camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Saturday, January 14, 2012

life so different without you...




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, January 10, 2012

mula2 tak suka sebab serban dia besaq...



ustaz muda yang hensem ni memang menimbul kan fenomena baru dalam dunia dakwah..mula2 menonton rancangan dia dalam 30 minit bersama ustaz Don aku malas nak tonton semata2 kerana 'serban' dia yang macam singh tu tambahan lagi dengan mata dia yang bercelak..iskhhh potong stim jer tau..

tapi bila mak aku beria2 tengok terconggok, aku pun malu2 cipan tonton sekali...mak aiii tak kenal maka tak cinta...best giler cara dia menyampaikan pelajaran tajwid..lawak siot..macam ni 2 jam pun aku sanggup dok mengadap dia..ehhh mengadap tv

dan bila menyampaikan dakwah..dia tak ambil perkara yang berat tapi perkara yang selalu kita terlepas pandang, seperti dalam video di atas..

tak sedar aku menangis..sangat insaf..boleh kah aku nanti memandi kan jenazah ibu ku dengan lemah lembut, mengafankan dengan kasih sayang dan menjadi makmum dan berdoa dengan seikhlas2 nya?

dan zuriat ku nanti..akan sudi kah mereka memandikan aku, menggosok tubuh ku dengan perlahan,kerana bercerai roh dari jasad seperti tersiat nya kulit dari daging pedih nya..memakaikan kafanku dengan kasih sayang seperti aku memakai kan pakaian mereka?

megah kah mereka berdiri mengimamkan sembahyang, kusyuk dan tawadduk tanda kenangan terakhir buat ibu mereka?

Ya Allah...

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, January 7, 2012

salam, senyum dan berrakad...susah sangat kah?

setelah sekian lama aku tidak ke pasar, aku menjejak kan kaki dipagi yang indah..fuhhh bahasa..hahha

( sebenar nya sewaktu aku bekerja dulu, aku dah sinonim dengan pasar dan orang2 disini )

setelah memilih 2kg ikan sadin untuk di buat kuah laksa, aku pun menghulur kan bakul yang berisi ikan itu kepada Ahong yang hensem anak taukeh ikan ni..

bila dia menoleh memandang aku untuk mengambil bakul yang ku hulur tu, aku memberikan senyuman ...

ahong : aiyoooo u ka...manyak manis u punya senyum..mana u pegi lama tak nampak?

aku : masih senyum...adaaa

uncle bapak ahong : waa castemer pertama senyum ini pagi..manyak syok ooo kija kalau dapat ini macam punya sunyum..

setelah membayar dan mengucapkan terima kasih aku pun beredar ketempat orang menjual santan kelapa..oleh kerana dia abang santan tu sedang menunduk , aku pun memberikan salam

abang santan : waalaikumsalam...ermmm dari pukul 5 pagi tadi sampai sekarang dekat pukul 8, baru sorang ni yang bagi salam

aku jawab, kalau orang tak bagi salam..abang lah yang mula kan bagi salam...kan sejahtera hidup kita saling mendoa kan...

kemudian aku pergi ke kedai runcit di dalam pasar itu. taukeh kedai tu perempuan cina yang fasih berbahasa melayu..dia pun tegur aku kenapa lama tak nampak..setelah berbasa basi dan selesai mengambil barang yang hendak di beli, akak cina ni pun mengira dan aku pun membayar..

aku : terima kasih kak, saya beli ye

akak cina : sama sama saya jual..


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, January 6, 2012

kekasih gelap ku...


Hey Sephia
Malam ini ku takkan datang
Mencoba berpaling sayang
Dari cintamu

Hey Sephia
Malam ini ku takkan pulang
Tak usah kau mencari aku
Demi cintamu
Hadapilah ini
Kisah kita takkan abadi

Selamat tidur kekasih gelapku
Oh... Sephia
Semoga cepat kau lupakan aku
Kekasih sejati mu
Takkan pernah sanggup untuk melupakanmu

Selamat tidur kasih tak terungkap
Oh... Sephia
Semoga kau lupakan aku cepat
Kekasih sejati mu
Takkan pernah sanggup untuk meningggalkanmu

Hey Sephia
Jangan pernah panggil namaku
Bila kita bertemu lagi di lain hari
Hadapilah ini
Kisah kita takkan abadi



Camelia

Camelia maafkanlah aku
Karena ku tak bisa temani tidurmu
Camelia lupakanlah aku
Jangan pernah lagi kau temui aku

Kau wanita terhebat
Yang pernah singgah di hatiku
Kau wanita yang tegar
Aku mohon lupakan aku

Sudahlah jangan menangis lagi
Ku rasa cukup sampai di sini
Mungkin di suatu saat nanti
Kau temui cinta yang sejati

Sudah cepat lupakanlah aku
Jangan pernah ungkit masa lalu
Ku takut kekasihku pun tahu
Kau pernah menjadi simpananku

Camelia…

Kau wanita terhebat
Yang pernah singgah di hatiku

kekasih gelap...siapa mangsa nya? perempuan kan...cer perhati lirik, mudah jer lelaki minta lupakan...salah siapa?


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, January 4, 2012

janda pun boleh bangg...

Petang tadi terdengar bualan DJ radio dengan seorang pemanggil.

DJ: Ni dari mana ni yob?
Pemanggil: Dari kelantan. Nak sampaikan permintaan le abang ..

DJ: Kedengaran sedih je suara ni .. kenapa ni?
Pemanggil: Saya boringle abang … Kalau boleh nak cari kenalan. Tak kira le siapapun. Umur berapapun saya tak kisah bang.

DJ: okey ..
Pemanggil: Janda pun boleh bang ..

Lain macam je aku rasa bila mendengar kata-kata si pemanggil tu. Ada ke tiba-tiba je disebutnya, “janda pun boleh bang”. Apa ingat janda tu apa? Seolah-olah status janda itu telah meletakkan ia pilihan yang ke … ishh ..

Maaf, telinga ini tak sedap mendengar suara yang memandang rendah kepada seorang perempuan yang berstatus janda ..

Terus-terang aku benci lelaki yang biarkan seorang perempuan itu bergelar janda kerana nafsu tapi hakikatnya tak mampu untuk berikan keadilan, tanggungjawab dan melindunginya. Apatah lagi jika ia miliki anak-anak yang masih kecil .. tapi dibiarkannya begitu saja. Tak pernah dijengahnya. Tak pernah diambil pedulinya. Sempoi betul lelaki yang seperti itu. Gila!. Sepatutnya lelaki seperti itu ditangkap dan dijatuhi hukuman buat kerja amal di rumah anak-anak yatim selama mungkin .. 5 tahun paling kurang!

(artikel di atas aku ambil tanpa izin dari blog kapten rashid@cikgu rashid..kerdipanbintang.blogspot..
rasa terharu sangat kerana masih ada orang yang punya 'perasaan' macam dia!)

BETUL LAH TU..KENAPA NAK PANDANG RENDAH PADA JANDA???

kerana dia mesti buat salah dan jahat sebab tu suami dia cerai kan dia?
kerana dia tak sempurna dan tidak baik sebab tu dia tak layak untuk suami nya yang terbaik?
ATAU
pandang rendah pada janda...( maka nya terbit ayat ini..JANDA PUN BOLEH BANG..) kerana janda itu sudah semesti nya gersang dan akan tibai saja mana2 lelaki yang mahu?..begitu??

bila agak nya fikiran kolot kita ni akan berubah?...kenapa kita tak mahu meletak kan diri kita kalau kita yang jadi JANDA tersebut?...agak2 korang, janda tu mahu kah menjadi janda?..ada kah insan waras yang mahu kan perkahwinan dia terbarai di pertengahan jalan?...tidak kah kaum LELAKI yang memandang sinis kepada JANDA terfikir, siapa kah sebenar nya menjadi kan JANDA ITU JADI JANDA?...

lelaki senang lah, selepas sewenang2 nya menjatuh kan talaq, dia dah boleh lepas tangan..agak2 nafsu berkehendak, boleh jer tibai mana2 betina yang sudi, TAK KAN ADA ORANG KUTUK..TU DUDA GERSANG..taaaaak..dia boleh kawin dengan anak dara, janda dan sebaya dengan dia..ada orang kesahh?

memang sebagai insan yg di beri nafsu oleh Allah taala, janda akan rasa kesepian..kesunyian dan sangat merindu kan belaian lelaki..tapi sebagai wanita yang beriman, dia boleh mengekang nafsu nya, dia sedar dosa dan pahala dan dia sedar dia sedang menghadapi ujian yang maha getir...jadi tolong lah dia sebagai insan yang lemah bukan diprovok atau semakin di goda dan dipermainkan..dia ibu tunggal, dia lah ibu dia lah ayah..dia harus keluar mencari sesuap rezeki untuk diri sendiri dan anak2 .

tapi selalu nya kaum wanita juga yang pandang serong pada kaum sendiri yang bergelar janda..elok2 dulu berkawan baik kini dah renggang, takut sangat jika suami dia di goda oleh janda ni..bila janda berpakaian lebih sikit, mula lah terjuih2 bibir mengata dan memfitnah..bila janda balik lewat malam kerana kerja..ermmm memang carik bahan gosip dan apa lagi balik di hantar oleh lelaki..ha meletup lah taman perumahan tu dengan berita hangat...hadoyyyy

berbalik pada tajuk tadi, 'janda pun boleh bang'..tolong lah betul kan tune kat kepala hotak tu, bukan semua janda tu kebulur sex ok!!..ramai juga para isteri yg konon nya ada laki tapi kenapa masih di tangkap khalwat di hotel baget?..kenapa??.. bukan kah ada laki yg sentiasa servis dia??..janda ni lain laa kannn..BONGOK!!

DAN JANGAN HANYA SALAH KAN PEREMPUAN BILA BERLAKU NYA PERCERAIAN..TAHU KAH KORANG ADA PARA ISTERI YANG MENDERITA HAMPIR SELURUH HIDUP NYA HANYA SEMATA2 TIDAK MAHU BERGELAR janda!!! TIDAK DI BERI NAFKAH..BEKERJA SIANG MALAM UNTUK MEMBESAR DAN MENYEKOLAH KAN ANAK2..MELIHAT DI DEPAN MATA SUAMI SENDIRI MENDUA KAN DIA..MENELAN SEGALA KEPAHITAN BILA SUAMI KAKI JUDI...bila bercerai, adil kah menyalah kan JANDA?..bagaimana pula janda yang kematian suami?..salah dia kah bila malaikalmaut menjemput suami dia?..salah dia kah juga menjadi JANDA?...

Wahai para isteri yang masih menjadi isteri...berdoa lah agar badi janda ni tidak berjangkit kat korang..jaga lah suami kamu dengan ikhlas dan jangan berburuk sangka dengan orang lain..jika kamu yang terbaik, tak mungkin suami kamu akan beralih arah...

dan kepada para2 janda dan peringatan buat diri ku juga..jaga lah tingkah laku..jangan lah gedik sangat..berpakaian lah dengan sopan dan tidak over..kita ni buat baik pun orang pandang serong apalagi jika kita dah serong!!..


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, January 2, 2012

azam tahun baru...

ye kenapa nak rumit kan hidup ini...ia mudah sebenar nya jika kita mudah kan nya

seperti kata pantun melayu ni pulak

kalau padi kata kan padi
tidak lah saya tertampi tampi
kalau sudi katakan sudi
tidak lah saya ternanti nanti...

aharksss..


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...