camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Thursday, June 23, 2011

kenapa asyik gadis melayu je yang kena rasuk?....

sesiapa yang risau kan kesihatan aku, sukacita di beritahu bahawa aku ok saja, walaupun fizikal lembab namun otak masih berfungsi dengan baik..hehe malah makin hyperaktif rasa nya. ini terbukti dengan idea nak menulis yang mencurah2..harap2 ini bukan buang tebiat yang tunggu 3 jemaat je lagik...huhuhu.

baik...pada yg follow blog merapu aku ni mungkin perasan aku ada hint beberapa entry yang aku ni 'boleh lah' dengan bab2 ab-normal ni..sebenar nya aku sedia maklum bahawa tidak semua orang boleh terima dan percaya dengan benda2 macam ni..sehingga kan aku di perli dan di persenda, aku perasan tu..

aku mengambil keputusan untuk menulis entry pasal ni bukan kerana bertujuan untuk promosi atau mempromote kan diri, jauh sekali nak bermegah kerana apa yang ku dapat tidak menggunakan kos atau perbelanjaan walau satu sen pun..so adalah tidak bermoral dan rendah rassa nya harga diri ku seandai nya aku tersasar berniat begitu.

ini pengalaman aku semasa membantu 'otai' atau seorang bomoh yang sudah ada nama. ( macam doktor gak, bomoh ni pun kadang kerja berpasukan.. ) so yang kena rasuk ni budak2 sekolah menengah yang membuat kem bina jati diri di hutan Ulu Yam..pelajar2 ni seramai 25 orang, lelaki pempuan..melayu, cina dan India pun ada.

entah di mana silap nya 5 orang gadis melayu tiba2 di rasuk xsedarkan diri...terjerit2 dan meronta2.di pendik kan cerita aku yang kebetulan ada di rumah otai ni ( cikgu Zali bukan nama sebenar ) ikut sekali ketika beliau di panggil untuk memulih kan gadis2 tersebut..sampai di rumah rehat kem tersebut aku lihat dah ramai ibubapa yang berkumpul..ada yang sedang memeluk anak gadis dan ada juga yang sedang membaca surah yassin..

cikgu Zali menghampiri seorang gadis yang agak kritikal rasukan nya..dia merronta sangat kuat sehingga 4orang lelaki dewasa hampir tidak mampu untuk mengawal dia dari melarikan diri hendak terjun kesungai berhampiran..
'cikgu, ni paling ganas..mungkin ketua jin la ni yang merasuk,' kata ku pada cikgu Zali..dia hanya tersenyum.

perlahan cikgu Zali meletak kan telapak tangan nya nya di ubun2 gadis tersebut sambil mulut nya terkumat kamit membaca ayat suci..serentak dengan itu jeritan nyaring gadis tadi bertukar garau dan menyeram kan..rassa macam bergegar dinding dan lantai papan rumah rehat tersebut..sekejap dia mengilai, sekejap dia mengherdik dan membentak dengan bahasa yang tidak di fahami.

"Assalamualaikum,'.. tegur cikgu Zali..3x dia mengulang salam namun senyap tiada jawapan.hanya pandangan tajam dan mengerikan..
"kapir'..kata ku..
hek elleh jeling aku lak

cikgu Zali hilang sabar, di tekan nya di bawah ketiak gadis itu sambil membacakan ayat Qursi dan penyiksaan ini berhasil kerana jin kapir tersebut meraung2 marah..cikgu Zali menambah kan lagi 'perisa' dalam bacaan nya sehingga jin kapir tersebut memohon untuk keluar dan di lepaskan dan berjanji untuk tidak lagi mengganggu gadis2 melayu.

tiba2 jin kapir tu berkata..."ehh ko nak tahu tak kenapa aku suka ganggu gadis melayu",??
" ha kenapa,? aku memang bangsa xsabar...

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan rasuk!!

ergkkkk...binawe!! berdezassss cikgu Zali pancung leher jin kapir yang kurang ajar itu

( jangan marah haaaa..ini cerita benar, saje jer aku jadikan tidak benar..cerita di copy dr blog sekamarindu dan di olah macam hak sendiri oleh...)




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

2 dah luah kan rasa:

Shikin JD said...

Hahahaha, mula2 baca ngan serius tapi part last tu lawak giler...*muah muah*

Shikin JD Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » kenapa asyik gadis melayu je yang kena rasuk?....

azahrohaizah said...

=))...=))
sayang awak sbb konsisten jenguk kita

:-*

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...