camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Saturday, July 30, 2011

mabuk cinta kah?...

sepasang kekasih membentuk lambang cinta

Chelyabink Russia: ketika sesetengah orang sedang berantakan dengan pasangan cinta mereka dan sesetengah orang pula sedang asyik mahsyuk memadu cinta, ketika ada yang mempertikai bahawa se nya cinta sejati tidak wujud dan ada pula yang berani mati mempertahan kan cinta nya..

nah tengok ni seseorang jurugambar amatur, Chelyapin Dmitri ( 46tahun ) yang waktu itu sedang berkelah di tepi pantai tiba tiba mata nya tertancap satu pemandangan yang ajaib..yang membuat dia terkedu seketika, lantas bila tersedar dia tidak membuang masa untuk snap sepasang pepatung yang berwarna biru dan coklat sedang membuat lambang cinta..barangkali pepatung tu berkata, manusia tidak percaya kan cinta tidak mengapa, tapi kami mabuk di dalam dunia kami yang indah...

elleh pepatung, ko hidup berapa hari jer, boleh ler ko asyik wat lambang cinta..bila bini ko beranak xyah gi sepital, anak ko xyah pakai baju..xyah beli kan susu...boleh ler ko mabuk cinta sampai mati..heheheh

bersyukur lah pada yang dapat bersama yang di cintai dan mencintai
kerna ramai yang makan hati bersama dengan yang di cintai tapi tidak mencintai
dan yang di cintai tapi tak mampu mencintai.......


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, July 28, 2011

boleh jadi kita,..aku atau kamu..

di bawah ini ialah perbualan antara ibu dan anak...bukan perbualan biasa..bukan berbasi basa..bukan ...tapi luahan hati anak yang bertahun2 di pendam..di peram..sehingga meletus nya wap2 nitrogen yang panas..yang pedih..yang mengelupas kan hati si ibu sehingga ke saraf yang paling dalam..( si anak dan ibu bukan A, atau B atau C..barangkali si anak dan ibu boleh jadi kita,aku atau kamu.. )

anak:...tu lah mama, kawin dengan abah membabi buta jer..orang berkawan lah dulu..bercinta..kenal lah hati budi dia dulu baru kawin..ni tidak!

ibu :...abang xtau cerita yang sebenar nya..jangan cakap kat mama macam ni..

anak:..abang tau lah..dari dulu lagi abang dah tau..tapi abang diam kan jer..abang diam jer...tapi ni dah melampau!

ibu :..dah takdir mama nak jadi macam ni..kena redha jelah..( empangan airmata ibu dah pecah..)

anak:...ini bukan takdir ma..mama tu yang tempah takdir..

ibu :..abang!!...mama tak nak derhaka kat aruwah atok dan nenek!!

anak: ini bukan derhaka, ini masa depan!..orang tua pun bukan nya betul sangat...diorang bangga dengan 'aku lebih dulu makan garam..korang apa tau'..ma sekarang orang dah tak makan garam dah...tegas lah dengan pendirian..

ibu : abang..dengar ni mama nak cakap ..abang tak percaya dengan qada' dan qadar ker?..abang tak percaya semua kejadian kita ni Allah dah tulis di Loh Mahfuz dari azali lagi?..dari saat kita menangis buat pertama kali melihat dunia...macamana2 kita mengelak pun, waima masuk nyuruk dalam gua pun..apa yang Allah janji kan tetap akan terjadi..paham dak?..ada hikmah nya di setiap kejadian..

anak:diam sambil menguis2 nasi dalam pinggan yang tak luak luak..

ibu : mama dah menderita macam ni..anak2 mama jaga mama ye..


nota :

1) benar kah pendapat orang tua2 dah tak relevan di zaman ini?...bukan kah orang tua mau kan yang terbaik untuk anak2 nya?..

2) kawin tanpa mengenali hati budi terlebih dahulu membawa sengsara?

3) bagaimana dengan bercinta sesudah kawin dan kekal bahagia sehingga ke hujung nyawa?

4) bagaimana dengan bercinta bertahun2 dan kawin hanya kekal dua tiga tahun saja? tidak cukup mengenali hati budi kah atau masing2 belum tunjuk belang dan taring?

aku pening...pening...


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, July 25, 2011

teman..aku sayang kamu...

akhir2 ni aku hanya post entry yg ringan2 saja kan, paling2 aku akan copy n paste..ntah lah..otak aku macam berdenyut bila aku berfikir lebih..ahaaha alasan!!

tapi aku perasan kat 'guest book' ada se seorang yang setia mengunjungi aku dan 'alert' dengan setiap inci rupa paras blog yg ntah hapa2 aku ni..rajin dia mengomen..siapa agak nya dia..lelaki kah atau perempuan...apa pun atau siapa pun dia, aku nak dia tahu bahawa aku sangat terharu dan rasa di hargai sangat..sungguh!!

begitu juga dengan yang lain2 yang rajin singgah dan berkongsi kasih dengan aku..sesungguh nya tiada ubat yang lebih mujarab selain dari kasih sayang..setiap detik aku merasa semakin 'segar' dengan limpahan kasih sayang dari anda sekelian..


That's What Friends are For

And I never thought I'd feel this way
And as far as I'm concerned
I'm glad I got the chance to say
That I do believe I love you
And if I should ever go away


Well, then close your eyes and try to feel
The way we do today
And then if you can remember
Keep smilin', keep shinin'
Knowin' you can always count on me, for sure

That's what friends are for
For good times and bad times
I'll be on your side forever more
That's what friends are for

Well, you came and opened me
And now there's so much more
I seeAnd so by the way I thank you
Whoa, and then for the times when we're apart


Well, then close your eyes and know
These words are comin' from my heart
And then if you can remember, oh

thank you so much..I love you!



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, July 24, 2011

bila aku pergi...


bila aku pergi,
bagaimana kau mengingati nanti
sebagai insan yang berkongsi kehidupan
yang terpikul dan terpukul kesempitan

adakah kau hanya berkata
sudah sampai ajal nya..

bila aku pergi,
bagaimana kau mengingati nanti
sebagai insan yang berkongsi darah dan nadi
yang menumpang berjuta rasa dan kasih sejati

adakah kau hanya berkata
pergi mu tiada galang ganti...

bila aku pergi,
bagaimana kau mengingati nanti
sebagai insan yang tersemat dalam hati
yang membenih cinta berakar umbi

adakah kau hanya berkata
sayang nanti kan ku di pintu syurga??


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, July 22, 2011

memori luka...

( sila mati kan volum kat playlist untuk mengimbau memori luka anda)

Sengaja ku nyanyikan dalam sepi
Ada yang tak dapat ku lenyapkan
Sepotong nama sebuah cinta
Menyiksa didalam dada
Terbayang kembali kenangan lama
Masa masa indah kita berdua
Tak dapat ku lupakan peristiwa itu
Dimalam yang gelap penuh syahdu

( korus )
Kini semua sudah tiada
Tinggal sekeping hati yang gersang
Sanggup kau biarkan diri ku
Bersama sebuah memori luka



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, July 21, 2011

jantung hati ku...

tadaaaaaa...nama saya putih..umur baru 1 bulan 2 minggu...xtau nape mama panggil utih..iskhhh
panggil la Jeniper Lopiz ker, Pamela ker..mama saya ni kuno laaa...( psssst masa saya main lompat2 kat sini,pasu bunga mama ni jatuh..mama marahhh..mulut dia pot pet pot pet..tapi dia xpukul saya sebab saya budak kecik..mana saya tau apa...)

tadaaaa..ini pun saya...mama asyik main benda ni jer..xmasak nasi..tak kemas rumah..saya pun nak rasa gak main benda ni..xsyok pun!..tapi best jugak sebab ada rasa panas2 sikit..tidur sini sedap ni

ini junior masa umur 1 bulan..first time keluar dari bawah katil mama...mama kurung kat jaring yang warna putih tu..ni tengah cium benda yang warna hijau ni..ni apa ni mama?

tak habis2 gambar si putih!...giler glamer lah dia ni..macam uncle Itam..ooopssss!

gambar kita lah..berebut2 nak posing...


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, July 19, 2011

dalam hati ada taman..


ni dia mimpi ada orang beli kan dia kereta nih...
huahuahua...
comel nya rasa nak geget2 jaaa..


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

10kg kentang kuruskan badan??..


Hanya dengan mengamalkan memakan kentang lelaki ini berjaya menurunkan
berat badannya tetapi syarat utama mesti berusaha gigih...

WASHINGTON - Seorang warga Amerika Syarikat (AS), Chris Voigt yang gigih mengamalkan diet memakan ubi kentang selama 60 hari akhirnya berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 10 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.

Diet istimewa itu membawa kesan baik terhadap kesihatan Voigt apabila berat badannya berkurangan dari 89.35kg kepada 79.83kg manakala tahap kolesterolnya berkurangan kepada 69 mata.

Pengurangan berat badan itu mengejutkan doktor yang memeriksanya.

Voigt kini dinasihatkan secara perlahan-lahan mengambil makanan yang lain selepas dia berhenti mengamalkan diet istimewa itu Isnin lalu. - kosmo online


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, July 18, 2011

kini aku mengerti...


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada..yang tinggal hanya pusara!!

puisi di atas sudah banyak terdapat di mana2 blog, ini aku nak tambah:

Ibu berhutang untuk cukup kan belanja bulanan ku
Aku kata lari budget untuk belanja ibu

Ibu bayar tambang bas sekolah ku
aku minta duit minyak untuk menghantar ibu

Ibu sanggup berhenti kerja ketika aku sakit
aku kata sibuk, kerja banyak bila ibu sakit

Ibu bangga dan rajin bercerita pasal aku
aku hanya bangga bercerita mengenai pasangan ku

Ibu akan hadir di setiap majlis2 ku
aku hanya akan hadir di majlis keluarga pasangan ku

Ibu sedaya mungkin menjaga hati aku
Aku sedaya mungkin menjaga hati pasangan ku

Ibu seronok melayan aku bercerita
Aku kata diam lah bu, ibu tak tahu apa2

kini baru aku mengerti,
mengapa semakin tua ibu semakin pendiam. .
semakin menyendiri!!




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, July 17, 2011

hati...


ada seorang orang..warna dia kemerahan. dia ni sangat penting, dia unik..tanpa dia tak bermakna lah hidup ini..tapi dia suka ikut kepala angin dia saja..

dia ada rasa cinta, rasa sayang rasa rindu rasa marah rasa sedih rasa sakit rasa kecewa dan rasa dengki kesumat. berapa peratus rasa dia tu di perintah pula oleh tuan dia..selalu dia akur je apa kata tuan dia almaklum dia masih ada ketua yang berkuasa..

tapi dalam banyak2 rasa, dia selalu berdegil, selalu keras kan kepala dia..selalu melawan kata tuan dia, iaitu bila berkaitan rasa cinta!! tuan dia kata apa pun dia tak peduli, tuan dia ugut waima akan bunuh dia pun dia tetap pada pegangan yang satu itu...ermmmm parah

yang pelik kadang yang dia cinta tu tak pedulik pun kat dia, tak rindu pun kat dia..dia jer yang melebih2..dia jer yang teerharap2..tu yang tuan dia marah tu..tuan dia kata cer lah sedar diri sikit..udah2 la tu...lupa kan je..

ye di depan tuan dia, dia mengikut kata..dia berpura pura..memang dia pelakun yang baik...malas nak kena bebel kut..tapi di belakang dia masih mengharap..masih merindu...masih menangis sayu!!!

APA KER PUNYA DEGIL HATI INI!!.............................



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, July 15, 2011

rasa ini tulus pada mu..


glitter-graphics.com

tembok rasa pun runtuh
retak bertahun merapuh
berderai debu tak mampu
di sepuh

hendak di bawa kemana
rasa ini?
rindu ini? yang ngilu
yang bertabur
minta di hibur...


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, July 14, 2011

Dia lebih tahu...

adakah kena berpakaian begini, menunjukkan yang kita 'sempurna'?

aku amat jarang, malah tidak pernah rasanya aku mengupas mengenai ugama atau politik dalam blog merapu aku ni, kerna aku sangat akur yang ilmu ku tidak sebanyak mana, tidak layak rasa nya untuk aku menyentuh bab itu..

tapi semenjak dua menjak ni aku banyak bermuhasabah diri..dalam keadaan begini saya amat takut seandai nya saya di 'jemput' pergi apa bekalan yang saya ada..apa yang hendak saya bawa?..ehh perasan tak? ter tiber saya?..wah!!

ermm balik pada diri ku yang asli...ye memang aku takut..memang aku kecut...so aku banyak servey blog yang bercakap pasal ugama..pasal hari akhirat dan pembalasan nya..tapi yang pelik nya hati ku tidak tersentuh pun..dan ketakutan ku bertambah darjah nya..apakah hati ku sudah mati maka aku sikit pun tidak terkesan dengan apa yang ku baca?..hadoyaiii..

malah aku rasa meluat dengan keterlebihan bahasa, keterlebihan kupasan isu yang di huraikan sehinggakan ia jadi berbelit2. ( dah la pala hotak aku ni bebal..betambah2 bebal aku bila baca yang berbelit2 ).. tapi aku sangat terkesan bila baca blog green apple ni..( cari lah sendiri , aku tak pandai buat klik sini..) dia ni sangat brutal orang nya..bahasa dia mak oiii..tapi dia fames gila you..blog dia dah melebihi 2 juta pengunjung..satu hari mesti dalam 5 ribu pengunjung termasuk aku!..bila dia berubah dr pakai seksi giler kepada seorang wanita ayu bertudung, ramai la pulak yang mempertikai kan nya..ramai yang kata dia gila extrimes..

tapi dia cool jer, dan dalam blog nya dia ada cerita bagaimana dia 'mencari' pengisian jiwa nya..bertemu berbagai orang dan orang yang tinggi ilmu ugama nya tapi sangat sederhana, berpakaian sederhana dan bercakap pun sederhana tapi...( terus menusuk kalebu )

ikuti catatan nya..Dia - orang berilmu
aku- blogger

Dia : Kita masuk syurga bukan kerana amalan kita. Apa sangat lah amalan kita setakat solat 5 waktu, solat sunat yang tak sebarapa, puasa dan lain-lain tu? Kita masuk syurga kerana redha Allah terhadap kita. Kita sendiri tak tau apa yang Allah redha tu.

Aku : Tak faham.

Dia : Contohnya anak. Kadang-kadang anak menyakitkan hati kita. Kita suruh mandi, dia lengahkan. Kita suruh kemas mainan, dia hempas-hempas. Kita suruh blaja, dia bertangguh. Tapi macamanapun perangai dia, kita tetap sayangkan dia kan?

Aku : Yup.

Dia : Sebab dia anak kita. Jadi kita sayang. Tapi, dalam banyak-banyak anak mesti ada satu yang kita paling sayang. Itu kita tak boleh tipu diri sendiri.

Aku : Hmmm..

Dia : Sebab apa kita paling sayang? Padahal dia sama macam anak-anak lain jugak. Degilnya sama, rajinnya sama. Mesti ada sebab kan?


Secara ringkasnya, bukanlah bermaksud ko tak solat pun takpe. Cuma Dia lebih tau dari apa yang kita tau. Wallahualam.


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tasbih Fatima Al Zahra (SA)...


Alamah Majlisi dalam kitab “Biharul Anwar” meriwayatkan dari kitab “Da’aimul Islam” bahwa saiyidina Ali (as) bersabda: “Sebagian raja dari orang-orang ‘azam mengirimkan hadiah para budak mereka untuk Rasulullah (saw), dan aku katakan pada Fathimah pergilah engkau untuk menemui ayahmu, dan mintalah darinya seorang pelayan yang dapat membantu meringankan pekerjaan rumahmu.

Dan Fathimah pun menemui dan meminta kepada ayahnya seorang pembantu, kemudian Rasulullah kepadanya bersabda:

“Wahai Fathimah aku berikan sesuatu padamu, yang sesuatu itu nilainya jauh lebih baik dari pembantu yang engkau inginkan. Bahkan lebih baik dunia dan seisinya. Setelah engkau melaksanakan sholat, bacalah “Allah-u Akbar” tiga puluh empat kali, dan “Alhamdulillah” tiga puluh tiga kali dan juga “Subhanallah” tiga puluh tiga kali, dan tutuplah bacaan tadi dengan membaca “La ilaha illallah”(*dalam riwayat lain disebutkan untuk dibaca sebanyak seratus kali).

Dan hal ini untukmu lebih baik dari sesuatu yang engkau inginkan, dan juga dari dunia dan seisinya. Maka Fathimah Zahra (as) pun melaksanakan apa yang dinasihatkan ayahnya, yaitu setelah melakukan sholat beliau senantiasa dan tak pernah lupa untuk membaca tasbih ini, sehingga tasbih ini dikenal dengan sebutan “Tasbih Fathimah Zahra as”.

credit www.rezekirahsiaku.com


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, July 12, 2011

what!! wanita cantik punca stress?..

Hey wanita
Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua
Ingat bila kita bersepatu serupa
Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila bicara

Apakata kita ambil sedikit masa
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu

Dia
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
Dia
Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yg duka kepada suka
Dia
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa
Dia
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
Dia
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
Dia
Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Tak usah lengah
Ayuh kita berumah tangga

Chantek
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Oohhh chantekk
Sungguh aku cinta kamu

Aku
Melihat kita bersama di hari tua
Dia
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa
Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju

Chantek
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka di jiwa
Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu


Lirik Lagu Chantek - Altimet/Adeep (Fabulous Cats)

Lumrah nya lelaki akan senang hati bila di dampingi wanita cantik. manakan tidak , ia akn memberi kesan dia lelaki superhebat kerana dapat memikat wanita cantik. ego nya akan melambung tinggi, hati nya berbunga2..bangga setengah mati..hidup bagai dalam alam khayal.

Lantas si wanita pula mahu diri nya cantik, atau sekurang kurang mahu kelihatan cantik sehingga sanggup berhabis duit puluhan ribu ringgit..kesakitan, penderitaan tolak tepi asal kan hajat mahu menjadi pujaan dan sanjungan sang peria dapat di penuhi.

Buruk nya nafsu mahu kelihatan cantik ini macam tak pernah reda, macam tiada sempadan.yang sudah cantik pun mahu lebih cantik dan yang tak cantik pun perasan mahu diri nya cantik macam ratu. yang untung ialah tauke produc kecantikan dan tauke2 jamu awet muda!

tapi tahukah anda wahai sang lelaki, mengikut kajian bahawa wanita cantik mendatang kan bahaya kepada kesihatan anda! Kaji selidik di Sepanyol oleh University of Velencia itu mendapati walaupun hanya 5 minit berduaan dengan wanita cantik, ia sudah cukup untuk menambahkan kadar cortisol, iaitu hormon stress dalam badan lelaki.

Cortisol dalam kadar yang kecil memberi kesan positif, tetapi jika dalam kadar yang tinggi akan menjadi penyebab kepada sakit jantung, kencing manis, hepertensi malah lemah tenaga batin! Juga di dapati jumlah adrenalin yang di lepaskan oleh lelaki ketika pertama kali berbual dengan wanita cantik sama tinggi nya dengan penerjun payung terjun..perghhh bayang kan debar dan keterujaan yang terpaksa di tanggung waktu itu.

menurut kajian juga, kadar kenaikan cortisol dan adrenalin akan berganda jika wanita cantik itu memberi cabaran hebat seperti sentiasa di buru oleh jejaka lain atau, pujaan ramai atau lelaki tersebut terjatuh cinta kepada wanita cantik yang sudah berpunya! pasti kegelisahan melampau dan akhir nya stress tak tentu pasal..huhuahua...

Jelas kan kecantikan bukan punca kebahagiaan malah punca penderitaan..jadi berpada pada lah, alang kah molek nya jika kecantikan fizikal diimbangi dengan kecantikan dalaman. molek adap nya dan elok pula budi pekerti..

p.s saya tak cantik so jangan takut saya tak mendatang kan stress hahahaha


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

"tertibe'.........

along yang sendu dan syahdu...

ermmm encem nya pilot ni..nak jadi aweks bole??..heeheh

ubat batuk cap ibu dan anak..angah dan mama..sama2 gediks...iskhhhhhhhhhhh

ubat batuk cap ibu dan anak..kakak dan mama..sama2 gediks...iskhhhhhhhhhhhhh

angah dan along...along cool tak gediksssssssss..haha

princes gediksssssssss

Align Center
kakak dan adik..( ye ker adik?...)

sangat sangat sayang se besar alam semesta dan isi2 nya sekali...



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, July 11, 2011

nasi lemak buah bidara


sayang selasih hamba lurutkan
tinggal emak tinggal saudara
kerana kasih hamba turut kan

pantun di atas sangat2 popular tak kira dalam cerpin ker, dalam buku novel ker atau dalam apa saja topik yang berkenaan cinta. Ya kerana cinta sanggup buat apa saja waima sanggup tinggal emak dan keluarga. hebat sangat kah kuasa CINTA ini?..apa sebenar nya cinta?

kenapa aku merapu pasal cinta pagi2 buta ni?..ntah aku sebenar nya xada idea nak tulis n3 tapi aku xtau nak buat apa dah..dari malam tadi mata aku xboleh lena, sekarang ku pujuk mata ini untuk tidur pun ia tidak mahu..

oh ya berbalik pasal cinta zaman sekarang..aku sebenar nya sangat risau dengan fenomina anak2 remaja sekarang yang terlampau taksub menuruti kata cinta..lemas aku bila baca paper ada saja tiap hari anak gadis yang di lapur hilang, dan bila di selidiki rupa nya mengikut si buah hati keseberang!..bukan seorang bukan dua malah rasa nya dah beratus kes. itu lah tinggal emak tinggal saudara!..

aduhai kenapa jadi begitu?..kenapa begitu sesat rasa cinta itu sehingga tiada lagi ruang2 waras untuk mereka berfikir? ..untuk memberi sedikit luang agar ada nasihat yang dapat di ingat?..sedar kah bahawa cinta itu sifat nya sementara?..ia akan berlalu..lesu mengikut berputar nya waktu!

aku hanya mampu menyeru kepada sesiapa yang cinta nya tidak kesampaian..redha lah..sakit memang ssakit...pedih bagai di tusuk berjuta duri..tapi andai itu jalan terbaik..tak mengapa jangan di tangisi kerana luka akan sembuh juga di rawat masa..bila rasa cinta sudah pudar, kesakitan sudah tidak terasa lagi..waktu itu kita hanya ketawa geli hati mengenang kesengsaraan masa lalu...

pegang lah kata2 ini..kita merancang Allah merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik!..pasti ada hikmah di sebalik musibah...


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, July 8, 2011

sesal...

dalam hidup kita ni ada banyak perkara yang kita hendak tapi xdapat...dan ada banyak perkara juga yang kita cuba sedaya upaya mengelak tapi Tuhan beri juga sebagai ujian dan cubaan.aku rasa korang faham sangat apa maksud aku,tapi bila dah melibatkan hati dan perasaan..aduhh..duh..duh...tewas akal yang waras nih..betul tak?

apa daa aku merapu pepagi buta ni...laaa nama pun blog merapu khennn.

baik, tajuk entry aku sesal..apa erk yang aku sesal kan?..okay ini satu diantara beberapa peerkara..sesal yang ini bertahun2 aku pujuk baru beransur hilang...macam ni

agak nya dalam keluarga aku ni memang ada sejarah kancer, so 2 dari 3 perkara yang aku sesali 'pergi' kerana nya. salah seorang sepupu aku kak rose yang ku panggil Ayus, ( anak kakak abah) dah la yatim piatu, di serang kanser rahim ketika berumur 20 thn.. masa tu umur aku 12 tahun, kira nya dara sunti yang garit la ni..kami berdua sangat rapat..aku belajar banyak perkara dari dia..aku belajar bersyukur kerana punya segala kelebihan berbanding dia...
dia serba kekurangan tapi punya wajah yang cantik dan hati yang cantik juga ( mungkin ini menyebab kan kami sangat serasi )

waktu dia tenat dan hospital meminta untuk di bawa pulang, arwah abah dan mak bawa dia balik kerumah..memang aku pun berdoa sangat supaya aku ada dekat2 dia di hujung nyawa nya.sempat lah aku menyuap kan makan bubur dan menghulurkan gelas berstraw untuk dia minum..tapi kita merancang Tuhan yang menentukan..hampir sebulan di rumah kami, arwah Ayus masih bertahan, malah makin membaik aku rasa..aku pergi mengikuti rombongan sekolah ke Pulau Pinang, setelah 2 hari bergumbira, lupakan Ayus yang sakit ni, sesubuh sepie aku pun sampai kat rumah..ada ramai sanak saudara berkumpul ..Ayus nazak mak kata, meh duduk sini dekat dia...dari semalam dia cari hang..

aku anak dara sunti yang garit ni mengantuk..aku menonong jer masuk bilik dan sambung tidur, almaklum tidur dalam bas mana nak puas..tetiba sedang enak di buai mimpi, mak kejut kan aku..bangun!..Ayus dah tak da..bangun! .. dengan mamau dan terkebil2 aku turun kebawah dan pandang tubuh yang terbujur kaku..baru aku sedar dan kembali ke alam nyata..baru aku terfikir bahawa Ayus akan pergi xkembali lagi...baru aku rasa, lepas ni aku xda dah kawan ketawa dan menagis...baru itu dan baru ini..uwaaaaaaa

sehari suntuk aku menangis...dan yang paling ku kesal dan sesal...aku tiada disaat terakhir nya walhal aku ada berhampiran dia!!

cerita kedua juga pasal sepupu ku tapi yang ni belah mak ( anak abang mak ) arwah Idah..dia juga di serang kanser payudara..ini ada dalam entry aku DIA SELALU BERALAH...kenapa sampai sekarang aku kesal dan sesal..klik sini ( yeeey sampai sekarang aku tak pandai nak buat..huahuahua )

dan yang ketiga yang aku terraamat kesal dan sesal ialah pemergian arwah abah juga aku tiada di saat2 akhir abah..cerita ada dalam entry MENGENANG PEMERGIAN ABAH ..aku rasa hampir 2 bulan aku tak balik menjenguk abah..hanya bertanya khabar melalui talipun itu pun main pas2 dengan mak..dan seminggu sebelum tu abah sendiri yang call aku (memang tebiat, sbb abah jarang call anak2 ) dan bertanya bila aku nak balik kampung...aku kata kenapa bah? dia kata sajer jer...

dan aku berjanji akan balik minggu depan...memang pun aku penuhi janji aku tu...tapi aku balik bukan untuk bergurau senda denagn abah, tapi untuk menatap abah buat kali terakhir...aku balik bukan untuk abah selimut kan aku, tapi untuk aku selimutkan abah dengan kain batik lepas untuk kali terakhir..aku balik bukan untuk cium tangan abah dan akan cium lagi dan lagi..tapi untuk cium dahi abah yang terakhir sebelum aku jatuh pengsan dan di sambut oleh maklong ku!...

sebelum aku kesal dan sesal lagi..aku nak sangat jumpa rakan2 MAYA aku...bila kita boleh jumpa ehhh?
*
*
*
*
*


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, July 7, 2011

batin yang terseksa...

sebelum apa-apa, aku nak bagitahu tajuk di atas takde kena mengena dengan tenaga batin OK, so tak perlulah nak teruja lebey-lebey hehehe

apa yang aku nak katakan ini betapa ada manusia yang sanggup menyeksa seseorang itu dengan mempermainkan psikologinya, tanpa memikirkan kesan yang terpaksa ditanggung oleh si polan berkenaan

senang cerita begini, kalau membunuh, ada senjatanya, ada darahnya

tetapi kalau mental yang dibunuh, confirm takde senjata dan darah…tapi percayalah, kesannya lebih dahsyat daripada ditusuk sejuta duri!

mengapa aku menulis entry ini, jawabannya senang saja

sebagai manusia, kita mempunyai potensi untuk dibunuh dan membunuh hati serta batin seseorang manusia yang lain

oleh itu aku ingin meminta maaf kalau akulah si pembunuh itu

tetapi aku sendiri tidak tahu adakah aku sanggup menerima maaf sekiranya akulah mangsa yang dimaksudkan

semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk menempuh dugaan-dugaan yang mendatang,

Apapun, ingatlah surah Al-Baqarah: 155-156 yang bermaksud;

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan dengan merasai kelaparan , dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

1. entry ini di cetak rompak tanpa rasa malu dr blog otai aku www.syahrilkadir.wordprees.com.

2. ini adalah jawapan kepada pertanyaan beberapa org yang bertanya mengapa aku deactived kan akaun Facebook aku

3. ala ada xda aku kat fb serupa jer..aku bukan rajin pun nak hapdet status..sekali sekala jer menyampuk sebab xda benda yang aku nak tayang ..ahaksss




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, July 6, 2011

sayang sebanyak dunia dan isi2 nya sekali...

ini abang aku, anak mak aku yang sulung..aku benci dia sebab masa kecik dulu dia selalu buli aku, balik mengaji suka lari pecut bila lalu kat bawah pokok berhantu..selalu curi duit dari tabung ayam aku dan jadi posmen yang bergaji bila ada orang nak mengurat aku ( bila dh besar sikit )..sekarang dia kerja pensyarah bahasa inggeris kat kolej swasta.Tapi dia bongok sebab cikgu bahasa inggeris tapi anak2 dia berbahasa Indon kat rumah!..huahuahua..tu la bagi lagi fulltime bibik jaga...tapi aku sayang gak kat dia..sayang sebanyak dunia dan isi2 nya sekali!..
ni mesti la aku kan..well ..nothing but something...harap2 masih ada yang sayang dan harap2 aku tak menyusah kan orang..insyaallah

ini adik ku..anak mak ku yg nombor 3..dia seorang yang pelik..tak mahu campur orang apa lagi nak ambil gambar hensem2...dia kerja sendiri..ada kereta dan duit sendiri..syukur lah masih tak menyusah kan orang..aku sayang lah jugak sebab adik kan..sayang sebanyak dunia dan isi2 nya sekali..!
ni adik aku..anak mak ku yang no 4..dia lulusan luar negara...duit bagi dia macam daun jer..tapi sangat sederhana, pakaian dia macam cikgu tadika..hehehe bila belek betul2 baru tau baju dia branded you..handbag..kasut bukan macam aku nya beli kat Jayan..aku sangat sangat sayang kat dia..sayang sebanyak dunia dan isi2 nya sekali!...
ini adik aku, anak mak ku yang nombor 5..dulu dia akauntan..bila dah kawin dengan engineer dia jadi surirumah sepenuh masa..kerja dia mentenet jer dan round dunia..gasak lah..aku sangat sangat sayang kat dia, sayang sebanyak dunia dan isi2 nya sekali!

ini arwah abah...dah lama abah tinggal kan aku..dulu ada banyak gambar abah ..dari muda belia dan yang beruniform..abah sangat hansem..tengok la anak2 dia kannn..tapi gambar dah rosak bila kami pindah rumah...aku sangat sangat sayang kat abah..sayang sebanyak dunia dan isi2 nya sekali!!

ini adik bongsu aku, anak mak aku yang nombor 6..dia sakit..mak kena jaga dia 24jam macam kanak2 umur 5 tahun...mudah2an syurga ganjaran untuk mak sebab redha dan bersabar menjaga dia..aku sangat sangat sayang kat dia ..sayang sebanyak dunia dan isi2 nya sekali!
dan mak ku yang jelita..

aku tak ada perkataan..........................................


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, July 4, 2011

sosej dan lembu?..lembu dan sosej?


Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk mendapatkan degree tapi selepas 15 tahun tak pernah lulus.Akhirnya bapak dia tak sanggup lagi menanggung beban wang untuk anaknya itu.Maka terpaksa dia bawa balik anaknya itu.Sepanjang perjalanan dari airport kerumah,bapaknya diam saje (tengah marah).

Si anak rasa macam tak seronok,dia cuba untuk berbual.Dia pun mencari idea apa yang hendak dibualkan.So dia pun bercakap dengan bapanya.


"Bapak tau tak,kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler.Sekarang nak buat sosej tak payah nak susah-susah lagi.Tak payah nak sembelih lembu,buang je kulit kemudian masukkan lembu kedalam mesin dah jadi sosej....? anak tu cuba untuk menunjukkan kepandaiannya.

Lalu bapanya pun menjawab " Itu teknologi dah lapuk.Kat Malaysia lagi advance,masukkan sosej aje dah keluar sekor lembu....dah tu meyusahkan orang pulak itu."nada kecewa dan geram serta marah.



p/s luahan hati seorang bapa yang kecewa dengan anaknya..bagi kita mungkin lawak, tapi inilah hakikat sebenarnya.Kepada yang tak faham sila abaikan.

credit to www.borakosong.com


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, July 2, 2011

perjalanan yang panjang

dari minggu lepas lagi adik aku yang duduk kat Terengganu tu sms bagi tau yang 30hb dia akan balik kampung, so dia ajak aku balik sekali.aku kata aku pikir dulu lah sebab memandangkan keuzuran ku, kereta aku masih kat workshop lagi dan xda sapa nak teman kan aku...agak merbahaya jika aku balik sorang2...

tapi makin matahari naik tinggi dan adik ku kata dia dah pun ada di kampung....makin macam di garu2 hati nak jumpa mak..apa lagi masa adik aku call tu, jelas suara nyaring maak sebaagai background ...orang Nilai xnak balik ker...kata mak

setelah berpakat dengan Syukri dan dia bagi aku bawa kereta dia, dia boleh pergi balik kerja tumpang kawan kata nya..apa lagi terketar2 lah aku menyumbat pakaian ala kadar kedalam beg..tak sabar2 rasa nya

tapi waktu aku jinjit beg menuruni tangga, lutut aku rasa macam longgar jer dan beberapa kali beg yang ku galas hampir terlepas..aku dah mula cuak...iskhhh boleh lepas ker aku drive ni/..bukan alang2 dekat..dua jam tu kalau bawa maintain xda jem baru sampai kampung..tapi wajah mak ..wajah adik dan wajah orang2 tersayang kat kampung xboleh ku hapus dari mata..ahhh aku nekad ..aku bulat kan hati juga

lepas isi minyak kat stesyen minyak, tepat jam 4 ptg aku baca bismillah dan ayat Qursi dan mula kan perjalan, sampai kat tol KLIA baru aku perasan yang aku tak bawa Smart Tag,tak bawa kad touch n go..ermmm redah jerrr..xputus aku berdoa supaya perjalanan ku di mudah kan dan di jauhi dari masaalah kesihatan ku..

tapi memandu di waktu time orang balik kerja ni, cari pasal nama nya..memang lah jem dan kat tol bukit beruntung..ermmmm panjang giler..baru lah disini cabaran ku bermula..pakai keta manual..tolak dan tarik clutch...tangan dah mula bertindak balas...yang kiri kebas dan xdapat merasa dengan betul..yang kanan berdenyut2...adoyyaiiii...kaki pulak dah mula cramp!...
ya Allah..tolong lah hamba Mu ini..aku nak jumpa mak...tolong lah..nak jumpa mak walau sekali ini saja...aku berpeluh dalam aircon..dan dah mula mual...

tidak ada cara lain, aku harus dan wajib cari ketenangan minda..kalau aku panic..seluruh anggota ku akan ikut panic..so aku buka bacaan ayat Yasin dr handphone..perlahan aku hanyut dan tenggelam dalam ketenangan..perlahan aku follow the flow...

asal ada tempat kawasan rehat dan tempat yang sesuai aku berhenti..samaada untuk muntah atau ke toilet...dan ke surau...sempat lagi singgah untuk beli mangga dan jagung untuk bawa kan mak...dan aku tiba depan tangga rumah mak jam 7 petang...mak tergamam ..dan aku lega dalam pelukan mak!! Alhamdulillah syukur ya Allah...

p.s ada banyak gambar aku snap, malang USB hampeh..tu la sapa suruh beli yg tak ori..padan!!


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...