camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Thursday, June 30, 2011

idea bernas tau...

tengok la 'anak pungut' ni bubum atas apa?..ahaksss


pagi tadi sambil buat apa yang patut aku dengar rancangan Riuh Pagi Era. dulu aku tak miss dengar rancangan Paknil ni, cuma semenjak dua menjak ni aku lebih suka senyap dan sunyi..ntah macamana pagi tadi terdengar lak kat hujung2 rancangan tu Paknil ada minta pendengar bagi idea yang brillion yg boleh di guna pakai atau di manafaatkan oleh manusia seluruh dunia...fuhhhh paknil...paknil...

ada lah sorang pendengar tu call, dia punya idea nak cipta mesin pengopek durian..haa yang ni aku setuju sebab aku ni hantu durian ( bukan hantu cempedak okay..heehe ) tapi malang nya semua orang dalam rumah aku tak suka durian kecuali Syahifa...so sapa nak kopek kan..mesti luka dulu baru dapat menikmati kelazatan durian tuh..huh

nasib baik sekarang ni dah ada jual durian yang siap di kopek kat pasaraya..walaupun xselazat durian yang fresh..kira ok lah jugak kan daripada luka sana luka sini sebelum dapat makan raja buah...

ehh apasal melalut ke laut lak, tadi nak cerita pasal idea brillion, mencipta sesuatu yang belum ada lagi kat pasaran dunia..kalau aku lah kan.. aku punya idea ialah menubuhkan sebuah sekolah khas untuk melatih kucing..apa gelak2?..babab kang

ehh pasal xleh lak?..kalau anjing boleh di latih menjadi anjing polis yang hebat, aku yakin sebenar2 nya yakin kucing pun boleh di latih membuat sesuatu yang berpekdah! daripada diorang tu menggemuk kan badan macam tenuk, jadi tuan puteri bermanja dengan tuan nya, xda kerja lain makan menggesel,makan menggesel,..lebih baik di latih suruh buat kerja yang 'manusia' dah berkira nak buat.
ada kawan wartawan aku kata, kalau di barat orang putih yang kesepian melatih kucing nya untuk lick & suck..huh kita abai kan statement ini ye..tapi betul, kucing adalah spesis yang dengar kata dan setia..contoh nya kucing aku lah ( mesti lah kucing aku, xkan kucing korang kut ..heheeh )

yang paling penting pandai membuang najis mukhallafah dan mukhallazah kat bekas pasir di luar rumah!!..walau hujan walau ribut.no kompromi okey..

1) pandai memilih makanan, salah aku gak yang bongok ajar diorang makan makanan mahal watper, dah diorang xreti nak makan makanan lain..( masa diorang kecik aku bagi makan kitten food tuna yang dalam tin atau paket tu ) sepaket rm1.50, sehari 6 paket utk 3 heko..so sehari rape hengget?

2) pandai mogok xnak makan selagi aku xbagi kehendak diorang..pernah gak terlintas di benak ku untuk biar kan jer..ye biar kan jer diorang tu mampus..iskhhh sampai 2 hari xmakan kesian lak aku..xsampai hati you sebab diorang tu soo cute..soo sweet

3) pandai duduk kalau makan, tak makan berdiri dengan kaki empat..kalau aku nampak makan berdiri, aku akan jerit..makan tu duduk Pinky..duduk!

4) pandai mengesan jika ahli keluarga dah balik hanya dengan mendengar bunyi kereta..yang aku frust, bila aku balik dari beli barang, kejar aku tapi barang yang aku beli xnak tolobg bawak!

5) pandai nak ikut orang keluar xkira nak pergi kerja ker, nak berjalan ker..asal amik kunci kereta jer terus mengekor..kalau xmasuk kan dalam keta,dia akan berguling2 atas jalan..( korang sampai hati? ) pernah aku tipu kata aku nak buang sampah sambil masuk kan bungkusan sampah dalam keta, aku nak gi beli nasi lemak jer malas nak bawak, terus aku ikut jalan belakang. bila aku balik, aku tengok dia masih duduk kat bawah peti surat sama macam duduk masa aku tinggal kan, xgerak2..sib baik aku gi sekejap..kalau 2,3 jam how?

6) pandai lak ajak aku balik bila dia tengok aku mengumpat dengan jiran..bukan main heboh mengiau selagi aku tak masuk rumah..iskhhh yang ko berjalan tu ada aku sebok?

7) pandai jadi jam loceng..tepat jer jam 6 pagi dia akan menggomol dan mengiau sebab dia nak makan..yang menyampah dia tak tau offday atau public holiday..jangan harap nak bangun tengahari!

8) pandai sangat buat muka seposen kalau dah buat salah, nak nak kalau aku mengacah nak pukul, mak aii dia punya mengerekot dan menutup muka dengan tangan, macam la aku nak pukul betul2!...

9) pandai menghidu bau orang tersayang..heheh aku dah biasa tidur sorang, sapa2 yang nak tidur dengan aku kena melalui tapisan diorang dulu, akan di hidu sampai puas hati or diorang akan tidur ditengah2..haha

10) macam2 lagi lah keletah diorang yang aku xleh ceritakan dengan perkataan..sapa2 yang ada bela kucing tu tahu lah macamana teruja nya kita dengan kebijaksanaan mereka dari sari ke sehari..

so aku nak sangat bukak sekolah yang ada tenaga pengajar yang hebat yang mahir dalam hal ehwal haiwan ni..yang boleh melatih kucing2 ni menjaga pesakit yang tiada penjaga..sekurang2 nya dapat membantu di saat kecemasan, dapat

tolong ambilkan ubat
tolong ambilkan mineral water dalam botol
tolong ambilkan gelas
tolong buang kan pampes dalam bakul sampah
tolong ambil kan bekas muntah
tolong ambil kan tisu
dan tolong perkara2 mudah bagi orang sehat tapi amat seksa bagi orang sakit!!

amacam Paknil, bernas tak idea saya??





yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, June 29, 2011



So many words for the broken heart
It's hard to see in a crimson love
So hard to breathe
Walk with me and maybe
Nights of light so soon become
Wild and free I could feel the sun
Your every wish will be done
They tell me

( chorus )
Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with
Tell me why I can't be there where you are
There's something missing in my heart

Life goes on as it never ends
Eyes of stone observe the trends
They ever say forever gaze
Guilty roads to an endless love
There's no control
Are you with me now
Your every wish will be done
They tell me

( repeat chorus )

There's nowhere to run
I have no place to go
Surrender my heart, body and soul
How can it be you're asking me to feel
The things you ever show

You are missing in my heart
Tell me why I can't be there where you are

this song dedicated to 'WaLai'


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

sedikit fakta pasal canser..sharing is caring ( caring is laling kata fre da )


CANSER

Apakah cancer? ia merupakan di mana sel2 sihat dalam badan kita telah berubah kerana di serang asid yang mengandungi kimia yang memboleh kan sel2 canser menambah dan merebak dalam badan kita.

Untuk mengelak kan darah kita menjadi asidik, seharus nya kita mengurangkan makan makanan berunsur daging dan memperbanyakkan memakan sayur dan buah2an.

PENYEBAB CANSER

penyebab utama adalah merokok! Ia membunuh manusia secara perlahan2 kerana dari setiap batang rokok terdapat lebih 4,000 jenis kimia merbahaya ( itu pun dalan sukatan amaun kecil )
menghisap sebatang rokok bermakna 600 kali lebih merbahaya dari menghidu asap dari kenderaan awam!

MAKANAN YANG MENYEBABKAN CANSER.

a) makanan yang di BBQ

b) makanan yang di goreng dengan banyak minyak seperti pisang goreng, keledek, kentang fries & wedges dan kerepek.

c) daging yang di masak dengan suhu yang sangat tinggi

d)makanan yang di awet, terlebih garam atau nitrate, contoh makanan dalam tin, telor dan ikan masin.

e) nasi yang di simpan sehingga pagi esok ( mengandungi aflatoksin )

f) makanan yang kurang serat, contoh: roti putih.badan kita memerlukan 25gm serat sehari dan meminum air kosong sekurang2 nya 8 gelas.

g) jangan makan roti yang telah berkulat atau melebihi dua hari dalam cuaca panas untuk mengelak kan canser hati.

UBAT CANSER SEMULAJADI

Sayur sayuran dan buah2an yang berwarna hijau,merah, ungu dan oren sangat mengandungi bahan2 anti canser seperti antioksiden dan Vitamin A, E dan C yang mencegah dan melawan sel2 canser.Segala jenis canser boleh di ubati dengan jus buah dan sayur terutama jus buah durian belanda.

berikan kepada pesakit dan buat lah ujian darah kemudian. boleh di lihat sel2 canser makin berkurangan dan lama kelamaan akan menghilang dan sembuh.
ada satu kes dimana pesakit telah menderita canser di tahap 4 dan tiada harapan lagi ( oleh kerana tiada pilihan lain maka lebih baik mencuba dari menunggu dan menderita ) dengan keyakinan diri pesakit mengamalkan meminum jus buah2an dan sayuran secara terus menerus
dan hasil nya amat memberangsangkan.

Wallahualam dengan izin Nya jua.

wahai perokok tegar..kata kan TIDAK pada rokok kerana kami sayang awak!

credit www.resepirahsiaku.com


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, June 28, 2011

wanita sudah tidak berharga lagi kah buat mu?...


kalau ye pun, sebesar mana pun salah nya, tak kan begini?
macam ni...bukan kah dia manusia?

atau kau yang sudah bertukar menjadi binatang?
yang sudah hilang perasaan
atau kewarasan fikiran

kerana binatang pun masih
ada perasaan kasihan!!



kalau binatang boleh punya perasaan begini, aku rasa manusia memang SAH telah tertukar genetik dengan binatang!


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, June 27, 2011



Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

dah...buat hal lagiiiii...

malam ini tidur aku sungguh terganggu...iskhhh aku ni dah la spesis yang susah nak tidur,bila dah tidur tu..tolong lah jangan ada gangguan apa2..jangan lah ada bunyik orang bukak pintu atau senyap2 masuk bilik aku curi handphone...gerenti aku dengar punya dan terjaga..( curi hp?..ermmm curi hp nak bergayut dengan aweks!...)

tengah sedap di ulit mimpi, tetiba aku dengar sayup2 bunyi rintihan..macam bunyi orang stim tu...kemudian ada bunyi lagi manja seakan merayu pulak...apake benda ni susubuh sepie ni...malam jumaat ker?..eh dah nak pagi Isnin..ni apa ni?

kemudian tak cukup berkejaran depan bilik, dah memanjat naik atas katil aku lak..dah bergomol sebelah aku..yang sorang dah tak tahan..yang sorang masih tak rela lagi...adoyaiii
aku lak yang naik geram...gedebuk aku baling dengan bantal...hamik kau!

....ya Allah si Gray ni dah tahu Pinky dah lepas pantang, dah slim mlimm (walhal perut dah menggeleber dan tetek dah melayut..heheheh ) ha apa lagi dia mula lah nak projek..yang si Pinky ni apahal la pulak tak ndak...iskhhhh

aku terrai cuba nak sambung tidur yang terganggu..lantak dema ler nak tungging terbalik...
ingat dah settel dah problem..la masa aku keluar nak ke bilik air, masih tak sudah lagiii..si Gray masih tergigil2 mengekor, mencium, menjilat buntut si Pinky...si mak budak ni pulak sedaya mungkin mengelak, memanjat kat mana dapat...sebab dah teran 5 ekor budak, dah hilang rasa ghairah gamak nya....

nampak jer batang idung aku, si Pinky terus mengadu...panjang lebar ngiau nya...
aku kata apasal tak ndak...sedap apa...
tak pun kita tukar tempat!!!
kwangkwangkwang....

( aku ada snap adegan 18sx tu, tapi usb wat hal la pulak...)




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, June 25, 2011

less is more...



malam tadi baru aku berkesempatan menonton rancangan Kilauan Emas di Astro Prima...sementelah aku sorang2 boleh lah ikut suka hati aku nak alih2 chanel mana...heehe

mungkin ramai dari kita mengabaikan atau tidak ambil peduli rancangan ini, almaklum rancangan untuk warga emas apa lah glamer nya ye dak?..idak ler macam Af yang baru tamat tuh...budak lelaki nya hansem2 belaka dan yang gadis nya apa lah lagi cantik dan gedik..itu yang seronok nak di tonton..

baik..rancangan Kilauan Emas adalah rancangan realiti juga tapi beza nya untuk warga emas berumur 40 tahun keatas...kiranya pangkat tok dan nenek lerr..tapi benar lah kata pepatah orang tua terlebih dulu makan garam, pengalaman mendewasakan..persembahan mereka bukan calang2 hebat nya..tanpa guru vokal..tanpa guru persembahan tanpa latihan yang mantap namun suara dan gaya persembahan fuhhh thumb up beb! ( ini baru peringkat zone, kalau peringkat akhir aku xtau lah penangan nya )

ada seorang peserta wanita, dalam video diatas yang memakai blaus kuning, skirt labuh kuning dan tudung kuning..berumur 45tahun kalau xsilap aku, nama nya Puan Shamsiah hj Said membawakan lagu Salamiah Hasan..Menghitung Hari..( puas aku cari dalam Youtube belum dapat video nyanyian nya )

dengan wajah manis dan bersahaja, suara yang lemak merdu amat meruntun kalbu, dia tidak menjerit ketika chorus,tapi nyaring dan merintih..dia tidak menangis tapi suara nya gemersik lirih dan mata nya tepat merenung sayu ke arah camera seolah orang yang di rindu ada di depan mata!

perghhh aku menangis, Kak Engku menangis dan juri penyanyi Nora juga menangis..
bukan kah less is more??

tutup volum music playlist kat bawah kalau nak dengar vedio klip ni...


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

dan menangis lagi...


hidup ibarat putaran roda
roda yang sepatut boleh dikawal
atau di biar saja berputar dan berputar

tiada yang lebih memamah hati
perasaan sunyi dan sendiri
sedang kekasih hati
dengan
dunia nya yang terisi

siapa aku mampu menahan
sunyi yang memamah hati
atau
bisa yang menjalari
urat saraf dan kemudian
memberhenti kan
nadi....

malam ini aku menangis lagi....


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, June 23, 2011

malam ini aku menangis...

beberapa hari lagi ( 29hb jun ini ) genap umur blog aku yang merapu ini setahun.
aku tak pernah berniat membuka blog ini untuk tujuan glamer atau mencari follower teramai atau menjadikan punca pendapatan..aku hanya jujur dengan diri ku sendiri..tapi masaalah nya aku memang rabun IT..tapi idak ler sampai bute wehhh...

di sebabkan aku suka menulis tapi seumur hidup xpernah ada dairi, aku suka membaca tapi malas nak pegang buku...so jalan terbaik ialah dengan menekan mouse...dulu blog ku macam hampeh ( sekarang ok sikit kut..ngeee ) apa yang ku tulis hanya kisah suka duka hidup ku, tak berilmiah langsung!..mujur ada beberapa blogger hebat yang menjadi idola dunia blog ku, di sanalah aku menimba ilmu ber blog sebanyak mungkin..

tapi aku sungguh tidak menduga, akan di....akan di nukilkan atau di abadi kan hingga sebegini rupa..sungguh aku sangat terharu...titis2 airmata ku masih belum kering saat aku menaip entry ini...Dia seakan telah khatam keseluruhan isi blog ku..dia seakan menyelusuri seluruh perjalanan hidup ku dan dia seakan telah mengenali ku se abad lama nya!..sungguh..sungguh aku hiba...

buat sahabat maya ku..www.kedaibukuperintis.blogspot.com
hanya terima kasih yang tak terkata...


kamu yang di kenali...

sebagai Azah_

mu menapak awan
mu mengusung beban
mu hujanni perasaan
yang disembunyikan
dalam diam diam

mu nampak tenang
sunyi dan berdikari
budi melambung tinggi
anugerah insani

mu nampak molek
senyummu warisan ibu terbaik
kata katamu tenang berkolek
air tidak terpercik.tenang arus kemudik

(credet to my friend....azah)


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

kenapa asyik gadis melayu je yang kena rasuk?....

sesiapa yang risau kan kesihatan aku, sukacita di beritahu bahawa aku ok saja, walaupun fizikal lembab namun otak masih berfungsi dengan baik..hehe malah makin hyperaktif rasa nya. ini terbukti dengan idea nak menulis yang mencurah2..harap2 ini bukan buang tebiat yang tunggu 3 jemaat je lagik...huhuhu.

baik...pada yg follow blog merapu aku ni mungkin perasan aku ada hint beberapa entry yang aku ni 'boleh lah' dengan bab2 ab-normal ni..sebenar nya aku sedia maklum bahawa tidak semua orang boleh terima dan percaya dengan benda2 macam ni..sehingga kan aku di perli dan di persenda, aku perasan tu..

aku mengambil keputusan untuk menulis entry pasal ni bukan kerana bertujuan untuk promosi atau mempromote kan diri, jauh sekali nak bermegah kerana apa yang ku dapat tidak menggunakan kos atau perbelanjaan walau satu sen pun..so adalah tidak bermoral dan rendah rassa nya harga diri ku seandai nya aku tersasar berniat begitu.

ini pengalaman aku semasa membantu 'otai' atau seorang bomoh yang sudah ada nama. ( macam doktor gak, bomoh ni pun kadang kerja berpasukan.. ) so yang kena rasuk ni budak2 sekolah menengah yang membuat kem bina jati diri di hutan Ulu Yam..pelajar2 ni seramai 25 orang, lelaki pempuan..melayu, cina dan India pun ada.

entah di mana silap nya 5 orang gadis melayu tiba2 di rasuk xsedarkan diri...terjerit2 dan meronta2.di pendik kan cerita aku yang kebetulan ada di rumah otai ni ( cikgu Zali bukan nama sebenar ) ikut sekali ketika beliau di panggil untuk memulih kan gadis2 tersebut..sampai di rumah rehat kem tersebut aku lihat dah ramai ibubapa yang berkumpul..ada yang sedang memeluk anak gadis dan ada juga yang sedang membaca surah yassin..

cikgu Zali menghampiri seorang gadis yang agak kritikal rasukan nya..dia merronta sangat kuat sehingga 4orang lelaki dewasa hampir tidak mampu untuk mengawal dia dari melarikan diri hendak terjun kesungai berhampiran..
'cikgu, ni paling ganas..mungkin ketua jin la ni yang merasuk,' kata ku pada cikgu Zali..dia hanya tersenyum.

perlahan cikgu Zali meletak kan telapak tangan nya nya di ubun2 gadis tersebut sambil mulut nya terkumat kamit membaca ayat suci..serentak dengan itu jeritan nyaring gadis tadi bertukar garau dan menyeram kan..rassa macam bergegar dinding dan lantai papan rumah rehat tersebut..sekejap dia mengilai, sekejap dia mengherdik dan membentak dengan bahasa yang tidak di fahami.

"Assalamualaikum,'.. tegur cikgu Zali..3x dia mengulang salam namun senyap tiada jawapan.hanya pandangan tajam dan mengerikan..
"kapir'..kata ku..
hek elleh jeling aku lak

cikgu Zali hilang sabar, di tekan nya di bawah ketiak gadis itu sambil membacakan ayat Qursi dan penyiksaan ini berhasil kerana jin kapir tersebut meraung2 marah..cikgu Zali menambah kan lagi 'perisa' dalam bacaan nya sehingga jin kapir tersebut memohon untuk keluar dan di lepaskan dan berjanji untuk tidak lagi mengganggu gadis2 melayu.

tiba2 jin kapir tu berkata..."ehh ko nak tahu tak kenapa aku suka ganggu gadis melayu",??
" ha kenapa,? aku memang bangsa xsabar...

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan rasuk!!

ergkkkk...binawe!! berdezassss cikgu Zali pancung leher jin kapir yang kurang ajar itu

( jangan marah haaaa..ini cerita benar, saje jer aku jadikan tidak benar..cerita di copy dr blog sekamarindu dan di olah macam hak sendiri oleh...)



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, June 22, 2011

saya pun nak munga gakkkk.....

saya sayang awak
bersusah payah demi membuktikan cinta..( berapa percent la upah kawan tu? )

p.s kadang kita manusia susah sangat nak mempamer rasa sayang..
sehingga hanya mampu menduga, namun sering gagal mentafsir!!


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

kesinambungan...

semalam sebenar nya aku nak menyinambungkan tajuk entry cikgu gojes ain fatihah yg bertajuk UBAH BIASA, tapi aku telah tersasar jauh pulak ke drama Korea, ini kerana aku telah menambah lagu Korea dalam music play list aku..begitu lah dalam hidup kita ni, selalu sangat tak kuat pendirian..selalu sangat mengubah hala tuju hanya kerana situasi semasa.

aku tertarik sangat dgn entry dia tu, yg mana dia buat contoh 'berak' saja tapi maksud nya sangat mendalam..( cari kat srikandiputri.blodspot.com- aku nak buat di sini tak reti lagi, actually aku dah jumpa tutorial nak buat tu, tapi otak aku ni xleh serabut, dia jadi jem....so aku bertenang dulu...hehe. tu la pasal agak nya aku sekolah tak tinggi sebab otak tak leh serabut! huh alasan bagi orang yang tak berjaya!! tapi aku xpernah lak mengaku pandai bila aku tak pandai..itu dah cukup bagus kan )

ehhh sambung balik tujuan asal..Ain kata bila kita dah biasa berak kat jamban cangkung, tiba2 kat asrama hanya ada jamban duduk ( toilet bowl ), dia jadi geli dan xboleh berak..tapi sampai bila xnak berak?...terpaksa dipaksa..lama2 jadi biasa dan selesa pulak.bila balik rumah kena pakai jamban cangkung, dah jadi kekok..kaki lenguh masa buang hajat...Haaaa kan..

jadi moral nya disini, kita kena biasakan apa yang kita xbiasa buat dan berlapang dada menerima nya seperti >

1. kita kehilangan kerja atas sebab2 tertentu - dah tentu keuwangan ( betul ke eja ni ) menjadi beban utama.kalau dulu kita dah biasa berbelanja mewah, beli apa saja yang terhajat, maka sekarang kena biasa kan diri membeli apa yang perlu sahaja..memang sukar tapi kena berlapang dada..alah bisa tegal biasa

2. sakit- makan ubat - kalau dulu nak makan sebiji panadol pun macam nak telan bola pingpong, bila dah sakit dan terpaksa bergantung dengan ubat..kita akan jadi biasa..4,5 jenis ubat pun sekali telan jer..dulu masa kena injek untuk ambil darah hujung jari pun..eiii ngeri nya macam nak kena bedah, kini dah biasa dengan suntikan malah dah pandai suntik sendiri...see kita ubah biasa atau kebiasaan dengan berlapang dada.

3. di tinggal kan - kalau dulu ada orang yang menguruskan segala keperluan, membayar segala bil dan hal ehwal luar rumah, bila di tinggalkan kita memang mati kutu, tapi kena ubah kebiasaan dengan belajar semula dari A hingga Z..dari nak isi petrol hingga ke nak bayar bil2 dan segala macam. memang sukar tapi bila tidak biasa menjadi biasa ia akan semudah petik jari saja!!

4.di tinggalkan - kalau dulu ada seseorang yang caring, sehari 3,4 kali bersms..malam akan bergayut sehingga layut di handphone..tapi bila di tinggalkan, dunia jadi kosong..dunia jadi sepi...ubah kebiasaan dengan biasa kan diri dengan kekosongan itu..tak apa apa..tak mati tak!..
cari kawan semula, memang tak biasa..lain ketawa nya, lain bunyik gurau nya tapi ubah tidak biasa menjadi biasa...lama2 kita akan selesa...

5. apa ehhhhh..esok ada idea aku sambung lagi k...
heheeh ubah tak biasa dengan pe'el aku kepada biasa lama2 korang akan selesa!..huahuahua...



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, June 21, 2011

bila yang biasa jadi tak biasa....dan tak biasa jadi biasa?


masa ni diorang dh declare yg diorang kapel, hero buat serangan hendap cium dahi jer, tetiba dia patah balik dan kiss kat mulut..cer tgk heroin terkejut beruk!!...heheehe aku lak yg lebeh2

apakah punya tajuk enrty ini?..( kesinambungan entry ain fatihah tuan punya blog srikandiputeri - aku xreti nak buat klik sini!!)

sana sini orang kepoh ngan drama NOra Eleana yang dah tamat tuh...blogger2 pompuan tentu nya teruja sgt dengan ke romantikan dan ketampanan Seth Tan, lakonan Aaron Aziz.

walau pun aku xberapa menonton drama tv, pada aku memang ngam lah wajah dan keperibadian yang macam tu..dah hensome romantik pulak..so apa excited nya?..semua memang dah di duga..tak thrill lah

dulu aku hantu drama Korean..clip video di atas tuh dr drama Beautiful days..dah lama tahun 2000 mcm tu lah..cer tengok hero dia..memang handsome tapi 'ganas'..dalam drama ni hero seorang CEO yang tegas, ganas dan egois..

dan heroin pula (heroin Winter Sonata ) pekerja biasa di syarikat dia..heroin yang lemah lembut, sayu..sendu jatuh cinta dengan watak yang berlawanan?
perghhh mencabar giler...

bila orang dah biasa buat kita tak heran..tapi bila orang tak biasa buat, bila dia buat lain macam rasa nya.

contoh bila hero yang sombong ni tak pernah senyum, tapi bila dia senyum kat heroin ni mak aiii manis nya senyuman dia!..dan si heroin terbang melayang2

bila orang egois merendah kan suara seakan berbisik...hati kita turut terusik
bila dia tak pernah bermesra, sekadar meletak kan tangan di ubun2 dan mengusap2 mesra...masa tu xperlu kata2..akan di kenang sampai ke akhir dunia..
bila dalam kerinduan yang amat sangat, tak pernah di hirau kan nya..tak pernah ambil tahu..tiba2 wujud di depan mata...
tanpa kata, tanpa suara hanya tenggelam dalam pelukan mesra...adoyyyyy

bila hati dah cinta..seganas mana pun..se sukar mana pun untuk di mengerti kan, heroin tetap bersabar, tetap teguh dengan cinta nya...dan percintaan yang penuh berliku itu akhir nya berjaya hingga keambang perkahwinan tapi biasa lah drama nak kasi gempak, si isteri pula kena sakit kanser payudara...iskhhh bukan sakit gigi atau sakit kuning kata Nabil...

lepas operation buang satu nenen, si isteri sangat rasa rendah diri...first night jadi sesuatu yang sangat menakut kat dan menyedih kan...

drama ni dah membazirkan berkoyan2 airmata aku....menonton nya berkali2 tidak pernah jemu dan membuat ku terbang ke langit biru..owwwwww




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, June 20, 2011

ketat jer muka...


aku dalam mood yang 'ketat'...ahaha paham2 jelah dalam sebulan, seminggu orang pompuan ni dalam mood itu. Ermm selalu kan jadi bahan gurauan untuk orang lelaki baik di rumah atau kat tempat kerja..kalau mood xbaik mesti ayat ni yang keluar-
"monyok jer... bulan mari lah tu" ...malah kalau lelaki yang buat pe'el akan di usik juga
"kau ni apahal, period ker?'...

amboiii suka nya kaum adam mempersenda 'datang bulan' ni kan...diorang xtau betapa azab nya kita bila 'sahabat baik' kita yang setia tu datang...diorang ingat kita sengaja ambil kesempatan untuk moody agak nya.kadang kadang kita di perli2 nya.

ni cerita adik aku, oleh kerana geram sangat dengan hubby dia yang mempersenda 'keketatan' muka dia, adik aku telah mendajal dengan melekat kan tuala wanita kat spender hubby dia..hubby dia ni bangsa manja, semua nak kena hulur sampai underwear pun xreti nak cari, so senang lah kerja adik aku ni..lepas jer pakai underwear yg 'bertuala wanita' tu, hubby dia selamba badak je pulak...ahhh sudah, plan adik aku xmenjadik...hahaha

tapi sejam kemudian, hubby dia call:-

hubby: yang apasal kat underwear ada ayang 'punya'??

adik: hah?? ( ceh pura2 terkujut..) caner leh perasan?

hubby: abes dah terbonjol jer masa driving..punya lah seksa nak sampaikan kat opis

adik: ehh?...seksa ehh..tu baru duduk driving..baru 20 minit jer tu yang..belum 24jam...belum lagi rimas sebab tuala tu basah...belum lagi ari2 sengal..belum lagi sendi dan tulang2 lenguh dah seksa yang???...dah seksa?

hubby:.....yang abang sorry okay!!

untuk pengetahuan tuan2, orang tua2 zaman dahulu memanggil darah haid sebagai airmata rahim atau rahim yang menangis kerana kegagalan mengandung..

Haid ialah luruhan tisu dinding rahim melalui faraj sebagai darah haid. Ia berlaku melalui tindak-balas kompleks hormonhormon dalam badan melalui sistem endokrin di otak dan di kilang ovari. Hasil tindak balas hormon ini ia menyebabkan penetasan telur berlaku pada hari subur seorang wanita dan juga menyebabkan dinding rahim menebal sesuai untuk menerima penanaman sebutir janin ke dalamnya. Jika kehamilan tidak berlaku ia luruh sebagai darah haid. Seterusnya kitaran ini akan berulang semula.

Terdapat tiga perkara yang berlaku ketika haid.

1. Pengeluaran hormon haid
2. Penetasan telur
3. Penebalan dinding rahim dan peluruhannya sebagai darah haid.

setiap pengeluaran darah haid dan tahap kesakitan tidak sama diantara satu sama lain..ada yang bernasib malang mengalami senggugut sehingga tidak berdaya bangun, ada yang sehari dua sebelum kedatangan haid akan mengalami bengkak payudara, sakit belakang dan pinggang dan sebagai nya.

begitu lah insan istimewa yang bernama wanita ini melalui fasa di dalam hidup nya, sedari awal akhil baligh sudah merasai kesakitan dan berterusan waima di malam pertama pun, wanita terpaksa melalui 'kesakitan' terlebih dahulu kemudian proses mengandung dan melahirkan. Maka nya di dalam kelembutan, wanita sangat kuat dan tabah kerana kami sudah terlatih seawal usia 12 tahun!!!

Oleh itu bertimbangrasa lah dengan wanita mu wahai kaum Adam!


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, June 19, 2011

gerak jari singkap rahsia diri...


Memicit Atau Memegang Hidung

Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan.Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar degan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayai.

Meletak Tangan Pada Bahu Kawan

Suka ikut kepala sendiri
Pentingkan diri sendiri
Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat

Bermain Dengan Tangannya

Mempunyai tahap humor yang tinggi
Pandai berjenaka
Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati
Jenis open minded

Mematahkan Jari Jemarinya

Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara degan orang lain
Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja ( aku la ni...sampai berbonggol lah..nak masuk cincin susah sgt..hehehe )

Menggigit Kuku

Gugup dan gementar bila berbicara
Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati

Memintal Hujung Rambut

Suka berkhayal
Sukar diperdayakan
Keras kepala

Menongkat Dagu

Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya
Suka mendengar masalah teman-teman
Setia dalam persahabatan

Suka Letakkan Tangan Atas Meja

Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri
Peramah
Suka bergantung pada orang lain

Menggosok-gosokTelapak Tangan

Ramah dan berfikiran matang
Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit-belit
Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu

Memutar Cincin

Sangat menepati janji
Berhati-hati dalam tutur kata
Gemar hidup yang teratur ( ni aku tau saper...memutar2 cincin batu merah!...aharks )


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

happy farther's day...

Selamat hari bapa kepada bapa2 diseluruh dunia...tahniah kerana telah menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan sempurna nya...

yang masih punya bapa hargai nya selagi masih ada...yang sudah kehilangan masih ada peluang berdekatan dan bermesraan melalui doa2 dan al fathihah yang di titip....kehadiran kita dan kehadiran 'nya' masih boleh dirasa dalam rindu yang tak berkesudahan....

Al fathihah buat ayahanda ku...tenang lah dalam istirehat yang panjang


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, June 18, 2011

kali ni suruh jadi 'jalang' lak...


bertuah lah dapat suami yang menghargai isteri mereka

KUALA LUMPUR – Untuk mengelak dari ditinggalkan suami, adalah tidak salah bagi seorang isteri untuk bertindak nakal seperti ‘jalang’ dan menggoda manja pasangannya dengan berpakaian seksi di rumah.

Pengerusi Majlis Persatuan Ibu Tunggal Malaysia (MPITM), Nuraini Jufri berkata, isteri-isteri harus mengambil inisiatif melayan suaminya sebagai pasangan kekasih di waktu zaman bercinta untuk menguatkan jalinan hubungan suami isteri sedia ada.

“Jika di waktu bercinta, kita sering menghubungi teman lelaki melalui panggilan telefon, sistem pesanan ringkas (SMS), dan kadangkala ada menghantar bunga, malah adakalanya kita bermanja-manja dan berpakaian menarik.

“Tidak salah bagi seorang isteri untuk menggoda suaminya dengan berpakaian seksi seperti ‘jalang’ dan memikat hati suami dengan berkelakuan gatal, tak salah menggatal dengan suami sendiri bukan?” katanya di majlis perasmian MPITM oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Naib Presiden Kelab Taat Suami, Dr. Rohaya Mohamed, yang meminta para isteri untuk melayan suami mereka bagai ‘pelacur kelas pertama’ untuk mengelak suami mencari wanita lain.

Mengulas lanjut, beliau berkata, isteri-isteri harus mengambil iktibar dari keperitan pengalaman ibu-ibu tunggal yang ditinggalkan suami dengan berusaha menambat hati suami masing-masing agar tidak mencari wanita lain diluar.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

tak habis lagi dengan saranan para 'isteri menjadi pelacur kelas pertama' seperti dalam entry aku yang lepas ( masih xpandai nak buat baca di sini >>whiteymommy tolong buat tutorial ye utk akak mu yang benak ini..heee )
dah menaik kan darah ku dengan artikel ini yang ku petik dr mynewshub, kali ini dari Pengerusi Persatuan Ibu tunggal Puan Nuraini Jufri.Aku hairan lah sangat kenapa pemimpin2 bijak pandai ni tergamak memilih perumpamaan yang tidak sedap di dengar ni atau pekerjaan yang memang sejak azali di hina dan di pandang jijik ( namun nak menolong golongan ini...haramm ) ini sebagai contoh atau tauladan bagi para isteri supaya jangan di tinggal kan suami..

Apa tidak adakah contoh2 lain?..apa takut sangat kah jika suami cari lain atau di tinggal kan suami...camon la wehhhh...sekolah tak habis kaaa? kenapa tak bagi contoh macamana para2 isteri nabi melayan suami?...kenapa tak guna kan hadis dan sunah Rasullullah untuk membimbing dan melunak kan hati?... cer baca apa yang Rasullullah kata:

"Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu." (Hadis riwayat Abu Daud).

Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.

Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim sejati. Suami yang baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

pada aku tak payah lah nak act macam PELACUR ke, macam JALANG ker...kalau dah memang suami tu baik dan sayangkan kita, dia akan menerima kita SEADANYA dan kita menerima suami kita SE REDHA NYA..xperlu nak merendah diri SE RENDAH ITU!!!

P.S para pejuang wanita..sudah2 lah tu..pi ikut kak Fida tu buat amal jariah kat lorong Haji Taib...lagi banyak pekdah



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

surah Al Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat. Diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher, Insya'allah hilang dahaga.

3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7. Jika orang teraniaya dan dipenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi di zalimi.

Perkara yang baik kita amalkan selalu. Sebar-sebarkan kepada kawan, saudara kita.

Wasallam. Jazakallah khairan

credit blog www.resepirahsiaku.com



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, June 17, 2011

kita tak pernah bersyukur...

kita memang tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada, betul..aku kau dan kita semua ni...selalu sangat kita xpuas hati dan membanding kan dengan orang lain yang lebih dari kita..kita nak walau pun xlebih dari orang tu..sekurang2 nya nak SAMA!... tapi jarang sekali kita melihat kebawah, ke arah kekurangan orang lain...dan memberi...atau sekurang2 nya mensyukuri rahmat Tuhan pada kita.

tengok ni, rumah dan macam ni punya besar, kalau boleh nak lagi besar dari rumah Datok K..
tapi pernah tak terfikir bahawa ada orang yang hidup dan membesarkan anak2 dalam rumah yang macam ni?..kat sini lah makan, kat sini lah tidur! ( tu pun kalau ada makanan )
ni syahidah ni anak mak Tam...mungkin dalam hati dia tak best lah naik keta ni ..( apa nama keta ni haram aku xtau) ...mungkin dia nak ..ada ker yang lebih canggih dari ni?...kalau yang kesana kemari outstation tu naik flight, tak puas hati lagi tu naik first class, sewa jet persendirian macam dalam drama Awan Dania tu..fuhhhh xtau kemana nak habis kan duit la kata kan...cer lah bawak2 pandang ke bawah
seorang wanita dan ibu yang memerah keringat demi sesuap nasi...jangan kan dia terbayang kan kereta, basikal pun mungkin dia rasa tak terjangkau dek akal dia...
ni wajah dah sangat cantik dan menawan...mata bundar dan telus..hidung mancung seludang..bibir bak delima merekah...masih lagi akan suntik Botox untuk buat dagu...hisssh cer pandang kebawah
aku sendiri tak tau nak komen...ada kah aku akan tabah setabah dia yang menderita tumor seberat 2kg di muka nya..kerana kemiskinan...tumbuhan sebesar ibu jari yang sebetul nya boleh dirawat akhir nya bermaharajalela menjahanam kan wajah gadis ini!
ermmmm ini bukan melucah, sekadar bahan bukti bahawa ada diantara wanita tak berpuas hati memiliki yang dah cantik begini, masih mahu lebih lagi macam Dolly Parton...insaf lah kalau terjadi macam di bawah
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>tak terlahir suara hati ku...yang tersirat dan tersurat Allah jua yang tahu
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
masih komplain sebab tidur hanya berteman kan kucing..papa kerja balik lambat...mama asyik dengan kawan2...sayang, sekurang2 nya ada katil dan bantal yang nikmat untuk di peluk...tengok adik ni...hanya abang yang sayang.....


Ya Allah...beri lah syurga Mu kepada mereka yang redha dan berlapang dada di atas ujian Mu
dan beri lah juga taufik dan hidayah Mu kepada kami2 yang terleka...aminnn


p.s tulisan ku banyak terikut irama 'otai'..mungkin kerana dah sebati dengan tulisan dia..Otai..i miss u


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, June 16, 2011

Penawar syifa'


Ini bukan nak promosi sesiapa sekadar menolong sesama insan yang malang untuk mereka mendapat rawatan terutama kepada wanita-wanita yang mengidap barah payudara (breast Cancer) supaya sembuh. Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia.

Dari rancangan Astro pada 4hb Jan 2010 - PENAWAR SYIFA' - di mana Azean Irdawaty telah ditemubual mengenai rawatan penyakit barah payudara. Rawatan itu dikendalikan oleh :-

Hj. Lokman Abdul Hamid
Perubatan Syifa' Al-Hidayah
1, Jalan Bestari Indah,
Villa Bestari, Sg. Pusu,
Gombak
Tel: 019 315 9377

Berikut adalah surah-surah yang disenaraikan dalam program Penawar Syifa' untuk perubatan tersebut:-

SURAH YANG DIAMALKAN UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL BARAH PAYUDARA

AL MAIDAH 5 - AYAT 82-91
A’RAAF 7 - AYAT 70-81
AR-RAD 13 - AYAT 16-28
ANBIYAA 21 - AYAT 38-50
ASY SYUARAA 26 - AYAT 185-227
AZ ZUKHRUF 42 - AYAT 52-70
AZ ZUMMAR 39 - AYAT 42-52
GHAFIR 40 - AYAT 67-77

Wallahu a’lam.


Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/penawar-syifa-untuk-kanser-payudara.html#ixzz1POHSy6sS


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, June 14, 2011


Hidup ibarat karang di tepian pantai..
harus teguh harus bertahan
biar di hempas gelombang
biar di bakar terik mentari

tersenyumlah
kerna ada sang bayu kan berpuput lembut
dan camar pasti pulang
untuk menghibur mu


mood:
sangat lemah dan tidak berdaya
ya Ilahhi..rabbi


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

mertua Vs menantu...

'my heart my soul'

Ibu tiri dan ibu mertua adalah dua individu yang 'mengerikan' pada suatu masa dahulu...tapi itu dulu..lama dulu...sekarang zaman dah berubah, kedua insan ini kadang lebih baik dan mulia dari ibu kandung...

baik..aku nak merapu pasal ibu mertua. bila menonton drama bersiri Mentua vs Menantu sekali sekala ( tengok ni pun pasai Akhasa..ahaha macho beb! ) aku teringat telatah sesetengah ibu mertua ni..alaaa jangan nak tipu la,dalam sepuluh mesti ada sorang ibu mertua yang buat perangai kan?..kan

Apasal perangai ibu mertua macam tu erkk..nak nak dengan menantu perempuan, apa diorang jeles kut yang anak lelaki dia dah kena 'ambik'..anak lelaki dia dah beralih kasih pada bini..ehhh haloo yang ko tu dulu amik anak lelaki mak mertua ko tu xper pun? ni bila anak lelaki ko ada isteri apasal ko buat pe'el?

dah tipikal perangai orang kita agak nya, kita buat xper, orang lain buat xboleh..macam dari start nak cari calon menantu..kalau anak lelaki kita pilih perempuan yang tak cantik, tua lah 2,3 tahun dari anak kita..mula lah membantah..merajuk..
ko pilih antara satu, mak atau pompuan tu..kalau dah konfrantasi mula lah menjaja satu kampung konon nya anak dara si anu tu dah guna2 kan anak kita ni..tu sebab anak kita nak kat dia dah la tua dari anak kita, xcantik lak tu...( ehh bodoh nya, kalau DIA PANDAI GUNA2KAN ORANG, BUAT APA PILIH ANAK KO? baik calit terus kat sultan selangor tu haa..duda lagi tuu..xper 'bank negara', alang2 pandai kannn )

kemudian bab hantaran lak..anak lelaki dia kalau boleh bagi jer duit hantaran rendah, beli barang hantaran yang serba satu tu ala kadar jer..alah bukan nak pakai pun kata nya.Tapi kalau anak perempuan dia, nak hantaran tinggi almaklum barang2 dah mahal sekarang, minyak pun dah berapa kali naik harga...(iskkh yang anak perempuan orang tu duk kat negara mana barang tak mahal? nak bagi duit hantaran rendah? )

bila dah kawin, ni bab yang paling aku tak gemar...depan mulut manis macam madu,kat belakang mengumpat masa rewang konon menantu dia pemalas, xreti masak, bangun pagi matahari dah tinggi menggalah. Kemudian masuk campur lak urusan rumah tangga orang..bila nak beli langsir, sebok suruh pilih kain ni, warna ni..nak renovat dapur pun,si anak pun satu mesti nak tanya mak dulu..kemudian ikut cakap mak
bila dah ada anak lagiiii makan hati..sampai nama anak pun dia yang bagi..dia yang kendong dan dodoi kan..menantu ni xpandai..budak xmau lena..ha'aaah

lepas tu kannn, anak menantu dan cucu dia tiap hujung minggu mesti balik rumah dia,kalau xbalik dia akan buat rombongan cik Kiah datang rumah anak dia...( apa lagi ehh aku tengah pikir ni )..haaa kalau menantu dia beli barang kemas ke..alat make up atau apa jelah yg berjenama yang mahal..mula lah muncung konon menantu ni mengabiskan duit anak dia...

meh aku nak cuci sikit..

1. apa yang kita ndak, samalah orang pun ndak..apa yang kita xsuka, orang pun xsuka gak..so what??? bertolak ansur lah

2. bila dah jadi menantu anggap lah macam anak sendiri..kalau xtau masak-ajar, kalau pemalas tegur cara berhemah..( sama macam kita nak besan kita sayang kat anak perempuan kita, apa rasa pulak bila besan kita mengumpat anak kita? )

3. ni masa anak2 kita pulak menentu kan masa depan hidup diorang..jangan lah kacau-pantau boleh.Gasak dia lah nak beli apa, caler apa pun-rumah dia..yang penting dia suami isteri berkenan.Yang menyebok buat apa, kita ni orang lama idea kolot tau tak, biar dema bagi nama anak dema cantuman nama diorang ker, ambil nama dari drama popular ker ..gasak lah cuma bagitau lah makna nama penting,kalau boleh biar makna nama tu molek..titik!

4. yang tamak kontrol hidup diorang tu apsal? cuba dulu mak mertua ko buat ko macam tu?...xbagi ko balik rumah mak ko..atau besan ko xbagi anak ko balik umah ko, asal hujung minggu jer balik umah dia...apa rasa?..iskkkh aku sepak kang

5. biar lah laki dia nak beli kan bini dia apa pun..entah2 menantu ko... lagi banyak keluar duit dari anak ko..ada ko tau???

aku sangat salut dengan mak aku iaitu IDOLA ku..

dia xpernah membandingkan antara anak menantu
xpernah mengata anak ni kepada anak lain
xpernak mengata menantu ni kepada menantu lain apalagi kepada orang luar
xpernah membeza2kan cucu
xpernah buka mulut si dia ni bagi duit banyak ni,sidia ni xbagi langsung
xpernah mendesak suruh balik kampung, kalau rindu sangat, dia yang datang
xpernah complain bila kat rumah anak menantu, bak kata orang noghori..ontok yoo

***ni lagi satu yang besan nak ber VS ngan besan ni aper cerr?...
kalau ko menang pakaian paling up to date ko dapat pingat?
kalau ko menang rumah ko penuh ngan perabot dan hiasan mahal2 ko dapat tropi?
kalau ko menang dengan set barang kemas untuk di padan kan dengan baju ko dapat Piala Pusingan?

tapi ko dapat tak memenangi hati orang? akan termasuk kah nama ko dalam doa 5x sehari orang? akan dapat menyentuh hati orang kah, akan merindu sayu kah orang bila teringat kan ko???

xderrr?? xdapek den nak nolong


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, June 11, 2011

ayoo..kelab taat suami kata nya...


korang nampak tak gambar yang aku upload tuh?...ye puan puan, pelancaran KELAP TAAT SUAMI kata nya..( gambar ehsan dr blog syahrilkadir.wordpress ) Naib Presiden kelab itu Dr Rohaya Mohamed dalam sidang akhbar nya mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti "pelacur kelas pertama"...!

kata nya kesediaan isteri untuk patuh dan melayan keperluan sex suami pada bila2 masa suami 'berkehendak' akan mengelak kan suami dari berlaku curang dan mencari 'pelacur'

korang bacalah sendiri apa kata nya..xkoser aku nak terjemah

ermmm...pada pikiran aku yang sekolah tak tinggi ni lah kan...bukan kah kaum wanita itu sudah fitrah semulajadi nya bila sudah menjadi isteri akan taat dan setia 150% kepada suami, tak kira lah suami pilihan sendiri atau pilihan keluarga...

tak kira lah boleh terima ke tidak, rintihan hati dan jiwa tolak tepi, bila suami 'mengajak' akan sedia 'berkhidmat'!...ni apaker benda ni nak tubuh2 Kelab Taat Setia bagai...berapa nisbah isteri yang tak setia jika di banding kan dengan suami yang curang??
ada suami kesah???

camon lah...jangan lah nak merendah kan diri sampai camtu sekali...ada ker nak di sama kan ngan pelacur?...iskhhhh

kita bersedarhana sudah lah ..tunaikan kewajiban kerana Allah..ikhlas seadanya...kalau dah perangai suami miang, jatuh hati kat staff opis dia, ( ni sebab kat tempat kerja 8jam paling kurang, kat rumah -tengok berita, layar internet= tinggal 4jam jer dengan isteri ) kemudian dah syok pulak bercinta maya...haa kau ..puan tunggu lah sampai terlena, dah berdengkur karang baru dia pelan2 baring kat sebelah, feeling2 kat awek di alam maya tadi!

nak layan macam pelacur kelas pertama macamana?...( pelacur pun aku rasa, jantan akan tukar2..diorang tak langgan orang yang sama..am I right? ) yang penting aku rasa suami bukan nak sex semata2, mereka nak kawan dan kekasih....( yang ni yang payah nih!..kena lah kita belajar balik jadi kawan dan kekasih )

tapi kan, bab isteri yang kesepian ada kah para peria ganteng di luar sana kesah?...ada nak tubuh Kelab Taat Isteri atau Kelab Satu Suami Satu Isteri?...memang...memang lelaki di boleh kan kawin sampai 4...tapi ada kah 'BERAS' dan 'KERAS'?...mampu kah berlaku adil?..adil ni bukan saja setakat yang zahir tau bang, tapi yang batin jugak..apa isteri atau pompuan ni xda nafsu ker?...

ada suami yang dah berkahwin muda, isteri tua di tinggal begitu saja, samaada dah xda selera atau kena 'guna2' dengan isteri muda yang tamak wallahualam...kalau sehari dua xapa, ini bertahun2..datang bertanya khabar dan jenguk anak jer...ada kah patut??

tapi pokok nya tetap xadil membiar kan isteri yang lagi satu kegersangan, bila isteri curang, ( ni belum lagi sampai keranjang lagi nih...baru bergelak2 di handphone dan bermesej..terkantoi) wahhh bagai perang dunia kedua...hampir nak berparang!...bang, cer chek balik kat mana punca nya?..dah awak nak kawin lgi, kawin lah..itu pun si tua dah cukup merana..yang abang biar dia kering tu kenapa?...

mana pejuang2 wanita nih?...xnak tubuh kelab???


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, June 9, 2011

apa nak jadi ni???...

rusuhan di asrama pekerja di Taman Semarak Nilai..selang berapa taman perumahan jer dengan rumah aku..


aku rasa korang sume ada baca berita atau menonton siaran berita di tv, xkira lah apa chanel pun..berita tentang pergaduhan lebih 400 orang warga asing ( Bangladesh dan Vietnam ) di Nilai..( ini pergaduhan yang kedua besar selain dari tahun lepas dimana warga Indonesia merusuh dengan membakar bendera Malaysia dan membakar kereta polis )

aku memang angin satu badan bila baca bab ni..korang sedia maklum kan yang aku ni dengan pekerja asing xdapat di pisah kan.( ni kata blogger teeeet lah )
aku masak sangat dengan perangai diorang nih..akal belit diorang memang dalam poket aku der..kalau perasan dalam entry aku yg dolo2 ada aku cerita kenapa dengan diorang ni kena main sepak terajang..( iskhh aku xpandai2 lagi nak buat yang klik sini...hahaha ..bongok betul orang berblog dia nak berblog..buat itu pun xreti huh )

kan aku dah kata, dek sebab benda kecik pun boleh jadi rusuhan..meh aku nak cerita sikit dailog aku dengan hamba abdi aku yang xsedar diri tuh..( mak aii ayat...marah sgt ker? )

bangla: kak Roy, itu majlis Bandaran sudah angkat rack baju, almari baju lama Syafiqul punya

aku: itu barang2 letak mana?..Syafiqul sudah balik kampung? ( maintain cool )

bangla: belakang kadai lah ( pekerja bangla boss tempatkan di rumah kedai yang di sewa )

aku: belakang kedai memang lah majlis bandaran angkut, yg u taruk sana buat apa?

bangla: apsal mau angkat?..ini kadai kita bayar sewakan, kita punya suka lah mau taruk apa ka, mau bikin raban ayam ka..ini raban ayam pun sudah kasi rosak...kalau saya punya nagara, sudah lama saya hantam itu orang..

aku : dah start panas..eh beruk, kau ingat ini negara kau nak buat suka2 hati?..cuba kau pikir kalau semua orang akal macam kau..kat belakang kadai ni semua benda nak taruk, reban ayam lah, sangkar burung lah, almari buruk lah..amacam tengok? itu baru kau..kalau orang sebelah pun macam tu..lain2 rumah pun macam tu...habis belakang kadai ni dah tada lorong..penuh sampah..tikus pun buat sarang..ada cantik tengok?...bangang!!

lagi suka2 mau hantam orang..sendiri buat salah..u tengok u orang arr..buang sampah pakai baling saja..satu orang 2 bag satu hari, sepuluh orang?...tikus, lalat..patut lah u punya negara miskin..kotor...sikit2 mau gaduh, mau hantam ..u dapat apa lapas hantam orang? dapat pingat?..itu hari u orang gaduh sama nepal, sapa susah? orang susah mau hantar hospital, seat kereta saya penuh darah..u mau bayar duit car wash?..lagi bill hospital? potong u punya gaji..
sudah gaduh,itu operation kat hangar klia sudah stop..mana boleh stop..boss kena cari orang ganti..lagi mau keluar duit bayar partimer..bodoh ka tada bodoh??? betul2 kasi susah orang..saya , Naja, Boss, madam dua hari tada tidur tau..ba alip ba ya btul...( haa kau suruh lagi aku bebel )

itu baru sikit..ada banyak lagi kerenah diorang nih..sampai esok pun kalau nak cerita tak kan tamat..tapi apa nak buat..sebusuk2 diorang pun, mereka lah yang kita harap kan untuk menjana pendapatan negara..cuba tengok di setiap ceruk rantau..hampir semua pekerja am adalah pekerja asing..orang kita xmau buat kerja low class nih..baik di pasar borong,dikedai runcit, pasaraya besar pun sekarang ni dan apalagi di stesen minyak..

dan tidak di nafikan yang mereka ni cepat pandai malah lagi pandai dari 'orang' kita walhal masa mula2 datang dulu sepatah haram pun xtau nak sebut, satu benda pun xtau nak buat..dan kalau sebut pasal kedatangan kerja, mreka ni xkan ponteng atau amik MC kecuali lah nyawa diorang dah kat hujung tanduk..setiap minit bagi diorang adalah Money!!

dua benda ni memang payah nak ada kat anak2 muda kita..so jangan lah nak merungut jika peluang pekerjaan dah di monopoli oleh warga asing..dan di sebab kan ini juga lah mereka naik mua..mereka besar kepala dan berlagak..

pernah mereka kata..kalau tanpa mereka..Malaysia akan mundur sama macam negara diorang jugak!!

( PANAS TAK PANAS TELINGA DENGAR?... )


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

harga diri....

http://redl.glitter-graphics.net/pub/2053/2053891pacu3af5iy.gif"peat;">

Assalamualaikum dan selamat pagi...( kes buang tebiat..xpenah2 bagi salam...ni pasal hati berbunga2 sebab ada 'orang' baca pagi2 sebelum mulakan kerja...tq so much )

kadang aku rasa sangat lemah
dengan keadaan ku
tambah lemah dengan orang
di sekeliling ku

kadang aku rasa tidak di perlukan
di kala aku sangat memerlukan
kadang aku rasa sangat menyusahkan
di kala aku perlu pertolongan

kadang aku rasa tidak di cintai
di kala aku sangat menyintai
kadang aku rasa tidak punya harga diri
di kala aku mengharap di hargai....!!

dan tiba2 aku merasa ada Tuhan di sisi ku...aminnnn



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...