jangan di tanya mengapa dan kenapa,
mata tak bisa terlelap
telinga tak bisa memekap
suara bisu tanpa harap...
hiruk pikuk dan kegelisahan
jauh dari kesempurnaan
namun petugas gigih melaksanakan
amanah yang dipertanggungjawapkan
Minggu lepas Andi telah tercedara sewaktu bermain bola..tulang siku nya telah terseliuh atau terselisih..jadi Andi telah di bawa ke hospital untuk rawatan..selepas sesi pembedahan dan memasukkan besi untuk menyokong tulang Andi yang patah,Andi telah mengalami kesakitan yang amat sangat..Andi menangis sepanjang malam..sayang..tiada siapa disisi Andy..tiada siapa yang datang memujuk dan membelai untuk meleka kan Andi dari kesakitan..
Andi merayu2 kepada nurse yang bertugas agar datang kepada nya..Andi merayu agar ada yang datang kepada nya dan buat lah sesuatu...tolong kak..sakit sangat ni..akhir nya esak tangis Andi tidak galak lagi..hanya airmata yang bercucuran...
aku gagah kan diri menghampiri Andi..ku tekap telapak tangan ku di jemari Andi yang bengkak dan legam..ku bacakan Alfatihah kerana aku percaya 'kuasa'ibu ayat Allah ini sangat mujarab..ku ajar Andi agar berzikir dan berdoa agar Allah meringankan atau menghapuskan kesakitan nya...sambil membelai Andi, aku berselawat dan berzikir...akhir nya Andi terlena..
tapi hanya untuk 10 minit sahaja Andi terjaga kembali dan esak tagis nya bermula lagi..aku menghampiri Andi buat kesekian kali nya..ku renung tangan Andi yang membengkak dan bertukar warna..ku ambil handphone dan ku snap..akhir nya berbuatan ku menarik perhatian staffnurse yang bertugas..baru lah dia memeriksa tangan Andi dan terkejut melihat bengkak sangat dan lebam..rupa nya ikatan bandage Andi sangat ketat sehingga kan darah tidak dapat berjalan dengan lancar..barangkali bimbang aku akan membuat laporan atau sesuatu pendedahan, segera nurse membuka ikatan dan membalut semula dan kali ini lebih kemas dan selesa...
ermmmm...andai aku tidak memberi perhatian...apa agak nya si yatim ini akan hadapi..kesengsaraan yang bagaimana lagi????
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

4 dah luah kan rasa:
kesiannya Andi . .dulu Mida pernah jaga arwah Opah sakit . .Pernah juga ada aso tua ni selalu mintak tlong Mida malam2 . .sebab pagi suami dia yg jaga , malam org lelaki tak boleh masuk wad perempuan . .dia kudung kesian . .kadang2 dia panas , takde org nak kipas malam . .nurse pulak ada yg malas nak layan kerenah dia . .*dia pernah cakap untung arwah Opah , ada Mida jaga . .kesian dia .org mcm ni semua perlu diberi perhatian . .sekali-sekala Mida ada tolong jugak sampai nurse kata biarkan je .Mida tak boleh lupa pengalamn 2 minggu tu . .dari Hospital Kuala Kangsar ke Hospital Taiping .besar hikmahnya rupanya .
*Aunty , be strong okay .Insya-allah semua pasti ada hikmahnya . .Aunty kena kuat untuk nyawa-nyawa aunty tu.Mida doakan semoga segalanya dipermudahkan dan selamat.AMIN .dan aunty pun jaga kesihatan .
air mata menitis tanpa disedari.
Eeiii..kesian nya..naseb baek ade heroin tolong..moga Kak Azah murah rezeki dan dapat 'duit itu'...*hugs*
mida..
thanks..I will
fre da
terima kasih..lagi hiba bila melihat sendiri dia menangis tanpa suara..
tammmmmmm
*aku butuhkan kasih sayang bukan uwang..hahaha
ceh..macam kenyang makan kasih sayang..
*hugs and kiss ko tam sampai pengsan
Post a Comment
sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..