camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Saturday, April 30, 2011

terkapar2 ku kelemasan...




sakit di lambung ombak kerinduan
di dalam tidur di dalam jaga
di buru oleh mimpi yang serupa
mengapa aku jadi tidak menentu
kerana mu....


p.s aku nanges tengok Iqa duet ngan Allahyarham Sudir....nanges betul2

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, April 26, 2011

ade ker patut??....

as a 'wedding planner' aku sedaya upaya menyiapkan hantaran untuk syahifa beertunang..walau berulang alik dari hospital dan rumah , aku hanya akan puas hati kalau semuanya adalah dari hasil tangan aku..

ini adalah sebahagian yang hampir siap
set perfume
sepasang persalinan baju melayu dan songket
e..eh eh...ni pun?
ehhh...ehhhhh
iskhhhh ader ke patut??

p.s muahahahaha..Iqbal Rifasa adakah anda sudi menerima hantaran yang terakhir itu?


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, April 25, 2011

Arwah ibu lawat jenazah anak...

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut.

Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan.

Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah.

Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam.

Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya.

Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna.

Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar.

Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu.

Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya;

apakah yang sebenarnya telah terjadi?

Siapakah pemuda itu?

Mengapa wajahnya bertukar hitam?

Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya.

Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya.

Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

” Ustaz,” kata wanita itu.

“Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut.

Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya.

“Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.”

“Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya.

Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya.

Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan

membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

“Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya.

Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.

Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.

Dia seperti menyembunyikan sesuatu.

“Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.

Sambil mengesat airmata, dia berkata,

“Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya.

Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.

Dia memang anak yang baik.

Tapi, apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.

Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin.

Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.

Mungkin itulah yang berlaku.

Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.

Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.

Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.

Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut.

Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,”Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.

Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,

“Orang tua mana pula?” katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya.

“Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.

Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,

saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.

Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.

Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.

Kalau 80,000 tahun?

sumber http://atikahnr.blogspot.com



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, April 24, 2011

Andi ohh Andi...

aku tersadai di wad sekarang..
jangan di tanya mengapa dan kenapa,
mata tak bisa terlelap
telinga tak bisa memekap
suara bisu tanpa harap...

hiruk pikuk dan kegelisahan
jauh dari kesempurnaan
namun petugas gigih melaksanakan
amanah yang dipertanggungjawapkan



andi menangis kesakitan

tangan andi yang membengkak dan biru akibat darah tersekat

Ini ialah Andiaasmadi bin AndiOsman..berumur 13tahun..ayah nya telah meninggal dunia beberapa tahun lepas, ibunya sangat kejam mengikut lari jantan lain dan Andi terpaksa terpisah antara 3 beradik..kini Andi di tempatkan di rumah Anak2 yatim sinar harapan N.sembilan.
Minggu lepas Andi telah tercedara sewaktu bermain bola..tulang siku nya telah terseliuh atau terselisih..jadi Andi telah di bawa ke hospital untuk rawatan..selepas sesi pembedahan dan memasukkan besi untuk menyokong tulang Andi yang patah,Andi telah mengalami kesakitan yang amat sangat..Andi menangis sepanjang malam..sayang..tiada siapa disisi Andy..tiada siapa yang datang memujuk dan membelai untuk meleka kan Andi dari kesakitan..

Andi merayu2 kepada nurse yang bertugas agar datang kepada nya..Andi merayu agar ada yang datang kepada nya dan buat lah sesuatu...tolong kak..sakit sangat ni..akhir nya esak tangis Andi tidak galak lagi..hanya airmata yang bercucuran...

aku gagah kan diri menghampiri Andi..ku tekap telapak tangan ku di jemari Andi yang bengkak dan legam..ku bacakan Alfatihah kerana aku percaya 'kuasa'ibu ayat Allah ini sangat mujarab..ku ajar Andi agar berzikir dan berdoa agar Allah meringankan atau menghapuskan kesakitan nya...sambil membelai Andi, aku berselawat dan berzikir...akhir nya Andi terlena..

tapi hanya untuk 10 minit sahaja Andi terjaga kembali dan esak tagis nya bermula lagi..aku menghampiri Andi buat kesekian kali nya..ku renung tangan Andi yang membengkak dan bertukar warna..ku ambil handphone dan ku snap..akhir nya berbuatan ku menarik perhatian staffnurse yang bertugas..baru lah dia memeriksa tangan Andi dan terkejut melihat bengkak sangat dan lebam..rupa nya ikatan bandage Andi sangat ketat sehingga kan darah tidak dapat berjalan dengan lancar..barangkali bimbang aku akan membuat laporan atau sesuatu pendedahan, segera nurse membuka ikatan dan membalut semula dan kali ini lebih kemas dan selesa...

ermmmm...andai aku tidak memberi perhatian...apa agak nya si yatim ini akan hadapi..kesengsaraan yang bagaimana lagi????




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, April 22, 2011

kesementaraan ini...

sesekian kalinya
menjerut kepedihan hati
dunia membayar harga
kesilapan dan hukuman mati

menjauhi kamu
kerana dunia mengajarku
erti keperluan
erti batasan
erti kemurnian
yang kekal ialah keharmonian

dunia yang pernghujung nafas
hidup yang mengamit pengakhirnya
muga kembali dalam kesedaran
dia lebih sempurna

buat insan yg pernah ada dan tetap ada di hati

credit birusaga/fre da


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, April 21, 2011

jahat mata mu itu...

aku suka perhatikan orang, kalau cantik dimata aku ..aku akan pandang tanpa berkelip kadang sampai malu orang tu..dan kalau orang tu tak kena di mata aku, pun aku akan pandang juga tapi nasib baik aku komplen atau kutuk guna 'mata' saja..hahaaha
jangan tak tau, 'mata' aku lagi kuat mengutuk dari mulut aku tau...

yang selalu jadi 'bahan' kutukan mata aku ialah pakaian orang..ada orang jika kena gaya pemakaian nya, simple sesuai warna dengan kulit dan fizikal kelihatan sangat sweet..ada pulak tu terover lebih sangat..dah ler gebus, pakai sendat dan kaler macam hawii..make up cam nak buat dinner show walhal gi pasar jer pun..aduhhh

aku teringat mak aku cakap, rupa paras, warna kulit kita tak boleh tukar ( dulu lah, sekarang dah boler lerr mak oiii ) tapi perawakan dan pembawaan kita boleh tentukan ( cara orang tua yang takda asas feshion bercakap )...oh ya dah tengok gambar mak aku???

bunda ku dan cucunda nya yg tercenta

betul tu aku sangat setuju..takde paedah nya pakai baju mahal dan berjenama tapi pembawaan tak kena..jalan macam brutal, cakap terjerit2...or pakai jenama, emas besar gadang berlapis2 pastu dok mengumpat dan meninggi diri..hilang gojes jadi nampak cam jakun ada lerr..

lagi satu yang jadi bahan kutukan'mata' aku ialah orang yang berkira sangat bila nak beli barang...ni aku cakap bila beli barang kat pasar lah yo..xdo do orang beli barang kat SOGO leh tawar menawar...sementelah aku ni shopping kat pasar malam je so yang aku nampak ialah kerenah orang kat pasar lah...

ssetakat beli baju ke barang keperluan harian ker leh maap lagi..tapi kalau dah nak beli makanan pun berkira..aduhhh ini sangat tak patut pada aku..agak2 la weh barang mentah dah naik melambung sekarang ni..banyak mana lah untung peniaga makanan...

pada aku senang jer..kalau nak barang yang berkualiti, pastikaan masuk kekedai yang sepatut nya..naak barang baik dah tentu harga nya pun 'baaaeeek punya'..aku selalu nya belek dulu baju tu,yang utama kaler nya mesti kaler peberet aku, kaain nya mesti kain lembut tak perlu iron sbb aku xpandai meng iron baju..huh! baru feshion dia kena ke tak kena ngan ke gebussan body aku nih..then baru haarga..laallalaa aku bayar jer

kasut, handbag pun sama..yang penting kaler dan design yang sederhana dan rengkas..dah berapa kali adik beradik aku beli dr oversea aku pretending sukerrr..tapi haram tak pernah pakai..wakakaka terbocor rahsia..yang melaram sakan dgn barang2 aku tu wan nur syahifa lah...

nak makan pun sama..bayar jelah tak payah nak bertegang leher..sedap essok lusa datang laagi, tak sedap arini jelah ko nampak batang idung aku...yang penting kebersihan terjamin..aku sangat elegic dengan air mentah atau tak masak betul2..ermmm 3,4 hari lah aku berumah tangga dalam toilet!

moral: rambut sama hitam tapi hati lain2..apo nak di kato..
adiossss





yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

10 tip menggoda..haha


Godaan. Ia bagai suatu permainan 'dikejar dan mengejar'. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.

1. Memusing kepala & menguak rambut

Ini merupakan suatu 'pergerakan yang menggoda' apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm...

2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut

Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi 'godaan bibir'. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.

3. Sedikit sentuhan tubuh

Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

4. Jelingan atas bahu yang terangkat

Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.

5. Usap objek bulat

Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda

Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.

7. Lenggokkan pinggul anda

Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.

8. Dedahkan pergelangan tangan

Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.

9. Kekalkan minat si dia

Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.

10. Halakan lutut ke arah si dia

Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

iskhhhh yang last tu takpayah lah ikut...heehe

( kalau yang tak da pasangan tuh, practis dalam mimpi jelah eh...)

credit tentangcinta.com



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, April 19, 2011

lelaki berumur 94 tahun..make love 3x semalam?....

pasangan bahagia...ermmmm

Randy Ramjeet Raghav terpaksa 'berehat' seketika daripada rutin hariannya melakukan tiga kali hubungan seks semalam selepas menjadi bapa tertua di dunia - ketika berusia 94.

Katanya dia akan menangguhkan aktiviti seks dengan isterinya Shakuntala kerana mahu memberi perhatian membesarkan anak lelaki mereka, Karamjit.

sayang...anak bongsu buat masa ini??

Ramjeet berkata: "Saya sihat dan saya menikmati hubungan seks dengan isteri saya. Saya rasa ia adalah amat mustahak untuk pasangan suami isteri untuk sering mengadakan hubungan seks.

"Bila dia minta saya akan 'kerja' semalaman tetapi demi anak, saya tolak dahulu 'keperluan' itu buat masa ini.



di sini lah syurga mereka melayar kasih semalaman!!

p.s speechless..ada pasangan yang bilik tidur bagai bilik pengantin namun masing2 bawa diri..sepi...sendiri2..
arrrghhhhh



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, April 18, 2011

tebiat...

aku sebenar nya susah nak keluar makan2 kat luar, melainkan terpaksa seperti annual dinner atau acara rasmi yang diwajib kan..naper? tak percaya?...percaya lah

bergambar pun aku tak gemar...betuuuul
kalau aku buat tu makna nya.. .aku tebiat lah tu
muahahaha






yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

harta pusaka...


Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, April 17, 2011

puisi tanpa tajuk...

berjuta penyair menyata kan

datang nya tanpa di undang

menyelinap,menyelirat

menyerap kesetiap ruang...


pabila kedua tangan terikat ke langit

dan kedua kaki terpasak ke bumi

hati pula

menjadi tawanan

di dalam perang rindu...


maka harus lah berkorban

usirlah ia

walau payah

walau parah

walau berdarah!!!


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

syyyyh..saya nak tido ni...

syhhhh..jgn marah...nak beradu atas dunlop pillow
ermmmm apasal 'dunlop' ni banyak bumper??..ahakss ishkkkk rasa xnak bangun2 dah.... ....ko ade????... hoyeee...aku tido bawah ni lerrrrr...ko mampu??


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, April 14, 2011

itu petanda ko dah tua bang....( 18sx )

apa nak menung..memang dah tiba masanya..

1. Dulu,kalau nak membaca… dari jauh pun boleh baca.Sekarang dekat-dekat tak nampak… .kena jauh-jauh sikit.


2. Dulu kalau nak kencing,dari jauh… suuurrrrr!!!!! masuk… ..!!!!.Sekarang,kalau nak kencing,kena dekat-dekat,pelan-pelan lepas… baru masuk…


3. Dulu,masa tidur menghadap muka… rapat-rapat,sekarang,berlaga punggung saje… itu pun dah kira rapat sangat dah tu…


4. Dulu,mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi ( dalam kereta ke,handbag ke..),sekarang, bawa juga… tapi minyak angin la…


5. Dulu,pakai baju mesti sama… sama color,sama design,sama brand… sedondon… Sekarang,”Asal kau ada baju nak pakai udah le… !”


6. Dulu,kalau nak kemana-mana,sanggup tunggu bini sampai sejam iron tudung… pakai tudung… ..Sekarang, “Alah… you pakai yang “wrinkle free” tu je la… .!” ( dalam hati… macam la ada orang nak tengok dia… hiyyyy!!! Malam tadi tak mau nak gosok… lembab!!)


7. Dulu sanggup jalan berbatu-batu teman bini shopping,sekarang… tunggu dalam kereta jer.Kejap-kejap SMS… “Lama lagi ker?” “Apa aje yang you cari nie… ?”


8. Dulu,hebat… .!!! sebulan sampai 12 kali… ,sekarang,kalau dapat 12 bulan sekali pun kira hebat juge…


9. Dulu, menunggu pun dah keras… sekarang,menunggu nak keras… .


10. Dulu,isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh,suruh buke… jangan pakai apa-apa.Sekarang,isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buke juga… .”Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ker… ?



hahaha aku saja gatal copy dr blog sekamarindu...


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

cium bau...

maaf gambar takde kena mengena ngan entri

hampir dua hari lebih aku mendiamkan kan diri tak pegang 'benda alam maya' ni...rasa aman juga eh..ahaha eh lupa nak cakap handphone pun aku tak layan...lantak!!!

mana aku pergi eh?? belum masa aku nak cerita...tak payah cerita pun xpe kut...tak penting pun kan...yelah aku bukan penting pun..( motip?? cakap cam gini? )

oh ya meh kita bergumbira..apa da sedey sedey..aku rindu dak itam dan shikin..ahaha yang lain pun...

se isi rumah aku paham benar habit aku suka cium baju...baju yang baru lepas basuh masa aku nak lipat aku akan cium dulu..tak kira baju sapa!..dan yang lagi jakun masa nak masuk kan dlm washing mecine pun aku akan cium gak!! gilo ko apo??..senang cakap aku suka cium bau badan orang yang aku sayang!! sib baik umat dalam rumah aku bau badan mereka kira ok lah..xda la sampai macam bau Bangla kan...

sebab tu aku akan pastikan bilik air aku penuh dengan shower gel, shower cream dan sabun mandi yang wangi..perfume talkum dan lotion wangi pun ada...( so tak kan xreti2 lagi? )

dan mereka pun paham, sekali pakai jer baju dah masuk dalam bakul sebab kesian kat aku nanti bila aku cium..tapi yang benar diorang xnak aku kejar tuan punya baju satu rumah sebab baju busuk! tapi logik la kan baju yang dah di pakai bau busuk..ada ke baju dah pakai wangi??..
ada! baju aku..ehehhehe

tapi ada gak yang nak renti kan tabiat aku nih..selalu gak diorang sakat aku dengan masuk kan baju lepas main bola dalam bakul kain yang aku nak lipat..tapi aku tau la...ceh cubaan tak menjadik!

moral of de story...jangan tiru tabiat aku..AJERRR GILERR

p.s simpan bau yang tersayang dalam ingatan...

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, April 12, 2011

apabila...


apabila ketawa,
aku ketawa beramai2
( kalau ketawa sorang2 gila nama nya tuh )
apabila menangis,
aku menangis sendirian
( kalau menangis beramai nescaya ada kematian )

apabila berduit,
berita cepat tersebar
apabila tersepit,
takda yang mendengar khabar

apabila gembira,wajah jelas ceria
apabila berduka
ku pendam didalam dada

p.s baru2 ni orang 'terdekat' ku bersara...ofkos dapat EPF ratus2 ribu kan..aku dengar aje..tunggu kalau2 dia ingat kat aku...sementelah aku sangat tersepit sekarang ni...

ini kesah balasan CASH dari Allah SWT yang diceritakan oleh kawan ku
hafizah :

kata nya pada petang 9hb 4 ( Jumaat ) dia balik kerja jam 5petang, dia mengisi minyak di Petronas KLIA..oleh kerana meter kereta nya rosak, dia main agak2 saja isi minyak, dan dia telah terlebih mengisi kerana tank dah melimpah...dan kebetulan ada 2,3 orang budak sekolah hendak mengisi minyak juga, so hafizah bagi hos minyak nya kepada budak2 itu..dan dia tidak menerima wang yang di hulur..halal kata nya..

pada 9hb 4 ( Jumaat ) jam 5.30 petang, adik hafizah (asrul dan isteri yang sarat mengandung ) mengalami musibah apabila motosikal mereka kehabisan minyak sewaktu balik dari kerja..asrul rasa sangat bersalah dan kesian kat isteri nya yang sarat terpaksa berjalan agak jauh untuk sampai ke setesen minyak..belum pun menapak, ada sebuah kereta berhenti dan bertanya masaalah mereka..dan pemandu kereta itu menghulur satu botol yang berisi petrol dan tidak mahu bayaran..

berlinangan airmata hafizah kerana Allah telah 'membayar' kepada nya hanya dalam tempoh 30 minit!!

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, April 9, 2011




mengapa aku di seksa..
apakah tujuan dia....


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, April 8, 2011

merajuk...



hari ni aku merajuk sebab diorang gi tengok wayang 'taknak' bawak aku..sengaja taknak bawak okey! rini diorang nak tengok cerita ....dalam botol..( diorang suh aku tengok kat Astrofirst jer ) ala... tengok kat tv mana best sorang2...tengok kat pawagam la aura nya berganda..gelak ramai2..sedih ramai2..

diorang taknak bawak aku dengan alasan aku tak behave masa tengok wayang...dulu masa tengok cerita MAGIKA aku tidur..tengok cerita Hantu kak limah balik rumah aku gelak tak hengat..sekejap orang belah kiri siku aku, sekejap orang belah kanan siku aku sebab orang gelak aku gelak , orang benti gelak aku masih gelak lagi!! tu yang kena siku tu...iskhhh...

pastu tengok Hikayat Merong wangsamaju aku asyik main SMS.. pun kena siku gak..

tak pe lah tak nak bawak takpa..aku tengok tv jelah or aku tengok

...botol dalam anu...opssss!!!

lariiiiiiiiiiiiiikkk


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, April 7, 2011

letih dah nak cakap...

hari ni dah 7hb kan,kalau orang yang makan gaji dan dapat gaji 25hb, aku rasa dah tinggal ujung2 jer gaji korang kan..ermm bayar kereta,bayar rumah, bayar bil segala datuk nenek..yang gaji puluh ribu sebulan tuh?..ala sama jer sebab besar periuk besar ler kerak nya..makna nya ape kah?..makna nya makin besar pendapatan seseorang itu secara automatik besar juga lah perbelanjaan nya!..betul tak?

kerja makan gaji ni ni tak kira lah dengan kerajaan ke dengan swasta ker, cukup bulan jer gaji masuk kan..cucuk je lah kad tu..berderap lah duit jatuh..tak kira lah korang kerja rajin ke..kerja cam hampeh ker..duk opis ngadap laptop tapi buka facebook ker...dapat duit jangan risau!!
( ni cam ada yang tak kena jer ni..ko kenapa pompuan?..period?? )

tapi caner dengan yang kerja sendiri?..maksud nya orang yang freelance..orang yang buat bisnes sendiri. ha bab ni ada pro dan kontra nya..disini lah terletak nya jiwa yang besar!! ko nak kaya dan senang, ko kena kerja kuat, ko kena pandai atur perjalanan duit ko sebab jika bulan ni lebih belum tentu bulan depan dapat sama atau nasib malang langsung takdak! tapi takpayah lah aku nak bebel pasal tu kan, dah tentu ler kome sume pandai, kalau tak ,tak kan kome ajer giler nak freelance kan..

aku nak cakap pasal orang yang kerja makan gaji duk kat opis yng nyaman, ada bilik sendiri, duk kat sebelah bilik bigboss..aku tau la kerja ko banyak, kena layan kerenah boss ko..kena handle banyak benda tapi berbaloi lah dengan jawatan ko dan duit ungu2 yang ko dapat tiap bulan tu...tolong lah kerja dengan ikhlas.. kalau ko dapat duit dengan mudah, duk kat bilik hawa dingin, waktu rehat ko dah tetap..kalau boss takda lagi lah raya sakan, tolong lah ingat kat orang yang ada payment ada gaji, takda payment..melopong lah...kerja tak tentu masa..duk berjemur tengah panas dan berhujan kalau hari hujan...tolong lah ingat, mreka ni pun sama..ada anak bini yang nak dibagi makan dan pakai..ada anak yang nak bayar yuran tuisen..sama juga nak bayar rumah dan bayar kereta walau tak semahal kereta ko dan tak semewah rumah ko..
walau yang dia hantar tu hanya sehelai kertas hasil dari keringat dia yang menitis, yang ko akan melalak jika ada komplain, jika lambat atau tergendala..yang ko tau siap dan jadi dan tiptop..maka tolong lah ambil prihatin akan kertas yang dia attach kan tu ye..dari kertas itu lah nanti akan menjadi nasi..akan menjadi darah dan daging keluarga nya.. jangan kerana sehelai kertas itu maka ko abaikan kerana apalah sangat bagi mu..jika ko bersungguh melaksana kan nya tak sampai setengah jam akan siap..ko just bagi kat officer ko untuk di semak, jika semua nya lengkap dan tepat maka ko siapkan jer pye nya dan bagi lah manager ko sign dan seterus nya second boss ko sign..dah siap!! susah ker?? susah sangat ker?? yang memberi kertas ni lepas ni akan bersusah payah pula membawa kertas yang atas ikhsan ko itu ke jabatan akaun..di sana nanti dia akan berurusan pula dengan kerenah yang lain pula...

oleh itu aku merayu wahai orang yang berkerja di bilik yang nyaman, yang waktu rehat nya tetap..waktu makan nya teratur..yang sempat ta cap make up 2 jam sekali..tolong lah jangan di peram kertas yang orang bagi tu ye...tak kesian kah kat dia?.kalau ko peram dua bulan..jabatan akaun peram 2 bulan..bulan keberapa kah dia akan mendapat hasil nya??..hendak makan apekah dia???

( masaalah n juga dilalui oleh blogger hebat de green apple..jum baca )

1. Kontraktor hantar barang pada user (student) tapi student hanya boleh ambik je barang tu, tak boleh sign.
2. Yang boleh sign adelah pegawai. Pegawai bermaksud supervisor or pensyarah dorang.
3. Lepas aku sembah pegawai mintak sign, aku sendiri kena pegi balik ke pejabat am untuk dapatkan pengesahan dokumen adelah lengkap.
4. Lepas dapat cop pengesahan dokumen lengkap, aku sendiri yang kena hayak the dokumen pegi pejabat kewangan yang entah mana ceruk dia letak (bukan dalam building yang sama) .Please take note that pensyarah tak selalunya berada di bangunan yang sama dengan end user bekerja (student). Let alone kat satu level yang sama. Kalau lain-lain level tu takpela jugak, aku tak kisah panjat berapa tingkat pun. Ini tak. Student kat lab hujung nun. Pensyarah lak kat bangunan lain hujung nun. Pas dapat sign pensyarah, aku menapak ke Pejabat Am yang mungkin (kemungkinan jugak pejabat am ada kat tempat lain) berada kat tempat end user bekerja tadi. Tak ke satu hal aku nak patah balik? Lepas tu nak menapak pulak ke pejabat kewangan yang suka-suka hati dorang nak bubuh kat bangunan yang takde kena-mengena.Bila dorang dah buat rules bodoh macam ni, nampak sangat yang tak buat keje sekarang is orang dalam! Bukan kontraktor.

Tapi disebabkan PEMALAS, maka tanggungjawab tu diserahkan pada kontraktor. Dengan alasan (agaknya la) kontraktor mesti nak duit dia cepat, so bagi la dia settlekan. Pandai-pandai la ko nak uruskan sendiri, duit kau, bukan duit aku.

Toksah kata kontraktor la.Kau pun kalau kerajaan kuarkan gaji lambat pun kau tau mengamuk kan?Itu cara-cara kau yang keje duduk setempat tapi pemalas, pun dah menggelupur kalau gaji lambat.Habis aku yang kejap ke sana, kejap ke sini, duit minyak kuar macam air, ko ingat aku tak bengang ke ko peram invoice aku sampai 2 bulan tak release-release payment?


sekian.. renung renung kan dan selamat beramal!!

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, April 6, 2011

jangan terlambat...


sakit siot buat memogram ni...
payudara yang terdapat sel canser


malam tadi aku tertgk movie berjudul Living Proof:


Director Dan Ireland adapts writer Robert Bazell's autobiographical novel -Her-2 to the screen with this made-for-Lifetime drama concerning UCLA oncologist and researcher Dr. Dennis Slamon, creator of the promising breast cancer drug Herceptin. Convinced that his revolutionary drug could effectively switch off cancer cells for women with tumors of the Her-2+ (Human Epidermal growth factor Receptor 2-positive) without radiation treatment, Dr. Slamon raised funds for his research with the help of Ron Perelman, Lilly Tartikoff, and the extended Revlon family. Later, as Dr. Slamon attempted to cut through the bureaucratic red tape and get his drug approved, a number of brave patients who had volunteered for the clinical tests of Herceptin sadly succumbed to their cancer. But all hope wasn't lost, because in 1998 the FDA finally approved the use of Herceptin to treat breast cancer, giving hope to millions of women and their families across the country.


jujur aku menangis teresak2 masa menonton ni...masih terasa sangat ngilu..masih terasa sangt lemah dan mual..masih terasa ketakutan bila mengenang hayat yang tidak panjang...

dalam cerita ni setiap pesakit merayu Dr Slamon supaya mereka lah yang menjadi bahan ujian kepada Herceptin dadah penemuan baru Dr Slamon yang boleh mengecutkan lump atau ketumbuhan..,

setiap pesakit menaruh harapan yang amat tinggi agar mereka sembuh, agar mereka masih boleh melihat anak2 mereka dewasa dan seterusmya berkeluarga...

dan setiap ahli keluarga yang mempunyai anak atau isteri yang sakit juga berjuang dengan cara mereka sendiri..masing2 tidak mahu melihat orang yang tersayang menjadi kaku dan terbujur lesu...

YA hanya yang merasai saja dapat menghargai, yang merasai saja dapat memahami...

beberapa hari lepas Dato Sarimah primadona filem Melayu kita di khabar kan mengidap canser hidung dan punya 3 bulan saja untuk hidup..begitu juga dengan dramatis berbakat kak yan..terbaru pelakon Indonesia Titiek Puspa didapati mengidap canser rahim tahap dua...menakjupkan ketiga2 mereka telah pulih,..jangan tidak tahu selain dari perubatan moden mereka menggunakan ayat2 Alquran.. Titiek Puspa mengakui yang beliau menjalan kan meditasi hanya selama 13 hari saja...bukan kah Alquran itu ubat segala penyakit??

aku merayu kat korang tolong lah jaga kesihatan...yang perempuan sapa2 yang belum buat ujian pap smear tolong lah buat..tak lama pun dan juga buat lah ujian memogram jika dah rasa ada yang tak kena kat tubuh kita..jangan dah sakit baru nak buat...

aku dulu dah bengkak baru buat memogram..ya Allah rasa nak terkeluar air suam sakit nya..

begitu juga masa nak diambil sample sel..jarum yang diguna bukan kecik alang..dua tiga mata pulak tu...main rodok jer mana diorang suka...

orang lelaki jangan ingat tak dapat canser payudara ye..hehhe dulu time aku buat rawatan ada mamat ni muda lagi dapat canser payudara..ye! kelenjer di tetek dia terdapat sel canser!!

camner leh jadi camtu? wallahualam

so orang lelaki pun jaga kesihatan ye..bawak2 lah berenti merokok tu


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, April 5, 2011

makcik kayo...makcik kayo...

si comel pakai spec tu reti cakap melayu, yang gomel tu paham..cakap nan ado!!
gaji laki bini ni puluh ribu sbulan, gaji aku puluh ribu setaun...adehhh dehhh dehhh


Sal: salamekom kak

aku: kumsalam ermmm

Sal: kak mintak no ic hang

aku: nak wat apa?

Sal: nak letak nama pewaris kat insuran aku

aku: aikkk? apasal tak letak nama Padli..kang marah dia kang

Sal: iskhh duit aku suka hati aku lah..cepat la bagi no ic

aku: oowhh...Epf..rumah, kereta sbijik dua taknak letak nama aku gak ker?..muahahahaa

Sal: oii makcik cepat la bagi..tapi kalau aku mati, hang jaga anak2 aku yee..

aku: hek eleh hang tak bagi reta pun aku jaga lah..apa la cakap yang bukan2

Sal: aku tau lah, tu sbab aku nak letak nama hang

aku: ******-**-**** lalalaala makcik kayo...makcik kayo..cepat ler mati..

Sal: sewel..bingai...bye..

aku: bye..muahahahaa



orang meletak kepercayaan kerana keperibadian...mempertahan kan kepercayaan tidak semudah menghancurkan kepercayaan, sekali lupus..ia akan pupus...!!!


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, April 4, 2011

bila Shaheizy Sham menang anugerah...


GENTING HIGHLANDS: Pelakon utama filem Adnan Sempit dan Ngangkung, Shaheizy Sam mencipta sejarah apabila muncul pelakon lelaki ketiga dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, di sini sebentar tadi. Shaheizy, 29, meraih 126,168 undi memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Shahir, Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir. Beliau turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 hadiah iringan dan trofi.

aku sangat teruja menonton anugerah bintang popular malam tadi..dari awal hingga akhir rancangan aku gelak...3 jam berlalu tak terasa langsung...sebenar nya nak bagi orang gelak ni mudah jer..xperlu terjerit2 atau mlucah atau main tolak2 kepala seperti kebanyakan 'pelawak' kita buat...

kak engku,syira dan zizan amat bersahaja..apa yang mereka jadikan bahan lawak adalah isu semasa dan perihal diri mereka sendiri saja...sesekali mengena dan sesekali menyengat...hahaha

dan yang mengharukan bila nak umum siapa yang menang anugerah bintang popular..johan dan usop betul2 buat dewan yang sejuk tu jadi gamat...aku gelak sampai keluar airmata...serius aku teringat kat seseorang...biasa nya saat macam ni kami kongsi sama2..kini tak boleh lagi sebab setiap perkataan ku selalu terbabas dan tersalah maksud...biarlah menyepi supaya tidak sakit menyakiti lagi..

dan yang lebih terharu bila nama Sham di umum..dia berlari keluar tapi bukan meluru ke atas pentas, tapi mencari ibu nya dahulu...ibu dan anak berpelukan..sangat akrab kelihatan nya..dan mami khaty sangat sporting bila duduk kat 'welcha' dia pun melengguk2kan tangan nya macam usop,...ya Allah gamat dewan dngan telatah mereka kat atas pentas tuh...


tahniah untuk semua yang menang...ada yang layak dan ada yang tidak..tapi keluarga mamy khaty dah lama menang dalam hati aku!!!



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

selamat pagi cikgu...



ALOR SETAR: Murid yang dikatakan dipukul seorang guru di asrama sebuah sekolah agama rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini. Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lalu. Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang tadi. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya berkata suspek yang juga Penyelia Asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.


aku kehabisan kata...bukan kah cikgu itu mempertaruh kan jiwa dan raga demi mendidik anak bangsa?..kalau tak minat..kalau tak ikhlas..jangan lah minta kerja jadi cikgu...jangan calit rona dan noda pada pekrjaan mulia ini.. JANGAN..JANGAN..



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, April 3, 2011

surat untuk kekasih


Inilah surat yang di tulis Sutimah untuk kekasihnya yang bernama Robert (Robbie) warga Filipina...untuk meminta memutuskan perhubungan...Sutimah hanya berpandukan kamus di atas tu untuk menulis surat ini dan ini hasilnya.............


Hi Robbie, with this letter I want to give know you
(hai Robbie, bersama surat ini saya ingin memberitahu kamu)

I WANT TO CUT CONNECTION US
[Saya ingin memutuskan hubungan kita)

I have think this very cook cook
(saya telah memikirkan hal ini masak masak)

I know my love only clap half hand
(saya tahu cinta saya hanya bertepuk sebelah tangan)

Correctly, I have see you go with a woman entertainment at town with my eyes and head myself
(sebenarnya, saya telah melihat kamu pergi bersama seorang wanita penghibur di kota dengan Mata kepala saya sendiri)

You always ask apology back back times
(kamu selalu minta maaf berulang ulang kali)

You eyes drop tears crocodile
(matamu mencucurkan airmata buaya)

You correct correct a man crocodile land
(kamu benar-benar seorang lelaki buaya darat)

My Friend speak you play fire
(teman saya bilang kamu bermain api)

Now I know you correct correct play fire
(sekarang saya tahu kamu benar benar bermain api)

So, I break connection and pull body from love triangle this
(jadi, saya putuskan hubungan dan menarik diri dari cinta segitiga ini)

I know result I pick this very correct, because you love she very big from me
(saya tahu keputusan yang saya ambil ini benar, karena kamu mencintai dia lebih besar dari saya)

But I still will not go far far from here
(namun saya tetap tidak akan pergi jauh-jauh dari sini)

I don't want you play play with my liver
(saya tidak ingin kamu main-main dengan hati saya)

I have been crying night night until no more eye water thinking about your body
(saya menangis bermalam-malam sampai tidak Ada lagi airmata Memikirkan dirimu)

I don't want to sick my liver for two times
(saya tidak mau sakit hati untuk kedua kalinya)

Safe walk, Robbie
(selamat jalan, Robbie)

Girl friend of your liver
(kekasih hatimu)


Note: This river I forgive you, next river I kill you !
(kali ini aku maafkan kamu, kali lain aku bunuh kamu)


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

ilusi mata...hati

jom kita cuba keajaiban illusi mata..ok...caranya,cube anda lihat pada 3 titik dalam gambar kalimah Allah ni dalam 10 saat.lepas tu,kalihkan pandangan anda ke dinding berhampiran.cuba buat...anda akan dapati hasilnya..jadi tak??? saya buat menjadi dan hasilnya.... subahanalah! cuba kita lihat keajaibannya.rasa bertapa hebatnya illusi mata kurniaan Allah pada kita semua.moga kita lebih menghargai anugerah penglihatan yang Allah beri pinjam pada kita ini dengan baik..sesungguhnya,kita yang masih boleh dan dapat melihat ini sepatutnya lebih bersyukur kerana ada hamba Allah yang tidak punya peluang untuk melihat segala keajaiban yang Allah ciptakan di alam semesta ini..

p.s dua tiga hari ni aku tak update blog sebab gundah benar hati ku...lagu yang aku pasang di web tu ada makna yang tersirat...hati ku trbuai sayu...hendak ku buang lagu itu tak sampai hati, bila ku dengar tersayat hati...pedih nya bagai tersayat kulit dari daging...


dan rama rama yang berterbangan itu adalah diri ku...mencari dan mencari tempat untuk hinggap dan mengabdi diri...





yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...