camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Thursday, December 26, 2013

bukan cinta biasa tapi cinta anak monyet...hehe






pernah dengar cerita pasal cinta monyet tak?...mesti lah kan..kebanyakan dari kita mengalami nya..ia natural dan menjadi kenangan terindah dan lucu pula bila di kenangkan balik...

gambar kat atas tu ada lah gambar aku ketika berumur 8 atau 9 tahun...jujur aku kata aku bukan pengumpul barangan..apa tah lagi nak menyimpan gambar2 lama..sedangkan gambar tahun lepas pun aku takder simpan kecuali dalam handphone atau dalam laptop..so gambar ini di simpan oleh seseorang...setelah puluhan tahun!

aku sangat terharu kerana sekeping gambar ini, ia membuka rahsia hati...rahsia cinta yang di pendam dalam diam..kerana sifat malu dan rendah diri gadis cilik pujaan tidak dapat di gapai tangan...

kisah ini terbongkar bila baru2 ini aku menukar nama akaun facebook aku kepada nama sebenar,tidak sampai 30 minit, berderu2 aku menerima permintaan berkawan dari sahabat lama semasa sekolah rendah dulu..ekoran dari itu kami berpakat untuk berkumpul semula..akhir nya setelah puluhan tahun si dia buat pertama kali nya bertentang mata dengan aku..hahaha itu pun setelah status aku bertingkat2!

kelu memang dia kelu dan tergagap2...namun sinar mata nya tetap memanah dan hampir melumpuhkan tugas jantung ku untuk mengepam darah..hehe

semua kawan2 ku berjaya dlm hidup,syukur alhamdulillah..si dia juga seorang ahli perniagaan yang berjaya..berjaya di peringkat antara bangsa...

masa tak mungkin terulang, sejarah tak mungkin kembali...yang ada hanya masa hadapan yg belum tahu kesudahan nya...terima kasih teman kerana aku pernah menjadi pujaan juga kesayangan mu..

p/s buat sahabat sejati ku Latifah Yusof...butang baju melayu aku mana pahhh...hehe kerana mu segala nya terbongkar!



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, December 24, 2013

Tuhan tlg jaga dia selalu....

PILIHLAH DIA YANG PEDULI PADAMU... Pilihlah seseorang... Yang mampu merasakan kesedihanmu dibalik senyumanmu.. Yang mampu mengerti fikiranmu disaat engkau terdiam.. Yang mampu merasakan kasih sayangmu disaat kemarahanmu.. Kerana dialah yang akan mengerti tentang dirimu.. Terkadang engkau harus berlari jauh.. Agar engkau tahu siapa yang akan datang kepadamu.. Terkadang engkau harus berbicara perlahan.. Agar engkau tahu siapa yang masih mahu mendengarkanmu.. Terkadang engkau harus melibatkan diri kedalam sebuah perbezaan.. Agar engkau tahu siapa yang masih akan membelamu.. Terkadang engkau harus mencuba mengambil keputusan yang kurang tepat.. Agar engkau tahu siapa yang akan menunjukkanmu keputusan yang benar.. Terkadang engkau harus melepaskan orang yang sangat engkau cintai.. Agar engkau tahu apakah dia akan kembali setia di sisimu.. Sesungguhnya... Ketika kita pergi bersembunyi hanyalah untuk ditemukan.. Ketika kita berjalan jauh hanyalah untuk melihat siapa yang masih setia mengikuti.. Ketika kita menangis agar kita tahu siapa yang dengan ikhlas menghapus air mata kita.. Dan dialah sebenarnya yang masih mempedulikan kita.. Yang akan membuat hidupmu berbalut bahagia penuh senyuman.. Pilih dan hargailah dia yang selalu peduli tentang dirimu..



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, December 21, 2013

jujur lah sayang, aku tak mengapa

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
 2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
 3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
 4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
 5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
 6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
 7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
 8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
 9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
 10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
 11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
 12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
 13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
 14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
 15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
 16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
 17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
 18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
 19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
 20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
 21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
 22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
 23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
 24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
 25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
 26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
 27. Senjata wanita adalah airmata!!
 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
 29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
 30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

 ye..hanya itu saja...

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...