camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Thursday, March 31, 2011

bila aku ketandusan idea..bila hati semakin lara...





yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, March 30, 2011

melalut dan melayut di pagi hari..


gambar hiasan..naauzubillah minta dihjauhkan Allah

aku geram betul bila baca paper semalam ( bagus!! paper semalam bc pagi ni, jangan tiru ketinggalan zaman mcm ni ye anak2 ) si pak menteri yang hidung bak bawang setongkol tu kata, bahawa pemandu wanita berbahaya! (stongkol2 hidung dia pun bini muda potih gebu..ko ada? )
iskhhhh ni yang aku marah ni,

aku ni boleh katakan dari 8jam waktu kerja, 4jam aku berada dijalanraya tau (yet sesat melarat!!haha ) maka nya masak dah aku dengan perangai dan kerenah dijalan raya ni..yang aku selalu alami adalah 'kekurangajaran' pemandu lelaki, tak pernah pun aku jumpa pemandu perempuan yang berbahaya..BERBAHAYA tu statement dia tuh..terhegeh2 adalah tapi tak bermakna berbahaya..yang buat perempuan tunjuk isyarat jari tu ialah sebab dah geram sangat dgn pemandu lelaki ni, betul tak puan2?

yang selalu pemandu lelaki buat, tak sabar2 cocok belakang kita, eh bangang ko tau sabar tak,kat sebelah aku tu ada lori, ko nak aku masuk bawah lori?..( tam jangan gelak, bukan cocok montot eh ) dan selalu sangat tak bagi signal bila nak masuk lane ke nak masuk simpang ker..tak ker huru hara kita di buat nya..dan pemandu lelaki suka kata perempuan ni bawak keter terhegeh2, iskhh yang selalu aku jumpa orang lelaki yang terhegeh2..ada ke patut jam 8.30am time orang memburu masa nak punchcard..ehh elok bawak 40, 60 meter dia kat hiway..ko lalok ke stim??

aku pernah excident dulu,kemalangan yang dasyat tau dengan pemandu lelaki...mesti lah aku kata aku tak salah kan , weh polis pun kata aku tak salah ye..
begini cerita nya...

di pagi hari tu ( masa tarikh dan tahun masih segar dalam pala hotak ku ) kami ada food testing di site office KLIA..bukan calang2 orang yang nak menge test nya..salah sorang ialah Capten..ni aku lupa nama sebab kami dapat tender serve food dalam cabin.
so madam aku ni bila benda2 besar camni, dia gelabah lebih..masa tu aku baru balik dari beli barang2,ondeway dari FMB ke Support klia..dia tak habis2 call dan tanya itu ini ( baru sekali nak turun masak, kecoh! ) sampai aku kata,
'kak I ada 2 tangan jer, u nak I jawab phone ke I nak drive?..or I berenti kat tengah2 jalan ni?..baru senyap
yang PA dia ni tak sudah2 sms, sms, sms dan call , call, call...( dia suruh aku bank in duit..dia beli ayam kat macro, tak cukup duit nak bayar..perghh )

so aku pun melencong lah hala ke LCCT sebab kat situ ada maybank..lepas bank in duit aku pun bergegas nak ke support building sebab pompuan meroyan tu tak nampak batang hidung aku tak senang hidup dia..dan sewaktu di trafic light, bila ku lihat lampu hijau, aku pun jalan ( sambil menaip sms bgtau rose duit dah bank in )

eh ehhhh ehhh..horn kuat berbunyi dan aku dengar bunyi dentuman yang amat kuat, van terhuyung hayang nyaris nak terbalik..dan kepala ku terhantuk kat bumbung..kejadian sangat pantas..yang aku ingat mengucap dan memohon keampunan dari Allah, selebih nya aku ingat funct jap lagi ni..food testing ni fail kang jika aku lambat sampai...

dan dalam sekelip mata...orang ramai dah berkerumun..yang aku nampat kereta yang bertembung dengan aku dah tebarai enjin nya..pemandu nya aku tak nampak..aku? ye AKU..oh ya..sumer orang terpa aku..van ku kemek berbentuk 'C'..kerusi penumpang di sebelah ku tercabut dan armrest pun tercabut sama!! kalau lah ada penumpang, gerenti dia dah di alam barzakh sekarang ..pintu kiri dan kanan juga kemek tak boleh di buka..orang ramai terpaksa mengumpil pintu untuk keluarkan aku..

dalam pada tu yang aku ingat satu jer nak call madam bagitau buat lah apa yang patut dulu sebab aku 'adahal'..( ada hal?..ko pun nyaris nak ke alam barzah lagi kata ada hal ) tapi handphone ku yang ku letak di armrest juga ikut hancur berkecai!!

setelah pintu dapat di buka dan aku pun keluar dan duduk di bahu jalan....mak aii ramai nya orang..dalam sekelipan dah ramai orang2 yang aku kenali ada didepan ku..masing2 nak tawarkan diri nak hantar aku kehospital...giler ko orang tak risau, van dah macam kat timbunan besi buruk, harus kut pemandu dia parah!..tapi yang sangat setia duk kat tepi aku ialah en Dzul excutive property development..dalam cemas tu dia sempat lagi tersenyum2..eh apasal mamat nih?..rupa nya tudung ku dah tercabut walaupun dah ku semat pin kemas2..maka terserlah lah rambut mayang mengurai ku yang selama ini tertutup litup..( patut lah dalam gambar kemalangan, kita lihat ada yang sampai terbogel )

agak huru hara di tempat kejadian, dengan kehadiran polis dan wakil insuran..kereta peronda jer 5 buah ko..mana lah boss dan rose tak menggigil2 bila dapat tahu aku kemalangan..rose kata ada orang call bagitau aku excident dan orang ramai tengah umpil pintu untuk keluarkan aku.. so dalam pala hotak diorang tentu lah aku dah di 'bungkus'!! ( memang sangat mustahil kan yang aku tak apa2, tidak luka pun walau segaris..tapi siapa kita hendak menidak kan nya?? )

aku berkeras tak mahu ke hospital, yang aku pergi ialah meninjau persediaan buffe untuk food testing nanti..orang2 kat situ nampak aku masuk dewan macam nampak hantu!! dan budak 2 aku yang tadi nya menangis dan patah semangat kini dah LEGA...

mak aku selalu pesan..sebelum drive, baca bismillah dan ayat kursyi supaya kita terlepas dari marabahaya, almaklum kat jalan raya ni tak kita langgar orang, orang lak yang langgar kita

selebih nya pasrah lah...seperti aku pasrah sekarang yang payment dah hampir 2 bulan tak dapat lagi..duit dah tinggal syiling jer ni..ada saper2 nak derma?..muahaha
dan aku pasrah jer yang siang hari ku sunyi dan malam2 ku sepi
dan aku pasrah jer yang aku tiada dah tempat mengadu dan menghibur ku
dan seperti kata ILham dari drama sinetrone Indonesia kegilaan ku Safa dan Marwah

Andai Kau tak izinkan aku bersama nya
ya Allah
izinkan lah 'kesakitan' ini pergi...


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, March 29, 2011

akhir nya 'mahkota' itu milik ku..

merenung masa depan yang bahagia..itu janji ku
ma...jangan la bzbody..


pandang pandang,duduk reynggang reynggang, dah boleh peygang peygang...hahaha

p.s ko kenapa pompuan?? jeles? *mati la dah tiru ayat itamrazali! lariiiiiiiiiik

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

tolong lah peduli....

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...
Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....
Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...
Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....
Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...
Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....
Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....
Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....
Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...
Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku
Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....
Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI

Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...
Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...
Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...
Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan
Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....
Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....
Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...
Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?



P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki


..taken from the green apple

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, March 28, 2011

apa isi hati mu?...

keluarga besar paknil

kemarin aku ada menonton konsert HoreHore AZnil Nawawi di Astroria..memang lah aku dah siap sedia takut miss rancangan nih almaklum paknil adalah pujaan hati ku..muahahaa ( pernah berangan nak sehidup semati dengan Paknil bukab sebab dia kaya (eleh ) tapi sebab dia lembut dan hansem..* mati la statement bunuh diri )

Konset dia biasa saja, dah tentu ada kanak2 dan yang comel paknil buli anak dia Firdaus..suka sangat aku tengok..tapi moral of the story dari konsert ini adalah,

apabila salah seorang penonton dapat hadiah tiket penerbangan pergi umrah dari Paknil sendiri, wanita ini di minta menari mengikut lagu rancak yang Paknil nyanyi, aku tak ingat la lagu apa tapi lagu umputeh la

sian Firdaus kena buli ngan papa..

Syukri kata, akak ni mesti kaki clubbing punya,
bila dia menari tak hengat..
syuib kata, mesti laki dia malu tengok bini dia macam tu
and bila paknil bagi dia tiket pergi umrah..kami berpandangan then aku kata..

dont judge the book from its cover..Allah Maha Mengetahui isi hati seseorang..kenapa dalam 8000 orang tuh dia yang terpilih?..paknil tahu kah? kakak tu tahukah?..
dan Paknil yang selalu di cemuh dengan'ayat2' sumbang, spontan sebak dan mengalirkan airmata tatkala menyebut Rumah Allah..boleh kah sebarangan orang ada perasaan begitu?? yang berserban, yang berjubah??yang ustaz..yang imam??

dulu masa aku nak pergi umrah atas tajaan syarikat ku, aku langsung tak berduit..duit simpanan yang ada serba sedikit habis buat kos rawatan, tapi aku sikit pun tak bimbang kerana aku pergi bukan untuk shopping..aku tak buat persiapan membeli pakaian kerana bagi ku, pakaian ibadah hanya lah sepasang telekung, yang ku siapkan ialah hati dan jiwa ku yang hendak mengadap ILLahi..

siapa sangka disaat terakhir aku hendak menaiki pesawat, sampul surat dari sahabat handai yang menghantar apabila ku buka dan ku kira berjumlah melebihi 2k..( ya dua ribu ringgit Malaysia ) menitis airmata ku dengan rezeki Allah yang tiba2..
dan siapa sangka orang sakit seperti ku, yang mengangkat tangan pun tidak berdaya apalagi hendak mengangkat beg pakaian, telah sehat walafiat dan berpeluang mengerjakan sunat tawaf sebanyak 7kali dan sempat mengucup hajaratulaswat yang mana orang sehat pun belum tentu dapat buat...

oleh itu tuantuan dan puanpuan *tetiba..
yang penting ISI HATI KITA..KEIKHLASAN KITA ( ALLAH MAHA MENGETAHUI,TAK PERLU DICANANG DAN DI HEBAH KAN ..CAYA LAH CAKAP SAYA )

yang masih bercita2 hendak kesana, jangan putus asa, akhir nya kita akan mendapat jua jemputan dari Nya..insyaallah

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, March 27, 2011

18sx hahaha..

aku memang agak alegik dengan bunyi2an terutama kalau nak tidur,tak kira nak tidur malam atau siang..berdetik sikit pun telinga aku boleh dengar..
tu pasal kalau anak buah ku yang kecil kalau menangis malam, aku rela bangun tolong bagi 'senyap' dan makin sengaja lah mak pak dia buat2 berdengkur!

ni si gray dan pinky ni makin menjadi2 'bising' nya..aku nak lah lelap kan mata kejap sementara jap lagi nak pergi kerja..isskkkkh tak sudah lagi ker drama kamu berdua??

dari kejadian di senja yang syahdu itu, aku yakin sungguh yang pinky ni masih perawan...camner aku leh tau?..hahaha kata 'mama' kat diorang, aku tau lah setiap gerak geri nya...si pinky sekarang dah menjauh diri dari si gray dan shock..dia kerap termenung dan melengung..ada sekali tu aku lihat mata nya basah...makan pun dah asing2 sekarang, tidak lagi makan berjemaah..tapi yang 2 ekor tu tau pulak tak makan bahagian dia..

dan malam semalam, bila aku dengar ngauman manja dah bertukar kepada ngauman garang, cepat2 aku jenguk..sah!! gray buat pergubaan yang ntah keberapa kali nya..pinky pandang aku minta tolong, nak jer aku cakap..
'bagi jelah pinky..sedap apa'..
dan kat gray nak jer aku tolong..kahkaahkah
aku nak snap tapi tak jadi..kang jadi blog lucah pulak..

aku tak paham kenapa pinky taknak gray..hansem aper
wajah sweet pinky yang ketakutan
hanya mampu PANDANG BELAKANG..DUDUK REYYGANG REYYNGGANG..haha

p.s sangat terharu dengan apa yang terjadi..apakah binatang sekarang sudah mempunyai hati dan perasaan seperti manusia? dan manusia pula telah berHATI DAN PERASAAN SEPERTI BINATANG??..tak kenal hukum hakam lagi dah?

mama faham perasaan mu pinky..pinky tunggu mr right ye...uwaaaa mama pun *mati la kena carut ngan dak itam dan shikin..muahahahaa


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, March 26, 2011

dia selalu beralah...

Alfatihah buat arwah Ana yang meninggal dunia semalam akibat barah payudara, dan salam takziah buat keluarga dan saudara mara arwah..semoga arwah di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin

ermm aku kalau boleh tak mahu kenang lagi perkataan barah ni..ia cukup mengerikan dan menggerunkan..sewaktu aku merasai breast kanan ku agak keras dari biasa,aku abaikan saja...kemudian terasa seperti ada benjolan, juga aku tidak memikirkan nya...sehingga pada suatu hari aku terasa sakit yang berdenyut2 seperti ada nanah di dalam nya..baru lah aku berdebar2 memikirkan sebarang kemungkinan..

atas desakan adik ku, aku telah membuat pemeriksaan di Selangor Medical Centre sekali gus buat memogram..hasil memogram menunjukkan kelainan yang amat ketara diantara breast kanan dan breast kiri..sebelah kanan yang sakit itu sel2 nya bertumpuk2 putih dan kelihatan bersarang seperti buah petola tua yang di belah dua..Semasa Prof Dr Arshad memberitahu aku akan hasil analisis, aku seperti berada di awang awangan..ayat dari doktor aku dengar seperti di bawa angin sahaja..

semasa tidak tahu yang aku ini sakit, aku sangat kuat, jarang demam dan selsema..tapi aneh setelah tahu, secara psikologi aku menjadi lemah, sentiasa demam dan tidak bermaya..aku kerja di airport yang penghawa dingin nya boleh tahan membekukan...bayangkan tuttt* tu menegang jika sejuk..maka kesakitan aku pun berganda!! sehinggalah bengkak menular kebawah lengan ( ketiak ) aku tidak berdaya lagi mengangkat tangan kanan...

sangatt pahit kenangan ketika aku mendapatkan rawatan, sedih hati bila melihat orang lain di temani pasangan, saat getir ada 'tangan' yang menggenggam jari memberi kekuatan,tapi aku sendirian..aku pernah muntah di dalam teksi selepas rawatan,,aku pernah pitam di dalam komuter..dan aku pernah berjalan kaki dari hentian komuter dalam hujan lebat!!

dengan kuasa Allah semua telah berlalu..tiada siapa yang percaya..mustahil, sangat mustahil..tapi siapa kita hendak menidakkan?

arwah idah yang bercermin mata hitam

baik ..ini sepupu ku Rohaidah..dia anak abang mak ku..umur nya setahun saja tua dari aku. kami sangat serasi berkawan kerana punya sifat yang berlawan ( aikk berlawanan pulak yang serasi? ) :
dia kurus, aku montel
dia putih, aku kelat
dia tak kuat makan, aku kuat
dia tak suka susu dan kek, aku sangat suka
dia pendiam, aku becok
dia selalu BERALAH, dan aku selalu membuli...( atas sebab itulah semasa kecik2 dulu aiskerim ke, kek ke dan apa sajalah jajan,dia hanya makan separuh dan aku makan 1 1/2!! )

dan pada suatu hari ketika aku sedang bermesyuarat denagn boss, idah call aku

idah: zah kat mana?

aku: opis..meeting lah..call balik nanti boleh?

idah: ohh sorry

aku: sambil berlari keluar..apahal? cakap lah..aku keluar kejap ni..

idah: zah..aku sakit macam ko..jangan bagitau abah aku ye..

aku: dah..nanti aku call balik ye..sabar ye..jangan takut,takde apa..sama jer macam sakit lain yang akan sembuh

selepas panggilan itu korang caya tak yang aku tak call pun sepupu aku tu?..aku sebok dengan kerja...kerja..kerja...sampai satu hari tu mak aku cakap idah dah ada kat kampung, tetek dia dah berlubang sebesar piring kuih..terketar2 aku masa tu..terus dail no handphone dia..malang nya di beritahu yang dia berada di Sabah kerana berubat..( kita takpayah lah buat judgement mengapa dan kenapa, empunya diri dan keluarga lebih memahami )

masih aku tak dapat bercakap dengan dia..rindu terasa sangat rindu..kesal terasa sangat kesal..
dan disuatu petang mak aku call dan bagitau,..zah..idah dah takda!!!
masa tu aku cakap ngan diri sendiri, padan muka aku dan aku meraung tak sedar diri...
setelah beristiqfar dan berzikir dan mengingat Allah sebanyak2 nya, baru lah aku waras dan menerima panggilan demi panggilan dari suami dan abang arwah..oleh kerana jenazah berada di Sabah, maka amat rumit untuk di bawa balik ke semenanjung..

tapi jalan sentiasa di beri oleh yang Maha Berkuasa, aku menunggu di KargoMas dan menguruskan apa yang patut..jika aku tiada, memang agak sukar,almaklum didalam kesedihan berbagai prosedur yang harus di patuhi..tempat yang hendak di tuju pula berlainan bangunan dan tingkat..tak kering2 airmata ku bila keranda arwah di tinggal sendirian di Core3 sementara suami nya dan aku menguruskan surat menyurat dan bayaran, mujur ada pekerja2 ku dan mereka lah yang membacakan surah dan 'menemani'..dan mereka lah yang mengangkat keranda kedalam van jenazah dan dibawa pula ke jabatan kesihatan dan seterus nya ke balai polis KLIA..
sepanjang jalan,hujan turun renyai2..menambah kesakitan ku.. kenangan demi kenangan silih berganti, jika cermin kereta di sapu oleh wiper, airmata ku tak mampu di seka dengan apa pun..

aku teringat arwah sentiasa BERALAH..dan kini dia BERALAH lagi dengan aku..walau punya sakit yang sama, tapi dia yang pergi dulu.....


Alfatihah..semoga roh mu sentiasa di cucuri rahmat dan tempat mu disisi kekasih Allah

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, March 25, 2011

disuatu senja yang syahdu..

semalam aku balik kerja dah senja..azan magrib berkumandang dalam radio keretaku..aku bergegas memakir kereta dan berlari anak masuk rumah..malu kut jika di lihat jiran magrib2 berkeliaran di luar rumah, mereka bukan tahu pun kita balik kerja ke apa ke..

tapi yang buat aku tersentap ialah perlakuan dua ekor kucing ku si pinky dan mr gray..
'tahu lah korang dah dewasa, jangan lah buat depan 'mama'..ahaks..
aku pun mengabaikan mereka, ( nak tonton pun buat apa? )...mandi dan bersolat..
sambil mengadap pc aku masih mendengar bunyi2an manja gitew..
ahh..sudah, berapa round tu gray?..mati pulak si pinky tu kang!

terganggu dengan bunyi2an itu, aku membuzybody kan diri..toleh juga kiri kanan kut ada orang yang nampak aku..kang tak pasal2 orang tuduh aku sekodeng kang..

ohh rupa nya si pinky tak rela..hahaha puas di goda dek gray, di gigit2 manja..namun si pinky sedaya upaya menyeret tubuh gray yang montel dan gebu itu kekiri dan kekanan..aku tak menyebelahi mana2 pihak, ko nak gray..ko cuba lah sedaya upaya dan ko pinky jika ko tak rela serah mahkota ko bukan pada orang yang ko chenta, ko pertahan kan lah...

masuk dalam rumah, aku menyambung chat dengan seseorang..dan aku nampak si pinky 'tersadai' bawah sofa dan si gray sedang membelai2 manja..maybe cakap thanks la tuh..huhuhu..jeles doh aku!

tapi pagi tadi bila aku bangun tidur, yang menunggu aku di depan pintu bilik tidur hanya gray dan shock saja, mana pinky ehh..tak kan teruk benar penangan si gray nih.. masa bagi makan pun si pinky takda..ahh biar lah malas aku nak cari..

dan yang membuat aku menulis entry ini ialah kerana tersentuh nya hati ku dengan keletah 'binatang' yang kita anggap tak berakal dan perasaan, tapi sebenar nya kita SALAH!!
rupa nya si pinky masih belum lagi 'menyerah'.. dia masih lagi bertahan.. di menyorok sedaya mungkin dari gray dan si gray pulak sedaya mungkin memikat dan memujuk pinky!!!( wah si gray ni tak gelojoh rupa nya..serbu jelah, apa ada hal.. )

dan ketika gray mengejar manja si pinky, aku tarik pinky kedalam pelukan ku dan aku kata...
'cinta tak boleh di paksa kan sayang?...dan pinky memandang sayu ke dalam anak mata ku...


p.s sayang sungguh camera handphone ku tak berfungsi, ( mana nak nya hp murah! ) andai dapat ku titip pose2 romantik mereka, aku yakin korang akan tangkap leleh punya...



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, March 24, 2011

......deleting....


*
*
*

deleted


alhamdulillah selamat di padam kan....
yang di dalam kepala hotak akan beransur padam juga hendak nya..insyaallah..




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

menyambung kasih lagi...

aku selalu dengar orang merungut, kebanyakan majikan suka mengambil pekerja asing untuk jawatan am..meng anaktiri kan rakyat tempatan, malah ada yang menggunakan perumpamaan 'kera di hutan di susukan, anak sendiri mati kelaparan!

benda ni payah nak cakap, bukan lah aku tak sokong..tapi mengikut pengalaman aku lah kan...
( lebih 10 tahun dalam bidang kontraktor, dalam poket aku perangai dan kerenah pekerja am ni baik anak tempatan maupun pekerja asing, masing2 ada perangai yang tersendiri )
harus di fahami yang ku tulis ini ada lah untuk pekerja AM ( general worker ) ye dan tidak semua bersifat begini.

PEKERJA TEMPATAN VS PEKERJA ASING:-

1. orang tempatan bekerja kerana bingit mak membebel
pekerja asing bergadai nyawa datang nak bekerja nak bagi mak makan

2. pekerja tempatan kena buang kerja takpe, duk rumah apa mak makan,dia pun boleh makan
pekerja asing kena buang kerja, disaster sebab dah jual tanah dan jual lembu untuk permit dan pasport

3. orang tempatan kalau nak kawin takda duit, mak pak akan tanggung
pekerja asing wajib tanggung adik perempuan nak kawin!.. kalau ada 5 adik perempuan?

4. pekerja tempatan dah habit agak nya, payah nak berdisiplin
pekerja asing kemaruk nak berdisiplin almaklum baru keluar dari kepongpong.

contoh:-
pekerja diwajibkan beruniform, berkasut sarung dan berstokin..rambut pendik dan kemas..yang perempuan bertudung jika islam dan bertopi jika bukan islam ( almaklum kerja kat airport )
pekerja asing amat teruja..ala2 kerja opis gitu tapi pekerja tempatan amat selekeh,kadang tak berstokin,pakai seliper jepun, rambut cacak ..tak shave dan yang perempuan terlebih groom, make up sampai macam kupu2 malam!!

menepati waktu/tak ponteng kerja
pekerja tempatan tinggal kat rumah sendiri..datang lambat sebab lambat bangun ( malam berembun mana nak boleh bangun pagi ) tayar motor pancit, nenek sakit, bini beranak..beli MC
pekerja asing duk rumah syarikat,driver pick up..lambat kalo u tinggal, gaji potong..aiyooo ( satu ringgit tu macam 1kg emas pada diorang )
pekerja asing takda alasan seperti yang di berikan di atas..kalau ada gak, memang bingai lah majikan jika percaya!!

anytime boleh kerja
pekerja tempatan mesti nak offday sebab nak rehat, nak dating dan nak jalan2..sorry lah nak buat overtime..time perayaan lagi lah jangan di ganggu gugat!
pekerja asing jika boleh nak kerja 24jam sebab setiap minit adalah money!!

pekerja tempatan tak boleh di tegur dan di marah walhal kerja macam PK!! pedulik hapa, banyak bunyik blah laaa
pekerja asing kena sepak terajang akur, sekali kena tak kan ulang kesalahan lagi...( terbayang hutang buat permit dan pasport )

nanti aku cerita kerenah pekerja asing pulak, kenapa terpaksa di sepak terajang..korang tak kan percaya punya waa cakap luuu...

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, March 23, 2011

menyambung kasih...



( entry tiada kena mengena dengan tajuk..kahkahkah )
baik..aku nak cerita pasal assistant yang kunun nya boss nak bagi kat aku..nak sedap bunyik 'my buddy' lah k tapi akhir nya jadi 'badi'...

dia ni bukan calang2 orang tapi dah di reject dari satu company besar, aku malas nak sebut, satu dunia tahu kang..jawatan dia sebelum joint dengan kami ialah Executive Chef dan pakar dalam F & B ( Food and Beverage )..yang madam ni pun satu, asal orang datang minta tolong,dia pun 'kutip' dan serah kat aku..aku takleh blah bila madam cakap ceni,
"dik, after this u can have alots of rest and...u shoud learn more from him..

ya betul lah tu..aku takmo cerita yang lain2, aku nak cerita yang ni jaa dan korang adili lah cerita aku nih..

Pada suatu hari ada 3 function di Putra Jaya, dua di KKM ( kementerian kesihatan ) dan satu di BPR ( Badan Pencegah Rasuah ) di KKM aras yang berbeza tapi waktu yang sama.. di BPR lunch time..ok ni di serah kan pada si executip tu handle dan aku handle yang area terminal jer..( kan dah ada orang teror kan ) tapi start from yang leceh2 tu bajet dan beli barang, manpower aku gak lah yang buat nya..

so selepas handover, aku pun meng abai kan lah...dan pada hari kejadian..talipun ku berdering2 dan PA boss Rose tak keluar suara cemas nak mampus, begini bunyi nya :

rose: 'wak, subuh sepie tadi ko ada kat kitchen tak?

aku: ada..kol 4.30 aku ada dah..pe hal

rose: sume ok pagi tadi?

aku: ok..dah distribute ikut menu dan venue

rose: ko tau ni BPR kol kata menu dan pax tak sama dengan yang diorang order

aku: APA?? eh mana si**** tu kan dia handle kat sana

rose: ada..siap dengan baju chef nya dan men'jengah2' food ( ko tau aku tanya apa menu kat BPR dia pun kata xtau..)

dan aku pun ketawa..tahu lah aku sekarang yang menu dah tertukar tempat...yang kat BPR dah pergi ke KKM dan sebalik nya..ini lah akibat nya kalau manager hanya pada nama, tidak ambil tahu dari akar umbi...tidak boleh di salah kan pada orang bawah, nama pun orang
bawah..diorang siapkan kerja diorang jer..de rest u take risk lah..huhuhu..

maka bersilat lah aku membetulkan keadaan..walaupun KKM dengan BPR tu dekat je, tapi punyalah susah nak masuk sana, kereta parking kiri kanan, tempat loading barang punya lah jauh..ermmm memang menguji kesabaran..time ni bagi aku cool..

madam ko jangan nak tanya aku apa2 ye kak..kang dengan ko, ko kang aku maki...

p.s kesian Davy Erwin rajin masuk sini tapi takpaham apa yang aku tulis...hi des.. miss u

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, March 22, 2011

buang karan jaaaa..

aku paling trauma ( dan buat2 tak teruja ) bila Madam aku cakap ceni, dik... next week u ada assistant..( madam ini ialah boss pompuan aku, actually director ada dua, satu lelaki dan satu pompuan,jap tgk gambar dan dua,dua monster..hahahaha )


ni la madam
yang ensem ni boss lerr

macam yang aku dah cerita sikit2 dulu, aku memang sebok dan menyebok memanjang..staff kami in n out..sebab?? tak tahan ngan monster dan tak tahan ngan aku??
selain dari cleaning servis dan maintenance, cafetaria, kami banyak dapat out catering...terutama di Putrajaya ( ni yang teramat leceh )

kalau sehari ada 5 function dan menu dan masa dan tempat yang berbeza..gak2 mamau tak nak manage?...so lebih kurang ceni lah perjalanan indah yang aku lalui..( entry ini ku tulis kerana ada yang bertanya kenapa aku garang sangat pakai sepak segala dengan pekerja )

1.bermuafakat dgn orgeniser ( apa ckp melayu nya? ) yang menguruskan function tu, menu nya, tarikh masa dan tempat dan jenis function itu..harus ada hitam putih ye sebab sentiasa ada masaalah berbangkit,ada black n white kita ada bukti.
2. bajet , manpower, chef dan driver
3. equipment..skirting, table cloth, chafing dish set,dinner plate set, dome, blaalablaa
4. roster..

di sini lah kebijaksanaan amat diperlukan, bukan sijil yang berjela :

1. beli barang dengan bajet sekecil mungkin supaya tak rugi dan mesti ada list barang supaya tidak ada barang yang terlupa beli dan berulang alik beli barang, membazir masa dan petrol. harus ada dalam kepala hotak kuantiti yang minima dengan pax yang di order. ( contoh berapa kg beras untuk 100 guest? ) jangan tak tau ada chef yang menipu bagi kuantiti yang melampau, dia masak yang sepatut nya dan barang selebih nya dia bungkus bawak balik bagi makan anak bini dia..mungkin korang tak caya, tapi ini lah realiti nya..( sehari, sebulan dan setahun? berapakah kerugian syarikat?. ( ini dapat di cegah jika manager boleh 'pakai' )

2.roster manpower..chef, kitchen helper dan bucher..
harus bijak buat pengagihan pekerja, selalu nya pekerja asing, BANGLA lah senang cakap..dia akan minta sampai 5,6 orang untuk buat preparation..potong sayur, bawang ,blend cili, rebus daging dan sebagai nya..kemudian claim overtime berpuluh jam..
pernah aku terkejut beruk bila nak buat function 200 orang saja, bangla sampai 6 orang kemudian claim ot 12jam sorang!! giler ke hapa, ini kerana si manager bodoh di tipu dek bangla yang bijak berlakun..kerja lambat macam siput babi,( kopek bawang satu guni-5kg jer sampai 2jam? meh sini lawan ngan aku, 1/2 jam tak sampai ) jalan macam telor sebesar bola raqbi..memang nampak macam masing2 buat kerja kan..kalau main sepak terajang macam aku, 3 orang manpower pun dah cukup dan overtime dalam 4jam sorang jer..

3. driver..ni lagi lahabau, selalu lambat dan sesat jalan ( function akan fail jika dapat driver yang tak bertanggungjawab)

so bila dapat 5 function serentak dalam sehari? maka 5x ganda lah perkara2 diatas harus di uruskan..muahahaha..tulah maka nya boss aku nak bagi aku assistant

TAPI KALAU BANGLA LAGI PANDAI DARI ASSISTANT AKU TUH,RENTIKAN LAH KAK..MEMBAZIR JERR.

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, March 21, 2011

tawar lah...

korang pernah main tak teka teki ni...ada 3 perbuatan tapi jawapan nya hanya satu perkataan?

contoh:-

1. kenapa gigi sakit?
2. kenapa pencuri kena tangkap?
3. kenapa ubi jadi kayu?
4. kenapa jadi baby?...opppsss

jawapan nya lambat CABUT!!!

yang ni lak :-

1. boss, harga suplier bagi ni mahal lah
2. aduhh pak, tangan sy kena sengat ikan keli
3. apasal kelat muka minum teh tu?


jawapan nya TAWAR LAH!!

apasal aku merepek meraban pagi2 buta nih?...ntah ...SEBAB HATI AKU DAH TAWAR AGAK NYA

aku ni sebenar nya simple jer...bila hati aku dah tawar, aku akan jadi orang yang selamber aje...tidak ada dendam, tidak ada sakit hati sebab sudah tidak ada 'feeling'...( jangan kan nak cemburu, ko nak mengawan depan aku pun..mak tak kesah noks!! )


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

ermmm yummyy....





p.s tadi aku buat function kat bukit bintang...hujan lebat giler...sekarang kepala aku macam ada batu besar atas...TAPI DESIGN BUAH KAT ATAS BUKAN AKU YANG BUAT...aku ciplak gambar kat zonbebas.com..( aku ciplak sebab gerammm..tak pandai nak wat camni.. )

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, March 20, 2011

isap payudara elak kanser??...


TRIBUNNEWS.COM, -Pada hari Sabtu (19/3/2011) telah tersiar dari BlackBerry Messenger(BBM), mengenai cara pencegahan kanser payudara. Dalam BBM tersebut mengatakan kanser payudara boleh dicegah jika terus dihisap oleh pasangannya.

Dalam BBM tersebut, data tersebut diambil dari situs berita internasional BBC dan Jabatan Kesihatan dari Britain. Berikut isi BBM untuk mencegah kanser payudara dengan cara menghisap.

Dalam waktu dekad mungkin akan ada wanita yang mahu membayar orang terutama lelaki untuk menghisap payudara mereka?

Dalam Beranda BBC Top News Story: Doktor menyarankan bahawa payudara wanita yg disedut secara teratur akan sangat bagus untuk mengurangi risiko terkena kanser payudara.

Dikatakan pula bahawa penghisapan payudara secara teratur akan menurunkan tingkat risiko yang cenderung menyebabkan berkembangnya kanser payudara.

Payudara harus disedut sesering mungkin, hal ini dipercayai akan membantu perempuan melawan kanser payudara.

Pesan ini dibuat oleh Jabatan Kesihatan dengan tema “Melawan Kanser Payudara”.

Ini entah benar atau tidak.


p.s patut lah.....kurang isap rupa nya...*lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiikk

credit borakkosong.com

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, March 19, 2011


black and white rose

"Sesungguh nya kamu melalui
setingkat demi setingkat
kehidupan,
mengapa mereka tidak mahu
beriman?"


( Al-Insyiqaq:19-20)


azahrohaizah

HAPPY BIRTHDAY SHAZLAN, SEMOGA PANJANG UMUR DAN DI BERKATI ALLAH SELALU..amin




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, March 18, 2011

biarkan aku jatuh cinta






sakit jantung tengok cerita ni...dah bergantang2 airmata aku jatuh... kalau di kumpul dah jadi empangan Kenyir agak nya...

susah sangat kah nak dapat CINTA dari ORANG yang kita cintai???

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, March 17, 2011

kau kunci cinta ku di dalam hati mu..aharks


pasti pakcik ni dah kompiden giler yang 'harta' dia selamat bila dah bermangga bagai kan...hahaha tapi caner nak jawap bila ada panggilan eh?...sempat ker nak bukak mangga tuh?

yang ni pun kalau orang nak bawak lari keta dia kena pikir 14 ratus kali!!..

tapi yang ni apasal taknak kunci awal2?...BODO!!


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, March 16, 2011

lelaki..kenapa buat perempuan macam ni??...

Senah seorang wanita yang cantik alami, maksud nya neutral beauty. bertubuh sederhana dan berkulit sederhana tidak putih dan tidak hitam amat sedap mata memandang..redup dan manis.
malang nya Senah di tinggal kan suami kerana suami nya ada wanita lain yang lebih muda atau memang dah tertulis dari azali yang Allah mahu menduga keimanan Senah untuk di balas dengan kemanisan di syurga kelak.

untuk menampung kehidupan dan anak2 yang masih bersekolah, Senah berniaga di cafetaria di sebuah kilang yang besar dan hebat. ( ini pun nasib baik dari banyak2 tender yang memohon, senah berjaya dengan sokongan seseorang yang berpengaruh di kilang itu- nama nya H )

H kenalan lama senah, H tahu perjalanan hidup senah dan H juga tahu kemampuan senah,oleh sebab itu dia mempertaruh kan risiko yang tinggi untuk menyokong permohonan senah. dan yang lebih utama lagi, H menyimpan simpati yang bercambah menjadi sayang untuk senah..tapi H dah berkeluarga, apakan daya sayang dan cinta di simpan kemas dalam jiwa.

pelanggan cafetaria biasanya ramai lelaki dari perempuan, almaklum perempuan ni berdiet jaga makan, masa 'break' lebih suka tidur atau layan facebook atau bergosip. jadi senah sentiasa di kelilingi oleh lelaki..baik yang berkolar biru atau yang berkolar putih..oleh kerana pelanggan adalah punca rezeki senah, senah sedaya mungkin melayan mereka dengan baik, senyum tak pernah lekang dari bibir manis senah bak madu yang basah.

ramai lah lelaki2 itu yang dah jatuh cinta dengan senah, tapi senah sedar diri, mereka2 itu sudah beristeri dan dia sendiri masih di gantung tak bertali!..dan yang buat senah pening ialah bagaiman lelaki2 ini mencuba berbagai2 helah untuk memenangi hati senah..semua nya ringan tangan menolong, semua nya kalau boleh 2jam sekali nak minum dan makan walau pun sebenar nya perut masih kenyang! dan semua nya mendakwa yang senah adalah girlfrend mereka sehingga terjadi sindir menyindir dan bermasam2 muka...dan senah sangat tahu bukan cinta yang mereka tagih tapi SEX!!

dalam kemesraan dan kata2 yang berbaur lucah, senah faham..senah tolak dengan sopan dan berkhemah..senah takut menyakiti hati mereka kerana dia cari makan di situ...( senah sendiri pun ada hati dan perasaan, dia pun kesepian..dia pun perlukan belaian dari seorang lelaki..tapi dia perlu kuat kan iman untuk tidak terjebak yang membawa kehancuran! dalam hati nya alang kah bermakna hidup nya jika H yang menggoda dan bermesra2 dengan nya begitu..ahhhh H hanya dingin membeku...)

ada seorang lelaki yang berkolar putih sangat gila kan senah..melihat senah yang cantik dan seksi walaupun berbaju kurung sudah cukup buat kelelakian nya tercabar...apalagi senah ni ibarat burung merpati, jinak di dekat tapi tak dapat di tangkap..makin dia berazam untuk dapatkan senah satu hari nanti...

dan satu hari yang di tunggu pun tiba..sedang senah berkemas2 hendak menutup cafe, pembantu pun sudah pulang dan senah sendirian, lelaki kolar putih masuk berpura2 hendak segelas airmasak untuk makan ubat..sungguh tak masuk akal, di ofis mereka kan ada pantry yang lengkap dengan mesin air panas dan sejuk..( apa ke nama mesin ni.. ) dan lelaki berkolar putih tidak lepas peluang memeluk senah dengan rakus dan menutup mulut senah...senak tidak mati akal. dia berpura2 'sudi' dan minta 'main' slowly tidak gelojoh...setelah si kolar putih ni agak tenang, nafsu setan nya menurun sedikit demi sedikit, sambil membelai2 senah 'sekolah kan' dia!!!...apakah yang senah 'baca'..apakah yang senah jampi, tak perlu di persoal, yang nyata nafsu si kolar putih telah 'layu'..sambil minta maaf si kolar putih berlalu..airmata senah menitik hiba...sedih..namun dia bersyukur kerana 'terselamat'

kelegaan senah rupa nya tidak berpanjangan.. si kolar putih rupa nya berdendam...berbagai fitnah di taburkan ..berbagai masaalah dia timbulkan...dan yang terakhir dia gunakan ilmu hitam di tabur dicafetaria senah..sehingga cafe senah jadi lengang tanpa pelanggan!!..ni yang di katakan makin sekolah tinggi makin tak berotak, makin berpangkat makin menyekat rezeki orang lain!

sekarang senah tidak lagi berniaga di situ..senah tidak mahu masaalah perpanjangan, biarlah dia mengalah..rezeki ada dimana2.. cuma senah terkilan...

LELAKI..KENAPA BUAT PEREMPUAN MACAM NI???....


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

renung2 kan ...

secanggih mana pun teknologi Jepun, masih tidak dapat melawan 'kemarahan' alam

Tsunami Di Jepun Telah Ditetapkan Dalam Al-Quran



1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

“Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya”.

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38’15 dan Longtitude 140’53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, March 15, 2011

wanita ciptaan Tuhan


Ketika Aku menciptakan langit dan bumi. Aku berfirman dan jadilah.

Ketika Aku menciptakan pria, Aku membentuknya dan meniupkan nafas kehidupan ke lubang hidungnya.

Tetapi engkau, wanita, Aku menghiasmu setelah aku meniupkan nafas kehidupan ke pria karena lubang hidungmu terlalu lembut.

Aku membiarkan pria tertidur dengan nyenyak sehingga Aku dapat dengan sabar dan sempurna membentuk engkau. Aku membuat pria tertidur supaya dia tidak dapat mencampuri.

Dari satu tulang, Aku menghiasmu. Aku memilih tulang yang melindungi kehidupan pria. Aku memilih tulang rusuk, yang melindungi jantung dan paru-paru dan mendukungnya, sebagaimana begitui juga harus kamu lakukan. Dari satu tulang ini, Aku membentukmu dengan sempurna dan cantik.

Sifatmu adalah seperti tulang rusuk, kuat tetapi lembut dan mudah patah. Engkau menyediakan perlindungan untuk organ paling lembut dari pria, hati dan jantungnya. Jantungnya adalah pusat dari kehidupannya, paru-parunya menggenggam nafas kehidupan.

Tulang rusuk akan membiarkan dirinya patah sebelum ia mengijinkan kerusakan terjadi pada jantung. Dukunglah pria sebagaimana tulang rusuk melindungi tubuhnya.

Engkau tidak diambil dari kakinya untuk menjadi alasnya, tidak juga diambil dari kepalanya untuk menjadi atasannya.

Engkau diambil dari sisinya, untuk berdiri di sebelahnya dan dipeluk dengan erat. Engkau adalah malaikat-Ku yang sempurna.

Engkau adalah gadis kecilku yang cantik. Engkau telah tumbuh menjadi wanita yang sempurna, dan mata-Ku terpuaskan ketika aku melihat hatimu.

Matamu — jangan mengubahnya. Bibirmu sangat cantik ketika mengucapkan doa. Hidungmu sangat sempurna dalam bentuk. Tanganmu sangat lembut untuk disentuh. Aku telah memberi perhatian pada wajahmu saat engkau tertidur. Aku menggenggam hatimu dekat dengan-Ku. Dari semua yang hidup dan bernafas, engkau adalah yang
paling mirip dengan Aku.

Pria berjalan bersamaku di hari yang dingin dan dia kesepian. Dia tidak dapat melihat ataupun menyentuh-Ku. Dia hanya dapat merasakan-Ku. Jadi semua yang Aku ingin Pria berbagi denganku, aku membentuknya di dalam kamu.

Kekuatan-Ku, kemurnian-Ku, cinta-Ku, perlindungan-Ku dan dukungan-Ku. Engkau adalah istimewa karena engkau adalah perpanjangan tangan-Ku.

Jadi

Pria - perlakukan wanita dengan baik.

Cintailah dia, hormatilah dia, karena ia lembut. Menyakitinya, berarti engkau menyakiti-Ku. Apa yang engkau lakukan kepadanya, engkau melakukan-nya kepada-Ku. Jika engkau menghancurkannya, engkau hanya menghancurkan hatimu sendiri, hati Bapa-mu….yang juga hati Bapa-nya.

Wanita, dukunglah pria.

Dalam kesederhanaan, tunjukkan kepadanya kekuatan perasaan yang telah Kuberikan kepadamu. Dalam kesunyian, tunjukkan kekuatanmu. Dalam cinta, tunjukkan kepadanya bahwa engkau adalah tulang rusuknya yang melindungi tubuhnya.


p.s hanya mohon pengertian...



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, March 14, 2011

ketam macho..

Seekor ketam berjalan-jalan di tepi pantai sambil mengurat.Tiba -tiba lalu seekor ketam betina di depan dia cuba mengurat

"hai cik adik jalan sorang -sorang jom kita kahwin ,"tanyanya dengan selamba".

Ketam betina itu menjeling dan dia pelik kenapa ketam jantan itu berjalan tidak mengiring sepertinya.

"Woww..hebat betul jantan ni jalan pun macho tak macam aku...

boleh kalau awak sudi.'jawab ketam betina tadi.

Mereka pun kahwin tapi keesokkannya ketam betina berasa hairan kenapa suaminya berjalan mengiring sepertinya tidak seperti semalam yang jalan lurus.

"Abang kenapa abang jalan mengiring seperti saya kan abang jalan lurus semalam"tanya ketam betina.

"Kau nak aku hari-hari mabuk.'jawabnya selamba.


credit borakkosong.com

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, March 13, 2011

'suprise' yang makan diri...

semalam adalah hari yang huru hara bagi aku ( macam lah hari lain tak huru hara! ). adakah patut regular customer aku ni nak mintak aku buat suprise party untuk anak nya malam ni..( tengok sebab huru hara aku terlupa sempena apa..tapi biasa lah kan orang kaya, sempena 'apa2 pun' diorang akan buat party ) - kalau ye pun nak suprise kan anak, jangan lah nak suprise kan aku!

so semalam tentu lah aku terpaksa buat prepairation, menu,budget, beli barang dan sebagai nya.dalam dok huru hara tu, aku dapat satu lagi 'suprise' iaitu pergi tengok wayang cerita hikayat merongwangsamaju...konon nya tiket dah booking.tak boleh tidak kena pergi kalau tak putus saudara...dasyat punya ugutan tuh..( ni pukul 12.30 dan wayang start 2.30 ) imagene la gila nya aku waktu tu..dari pagi aku call sana sini minta bantuan dan buat arrangement.

akhir nya 'sahabat' ku sanggup ambil alih sebahagian dari tugas dan aku boleh berhaloloya menonton wayang. tapi yang haru nya ,waktu tengah sedap menonton ada lagi satu 'suprise' bila aku dapat satu lagi sms ( waktu ni phone aku dah silent ) malang nya aku dah tak jumpa mana sms tu untuk ku bukti kan di sini.

cerita nya lebih kurang pemberitahuan bahawa ada aircraft terhempas di KLIA DAN 99 ORANG MATI!! dalam keriuhan dan gema teknologi CGL, aku cuba meng sms seberapa ramai yang boleh untuk kesahihan berita, malang nya satu pun tak berjawab! dan jalan terakhir aku bertanya pada 'seseorang' yang sangat sinonom dengan berita2 hangat.

sambil tu phone yang dah silent tu berkelip2 tanda ada panggilan, ada sms masuk brtanyakan barang nak function, suplier tanya bila aku nak ambil barang ...blablabla...( memang huru hara lah ) dan jejaka di sebelah ku kata, kalau kecoh nar nak bersms ..tak payah lah beli tiket!!

gulp!!...

dan kerana 'kecewa' aku pun off handphone dan TIDUR...

Filem epik Malaysia yang dikeluarkan oleh KRU Studios dibawah arahan Yusri KRU ini dikatakan filem kedua termahal yang pernah dicipta selepas filem Puteri Gunung Ledang. Filem ini bukan saja ditayangkan di Malaysia, malah hampir 24 buah negara bakal memaparkan filem buatan Malaysia ini. Satu pencapaian yang membanggakan dari produksi 3 beradik ini.


Sinopsis

Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.

Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu.


p.s tamat dah cerita, masa makan geng menonton tadi buat ulasan, aku diam jer sebab xleh nak menyampuk...dan yang penting fikiran ku menerawang 'mengenang' sms2 yang ku terima..terima kasih lah!!



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, March 12, 2011

tukar jantina-18sg

melihat dari kecederaan yang 'parah' rasa2 nya berapa bulan lah menderita ni?? ko sanggup?




kat astro arini duk siar berulang2 di sebalik tabir ....dalam botol...kata nya ................
Filem …dalam botol mengisahkan Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus merupakan pasangan gay iaitu mencintai kaum sejenis. Disebabkan terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah identiti dirinya kepada Ruby. Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan oleh Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun perhitungan Ruby itu salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seorang wanita sekali gus memutuskan perhubungan dengan Ruby. Tanpa diduga, hormon lelaki dalam Ruby kembali menyerlah dan dia kembali menjadi Rubidin. Malah Rubidin mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi dan mereka merancang untuk berkahwin. Bisa terjalinkah harga sebuah perkahwinan jika sang suami tidak memiliki kelakianya dan apabila penyesalan tidak terbayar...apa akan terjadi?


p.s kita merancang Allah merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik!!

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, March 11, 2011

pantun budi

Kalau menebang
Kalau menebang si pohon jati
Papan di Jawa, aduhai sayang
Papan di Jawa dibelah-belah
Kalaulah hidup
Kalaulah hidup tidak berbudi
Umpama pokok, aduhai sayang
Umpama pokok tidak berbuah

Bunga selasih
Bunga selasih si bunga padi
Buat hiasan, aduhai sayang
Buat hiasan di dalam taman
Pertama kasih
Pertama kasih kedua budi
Yang mana satu, aduhai sayang
Yang mana satu nak diturutkan

Datuk laksamana
Datuk laksamana ke Bangkahulu
Belayar kapal, aduhai sayang
Belayar kapal membawa garam
Bagailah mana
Bagailah mana kapal nak lalu
Kuala sudah, aduhai sayang
Kuala sudah dilimbung karam

Bungalah padi
Bunga padi bunga kiambang
Buat hiasan, aduhai sayang
Buat hiasan di taman bunga
Buahlah hati buahlah hati Kekasih orang Hamba menumpang, aduhai sayang Hamba menumpang gembira saja


lirik di atas adalah lagu pantun budi nyanyian dato S.M Salim..aku suka sangat lagu ni, tambahan pula di nyanyikan oleh Mawi dengan tarian Kuntau nya..haha

bercakap pasal budi, sedikit sebanyak dalam kehidupan kita ni, kita pernah termakan budi dan seharus nya kita pernah pula berbudi, tak kira lah pada sapa pun.

dalam kehidupan aku yang rasa nya lebih banyak di tempat kerja dari di rumah,rasanya kurang kut aku berbudi pada orang keliling ku..ahaha dan dengan para pekerjaku..apa nak buat aku telah di didik dengan kekerasan dan disiplin yang ketat oleh bigboss dari awal lagi, maka nya hendak tak hendak ia menjadi sebati dalam diri..

tambahan bekerja dengan orang asing yang berbeza cara dan budaya walau seagama...( kalau ada pepatah kata ,jumpa ****** dengan ular, baik bunuh ****** dulu sebab dia lebih pembelit dari ular, tapi bangsa yang aku jaga ni lebih berbelit lagi dari ******!! tak caya? percayalah!! itu maka nya aku jarang bercakap dengan mereka, kalau aku bercakap..aku cakap dengan penyepak!! sapa2 pun tak percaya kan bila tengok muka aku yang lembut ni ( ...lembut ker..)

aku ingat tentu diorang benci sangat dengan aku..agak nya dalam kepala diorang bila lah diorang dapat pancitkan tayar kereta aku atau putuskan wayar breek supaya aku kojol excident..itu yang aku pikir...tapi eh tak pulak

kalau aku turun dari kereta , bawak beg waima satu bijik pun, akan berlari lah mereka menyambut dari tangan aku, kalau kebetulan hujan, aku tak berpayung..akan berkejaran lah membawakan payung untuk aku...hahaha tentu bodek la kan..

eh aku nak cakap pasal apa ni, jauh kelaut nampak!..tadi tajuk budi rasa nya

sebenar nya aku hanya tegas dalam kerja saja, hati aku ni sangat lembut, cewahh...aku nak cerita satu contoh saja,bukan bermaksud nak riak tapi ada pengertian yang sangat halus dan menusuk kalbu aku.

Ali ni pelarian Myanmar,tak tau sapa yang rekemen dia kerja dengan aku, lupa dah..dia buat roti canai di cafetaria kami..melalui makju ( chef ) dia takada tempat tinggal, ada anak perempuan dalam usia 3tahun..so dia nak bawak anak isteri tinggal dengan dia sekali kat sini..takda duit dan sebagai nya..( pada kita yang mewah ni mesti rasa tak caya kan dan tak tau macamana rasanya bila lapar, takada makanan, bila malam tak ada tempat berteduh )

Syarikat ada rumah pekerja,katil, tilam dan bantal tapi tak kan selimut dan perkakas dapur nak bagi sekali kut..jadi aku suruh driver ambil apa yang patut dari rumah aku, aku bagi duit kat makju suruh bagi Ali dengan syarat jangan cakap aku yang bagi..bukan apa, aku taknak mereka ambil kesempatan, biar lah aku kekal dengan gelaran singa cantik *mati la budak2 ni..ada penambahan penyedap ayat!..

( dan aku sangat suka membelikan anak Ali baju, kasut, permainan,assosori rambut yang cantik2...puas aku nak mintak anak dia Ali tak bagi..makju kata bukan anak kucing, suka2 orang nak bagi...uwaaaa )

hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan tahun...pekerja datang dan pergi, begitu juga Ali membawa haluan sendiri..

dan baru2 ni aku bertemu Ali ( dia bekerja dengan syarikat saingan aku..hehe ) dan setiap hari Ali menolong aku ( melanggar akta syarikat lak tu..) Ali menolong aku dari sekecil2 perkara sampai sebesar2 perkara yang tak boleh aku buat sendiri! ( aku...AKU??..aku tak boleh buat, tapi Ali boleh??? ) mende ni tak leh aku cerita..memudarat kan ramai pihak..boleh kena saman nih...Ali taat menolong aku sama macam aku masih majikan dia dahulu...

pernah aku kata, Li..tak payah lah tolong kakak, u balik lah

Ali jawab..' kak, dulu saya tau kakak yang bagi duit..saya boleh beli beras, kicap dan susu anak, kakak kasi dapur dan beli kan gas.. kakak kasi selimut...kak itu macam saya dah dapat "syurga' !!..aku lihat ada air bergenang di tubir mata Ali...aku alih pandangan ke lain, mana boleh singa nanges daaa..

begitu lah yang tak mampu membalas budi, dia tak berduit dan harta..tapi dia membalas dengan kudrat..KITA yang mampu ini pernah kah membalas budi atau terkenang kan budi???


p.s kawan aku kata dia akan jadi sebaik2 manusia dan sekejam2 manusia, bergantung bagaimana hati dan jiwa nya ditatang!!..ahaks aku pula kata, aku ni semanja2 dan sejinak2 kucing, akan hanya mengeluarkan kuku dan taring bila 'anak' ku di kacau!!




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, March 10, 2011

kalau mak suruh...




semasa kamu masih kecil, sedang leka bermain..

teringat mak suruh kutip kain jemuran

semasa kamu kecil, sedang ralit menonton tv..

teringat mak suruh tengok2 kan adik di rumah pengasuh

semasa kamu kecil,bermain di taman permainan

teringat mak akan pulang, rumah masih lintang pukang

ketika kamu kecil,menjaga adik

menjaga rumah,tak pernah membantah

ketika kamu berputik remaja

mekar, manja jelita..

kamu lengkap segala

kesayangan semua...

kerana apa?

tidak lokek tenaga

tidak kekok bekerja

tidak terpinga2


kerana...


sudah bermula bila mak suruh!!!


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, March 9, 2011

sekadar berkongsi rasa...

  • Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan

  • Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

  • Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

  • Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

  • Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

  • Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

  • Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

  • Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat

  • Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran

  • Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa

  • Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

  • Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati


credit borangkosong.com


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, March 8, 2011

temuduga


tadi masa aku keluar buang sampah, aku terserempak dengan anak jiran ku yang berbondong2 ( tak ramai pun 3,4 orang jer ) di kaki jalan..terus jer aku berkepoci ( kepoh ) dan bertanya..nak gi mana ni ramai2?

jawapan nya nak gi temuduga. temuduga??...oh gi temuduga..goodluck ye
nasib baik sebutan terkejut temuduga tu tak la kuat sangat, aku harap mereka tak perasan.
kenapa aku terkuat bunyik temuduga tu? sebab aku terkejut begitu gaya mereka nak gi temuduga ( tak kisah lah kat mana pun, waima nak temuduga kat kilang kicap pun ) dengan pakaian yang macam nak gi merempit dan yang sorang lagi tu macam baru bangun tidur jer.

menyebut pasal temuduga ni aku teringat zaman kegemilangan empayar syarikat aku ni dulu, kerap sangat lah kami membuat temuduga terbuka untuk pengambilan pekerja baru. dulu..dulu..masa kami dapat kontrak membekal pekerja pembantu penyambut tetamu di Golden Lounge MAS selama hampir 10 tahun, aku naik muak untuk buat temuduga..bayang kan aku ada hampir 200 staff meliputi pembantu penyambut tetamu ( gadis cantik sahaja haha ) Bistro ( gadis dan jejaka ) pembantu business centre dan pekerja pembersih ( cleaner - ni biasa nya pakcik dan makcik ) pekerja datang dan pergi..setelah penat aku latih dan didik, aku groom jadi cantik dan gojes, mereka lari cari kerja lain yang melambak kat airport ni...nasib badan!!

seperti kata sahabat blogger ku SAK, kebanyakan mereka yang datang temuduga ni tak bersedia, bahkan ada yang tak tau pun apa pekerjaan jawatan yang mereka pohon itu. ( SAK menemuduga pemohon yang berkelulusan tinggi dan sijil bergulung, dia pening dengan kerenah orang terpelajar, aku menemuduga pemohon yang bersekolah sekerat jalan tapi nak glamor, bayangkan lah 'kepeningan aku nih! )

ada yang datang pakai seliper jepun jer, ada yang datang terlebih bergaya ( maklum nak kerja kat airport ) ada yang datang nak suka2 jer kawan ajak!

aku nak luahkan perasaan aku sebagai 'penemuduga', karektor bagaimana yang akan aku tandakan 'lulus' di kotak borang permohonan. ( ini untuk jawatan bidang 'kepakaran' aku ye, bidang lain, lain pula gaya nya )

1. mengetuk pintu sebelum masuk ( jangan meluru masuk, kadang penemuduga belum sedia, tengah buat apa2 ke..kan malu dia..kang dia kasi pangkah itu borang! )

2. menghulur salam dulu dengan aku sambil tersenyum dan memandang ke mata aku ( tak jadi masaalah sebab yang aku perlukan perempuan so tak haram eh )

3.memperhenalkan nama

4.duduk setelah di suruh duduk ( ada yang wat sadin jer duduk dan betul2 kan rambut -belagak giler! ceh )


5.berpakaian yang bersesuaian, kalau berbaju kurung, kemas, berkasut tumit sederhana tinggi,tidak semak dengan gelang ,rantai dan apa bagai, bermake up yang sederhana juga.

6.tenang menjawab soalan satu persatu,tidak kuat dan tidak perlahan suara, tidak gelak mengada2 dan yang penting jawapan seperti yang dikehendaki soalan ( tidal kelaut! )

7.bila di tanya ada apa2 soalan/pertanyaan jangan tanya berapa gaji saya!! ( ini kepantang aku..kan dah di tulis kat iklan gaji berapa... blablabla, tunjuk kan dulu kualiti kerja kamu )

8.tidak memandang aku dengan pandangan cuak..macam hek eleh muda nya, layak ke nak interview aku nih??

tahu kah korang betapa aku paling benci nak temuduga orang nih,buat kering airliur aku jer..tahu kah kamu betapa aku terketar2 kali pertama dulu nak temuduga orang sebab di sebalik dinding ada 2 monster tengah menghakimi aku ( boss aku lah! ) dan tahukah korang yang aku 'wajib' ada ilmu melebihi korang supaya korang tidak menemuduga aku pulak!..wakaakaka

bersedia lah wahai adik2 yang hendak pergi temuduga..kerja susah nak cari sekarang ni, so nekad lah untuk menawan hati penemuduga, berpakaian kemas dan sesuai dengan jawatan yang hendak di pohon, study atau cari seberapa banyak maklumat pasal kerja tu, semak dan sediakan apa barang yang di kehendaki dalam iklan yang di siarkan..( seperti gambar, sijil dan sebagai nya )

SELAMAT MAJU JAYA


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, March 7, 2011

lawak giler nama2 neh...


kalau tak gelak something wrong kat saraf korang,...tengok ni pulak..
ADAKAH ANDA TERANGSANG
??






hek eleh ngan TUMIT pun stim....wakakakaka

sumber dr cik story shelly

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, March 6, 2011

rahsia hati wanita...



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!



22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..




27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.





credit storydarishelly


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...