camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Sunday, June 24, 2012

entry tanpa tajuk....

mak kata pokok ni nama nya pokok burung bermesyuarat...ermmm cuba amati betul2, memang sebiji,eh se ekor macam burung sedang chat chit kan...

aku sebenar nya banyak ambil gambar bunga2 orkid dan bunya2 lain nya dr taman emak..tapi entah kenapa aku rasa sayu setiap kali menatap gambar2 itu...so aku tak jadi nak upload...

harap emak cepat sembuh dan kembali membelai bunga2 emak dan burung2 pun berkicau riang...moga taman emak kembali berseri....

makkk....orang risau kan emak, kembali sihat yea mak





yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, June 22, 2012

emakkk....

bercakap pasal mak,, aku rasa orang gila pun kenal mak dia, yang cacat waima buta dan pekak sekali pun orang yang dia kenali ..hanya dia kenali ialah MAK dia!!


minggu lepas pada malam Khamis aku di kejut kan dengan sms dari adik aku menyatakan yang mak sakit, sesak nafas dan telah di bawa ke klinik oleh jiran terdekat...heboh lah kami adik beradik pada malam itu kerana mak tidak pernah sakit, demam pun mak jarang sekali. ( ini kerana mungkin mak telah di amanahkan oleh Allah SWT untuk menjaga adik ku yang sakit.)



mak ketika sihat...cantik kan..terasa malu lak aiii

mak dan adik ketika dlm perjalanan menunaikan umrah baru2 ni...ayu jer ibu ku ini

bila mak sakit dan tidak bermaya, seluruh anggota keluarga serta cucu2 bagai hilang nyawa..

mak kelihatan sangat pucat dan letih, digagah kan juga diri untuk berposing demi anak buah nya yg datang berziarah

sekarang mak di rumah abang sulong ku di Johor...abang nak bawa mak ke hospital di bawah jagaan isteri nya (staffnurse ) tapi aku tahu mak bukan sakit hospital... ada misteri di sebalik sakit mak.. ada ketulan yg berdenyut2 dan berjalan di dalam perut, dibawah pusat dan kadang2 menyelinap seakan mahu merenggut jantung mak..rasa panas yang menjalar kata mak seakan mencekik dan mak tidak boleh bernafas..

mak pun tahu misteri ini.. dengan suara yg perlahan mak kata, ada orang dah lama dengki kat mak bila mak banyak pegang jawatan dikampung..mak bendahari Umno, mak ketua marhaban dan ketua bacaan Yasin, mak kata kawan mak baru sebulan lalu meninggal kerana kena santau setelah makan juadah yg di hantar oleh rakan sendiri..mak kata mak syak...

aku sedaya mungkin bantu mak..aku yakin kan mak..kita ada Allah mak...kalau betul sakit mak di hantar orang, .aku akan perangi habis2an..biar berkecai nyawa ku dari badan!!

Mak sabar lah ye..serah diri sepenuh nya pada Dia...mak jangan menyerah kalah...kami masih perlu mak untuk seribu tahun lagi..mak kena kuat untuk Aboy..please makk

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, June 7, 2012

dedicated to my friend ...




 penuhi lah undangan itu dengan berbesar hati, dan kembali lah dengan selamat ye..

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, June 5, 2012

kisah cinta...



 ada satu cerita mengenai sang camar dan batu karang di tepian pantai...

 karang ialah sejenis hidupan laut yang hidup di dasaran..ia sangat cantik dan berwarna warni..lembut dan unik tapi bila sudah terapung di pantai, karang menjadi keras dan mati...
warna nya hilang,kecantikan nya pudar namun ia sangat teguh bertahan!
 karang sangat bersedih hati, tiada siapa peduli, hari2 dia di hempas gelombang namun ada bayu yang berpuput lembut dan sang camar yang menghibur kan..
 apa kan daya, camar sentiasa terbang...
 
glitter-graphics.com "camar berjanji kan pulang untuk menghibur mu"...( camar tak kan pulang untuk menghibur mu..noktah )

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, June 4, 2012

Jangan terlalu....


1.Terlalu lama berdiri merosakkaln tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
Liang jimak sentiasa basah.

2.Terlalu lama duduk merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua.
 Tubuh badan menjadi kendur.

3.Terlalu lama berjalan merosakkan urat. Dalam pada itu haid tidak akan menentu masanya.

4.Terlalu lama melihat merosakkan darah. Darah haid menjadi kotor dari biasanya dan disertai dengan bau tak disenangi.

5. Terlalu riang/ gembira merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang jimak.

6. Terlalu kerap marah merosakkan hati. Cepat kelihatan tua. Selepas melahirkan mudah mengalami meriang. Wanita cepat meradang, cepat pula mengeluarkan mani akibatnya kurang mampu memuaskan suami.

7. Terlalu lama tidur merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauhnya jodoh. Mudah murung dan berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

8. Terlalu banyak berfikir merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu dan dalam tidur kerap mengalami sentakan kaki dan tangannya, juga mengalami seolah-olah mendengar suara-suara tertentu. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9.Terlalu sedih merosakkan jantung. Boleh mengakibatkan cuai dalam merawat rahim, kerana kesedihan yang dialami. Mudah mengalami jenis penyakit puan.

10. Terlalu merana merosakkan paru-paru. Masalah dalaman yang menyangkut payudara seperti makin terlondeh dan ketegangannya semakin hilang.

11. Terlalu takut merosakkan ginjal. apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatjkan gejala-gejala seperti kencing manis dan lemah jantung. Peluh dan nafasnya berbau yang tidak menyenangkan.

12. Terlalu kerap terkejut merosakkan empedu. Gejala-gejala pening kepala kerap dialami. Haid tidak menentu dan pendarahan yang terkadang lebih banyak.

12.Terlalu banyak makan, merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk/tidur. Akibat liang jimak kurang bersih. Semakin banyak ragam lauk yang dimakan semakin menjejaskan kesihatan dan liang jimak.

13. Terlalu banyak minum air ais merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Keindahan tubuh terjejas. Mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awek muda.

14.Terlalu banyak masa lapang merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa. Kecuali masa lapang dipenuhi dengan aktiviti yang positif.

15. Terlalu kesempitan wang merosakkkan agama. Batas antara fakir dan kafir adalah kemiskinan. Jika iman tidak kuat mudah tertibat didalam pelbagai kegiatan negatif. Selanjutnya mengalami masalah dalaman yang serius dan sukar diaatasi.

16. Terlalu sayang atau terlalu benci.Kelak orang yang disayang akan dibenci dan sebalik nya

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, June 2, 2012

the edge of the garden...

CAST:
 Rob Estes ... Brian
Sarah Manninen ... Nora
David Lewis ... Thomas
 Kelly Monaco ... Julie

 PLOT:
 A lonely businessman temporarily relocates to Maine after a bad breakup. He moves into a rundown cottage, where he meets the beautiful spirit of a woman who lived in the house fifty years before. As they form a friendship, they begin to help each other in ways they never knew were possible, and change both their fortunes forever.

Movie Review:
 This movie may have been fantasy, but it was also quite fascinating! Brian, a man from Present day has gone off to work in Maine - away from his own family, friends, co-workers, and ex-fiance. He buys this cottage and instantly starts to see odd things. In the past, he has always been too busy with his work to have a personal life, but when he meets Nora at the Edge of the Garden - everything changes! The fantasy part is... that Nora is from 1960 - 50 years ago! It doesn't seem at all to be spooky or evil, just fantasy.

 Nora and Brian continue to meet at the Edge of the Garden to talk. He helps her through her problems and her illness, and eventually convinces her to make a big step in her life - that finally sets her free and leads her towards the path of happiness. In turn, it finally leads Brian to "True Love", as well. It's an interesting and beautiful story of love that is set in the past, present, and future...

baik...pagi tadi mimpi apa entah aku buka chanel 702..tertonton lah movie ni..THE EDGE OF THE GARDEN...memula aku ingat ni mesti cerita hantu.. ( sila bc sinopsis ye , aku ni pemalas nak menaip )

Brian ni baru bertukar tempat kerja kat satu daerah ler, dia frust sebab tak jadi bertunang..kat tempat baru dia beli sebuah banglo lama, siap ada taman tp dik kerana puluhan tahun tak berpenghuni, taman pun semak samun, namun ada sebuah kerusi panjang yakni kerusi taman di pinggir taman tersebut.

sewaktu membaiki paip rumah nya, Brian terjumpa seutas kalung lama berloket kan hati ter ukir perkataan True love..kemudian dia terpandang kan seorang wanita cantik di tepi taman nya...( waktu ni tengah malam okkk ) ermmm di sini lah bermula sebuah cerita..jeng jeng jengggg
dan ada satu ungkapan yang seakan menghiris hati aku...Jika kita mengambil berat tentang seseorang, MASA , tidak menjadi penghalang!!

kenapa aku tetiba nak jadi pengulas filem lak dah?..macam teror..hehe yang sebenar nya aku ni memang buta kayu, bongok, dan apa saja lah yg seangkatan dengan nya untuk menilai sesebuah filem..yang aku tau pasal JIWA jer..kalau lucu aku gelak, kalau haru aku nanges..tp aku nak cakap gak pasal filem..aku terfikir bila orang putih buat filem hantu macam DARK WATER, ONCE RINGING CALL, TWILIGHT dan banyak lagi, takder pun hantu diorang hodoh ngan make up yang bertepek2, berbungkus dan bercat sana sini..berbibir di cat putih..yang aku nampak cerita hantu diorang real..kebanyakan pasal roh yang terperangkap dan minta pertolongan dari manusia yang hidup..wajah tetap wajah yang sama,berjalan sama dan bersuara sama..tahder pun jalan tempang atau suara ada double sound..

sebenar nya memang sukar nak di percaya pasal roh dan alam ghaib ni..apa lagi pasal instinc seseorang..tetapi percaya lah ia memang WUJUD dan kejadian memang BENAR... ada ramai orang yang di anugerah kan Allah kelebihan untuk melihat, mendengar dan berbicara dgn 'benda' yang orang lain tak boleh buat..ada orang yang di beri kelebihan dengan deria ke enam..dia boleh merasa kan dan di seakan boleh meramal kan...tetapi terpulang pada setiap individu untuk mempercayai nya..

aku berharap satu hari nanti pengarah filem kita buat filem hantu yang macam The edge of the garden ni...masa tu baru aku nak tonton filem hantu Malaysia!!..buat masa sekarang ni, kalau cerita seram or cerita hantu aku tukar chanel..sebab aku gelak..tak takut..tak takut..lagi satu..tak logik langsung..wekkk

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...