camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Monday, July 18, 2011

kini aku mengerti...


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada..yang tinggal hanya pusara!!

puisi di atas sudah banyak terdapat di mana2 blog, ini aku nak tambah:

Ibu berhutang untuk cukup kan belanja bulanan ku
Aku kata lari budget untuk belanja ibu

Ibu bayar tambang bas sekolah ku
aku minta duit minyak untuk menghantar ibu

Ibu sanggup berhenti kerja ketika aku sakit
aku kata sibuk, kerja banyak bila ibu sakit

Ibu bangga dan rajin bercerita pasal aku
aku hanya bangga bercerita mengenai pasangan ku

Ibu akan hadir di setiap majlis2 ku
aku hanya akan hadir di majlis keluarga pasangan ku

Ibu sedaya mungkin menjaga hati aku
Aku sedaya mungkin menjaga hati pasangan ku

Ibu seronok melayan aku bercerita
Aku kata diam lah bu, ibu tak tahu apa2

kini baru aku mengerti,
mengapa semakin tua ibu semakin pendiam. .
semakin menyendiri!!





yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

3 dah luah kan rasa:

Shikin JD said...

Sementara ada ibu leh la bermanja, cam kite ni ibu xde, bapa xde, laki pon xde, HUWARGHHHHHHHH !!! (sapo nak jawab, hehe)

*muah muah*

Shikin JD Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » kini aku mengerti...

azahrohaizah said...

Kikin..

dah xda rezeki utk lbh lama bersama mereka,

selalu nya sesudah tiada lah baru kita amat terasa betapa berharga nya kedua org tua kita..

pelan2 kayuh la Kin cari pengganti..hehe

muah muah

Shikin JD said...

Ala xnak cari agi lar...
Selesa ngan anak je skang ni,
Xyah ssh2 nak 'jaga' org lain lak, hehehe

*muah muah*

Shikin JD Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » kini aku mengerti...

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...