camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Friday, February 21, 2014

berdosa kah menjadi janda?


Ini status fb aku hari ni, huh pertama kali aku dapat banyak like hihi..almaklum yang aku bukan ada byk frenz list dan aku pun bukan ' senang' nak like sesuka hati aku status fb orang...melain kan status tu menepati piawaian aku untuk di like! ( kedengaran sombong sekali kan huhu).

sumpah aku sangat pelik dengan perangai sebilangan kita ini yang bernama manusia...tentu lately korang dapat juga pose dari kawan2 yg meng edit foto Erra Fazira dengan perkataan2 yang berbaur nakal dan miang...tak lebih atau tepat mempersendakan kan status janda beliau...
Allahu akbar ada kah yg men edit itu berfikir panjang sebelum melaku kan perkara yang menyeronok kan bagi pihak dia tapi amat menyakit kan bagi pihak yang terlibat..ada kah dia terfikir bagaimana rasa nya jika perkara itu terjadi pada diri nya sendiri?..

Aku sangat yakin, untuk menjadi janda terpaksa melalui proses yang amat sukar..bukan terjadi dengan sekelip mata seperti melafaz kan akad...sebelum mendapat title tu, terpaksa berjuang bermati2an untuk menyelamat kan keadaan..berapa banyak airmata yang tumpah..berapa banyak kesabaran yang terpaksa di perah..berapa banyak doa yang di panjatkan kehadrat Yang Maha Berkuasa..
Namun jika itu kata Allah apa daya dia..



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, February 2, 2014

sepetang di Sekin & Resort....

semalam hari yang gembira dan hari yang menguja kan buat kami semua...buat kami kawan2 lama semasa bersekolah dulu...siapa yang menafikan bahawa zaman persekolahan ada lah zaman remaja dan zaman terindah dalam hidup kita..ye semalam kami berkumpul lagi...mengimbau saat2 manis dahulu...percaya atau tidak selepas melebihi puluhan tahun baru bertemu kembali...

banyak nostalgia di kenang..banyak rahsia di buka...baru tahu si anu suka si dia.. si beliau memendam rasa pada si \anu...tapi iya lah itu cerita lama..yang pasti nya masa berlalu tanpa boleh di ulang kembali...walau menangis airmata darah sekali pun

kami berkumpul di sini.. di Sekincan Hotel & Resort...pasti korang semua tahu atau pernah dengar Sekinchan ikan bakar restoran kan...terdapat beberapa cawangan di serata Malaysia....korang boleh google untk mendapat kan maklumat lanjut...jika berada di sekitar Kuala Selangor membawa ke Sg Besar dan Sabak Bernam, boleh lah korang singgah dan rasai ke seronokan dan kedamaian di sini...selain dari restoran ikan bakar yg menyediakan berbagai juadah lazat, ikan korang boleh pilih atau pancing di kolam bersebelahan, terdapat kemudahan lain seperti bilik mewah yg selesa dgn kadar sewa yg berpatutan...juga dewan untuk seminar dan berkursus...senang cakap korang search sendiri lah ye...sedia maklum aku ni sangat malas nak menaip...huhuhu...

apa sebenar nya aku nak cerita tadi?... lupa dah dik kerana seronok mempromosi kan resort dan restoran ni...aku sebenar nya tumpang bangga dengan pemilik resort ni sebab yang utama mereka orang kampng aku...salah seorang dari mereka rakan sekelas aku...classmate...mujur tak jadi roomate...hahaha
dan apabila mendengar sendiri dari mulut beliau kesukaran mereka adik beradik sewaktu kecil...pengorbanan seorang ibu dan ketaatan seorang anak...bulu roma ku meremang berdiri...sesungguh nya janji Allah itu benar...Sesudah kesulitan ada kemudahan...sesudah kesulitan ada kemudahan...
dan mengharukan,demi menebus kesedihan dan kepayahan seorang IBU mereka adik beradik bersatu hati untuk menghadiah kan kesenangan dan kebahagian untuk ibu tercinta...
salute bro...sunggh aku bangga...

 



antara kawan2 yang hadir...ada yang nampak jauh raut wajah dari usia dan ada yang still maintain...hehehe

dia yang aku maksud kan...


dah lama tak bercakap dan berucap...silap orang lah pengerusi majlis bagi mikrofon kat aku...ha dah aku bercakap sampai terlupa nak berhenti...
bersama sahabat Faridah Yusuh dan berdiri pemilik resort dan restoran yang di usaha kan bersama adik beradik...puan Miskiah Yunus..sungguh aku bangga dengan pencapaian adik beradik ini...jatuh bangun jatuh dan bangun lagi...sekarang berdiri dan terus berlari....
sahabat baik dari zaman main batu seremban hingga sekarang...bertemu selepas aku meng'ghaib'kan diri

seorang aku...bermain ombak menanti camar yang pulang

p/s kau berlalu dengan bersahaja...jangan kembali dalam keadaan tidak berdaya.. 


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...