itu, kakak sepupu dan maklong.
baris belakang adik bongsu ku, aku la, tuan sheikh, passenger dr Pakistan dan 'adik baru' kami Miss Sana dr Thailand.

Dia yang tak habis2 nak berposing

pemandangan hotel 5 bintang dr luar


pemandangan di kiri jalan menuju ke hotel


ini pun...bayang kan !! sapa yang tak sayang kan Malaysia,renung2kan lah gambar negeri orang yg aku ambil ni...betapa bertuah nya kita 'punyai' Malaysia yg indah dan makmur..

boleh bayang kan??


rmmmmmmmmmm...finally bas datang dan bawa ke hotel...lapar dan penat gilerrr dah ni


dan di sambut oleh Anil kapoor yang peramah..


dinner is ready....zapppppp finish..walau pon nan adooo


SALADDDD....


Loby hotel...rasa nak acting ja nyanyi sambil golek2 kat sofa sampai tangga kat situ...hehehe sib baik mak ada..kang kena cubit!


lepak sementara tunggu bas nak bawa ke airport...


saja jer ambil gambar ni..motip???..hehe


dan akhir nya berlepas ke Jeddah...Ahlan wasahlan ya Jeddah..here we come..


huuuuuu mamam time..maklong, bibik,mak dan Aboy

sekian, tunggu part 3..Medinah Almunauwarrah yg memukau...


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...