camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Monday, October 31, 2011

cinta yang tak kesampaian...


ini pelem bukan aku punya pelem tetapi kawan aku punya pelem..sekali aku termasuk sekali daa dalam ini pelem!..cehh mari kita baca..

A ( lelaki ) berkawan dengan B ( perempuan ) kemudian B kenalkan C (perempuan ) kepada A..B ingat A cinta kan dia, malang nya A anggap B hanya kawan biasa..dan bertemu C yang B kenal kan pada nya, A jatuh cinta pandang pertama dan bagi C , A adalah cinta pertama nya dan ofcoz kalau boleh jadi cinta terakhir..

kawan baik A pula D ( lelaki ) menyimpan cinta dalam diam pada B..mungkin kerana sifat D yang pendiam dan pemalu menyebab kan D kurang menonjol dan tidak mendapat perhatian dari B berbanding B lebih melayan dan mengharap pada A..akhir nya cinta D di tolak mentah2 oleh B dan D membawa diri jauh dari pandangan kedua dua sahabat nya itu..biar lah duka lara nya di pendam sendiri..keluh D...

berbalik kepada A dan C..mereka membina cinta..mereka berjanji setia untuk hidup bersama hingga keakhir usia...dan B pun bertemu insan lain E...berbahagia lah pasangan ini kecuali D yang membawa hati lara.

hari bersilih ganti dan waktu pun berputar mengikut paksi nya, A melanjutkan pelajaran ke negara jiran, C pula tamat peperiksaan pulang ke kampung halaman..entah apa sebab nya A dan C terputus hubungan..almaklum waktu itu kecanggihan IT belum ada begitu juga dengan talian mudah alih...

C menghadapi dugaan..silih berganti jejaka ingin menyunting C namun atas dasar cinta sejati nya C menolak dengan baik..sehingga C di beri kata dua oleh keluarga...jika ada yang di tunggu sila datang untuk melamar atau jika tiada ikut saja pilihan mereka..

dengan penuh harapan, C pergi kerumah A..semoga dapat petunjuk di mana A berada atau sekurang kurang nya meminta keputusan samaada diri nya masih di cintai seperti dulu..namun harapan C hampa kerana tiada penghuni yang ada di rumah A...pulang lah C dengan putus harapan.. .dan dengan keupayaan yang terhad C mengikut saja kata keluarga... berderai sudah tugu cinta nya...kaca nya berselerak ke seluruh maya..meluka kan setiap sendi anggota...bergema nya paluan kompang, begitu lah bergema suara hati C...menjerit memanggil suara kekasih...

setahun kemudian A pulang dan B mengkhabarkan yang C sudah di ikat dan terikat..gementar seluruh anggota A...hancur hati bukan kepalang...dan rasa yang amat bersalah kerana kekhilafan nya meninggalkan C tanpa khabar berita..namun apakan daya, yang termampu hanya mendoa kan kebahagiaan C..

B pula tidak serasi dengan E..atas dasar sahabat A dan B saling ubat mengubati ke lukaan di hati..dan akhir nya mereka sepakat untuk hidup bersama dan berbahagia untuk selama lama nya..

Namun A dan C
B dan E
D dan B

adakah waktu dapat mengubati luka?..atau kah cinta pertama tetap tersemat di sanubari berkurun lama nya? apakah mereka menjadi pelakon di pentas dunia??...berlakon bahagia sedang kan hati mereka menangis>>merana>>...kerana cinta yang tak kesampaian?

Ya Allah beri lah kesabaran kepada mereka..
pujuk lah mereka ya Allah bahawa cinta sejati hanya untuk Mu saja...

ehh kat mana aku dalam ini pelem..kata terlibat sama..hahah aku jadi tukang tulis daaa
adioss..babai


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, October 30, 2011

copy lagiiiii...

angin
sesekali datang dengan sentuhan
menjunam terus ke kalbu
bagai tersedut nafas baru
terkesima dalam lautan rindu
namun angin juga akan berlalu
tinggal kan tanpa pesan
tinggal kan apa jua kenangan

lamunan senja bersahaja
bayu membisik kata
alangkah baik nya, jika kau bersama
memeluk kepanasan jiwa
membelai gersang nya cinta!!

ahaha yg ni pun copy gak dari kedaibuku perintis....aiyoooo


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

buat mantan....

sakit hati
kamu memiliki ku dengan suratan
hanya jasad yang berurusan
mata dan hati mu entah untuk siapa
terapong aku dalam lautan bergelora
tiada kau rasa
aku yang di mata mu
hanya pasrah yang menjadi taruhan
perjudian meneruskan kehidupan
hanya mata mata yang kecil
melihat tidak mengerti
mereka dibesarkan
terasingan perasaan
...
sesekali.lihatlah dalam mataku
apa dihatiku......
di copy & paste dr blog kedaibukuperintis.com..
sy dah minta izin tau..hehe fre da..esok sya copy kamu punya pulak ye..yess ini lah keja sya .mengopy & paste aje..hehe


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, October 29, 2011

hari ini di facebook...

hari ini di facebook
aku bertemu sahabat lama
lalu terbuka cerita, tersingkap tabir duka
yang membarah
tanpa nanah tanpa darah

hari ini di facebook
cerita yang bertahun dan berkurun
yang di simpan kemas dan santun
yang membisu, membeku...
suara tak terlantun...

bicara lah teman
ingin ku sergah agar hilang resah
ingin ku agah agar memerah wajah

bangun lah teman
tak guna bergundah
semalam adalah sejarah
besok belum pasti,ia kepunyaan Ilahi

hanya hari ini kepunyaan kita
hargai nya..berbahagia seadanya
ye...

DEDIKASI BUAT SAHABAT KU AJI

Azah
Nilai Spring..


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, October 23, 2011

Saturday, October 22, 2011

malam ini sgt panjang..kalau ada angin lalu tolong sampaikan pesan..



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, October 16, 2011

jangan....


Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu kian bahagia.

Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.

Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan.

Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi pahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan kamu

Jangan menunggu terinspirasi baru menulis. tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu

Jangan menunggu projek baru bekerja, tapi berkerjalah, maka projek akan menunggumu.

Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah,. bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.

Jangan menunggu sukses baru bersyukur. tapi bersyukurlah, maka bertambah kesuksesanmu

Jangan menunggu boleh baru melakukan, tapi lakukanlah! Kamu pasti boleh!


ps/ cintai lah aku sekarang sebelum aku kata JANGAN...wakakaka


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, October 15, 2011

kenapa ibu suka bohong?...dan tak bagi peluang untuk aku membalas nya...

aku tak faham kenapa ibu suka sangat berbohong...apa maksud ibu? apa tujuan nya?...bukan kah ibu ajar kita supaya bercakap benar...malah perkara utama yang menjadi kemarahan ibu ialah bercakap bohang malah terrbit satu pantun yang mencermin kan betapa berbohobg itu sangat tidak baik!..

senahak senohong
gelama ikan duri
bercakap bohong
lama lama mencuri...
nahhhh..tapi ibu?...

dari aku dalam perut lagi ibu dah tipu ayah...bila ayah tanya sakit tak..ibu kata taaaaak, sedang kan pinggang dan kaki ibu sakit dan rasa kejang kerana berat menampung aku.

sewaktu aku bayi dan meragam kerana kembung perut, ibu menipu dengan berkata tidur lah sayang jangan menangis... ibu ada berjaga untuk mu..sedang kan ibu perlu kan tidur yang cukup untuk bekerja di esok hari...

sewaktu kita bersekolah rendah, kita selalu minta ibu gendong kita di belakang...bila kita tanya berat tak ibu? sambil tersenyum ibu berkata..taaaak ibu kan orang besar..

sewaktu ibu beli kan kita gula gula kegemaran, kita tanya ibu..ibu nak tak?..ibu akan jawab tak nak..ibu tak makan manis sedang kan tadi kita lihat ibu buka bungkusan gula gula dan hisap untuk merasa, kemudian ibu bungkus balik!

dan bila kita makan dengan lauk sedap atau ayam goreng, lagi sekali ibu tipu dia dah kenyang...memang pun ibu dah makan dulu tapi hanya ambil kuah saja dan lauk sedap di tinggal kan untuk kita..

bila kita bersekolah menengah, tak dapat biasiswa kita tanya ibu..ibu ada duit tak bu?..ibu jawab adaaaa...sedangkan ibu jual seutas rantai kenangan arwah ayah beli...

sampai kita dewasa dan ada keluarga sendiri ibu masih hendak menipu...ibu sehat bu...sehaaaaat sedang kan   hari hari kaki tangan ibu sengal dan kebas...setiap sendi sakit dan berdenyut...

ibu tidak pernah mengeluh sunyi dan bila kita ajak berjalan jalan ibu kata ibu letih nak jalan jauh sedang kan orang gila saja yang tidak sunyi bila tinggal sendirian tapi ibu tidak mahu menyusah kan dan mengeruh kan hubungan kita dengan pasangan...

bila kita hendak beli kan baju baru, ibu kata baju lama masih banyak tak terpakai, bila kita bawa ke restoran mahal sekali sekala..ibu kata jangan membazir duit, ibu tak makan ni semua sebab kolestrol ibu tinggi,...kita ajak tinggal di rumah agam kita..ibu kata payah ibu nak turun naik tangga...lutut sakit...

sampai ajal ibu hampir tiba...penipuan apa lagi yang ibu hendak sampai kan?...kenapa ibu kejam sangat tak bagi peluang untuk aku membalas nya?....

ps...duhai permata hati ku...jangan percaya kata kata ibu..ibu bohongi kamu...



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, October 14, 2011

Tuhan..sayangi lah aku...



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, October 13, 2011

Waktu, kenapa kau tawari aku dengan masa lalu?






yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

A marriage of two..


A marriage of two
is for love that is true

A marriage of two
is always something new

A marriage of two
happens sometimes out of the blue

A marriage of two
is worth it when its due

A marriage of two
is a marriage of trust
Many can find themselves lost
It can be an expensive cost

They are only very few
who have a clue
of when love accrues

A marriage of two
is about love making
It is not about
money raking

A marriage of two
can be bad
A marriage of two
can be sad
You should only be glad if
A marriage of two
is for love that is true


ps selamat ulangtahun perkahwinan buat Mr shaCon..semoga kasih sayang dan kebahagian melimpah ruah di beri Allah buat kalian berdua...Aminnn

jauh di sudut hati aku juga teringin di raikan dan meraikan..sesuatu yang tak pernah terjadi seumur hidup ku...Allah memberi rasa ini..aku redha menerima ujian Nya...


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, October 12, 2011

mari bantu kak yan...

" ye kesihatan saya masih belum pulih.Saya tidak boleh bergerak, berdiri dan berjalan langsung.dari kaki ke tengkuk semua nya keras, panas dan sakit. buat masa sekarang ada tiga orang jururawat menjaga saya, kerana setiap kali mahu ke bilik air, mereka terpaksa angkat dan sorong saya ke bilik air dan angkat balik ke katil.

Badan saya berat kerana di penuhi air kesan dari rawatan terdahulu. mereka juga bantu saya mandi, basuh , suap kan makan dan bantu buat senaman physio.

suami dan anak anak juga sakit kerana menjaga saya..ada kala nya mereka lambat pergi kerja dan kerap mengambil cuti.
setiap kali di angkat, ketiak dan tulang belikat menjadi sakit.jururawat terpaksa mengurut saya.

saya hanya mampu menahan sakit, memakai pampers, sarung tangan dan mengambil makanan tambahan.

Esok saya kena masuk hospital kerana doktor yang merawat datang ke rumah memberitahu kemungkinan kanser saya menyerang kembali dan kali ini sudah merebak ketulang belakang. ia memakan masa 5 6 bulan untuk sembuh. oleh itu saya amat memerlukan bantuan keuwangan.


terpaku aku malam tadi ketika menonton berita di tv3..Ya Allah amat berat dugaan buat seniwati kesayangan ramai ini..dan ketika dia memandang tepat kamera dan memohon maaf buat semua...ada airmata gugur di hati ku...aku terkenang tulang belakang dan tulang tengkuk ku yang sakit..amat sakit..

mari lah kita bantu kak yan..jika tak mampu beri dari segi keuwangan, mari kita bantu dengan DOA...semoga di beri kemudahan dan kesabaran yang berlipat ganda..aminnn



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, October 11, 2011

satu nyawa dalam jiwa...



wahai papa...
dengan cinta, papa lepas kan aku ke dalam rahim ibu
dengan cinta aku memburu kembar ku..
dengan cinta berkejaran kami menuju
ketempat kediaman baru
yang nyaman yang syahdu

wahai papa..
betapa ibu membawa ku setiap waktu
tanpa jemu
melayan kerenah ku
menendang, membalik tak menentu
pernah kah papa bantu ibu?
atau setidak tidak nya ambil tahu

ibu bekerja di pejabat membawa ku
pulang kerumah juga begitu
memasak berkemas membasuh baju
aku tetap di situ...

bu...berat kah aku?



Ya Allah begini kah pengorbanan ibu...


ps setelah berhempas pulas sembilan bulan sepuluh hari, bertarung nyawa demi satu nyawa..aku percaya semua IBU mahu kan yang terbaik buat belahan jiwa nya itu..setiap ibu mendoakan biar nyawa kedua nya itu menjadi insan soleh dan solehah..insan yang meletakkan ayah ibu di tempat teratas..

tiada ibu yang tergamak menghasut atau mendidik anak agar membenci ayah kandung nya sendiri..tapi kita harus ingat bahawa pendidikan awal bermula dari rumah..kita adalah cikgu pertama mereka...mereka memerhati dan mereka mencontohi...

ingat..mereka lahir putih bersih..kita lah mencorak mereka samaada mahu menjadi Yahudi , Nesrani atau ahli Syurgawi!!....

my beautiful princess...thank you so much to be my twinkle twinkle little star..to be a very good daughter.. be strong sayang..insyaallah kita akan baik baik saja..

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, October 9, 2011

mana mak?....


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,


Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..


Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.



Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


sumber dari blog teh secawan

p.s mujur mak masih ada ayah yang sayang ,
...sedang kan AKU?......



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, October 7, 2011

gelora...( tajuk takde kena mengena dengan entry )


semalam aku copy & paste puisi dari blog Birusaga, konon2 dia tulis untuk aku...hehehe perasan ya amat...aku pun tak tahu lah kenapa..setiap bait atau ayat yang keluar dari tulisan dia macam ada kena mengena je dengan kisah hidup aku..macam dia tau tau jer...sebijik2 tepat..sampai aku rasa aku tak payah lah susah susah menulis, copy & paste jelah tulisan dia...( hoho jangan marah fre da.. )

meh aku buat ulasan pasal sajak dia tu..sementelah seminggu dua ni aku emo lebih..entah lah..susah nak cerita derek ni..kalau berkias tu senang sikit..nasib la kan..yang berkenaan tu kalau faham tu faham lah, kalau tak, tak dapek den nak nolong.

kekadang alam pun menendang songsang
seperti remaja lain, aku juga punya kekasih hati..kerana keadaan kami terpisah..berpisah bukan kerana benci atau marah tapi kerana sistem perhubungan yang sukar pada zaman itu..( macam la zaman batu ) atas beberapa sebab yang rumit aku pasrah menerima orang lain dlm hidup aku, kemudian dia juga menuruti jejak ku...y
begitu lah songsang nya perjalanan ...

damai namun hati berkecai
setelah punya pasangan masing masing kami bertemu dalam damai..aku kenal baik isteri nya malah sangat ku sayangi..

dengan laut di lontar kan kerinduan yang parah
tak perlu lagi dikenang perkara yang sudah2...habiskan tamatkan..noktah!

di dada menahan gelora yang tak sudah
malang nya bahtera ku tidak setabil..nakhoda ku tempat aku bergantung hidup dan bergantung harap amat rapuh dan goyah

hati menyita derita
aku hanya mampu bertahan dan bertahan demi zuriat dan demi janji bahawa aku hanya mahu belayar hanya sekali!

dengan huluran pasrah
...............................................

dia kawan ku disana
ini kata fre da

yang sesekali terdengar
yang sesekali menjerit
cinta yang pergi
cinta nya yang bertandang
yang tidak hilang...

begitu lah sakit nya jiwa ku, sama sakit dengan tulang ku menjerit..sewaktu sel barah meratah, nakhoda ku memang tidak endah malah beralih arah...aku bagai pokok yang patah, tidak berdaun dan berdahan lagi, yang tinggal hanya akar menyusur bumi..mencari air menyambung hayat...
( jika sudi untuk menyiram, siram lah dengan kasih sayang..
walau tumbuh subur tidak mengapa..
hanya untuk ku berhibur..
tempat ku berteduh
menanti waktu tirai usia ku berlabuh..)

p/s bisa sungguh rasa nya sakit tulang ku..di waktu2 begini ingin sangat rasa nya ada yang mengurut atau memicit atau setidak tidak nya mendengar keluh kesah ku..tapi what to do..yup what to do...


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, October 6, 2011

Dia kawan ku di sana...

fre da...
izin kan aku 'perasan' bahawa puisi mu nan indah ini ada lah untuk ku...
huhhuhu...yaeyyy


kekadang alam pun menendang songsang
damai namun hati berkecai
dengan laut.dilontarkan kerinduan yang parah
didada menahan gelora tak sudah
hati menyita derita
dengan huluran pasrah

dia kawanku disana
yang sesekali terdengar
yang seringkali menjerit
cinta yang pergi
cintanya yang bertandang
yang tidak hilang..


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

kasih ibu....

tidak kira siapa ibu kita, apa pekerjaan nya...ahli perlimen, peniaga sayur di pasar atau petani, waima pelacur sekali pun, tapi ada satu yang tidak membezakan antara mereka iaitu kasih sayang!...ya kasih sayang mereka tak pernah padam..

Ya kasih sayang nya sepanjang jalan
gambar di bawah ini sudah cukup mencerita kan segala nya...





p/s kalau lah syuib masih ingat...waktu dia bayi..betapa aku bungkus dia dengan toto yang tebal untuk ku bawa bekerja sewaktu aku onduty shift malam...almaklum suhu aircon di airport tak boleh nak di reduce...tapi sejak bayi syuib memang anak yang baik..tak banyak kerenah...campak jer kat mana mana dia boleh tidur nyenyak...

betapa aku bersyukur ya Allah setiap ada kesempitan, di situ ada kemudahan!!


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, October 5, 2011

apasal la tunjuk tetek...

aku bengang betul dengan kaum sejenis aku ni yang tak tau malu tunjuk benda benda kat tubuh yang sepatut nya tak patut di tunjuk kan.. tau la tetek kau tu gebu, kenyal...montok...tak tahu lah jamu apa yang kau makan, cream apa yang kau oles tapi tayang tayang camtu bahaya tau tak bongok?? tak kira lah kau anut ugama apa, kalau Islam tu dah sah sah kau berdosa besar, kalau tak pun cara kau tunjuk tu macam kau memanggil manggil kaum yang berlawan jenis kau untuk menguli kau punya tuh...pastu mula la kau heboh kata kau kena cabul lah...kena rogol lah...ehhh kau sendiri yang carik pasal lah ....dengar tak ni?...aku bebel bebel ni sebab sayang kat kaum sejenis aku ni...selalu jer jadi mangsa jantan buas kat luar sana tu....

!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!

iskhhhh kau jantan ker??...caner tetek kau leh cantik camtu?...ceciter cerciter...aharksss



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, October 4, 2011

sayangi daku ibu....



berhenti menyalah kan...berhenti menuding jari...setiap kejadian ada sebab musabab
kasih sayang milik semua insan!!




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

cinta sampai mati....

seandai nya detik dan waktu
dapat ku putar kembali....
ingin sekali lagi rasa nya
untuk ku jatuh cinta semula...

When U Were Only 5 Yrs Old, I Said I Love U...
U Asked Me: "What Is It?"
When U Were 15 Yrs Old, I Said I Love U....
U Blushed.. U Look Down And Smile..
When U Were 20 Yrs Old, I Said I Love U....
U Put Ur Head On My Shoulder And Hold My Hand.. Afraid That I Might Dissapear..
When U Were 25 Yrs Old, I Said I Love U....
U Prepare Breakfast And Serve It In Front Of Me, And Kiss My Forhead N
Said : "U Better Be Quick, Is’s Gonna Be Late.."
When U Were 30 Yrs Old, I Said I Love U....
U Said: "If U Really Love Me, Please Come Back Early After Work.."
When U Were 40 Yrs Old, I Said I Love U....
U Were Cleaning The Dining Table And Said:
"Ok Dear, But It’s Time For U To Help Our Child With His/Her Revision.."
When U Were 50 Yrs Old, I Said I Love U....
U Were Knitting And U Laugh At Me..
When U Were 60 Yrs Old, I Said I Love U....
U Smile At Me..
When U Were 70 Yrs Old. I Said I Love U....
We Sitting On The Rocking Chair With Our Glasses On..
I’m Reading Your Love Letter That U Sent To Me 50 Yrs Ago..
With Our Hand Crossing Together..
When U Were 80 Yrs Old, U Said U Love Me!
I Didn’t Say Anything But Cried.

We may not express it but when we say
"I Love You" we want our partner also to say the same...
there are many ways of expressing love but nothing can play
the same magic that these 3 words can play when said in return ♥ ♥


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, October 3, 2011

rabun malam/silau...

macam ni lah pemandangan aku bila malam...semua nampak kembang dan banyak...walaupun jalan tu dah beribu ribu kali aku lalu tapi bila malam hari dia jadi asing dan aneh pada pemandangan aku...oleh itu aku akan fikir banyak kali kalau nak memandu di malam hari...kalau betul betul perlu dan mustahak baru lah aku tawakkal...tapi tak ramai yang tahu masaalah aku ni, kalau tahu pun boss aku dulu buat buat tak tahu...hukhuk...

nih kat sini jadi masaalah besar bila malam..hoho..ada kah...
simpang umah sendiri pun aku leh sesat....yang jadi trademark ialah keta wira merah ku itu!..jika ada yang alih atau park dia kat dalam...ermmmm mesti aku terlajak dulu dan melilau cari mana rumah aku ni...apasal rasa jauh sangat!!...gila!!


sangat beruntung atau bersyukur lah pada sesiapa yang mempunyai mata yang baik penglihatan nya. walaupun mata itu sepet atau juling atau terjojol bentuk nya itu sudah cukup baik! jangan merungut sebab mata tak cantik atau segalak mata Heliza Af5..

mata aku ni dah la sepet rabun lak tu...bila rabun amat sinonom dengan sakit kepala...cukup jer tempoh, macam tau tau jer dia nak tukar spec baru atau tambah power lagi...huh bukan nya murah lak tu sebab mata aku ni kerabunan nya di burukkan lagi oleh silau yang tinggi..
bila kita ada rabun silau dah tentu tentu nya kita jadi rabun malam..sebab orang yang rabun silau ni dia alah dengan cahaya...so jangan harap lah dapat memandu di malam hari tanpa ada masaalah kan...

bagi yang rajin baca blog aku ni..( heheeh kalau ada lah..rasa nya ada kut...pelisss aku tak nak syok sendiri..heeh ) mungkin korang ada terbaca entry yang aku kerja sampai jauh malam atau keluar subuh sepie kan?...ha kalau dah gitu caner gaya nya aku memandu?

heheeh jangan gelak kalau aku bagi tau yang aku akan pusing roundabout 2, 3 kali baru aku dapat simpang yang betul!...sumpah aku tak tipu...aku xnampak bonggol atau bumper..aku langgar lopak dan berbagai2 lagi..

selalu nya kalau kerja malam, aku ada pekerja yang ikut aku..so dia ni lah yang akan bagi tau kiri, atau kanan atau ada bumper..( selalu dh langgar dan melambung baru dia cakap ada bonggol!..paaaaang bagi sedasss )

pernah dulu waktu nak balik kerja pukul 8.30 malam dan jarak rumah aku dgn KLIA 15 minit saja, di sebab kan hujan renyai menambah kan kerabunan aku, maka aku salah ambil simpang di roundabout, sepatut nya aku ke arah jam12 Banting Nilai, tapi aku terambil jam 9 arah Kuala Lumpur!...huhu sendiri mau ingat lah aku perasan bila dah dekat tol....siot..dah aku hanya berani bawak 40 k/j saja sebab sangat tak nampak...so sampai rumah dekat pukul 10!! kebangangngan kan!!...

p/s entry ini ku tulis kerana tadi aku dah lalui 2, 3 kali roundabout baru aku dapat simpang yang betul ke Nilai Spring...ermmmm syukur aku masih boleh melihat dan tidak buta kan?



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...