camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Monday, April 4, 2011

bila Shaheizy Sham menang anugerah...


GENTING HIGHLANDS: Pelakon utama filem Adnan Sempit dan Ngangkung, Shaheizy Sam mencipta sejarah apabila muncul pelakon lelaki ketiga dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, di sini sebentar tadi. Shaheizy, 29, meraih 126,168 undi memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Shahir, Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir. Beliau turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 hadiah iringan dan trofi.

aku sangat teruja menonton anugerah bintang popular malam tadi..dari awal hingga akhir rancangan aku gelak...3 jam berlalu tak terasa langsung...sebenar nya nak bagi orang gelak ni mudah jer..xperlu terjerit2 atau mlucah atau main tolak2 kepala seperti kebanyakan 'pelawak' kita buat...

kak engku,syira dan zizan amat bersahaja..apa yang mereka jadikan bahan lawak adalah isu semasa dan perihal diri mereka sendiri saja...sesekali mengena dan sesekali menyengat...hahaha

dan yang mengharukan bila nak umum siapa yang menang anugerah bintang popular..johan dan usop betul2 buat dewan yang sejuk tu jadi gamat...aku gelak sampai keluar airmata...serius aku teringat kat seseorang...biasa nya saat macam ni kami kongsi sama2..kini tak boleh lagi sebab setiap perkataan ku selalu terbabas dan tersalah maksud...biarlah menyepi supaya tidak sakit menyakiti lagi..

dan yang lebih terharu bila nama Sham di umum..dia berlari keluar tapi bukan meluru ke atas pentas, tapi mencari ibu nya dahulu...ibu dan anak berpelukan..sangat akrab kelihatan nya..dan mami khaty sangat sporting bila duduk kat 'welcha' dia pun melengguk2kan tangan nya macam usop,...ya Allah gamat dewan dngan telatah mereka kat atas pentas tuh...


tahniah untuk semua yang menang...ada yang layak dan ada yang tidak..tapi keluarga mamy khaty dah lama menang dalam hati aku!!!




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

3 dah luah kan rasa:

Asmi Asmidar said...

Terkejut ouh bila Shaheizy Sam menang .mida tahu pun baru je tadi . .sebab semalam tertidur depan tivi tak sempat tengok sampai habis .tapi mida suka tengo sharifah syahirah .heeh :)

Asmi Asmidar Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » bila Shaheizy Sham menang anugerah...

azahrohaizah said...

haah syirah tu sewel cam auntie lah..
tak caya tanya syuib, dia kata mak orang lain tak da pun sewel cam ibu ni..boleh?

Shikin JD said...

Cute kan Sam tu skang...

Dia mmg deserved dpt anugerah tu sbb dia betul2 bermula dari bawah & dia gigih bekerja & dia mmg sorang anak yg baik (pernah baca kat magazine cite dari ibu dia yg kata dlm ramai2 anak dia yg plg rapat & plg amek berat hal ibu dia.

Shikin JD Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » bila Shaheizy Sham menang anugerah...

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...