yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Friday, September 30, 2011
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Thursday, September 29, 2011
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Tuesday, September 27, 2011
aku kemari untuk menyelesaikan perkara yang belum selesai..tertangguh puluhan tahun ..tergantung di awangan rasa..ibarat kiambang yang pucuk tak capai ke awan..akar tak jejak
ke bumi...perit..memang perit bertahan begitu lama!..
baik..biar lah permasaalahan ku tuan hakim yang bijaksana menyelesaikan nya..doa kan lah semoga di permudah kan segala keputusan oleh Nya..
yang aku nak cerita ialah betapa di dalam dewan yang mulia ini..sepatut nya tiada pasangan yang berkahwin jejak tempat ini..tetapi aku perhati kan di penuhi hampir dua puluh orang wanita yang masih muda belia lagi..Ya Allah hiba rasa hati..sesungguh nya memang kami tidak minta untuk gagal di pertengahan jalan begini..siapa lah yang mahu bahtera belayar tetapi terkandas di tengah lautan ganas..tapi apa lah daya kami Ya rabbi...
sewaktu melepaskan talaq..bergetar suara suami wanita ini..dan hati aku juga turut luluh...sewaktu dia melangkah lesu dari kamar hakim..tidak semena2 dia menoleh ke arah ku..ku lihat merah mata nya dan ada air yang bergenang tapi tidak jatuh!!
dan seperti di takdir kan, di ruangan parking kereta..aku sekali lagi terserempak dengan pasangan yang sudah tidak lagi sekapal ini..ada seorang anak lelaki lebih kurang berusia 3 tahun di pimpin bekas suami...sewaktu langkah makin menjauh..anak nya melambai lambai ke arah ibu..bye mak..kata nya berkali kali..
sangat kental dan keras hati ibu muda ini..hanya memandang anak nya melangkah pergi..aku bertanya pada diri..kalau aku di tempat itu, sanggup kah aku?...jawapan nya - biar lumat tubuh ku di cincang derita, berpisah dengan anak biar TIDAK!!
begini lah ramai nya...masing masing dengan permasaalahan masing masing..perhatikan sekali imbas...masih muda dan masih hijau usia perkahwinan...apa kah rapuh benar cinta yang di bina?..apakah kata waktu bercinta tidak berjaya untuk di kota?
Wallahualam...
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Friday, September 23, 2011
Pengorbanan Seorang Ibu
--------------------------
Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.
Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "
Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.
Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain.
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Thursday, September 22, 2011
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:
01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "
07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."
Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Sunday, September 18, 2011
LOVING SOMEONE WHO LOVES SOMEONE..
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Saturday, September 17, 2011
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua