camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Monday, December 31, 2012

aku menulis macam esok aku tak menulis dah...


perangai aku kan, selalu salah bila bercakap...kadang aku nak maksud kan lain tapi tercakap lain..kadang aku faham apa yang orang maksud kan tapi explanation aku jadi lain pulak...haissshhh susah2 tak payah cakap la camni


masa aku keja dulu pun camtu gak....dalam meeting ker, masa nak bagi presentation kat boss selalu aku terbabas, ujung2 boss kata aku bangang...so nak bukti kan aku boleh "KERJA" aku buat jer kerja diam2 then hasil nya baru boss nampak..and the end boss tau aku ni jenis BLURR tapi  BOLEH HARAP ..hehehe
tapi tu lah, selalu kena buli dengan orang yang pandai cakap tapi tak boleh harap..TAK PO LAH

apa yang aku cuba nak sampaikan ni?...oh yer macam ni
aku sebenar nya dah lama DIAM KAN dengan cakap2 yang ikut sedap mulut nak cakap jer...sedang kan orang yang bercakap tu tidak berada di situasi orang yang dia cakap kan...ikut sedap mulut dia bercakap seolah2 dia perihatin ya amat or seolah2 dia nak tunjuk yang dia serba tahu dan dia sedang memberitahu dan sila lah ikut tunjuk ajar dia begitu!

contoh ye ini contoh :-
1.kenapa lah bercerai berai, ingat jadi janda ni senang ker...
.......................................malas nak ulas pada orang yang lupa Qada dan Qadar Tuhan ni.

2. apasal lah benti kerja, gaji dah banyak...kan dah menyusahkan diri sendiri takder pendapatan...lain la kalau ada yang menanggung!

3. ...................................pun malas nak ulas sebab dalam dunia ni ada 3 perkara ghaib yakni rahsia Allah dengan hamba nya iaitu AJAL/MAUT JODOH DAN REZEKI...

4. bodoh nya si anu tu tak bagi anak dia sambung belajar ke universiti pada hal anak dia tu pandai...dapat 5A masa SPM aritu..sayang sia2 jer budak tu belajar...sekali dua cakap takpe aku diam je tapi kalau dah lebih dari 3X aku akan cakap macam gini,

kita tak duduk satu rumah dengan diorang, mana kita nak tahu masaalah mereka, yes PPTN ada, biasiswa ada, MARA ada..tapi kita tak tau apa yang diorang takder...mak bapak mana yang taknak anak diorang masuk universiti, mak bapak mana yang tak bangga bila orang tanya, anak kau si anu tu kat mana sekarang/...oihhh dengan bangga bagi tau JENAMA universiti tu tapi perancangan kita lain, perancangan Allah lain..mungkin kalau masuk universiti dah pandai anak dia lupa diri,lupa mak bapak atau dah keluar universiti kerja pulak tak dapat2..dan mungkin tak masuk universiti pun anak dia boleh berjaya...boleh naik pangkat dan kaya melebihi dari kengkawan yang lulusan U...

yang kau perihatin benar sampai berkerut2 dahi memikir kan masaalah diorng tu, gi lah hulur 3,4k untuk yuran pendaftaran..itu tak di sedia kan oleh PPTN...ala apa ada hal pada kau setakat 3, 4 ribu...kannn!

5.yang ni jenis orang yang nak orang lain ikut cakap dia jer..dia sorang jelah yang betul...yang ni pun aku diam kan je tapi bila dah lebih dari 3X maka aku akan buka mulut...

kau nak calon menantu yang terbaik untuk anak lelaki kau, kau nak macam tu tak nak macam ni, kalau boleh macam ni, macam ni, mcam ni...lulus pada standrad kau baru kau approve...hello diorang tu dah jatuh cinta, dah berjanji nak hidup bersama, terima lah kekurangan dan kelebihan..yang kurang kau tunjuk ajar, yang lebih kau bersykur lah...yang anak lelaki kau tu ada kah menepati citarasa besan kau?..ADO??...dan adakah mereka mempertikai kan nya seperti mana yang kau kepoh tu?..tak kan...SO WHAT..

dan anak menantu kau, kau buat macam takder mak bapak..semua nak dengan kau, asyik2 balik rumah kau asal cuti jer wajib ke rumah kau dengan berbagai alasan...apa budak tu takder mak dia ker?..ingat hantaran yang anak kau bagi dah BELI dia terus sampai mati?... cer kalau anak kau, orang pulak buat macam tu ..apa rasa nya? OREN??

6. ni cerita kawan rapat aku, dah macam family dah ngan aku..baru2 ni adik perempuan dia dah termengandung anak yang ke4... yang sulung dan nombor 2 sangat rapat yakni setahun 2 orang, makna nya yang sulung lahir bulan 1 dan yang no 2 tu lahir bulan 12..ha kan sekolah sekali macam kembar dan yang no 3 tu jarak la 2 tahun dan sekarang baru umur 2 tahun dah nak beradik lagi...ini lah yang di kecoh kan sangat oleh kakak2 si emak budak ni...takut tak mampu nak sara lah ..yuran sekolah dah mahal..buku sekolah mahal, tambang van sekolah mahal..bla bla bla...dan isu terbaru takut si kakak dan adik tak dapat cukup kasih sayang lah...itu jelah di ulang2 sampaikan si emak yang mengandung ni jadi stress dan tumpah darah tapi tak la sampai gugur...tapi si emak ni dalam keaadaan lemah dan tak berdaya...
bila cerita ni sampai kat aku, maka seperti biasa aku pun cakap lah bersahaja:

kata Intan ( bukan nama sebenar ) dia mengandung tak sengaja, dah makan pil perancang dah, tapi sangkut jugak..tahu tak apa makna nya?..makna nya Allah ada perancangan untuk dia...yang risau kan rezeki dia kenapa? yang risau kan kakak dan adik tak cukup kasih sayang kenapa?...kita merancang dengan makan pil perancang, tapi Allah merancang dengan penoh Kekuasaan Dia, bukan kah perancangan Dia yang terbaik?
kau, kau siapa nak mempertikai kan?...

Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak  di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti kamu diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (H.R Umar bin al-Khattab dari Imam Ahmad, At-Tirmizi dll.)

apasal aku tulis panjang2 ni?..macam ni lah kalau kita melihat masaalah orang tu, kita jangan terus kritik..kita letak dulu diri kita kat tempat orang tu...

kalau aku jadi dia, dia perlaku kan macam ni macam tu agak2 tahan tak aku..ntah2 dah lama aku bunuh diri
kalau aku jadi dia, tak sihat- company dah pindah jauh dari tempat tinggal..caner nak gi keja
kalau pendapatan aku yang lebih 15 k ni pun aku rasa tak cukup, apa lagi dia yang takder langsung TAPI MACAMANA DIA SURVIVE ehhhhhhhh???? nampak macam ok jer

aku pun tak tau apa nak tulis tajuk entry aku kali ni..



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, December 30, 2012

gelak sikit....

Seorang peguam dari Georgiah dikabarkan mandi dengan telepon bimbit nya. Malang, ia terpeleset dan jatuh sehingga telepon nya  masuk ke anus. Tapi uniknya, telepon bimbit tersebut masih menyala. Selama proses pembedahan untuk mengeluarkan benda tersebut, telepon bimbit bahkan sempat berdering tiga kali.

yang buat i tertanya2 bagaimana kah telepon bimbit tersebut boleh termasuk kedalam lubang anus??? hehhehehehe



Kadang airmata adalah tanda kebahagiaan yg tidak terucap.. Sebaliknya senyuman adalah tanda kesakitan yg tidak mampu dizahirkan..


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, December 29, 2012

sepi


jadi lah diri mu sendiri, jauh dari keriuhan..jauh dari keseronokan
menyepi lah di sepertiga malam...insha Allah ramai menemani!


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, December 28, 2012

perasaan terbuai sayu...rindu sangat rindu


Drama Adam Hawa 2012 SDTVRip Episod 27 by 1MSiaPiRaTe

ingin kembali ke tempat ini...berasak2...berpanas tapi di dalam aura yang tidak dapat dikata kan dengan perkataan...kenikmatan untuk santapan jiwa yang tidak dapat di perolehi di mana2...

Ya Allah Ya Rabb bawa lah daku ke sini lagi

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, December 23, 2012

meh tonton ni.....



 satu satu nya drama yang tak tention masa kita menonton...berdekah2 aku gelak sorang.
takder la stress bila pelakon guna kan ayat buku seperti
 " awak ni kelakar lah...
" bagaimana kalau ibu awak tak setuju"
"mak rasa Ariel masih perlukan dia "...

selamba giker cerita ni, yang paling best lakonan Fauziah Nawi...walau pun muncul tak berapa scane...huhu thump up!

malas lah nak type...tengok la sendiri, boleh?

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, December 20, 2012

cahaya hati..


 dengar kan lah pengubat hati ini...



benar kata pepatah Inggeris ini, EVERYTHING HAPPENS FOR A REASONS...semua yang Allah beri pada kita baik susah atau senang semua bersebab...cuma kita yang selalu alpa bila senang dan menyalahkan takdir bila susah...kalau lah aku tak 'susah' macam sekarang ni, mungkin aku tak kan baca quran...oh kalau baca  pun masa bulan ramadhan jer sebab mood bulan baraqah itu....dan  kalau baca pun setakat baca la takder feel langsung!....



tapi dek kerana kebuntuan ku, resah gelisah ku dan aku kehilangan hala tuju...aku wudhuk ambil al quran..aku baca baris demi baris...Ya Allah aku menangis...setiap bait perkataan walaupun tidak ku fahan erti perkataan namun ia meresap ke sendi dan urat saraf ku...menyejuk, menenang dan mendamaikan...terima kasih Allah aku tidak lagi ketakutan dalam keseorangan!...jum kita baca quran...rasai lah apa yang aku rasa..

dan kerana 'kesusahan' ku ini lah aku menemui hati ku..mujur ya sangat mujur!...REASON Allah beri ujian kepada ku ialah supaya aku menemui hati ku sebelum aku kembali kepada Nya...tiada nikmat lain selain mengenali Allah dengan mata hati...selain dari menangis kerana dosa2 pada Nya ...selain dari merasa bergetar nya jiwa ketika mengangkat takbir dan menyebut nama Nya!..

Sangat rasa bersyukur kerana merasa kehadiran Nya yang sangat dekat ketika sunat taubat...
YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH..

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, December 19, 2012

gambar sekadar hiasan




Ramai Dari kita sibuk Fikir isu masyarakat Tanpa memikirkan pembetulan konsep dan tujuan hidup diri sendiri. Lihat komen kita. Jom audit

aku suka sangat status prof ni...betul kata dia, orang kita memang suka sangat menjaga tepi kain orang, hal orang..pasal orang...kalau pasal orang..huh hidup!

sekarang ni mungkin sebab dah dekat sangat dengan pilihan raya, maka status dan komen2 panas di fb bermaharaja lela..waalupun aku tak ambil pot langsung pasal politik ni namun aku ikut terganggu bila ada tag untuk friendlist aku, secara automatik aku terbaca sama...masa ni Ya Allah aku rasa nak bakar jer laptop aku yang tak berdosa ni...kutuk mengutuk , maki hamun dan kata2 nista..hamboiiiii macam diri tu baik sangat!

ni aku bagi contoh, ada la mamat tu PM aku, ehh alih2 ajak cakap pasal politik..


  • Ahmad Mad

    ya ke
    lupa pula
    tapi bangsa arab meraka tak tolong yang sama bangsa dengan meraka
    • Azah Rohaizah

      lupa apa?
      • Ahmad Mad

        iman orang arab dah tak ada
        lupa puasa sunat hari khamis kan
        • Azah Rohaizah

          bkn org arab jer.. org islam kat msia pun,naazubillah mohon petunjuk Allah
          • Ahmad Mad

            ya tapi kalau kita tengok orang lagi ketara teruk yang bangsa melayu biasa iman biasa je
            palaing saya takut dah ada kat malaysai ajaran sesat
            • Azah Rohaizah

              jaga iman sendiri, semoga selamat
              • Ahmad Mad

                kalau di malaysia kat jalan p.ramli dah jadi sarangmaksait
                kotor
                dekat klcc pula
                banyak pub dan disco
                • Azah Rohaizah

                  jgn pergi, jika 2 juta org islam jaga langkah tdk pergi, duduk rmh atau surau..tmpat tu akn tutup
                  sebenar nya aku tau ke arah mana dia nak bawak perbualan ni, tapi bila jawapan aku macam tu, terus senyap sampai sekarang..heheh

                  ada juga kawan2 yang perleceh pemerintah sekarang...pasal duit rm500 ringgit tu konon nya duit rakyat jugak...kata itu kata ini, kata tak adil...panas telinga aku kan..
                  aku jawab macam ni...

                  'aku nak tanya sikit jer, ko ketua keluarga kan, sama gak taraf dia macam pemerintah... ada jadi imam sembahyang untuk anak isteri di rumah?
                  ada cek aurat anak isteri di tutup dengan betul?
                  ada cek anak2 saudara berakhlak mengikut syariat Islam?
                  kalau anak sedara tak berduit nak beli buku atau pakaian sekolah, pernah ambik tahu?

                  bila dia diam tak terjawab, then aku cakap macam Prof Muhaya cakap..hahaha

                  yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

                  Tuesday, December 18, 2012

                  tiada tajuk




                  aku hanya wanita sederhana yg mengharap redha Allah


                  Lagi yakin pada diri lagi kurang barang branded yang diperlukan. Dapatkan barangan berkualiti untuk kesihatan bukan hiasan. Hiasan pandangan manusia tetapi kesihatan nikmat kita rasa. Kaum wanita audit cara belanja. Setiap perbelanjaan ke arah redha Allah tidak sia sia dan memberatkan timbangan di padang mahsyar. JIka wang habis beli barangan mahal dan timbul riak dan takabbur alangkah ruginya hidup. Setiap perbelanjaan yang mendedahkan aurat lagi terseksa jiwa dunia dan akhirat. Jom audit.

                  p/s aku baru cuba2 buka blog yang jual barangan GUCCI,CHANEL,BONIA...hek elehh bukan mampu pun, 

                  lagi bila dah baca status prof ni lagi la aku lega di atas ketidak mampuan aku itu...aminnn


                  yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

                  Saturday, December 15, 2012

                  sukar nya mencari lelaki yang 'menghormati' wanita..

                  salam...
                   aku bukan nya nak rasa riak atau apa, aku cuma nak SHARE...kalau entry terdahulu aku ada papar kan pasal mat2 gelap yang menyamar dan memperdaya, ni aku dapat sorang lagi binawe yang cuba2 nasib..cer perati ayat pengenalan yang nak menjerat...hampir sama kan...meh aku copy lagi sekali





                • Conversation started November 21
                • Nelson Austin

                  thanks for accepting my friendship request I sincerely appreciate the privilege of been your friend and I wish that our friendship can grow from just friendship to something more strong and intimate. To tell you about myself; my name is Nelson am from Manchester city, I am 45 years old and a Widower, I lost my wife 7years back. I have a 7years old daughter, her name is Anita and she stays with my mom in Liverpool while I live and work here in Manchester City England. I am a Petrochemical Engineer and I work with an Oil Servicing Company here in England as a consultant, If you don't mind, I would like to know a little more about you.


                    • Conversation started December 7
                    • Joseph Smith

                      Hi... how are you doing? Thank you so much for accepting me in your life as a friend, I was attracted by your lovely profile picture so i decided to seek for your friendship.
                      I want us to be a very good friends because i believe through that we can able to know each other very and build a strong relationship that will lead us to a greater height in the future... am hoping to read from you soonest, thanks.

                      Conversation started December 7
                      • Joseph Smith

                        Hi... how are you doing? Thank you so much for accepting me in your life as a friend, I was attracted by your lovely profile picture so i decided to seek for your friendship.
                        I want us to be a very good friends because i believe through that we can able to know each other very and build a strong relationship that will lead us to a greater height in the future... am hoping to read from you soonest, thanks.
                        • Monday
                        • Joseph Smith

                          Hi...
                          Hellooooooooooooooooo
                          • Joseph Smith

                            it seems you are so bust now
                            I want to know you more and more
                            because i will like to build a good relationship with you
                            • Joseph Smith

                              Maybe i will login in three hours time, by then you must have reach your home so that we will have enough time to discuess
                              • Joseph Smith

                                Hello are you there?
                                • Joseph Smith

                                  Hello dear how was your day? I really like you and i want to know you very well but first of all i think i have to briefly introduce myself to you...
                                  My name is Joseph Smith from Reading,England I currently dwell in Liverpool, am an Engineer a single father of one daughter and She is currently living with my mother in Manchester due to the nature work of which i normally visit them from time to time.
                                  My wife died last three years ago on a breast cancer and since then i have been single again looking for the right woman who is faithful, honest, loving and caring that will come into my life and restore my joy and happiness again.
                                  My heart have been disturbing me so much about you since i saw you and i see you as a good woman that every man will like to share his life with forever.
                                  I don't know how to tell you this but i beleive that with time when we get to know each other very well you will understand me more and have the same feelings am having now.... hope these will tell you more about me, I will be very glad to know more of you too thanks.
                                  YOURS
                                  JOSEPH.
                                  • Today
                                  • Joseph Smith

                                    Hi... Azah how are you today? I have been hoping to hear from you... hope you are fine...





                                  sama kan lebih kurang?....mesti duda atau mati bini...kerja tak mengalah...no wonder kalau yang berfikiran singkat akan cepat jer terpedauya...yang sekor tu bini mati sebab kanser..dah tiga tahun menduda..alololo..setia la tu kunun..cer kalau aku tanya naper lama benor menduda mesti ayat perangkap manis punya...(sorry la weh gambo aku kat tepi tu aku tak leh nak delete..hehehe )

                                  bercakap pasal relationship ni..sapa yang tak nak berkawan...tak kira la remaja ke remaja purba ke, tetap manusia yang punya perasaan, ada rasa sunyi ada rasa inginkan perhatian dan rasa ingin sayang menyayangi...

                                  bohong lah sesapa yang hidup solo tu dia dah cukup selesa hidup sendirian...mungkin dari segi zahir mencukupi tapi dari segi batin?...haaa dah kuning la otak tu...batin yang aku maksud kan ialah jiwa..ye jiwa!...

                                  cuba yang selama ini berkepit ngan laki, bayang kan seminggu laki gi oversea..terbangun tengah malam,tiada siapa di sisi...kalau lenguh kaki atau sakit perut, dulu kejut laki dapat mengadu pun jadi lah...now dah tak da, bangun pi cari minyak angin..

                                  kalau anak2 nakal atau buat kerenah, yang menggembirakan selalu tak sabar kita nak cerita dan kongsi...seronok gelak sama2..rasa bangga..ermmm anak kita. kalau yang buat hati susah juga kita mengadu kat ayah nya..tak kan nak cerita buruk anak kat orang...sama2 lah hibur menghibur kan...now bila dah sorang telan sendiri2...susah senang sakit pening...

                                  dulu masa aku dalam krisis rumah tangga, bertahun2 aku bertahan..ramai yang dok hasut..huh yang ko bodoh tunggu lagi wat apa?..ehh orang cun macam kau ni satu pergi sekali petik sepuluh mari tau..haha ( macam dialog P. Ramlee )

                                  betul lah tu sepuluh mari tapi yang mari dalam sepuluh sepuluh tu sorang pun tak da yang ikhlas...sumpahhh
                                  makin lama aku semakin mengenali LELAKI...kalau dulu aku tutup mata hati, aku hanya mengenali seORANG..sekarang aku buka hati...aku geleng kepala berkali2...kenapa?..rupa nya apa yang di papar di newspaper IMAM//USTAZ di tangkap khalwat, DATO berumur 60 tahun di tangkap berdua2an..wujud di zaman ini...rupa nya umur,title pendidikan agama yang tinggii tidak dapat menjinak kan NAFSU...

                                  SYUKUR AKU MASIH JUGA WARAS...masih berpijak di bumi nyata...dan sykur juga aku dapat makin BANYAK pengetahuan tentang kerenah dan habitat Khalifah yang bernama LELAKI ...sedih kan..sangat sedih kerana mereka tidak menghormati wanita yang sepatut nya di lindungi!

                                  dan kepada LELAKI INI sahabat ku, terima kasih kerana awak lah satu2 nya lelaki yang 'menghormati' saya...



                                  yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

                                  Thursday, December 13, 2012

                                  binatang kah yang kejam sampai bila manusia berbuat zalim di sama kan dengan binatang?


                                  Kenapa tiap kali ada berlaku penderaan kanak2 mesti nak samakan dgn binatang??? Sedangkan binatang pun tahu nk sayang kan anak..

                                  # cer komen sikit??
                                  sekarang ni  kat mana2 paper memaparkan berita berkenaan video mamat India dera anak tiri dia..di Mynewshub tajuk nya begini: ( tapi aku tak berani langsung tgk video tuh... takut aku fobia berminggu2 karang )
                                  Video "satu lagi binatang dera budak' muncul
                                  dan aku pun nak tanya macam Mynewshub tanya, apasal nak kait kan dengan binatang? aku percaya sesiapa saja yang pernah bela binatang tak kira lah binatang apa pun pasti tau bagaimana sifat penyayang dan sifat kemanusiaan binatang itu...apa lagi kalau anjing atau kucing...( maaf cakap sifat manusia dah jatuh kat bawah kaki mereka! )


                                  aku nak cerita sikit pasal kucing yang aku bela...dulu ada 3,4 ekor...semua ada kerektor tersendiri, semua mendapat tempat di sudut hati ini, tapi masa beredar dan berputar, tinggal lah yang ni se ekor...




                                  aku bela dia dari sebesar ini..tak pernah berpisah kecuali aku pergi kerja..Hariss nama kat kad klinik, tapi kami panggil dia adik..dia tak pernah keluar rumah kecuali nak buang bahan kumbahan dia...see dia berdisiplin kan t
                                  ak macam manusia yang kotor kan tandas awam...hari2 kerja dia tidur makan dan main..

                                  satu yang aku perhati time makan, adik tak penting kan diri sendiri, dia akan makan sikit dulu,kemudian dia bagi yang lain ( untuk korang nya info, dia 'menjemput hampir 5,6 ekor kawan2 setaman untuk makan..sabar je la aku ) makna nya sikit sama sikit, kalau ada lebih dia akan makan lagi..

                                  tengahari tadi masa aku basuh ayam untuk di goreng, adik datang mengiau dan aku bagi seketul isi ayam...ayam dah di gigit, datang lah si putih awek dia yang baru melahirkan anak dia, terpana aku bila aku tengok si adik mengalah...ayam beralih mulut....fuhhhh kerana kaget, aku tak sempat nak snap gambar punn..ITU BINATANG YANG DI DEPAN AKU TU..BUKAN LAKUNAN ATAU DRAMA SWASTA!!

                                  aku banyak bercakap dengan dia seolah2 dia manusia dan sesuatu sangat mengejut kan bila dia sebenar nya memahami apa yang aku cakap...sebagai contoh semasa dia naik atas katil nak tidur ngan aku, kalau aku cakap dia busuk atau kotor, dia akan turun dan duduk belakang pintu sambil jilat2 bulu dia sampai bersih dan dia tak kan naik atas katil sampai aku panggil...dan ada banyak lag kejadian, namun kejadian terbaru ini sangat menghiris hati aku..

                                  seperti korang maklum si tuan putri  yang baru kawin awal tahun tadi dah dapat baby...so dia ada bagitau bila dah ada baby, adik kena la duduk kat luar sebab bulu adik bahaya pada baby...( ye aku pun tau akan hal itu, dan aku kena lah penting keselamatan dan kesihatan si comel tu nanti kan dan aku kena lah kuatkan hati untuk letak Haris kat luar )...perbicaraan kami ini di dengar rupa nya oleh Haris, siapa sangka yang dia memahami??...sedang kan waktu itu baby belum lahir, baru berusia 7 bulan dalam kandungan...

                                  dan Haris yang tak pernah keluar dari pintu gate pun telah membawa diri keluar rumah!!..mula2 kami ingat diai  hanya nak duduk kat luar dan menghabiskan masa dengan awek yang baru dia kenal, tapi hari demi hari bila awek dia ada kat area rumah aku pun, adik tak ada berhampiran...adik semakin mengasingkan diri..kerap aku terjumpa waktu malam aku nak gi kedai adik merayau2 menyusuri jalan tanpa tujuan.... sedih nya hati aku sebab adik tak biasa keluar rumah...anjing banyak berkeliaran...waktu hujan lagi lah aku sayu...di mana agak nya adik berteduh?...

                                  kerap bila dia balik untuk makan, ( waktu ni kalau lah aku dapat rakam dan korang dapat tengok, babak ni lagi sedih..dia akan masuk dan berlari2 kearah aku dengan bunyi seolah2 menangis...selepas aku peluk, dia akan menjilat dan menggigit2 manja jari aku,memang ini habit dia pun..nak tidur dia akan main jari dan peluk lengan aku sampai tertidur...konon dia nak luah kesedihan dia waktu kat luar lah tu atau dia nak cakap, adik terpaksa keluar tinggalkan mama..adik terpaksa ma...) aku akan pujuk adik supaya berhenti lah merajuk..balik lah dan duduk lah dalam rumah macam dulu...tapi adik keras hati..lepas makan adik akan keluar rumah...lama, petang adik akan balik untuk makan malam dan keluar lagi..aku tak tau di mana adik tidur...tentu sejuk..tentu payah nak lelap mata sebab tak biasa..sebab selalu peluk lengan dan gigit2 jari aku dulu sebelum lena...

                                  selalu aku tengok adik lepak di tepi2 rumah orang.... Ya Allah aku sangat tak sampai hati...tapi apa kan daya..aku hanya ada dua pilihan...cuma aku berharap adik tetap pulang untuk makan..hanya itu je masa aku bertemu dan bertanya khabar...




                                  ni tempat favebret dia untuk tido....sekarang ada kah tempat selesa untuk mu adik?


                                  tengok tido pun ngan aku..sekarang adik tidor di mana?..kalau hujan macamana?




                                   tak leh berpisah, akan mengekor walau kemana aku pergi..kini adik di mana?




                                  ini pot dia dulu...



                                  sekarang adik termenung di luar rumah, itu pun sekejap saja...kemudian entah kemana adik membawa diri

                                  ini cerita benar, aku tau keluarga aku baca entry ni..aku tau mereka tidak menunjuk kan rasa sedih tapi jauh di sudut hati masing2 tiada pilihan...

                                  so siapa kata binatang tidak faham bahasa manusia?...siapa yang kejam sekarang?...manusia atau binatang?...

                                  Adik, sejauh mana adik merajuk..jangan lupa balik rumah ye..mama tunggu...


                                  yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

                                  Wednesday, December 12, 2012

                                  belajar lah...


                                  ♥ Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN.
                                  ♥ Belajar MENANGIS dari sebuah KEBAHAGIAAN.
                                  ♥ Belajar IKHLAS dari sebuah UJIAN.
                                  ♥ Belajar REDHA dari suatu KETENTUAN.
                                  ♥ ALLAH punya HADIAH untuk kita SEKELIAN.
                                  ♥ Sebuah CAHAYA untuk sebuah KEGELAPAN.
                                  ♥ Sebuah KELAPANGAN untuk sebuah KESULITAN.

                                  Sebuah KEBAHAGIAAN untuk setiap KESEDIHAN.
                                  ♥ Sebuah JALAN untuk setiap UJIAN.
                                  ♥ Sebuah KEREDHAAN untuk setiap KETAATAN.
                                  ♥ Bila ALLAH datangkan UJIAN.
                                  ♥ Itu bukan satu BEBANAN.
                                  ♥ Kita mesti boleh BERTAHAN.
                                  ♥ Dugaan itu PENINGKATAN iman.
                                  ♥ Bila ALLAh datangkan ujian.
                                  ♥ Pujuklah HATI pujuklah IMAN.
                                  ♥ Tanpa KECEWA putus HARAPAN.
                                  ♥ RAHMAT ALLAH DALAM UJIAN





                                  yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
                                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...