camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Tuesday, November 29, 2011

buang tebiat ehhh...

Aisaymen apasal lak tajuk entry cam gitu tu?

Ntah apa tebiat nya si Shock ni tetiba buat perangai pulak pepagi ni..pada yang follow blog aku pasti korang ingat pasal entry aku 'idea bernas' kalau tak silap ( hehe aku sampai sekarang tak pandai lagi nak buat klik sini atau baca sini, apa ke punya bongok, ada sesapa sudi ajar tak? Huhu Kikin pun pandai buat kan,kan..)

Dalam entry tu aku ada cerita perihal perangai kucing2 aku tuh,si Shock ni pelik sikit, dia tak suka di dokong..tak suka bermanja seperti kebanyakan kucing yang suka menggesel gesel kaki kita..dia ni macam tegas dan straight to de point, tak mengada ngada.

Tapi entah apa mimpi dia pagi tadi ntah, waktu aku solat sunat..dia tolak pintu bilik aku dan duduk kat tepi aku dan mperhati aku sembahyang, dalam hati jangan lah ko duk depan, caner lah aku nak sujud kang..iskhhhh betul2 dia baring tekedang depan sejadah..aduyaiii terpaksa lah aku kuis dengan kuat untuk beri laluan aku sujud. ( teringat masa kat Mekkah bila mak mak arab tarik baby diorang yang merangkak )

Ape kena ko ni Shock? Dah tebiat ke? Elok pulak ko duduk diam2 perati aku sembahyang...ko yang nak innalillah ke atau aku??

kusyuk mendengar aku baca yassin

ni dah bosan, baring telentang

ermmm terus terlenaa...

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, November 28, 2011

persaingan...

Entry ini ku tulis sebaik saja aku menamat kan chat dengan seorang kenalan..ermmm hati berbelah bagi nak tulis ke tak tulis, nak tulis ke tak tulis,
well..tulis saja lah moga menjadi pengetahuan kepada yang tidak tahu atau sebagai garisan bahasa lisan agar berhati hati bila berkata kerana kita tidak tahu apa yang kita kata akan mengguris hati orang lain yang mendengar nya.

Kadang kita tidak berniat mahu menyinggung hati orang, kita hanya mahu bercerita tetapi sayugia di ingat kan perbezaan situasi mengundang reaksi berbeza, misal nya:-

"I tak berani bawak anak2 makan kat luar kalau cash in hand tak der seribu dua sebab sekali makan jer gerenti seribu lebih habis keluar..yelah sorang jer order itu ini dah seratus lebih..kali lah lima nam orang, perghhh
terkebil kebil yang dengar sebab seribu pada dia perbelanjaan untuk SEBULAN! bukan untuk makan tapi untuk kelangsungan HIDUP pada bulan itu!

Tapi kalau dia bercerita sesama geng dia yang setaraf dengan nya, mesti akan keluar ayat yang macam ni:-
"haah I pun aritu pi blabala blaa makan blablaablaa habis lah seribu lapan!.,kan no heart feeling punya.u

Sama gak macam ni:-
" bulan ni bisnes kitaorang ok sgt, tak sangka cecah 70k untung bersih", yang dengar hanya sahut alhamdulilah sedang dalam hati berkira kira ada job tak untuk bulan depan..kalau tak der job nak makan apa yer..

Atau yang macam gini:-
"I last week gi shoping ngan huby kat Langkawi, huby suruh jer I beli apa yang I nak..mula mula I dah beli satu set Corel tu tapi tak complet lah last2 huby kata beli jelah 4set sekali, nak sangat complet kan..hehe I pun apa lagi rembat jellaaah!, again kalau bercerita dengan yang setaraf dengan nya pasti akan berlumba2 kasi tau yang dia pun last month gi shopping kat, tak main dalam negeri nak lawan nih pasti luar negara,walaupunn bukan last month tapi last year punya year punya year,hehehe

tapi kalau bercerita dengan yang tak ada huby atau huby tak pernah pun bawa shoping jangan kan ke Langkawi ke bandar berdekatan pun tidak apa reaksi kawan kita ni agak nya ye?

Ermmmm pada aku mudah jer..Allah tahu apa yang aku PERLU bukan apa yang aku MAHU!
dan syukur dalam persaingan kata kata, memang aku tewas tapi ada yang mereka tak boleh kalah kan aku iaitu HATI YANG TENANG...aku tenang tanpa ada perasaan ingin bersaing ( yang benar takde benda yang dapat aku jadikan modal,huahuahua)...

alhamdulillah ya Allah..terima kasih

aku mau setenang Mr shock ku ini

tengok tu dia tidur pulas tanpa peduli

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, November 27, 2011

perfume oh perfume...

Ilmuan Arab, Al Kindi ternyata sudah menulus buku perihal perfume sejak abad IX. Diantara tulisan nya ialah 107 cara membuat perfume dan peralatan membuat nya..

seni membuat perfume menyebar ke Eropah sejak abad ke XIV. Perkembangan perfume ini berkembang pesat kerana orang Eropah memang dikenali sebagai bangsa yang g malas mandi..hehe ye ker?

kota Grasse di Perancis - kota yang di penuhi dengan perindustrian membuat minyak wangi yang terkenal di dunia sehingga di jolok dengan gelaran kota terwangi.

ni kilang membuat perfume terbesar di dunia. Perusahan bermula pada tahun 1904 oleh Francois Coty yang beroperasi di Perancis dan kini berkembang pesat di New York.

ini pula ialah musium perfume di Barcelona. Resmi di buka pada tahun 1961.

perfume termahal di dunia- kita perlu membayar US$2.350 untuk 30ml perfume Clive Christian No.1. Perfume ini menjadi termahal di dunia kerana botol nya saja di buat dari kristal murni yang di lapisi emas 18 karat. Sementara pada tutup botol nya terdapat berlian 5 karat.

perfume tertua dijumpai oleh ahli arkeologi di Cyprus. Perfume berusia 4000 tahun itu di ekstrak dari ramuan lavender, bunga rosemary, cemara dan ketumbar.

perfume termahal

ini lah bunga mawar, bahan utama untuk membuat minyak wangi. Ia menjadi mahal kerana untuk membuat satu kilogram minyak wangi memerlukan 3.5 tan bunga mawar!

emas cair dari Bolgaria?, istilah ini di buat kerana bahan asas membuat minyak wangi ialah mawar dan mawar dari Kazanlak Bolgaria ada lah yang terbaik dan nilai nya ada lah tiga kali ganda lebih mahal dari emas! Fuhhhh pasni tanam bunga mawar jelah,hehe

botol perfume yang cantik

ini pun botol cantik

ermmmm cantik nyaaa

terdapat kajian yang di buat oleh Michelle Schoffon Cook yang mendapati bahawa terdapat lebih 500 bahan kimia berbahaya yang menjadi dasar membuat wangian. Kimia tersebut mengandungi racun khas yang boleh merosak kan pembuluh darah dan saraf otak. Ini lebih merbahaya dari rokok?

Iskhhh betul ke ni?, mati la aku sebab aku ni gila kan minyak wangi...tanpa minyak wangi aku rasa macam tak mandi jer..kalau orang lain pening atau tensen hidu minyak angin...aku lak wajib hidu minyak wangi or air wangi kata orang pantai timur...
Erkkkk patut la otak aku makin rosak kut??

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, November 26, 2011

tanpa mu...aku rindu

Biasa nya aku lelap tidur..
Terjaga ku fikirkan diri mu
mengenang mu yang kini
telah jauhhhh..

Sayang,
ku ingat kan diri mu
bahwa ku tak bisa hidup
Tanpa mu..!









sayang...pulang lah

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, November 25, 2011

di suatu senja...

Emma ambil kesempatan beposing sakan

cukup lah upload satu gambar ni

Semalam aku ikut kawan baik ku seorang taukeh caterer yang berjaya ke area Bangsar.Dia buat catering untuk majlis pernikahan anak lelaki seorang ahli perniagaan..( tak perlu kut sebut nama ) aku sebenar nya berbelah bagi nak ikut almaklum kesihatan dan tangan yg macam pesakit Pakinson ni..tapi aku fikir punya fikir baik aku ikut dia sebab mood bekerja akan menaik kan tahap kesihatan ku..memang ye, aku bila bekerja akan lupa dunia dan lupa segala duka derita hahhaha.

Ermmm persediaan pelamin, khemah lut sinar di hiasi lampu chandelier dan di balut dengan lampu lap lip..setiap sudut di hiasi dengan bunga2 segar,aku rasa hari ini saja belanja menjangkau ratusan ribu ringgit Malaysia,tu belum buat kat hotel lagi tu..aduhaiiii.

Emma kata ( sepupu taukeh catering nih ) kak roy untung nya lah kalau dapat buat majlis meriah dan grand macam ni, rasa macam anak raja! Aku pandang Emma dan berkata " Ma..perkahwinan yang bahagia tidak bergantung kepada meriah nya majlis kita, tinggi nya hantaran pertunangan atau mahal nya cincin berlian yang tersarung dijari,itu semua tidak menjamin sayang, tapi biar pun majlis kita sederhana dan ala kadar saja..yang penting kita buat yang wajib, mendekat kan saudara mara yang jauh dan menjalin semula silaturrahim, biar majlis kita berkat insyaallah selamat.

"haah kan berapa ramai artis yang buat majlis kawin grand2 tapi tak sampai setahun dah bercerai.. Cheq pun tak sempat clear lagi...hehehe kami sama sama gelak

ada soalan cepumas dari Emma...kak roy bila nak kawin lagi?
Hohoho...
adakah yang hilang akal mahu kan aku?..

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, November 24, 2011

mengintai dari tirai kamar...( mahkamah )


glitter-graphics.com

banyak rupa nya cerita berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedari atau terfikir bahawa cerita itu suatu hari nanti akan menimbul kan aib atau kesukaran kepada orang yang tidak berdosa..beberapa minggu lepas aku ada buat entry anak tak sah taraf, rupa nya masih ada lagi kes yang tidak berkesudahan malah kes kali ini lebih memilukan.

Pasangan ini telah bernikah macam pasangan pengantin lain, berbulan2 merancang,banyak perbelanjaan masa dan tenaga telah di curah kan. Majlis berjalan lancar dan meriah seperti di rancang..

Pasangan raja sehari ini tersenyum manis bak putera dan puteri raja..mungkin dalam hati mereka membayangkan detik 2 manis dan bahagia yang bakal menanti mereka.

Alam rumahtangga di kecapi dengan bahagia..yang ringan sama dijinjing, yang berat sama di pikul..bertolak ansur dan saling mengerti..ermmm indah nya hidup berdua, semua dapat di laku kan bersama..bertambah manis lagi bila si isteri telah di sah kan hamil, ye kata orang tua2 bunting pelamin. Mereka bersyukur dengan rezeki yang Allah beri.

Namun panas tidak sampai ke petang, takda angin takda ribut tiba tiba hujan di tengah hari. Sewaktu si isteri berkemas2 hendak berpindah dari rumah ibu kerumah sendiri, tiba tiba si isteri terjumpa sijil nikah ayah dan ibu nya,si isteri entah bagaimana telah membelek dan membaca butir2 yang tertulis di sijil nikah tersebut.

Bagai hendak tercabut jantung bila mata tertancap pada tarikh pernikahan ibubapa nya..hanya tiga bulan lebih awal dari tarikh lahir dirinya! Apakah makna nya ini? Ya Allah apakah dia anak tidak sah taraf? Mengapa ayah dan ibu ambil mudah saja perkara ini? Mengapa tidak di beritahu? Mengapa selamba badak jer ayah nya menjadi wali sewaktu pernikahannya?,tidak kah ayah nya tahu hukum hakam..tidak kah ayah nya terfikir apa akan jadi pada keturunan mereka nanti?..

Terketar2 si isteri menalipon suami,bersama airmata yang berjurai2 berkhabaran duka di khabarkan. Maka perbincanagn empat mata pun berlaku. Ayah dan ibu mengaku khilaf mereka, tidak mahu memberitahu kerana malu lantaran ilmu ugama juga agak cetek dan enggan bertanya maka sesat lah jalan mereka.

Hendak tidak hendak terpaksa lah mereka rujuk kepada pakar ugama dan kes mereka di fail kan di mahkamah, dan mahkamah memutus kan mereka di farakh yakni di pisah kan dan di nikah kan semula..oleh kerana si isteri mengandung maka terpaksa menunggu sehingga bayi lahir untuk rujuk semula.

Bayang kan betapa rumit nya dan betapa sengsara nya pasangan yang tidak bersalah ini lantaran kesilapan ibu dan bapa mereka...

Ps entry di atas adalah kisah benar... Kes pasangan ini dibicarakan sebelum kes aku...seisi dewan senyap dan terharu, sedih...sangat sedih. Sama sama lah kita saling ingat mengingatkan dan menjadi kan iktibar atas apa yang telah terjadi pada orang lain.

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, November 22, 2011

sembilan belas hadith Rasulullah mengenai wanita...


glitter-graphics.com


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia sia.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin didalam rahim nya, maka beristiqhfar lah malaikat untuk nya.Allah s.w.t mencatatkan 1,000 kebajikan kepada nya setiap hari dan menghapus kan 1,000 kejahatan.

3. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin maka Allah s.w.t mencatat kn bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluar lah dia daripada dosa seperti keadaan ibu nya melahir kan.

5. Apabila telah lahir anak lalu di susui, maka bagi ibu itu setiap tegukan datipada susu nya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur kerana menjaga anak nya yang sedang sakit, maka Allah s.w.t memberi nya pahala seperti memerdeka kan hamba dengan ikhlas untuk membela ugama Allah.

7. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut kan Allah s.w.t dan orang yang takut kan Allah s.w.t diharam kan api neraka menjamah tubuh nya.

8. Barangsiapa membawa hadiah,( barang makanan dari pasar kerumah lalu di berikan kepada keluarga nya, seperti sedekah ). Hendak lah mendahulukan anak perempuan nya, daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyuka kan anak perempuan, seolah2 dia memerdeka kan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t memasuk kan dia kedalam syurga terlebih dahulu daripada suami nya ( 1,000 ) tahun.

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan nya serta taat kepada suami nya, masuk lah dia kepada pintu syurga melalui mana mana pintu yang ia kehendaki.

11. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki soleh.

12. Aisyah r.a berkata " aku bertanya kepada Rasulullah s.w.a siapa kah yang lebih besar hak nya terhadap wanita, Jawab Rasulullah s.a.w "suami nya. Siapa pula yang berhak kepada lelaki, jawab Rasulullah, Ibu nya.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapa mu, maka jawab lah panggilan ibu mu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan ikan di laut, burung burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristiqhfar bagi nya selama mana dia taat kepada suami nya dan menjaga sembahyang dan puasa nya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami nya, akan di tutup pintu neraka dan di buka kan pintu syurga..Masuk lah dia mana mana pintu yang di suka tanpa di hisab!

16. Syurga di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak anak nya akan tinggal bersama aku ( Nabi s.w.a ) di dalam shurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau dua saudara perempuan,lalu bersikap ikhsan dalam pergaulan dan mendidik mereka dengan penuh taqwa maka bagi nya ada lah syurga.

19. Daripada Aisyah r.a "barangsiapa yang di uji dengan sesuatu daripada anak anakperempuan nya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka lah menjadi penghadang kepada api neraka.

Masyaallah, subhanallah... Begitu mudah rupa nya wanita mengutip pahala dan syurga! maka rebut lah peluang ini dengan sebaik baik nya dan seikhlas mungkin sementara anda masih berkesempatan...

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, November 21, 2011

terkesima!..


glittr-graphics.com
daisy bunga kegemaran ku, sederhana
tempat nya di hujung sana...

terkesima
bila doktor berkata
ada benjolan di balik dada

terkesima
bila dia berkata
kau tidak lagi berdaya
aku pergi sementara

terkesima
bila sementara menjadi lama
dan aku sudah betah jadi nya

terkesima
bila ada yang menyapa...

cikgu silap pintu kelas agak nya
apa pun terima kasih se ada nya...

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, November 19, 2011

jiwang satt...

ni aku berharap..akan ada ucapan begitu

ni aku tertanya tanya, hahahhaha

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, November 17, 2011

andai ku tahu...

Lately aku dah ketagih dengan drama korea., dulu aku addic ngan Beautiful day, All about eve dan Winter Sonata, pastu kerana kesibukan kerja aku dah tak follow mana2 drama tv pun.

Ermm sejak aku jadi penganggor terhormat ni. kerja aku depan tv saja lah..sekarang aku tengah follow drama korea War of the roses, sedih siot cerita ni..tapi yang aku menyampah asyik2 sakit kanser. .Asyik2 sakit kanser..buat la sakit lain macam sakit kuning ker, sakit denggi berdarah ker, hehehee.

Cerita nya begini
Park dae song seorang suami yg main kayu tiga dengan perempuan licik Bao yu mie, dan tinggal dengan perempuan tu,kerana sakit hati yang amat sangat isteri nya Lee hae joo minta cerai, jadi tinggal lah dia tiga beranak ( anak lelaki Tae hoon dan anak perwmpuan Joo hea ).

Untuk menampung kehidupan, Hae joo bekerja sebagai penulis di sebuah syarikat penerbitan yang besar.Lama kelamaan CEO syarikat tu jatuh cinta dengan Hae joo..banyak dugaan yang mereka tempuh sepanjang mereka bercinta,dalam masa mereka merancang untuk berkahwin, Park dae song pun mengalami masaalah dengan perempuan simpanan nya dn nekad untuk kembali kesisi bekas isteri nya..

Dah tentu berbagai masaalah yang timbul..suka dan duka,pengorbanan yang tak terfikir untuk kita laku kan. Di pendik kan cerita setelah Hae joo dan anak2 berpindah kerumah bakal suami baru nya, Park dae soong di sah kan mengidap kanser pankrias tahap ke empat dan di anggarkan dapat hidup enam bulan saja lagi. Di sini lah pengorbanan yang maha besar bermula.Hae joo membatalkan perkahwinan nya dan kembali kesisi bekas suami demi untuk menjaga dan menyelamatkan nyawa bekas suami nya itu.

Beberapa episod kebelakangan ni memang touching sangat, airmata aku pun apalagi macam airterjun Niagara..aku rasa ada pro dan kontra nya jika kita tahu kematian kita sudah hampir tiba, ( memang kita tahu setiap yang hidup pasti akan mati namun kita tidak pernah bersedia untuk menghadapi nya..kita sentiasa berharap agar saat kematian kita lambat lagi! ).

Kesakitan yang kita alami, penderitaan yang tak tertanggung membuat kita merasakan yang ajal semakin hampir dan kita semakin mendekatkan diri pada Pencipta kita..kita membuat persediaan untuk mengadap Nya..dan di dalam ketakutan kita dapat menghadapi nya dengan tenang!

Dan barangkali masa yang tinggal sedikit ini dapat di manafaat kan untuk memberi dan menerima kasih sayang dari orang2 yang kita sayang..nak berdendam...nak bermasam muka tiada guna nya...bila kita tiada nanti harap harap hanya kenangan terindah yang mereka ingati!

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

wow guna jari pun boleeeeeh...








kalau dah berbakat kan, guna jari pun macam2 boleh dihasilkan..sangat mengagum kan!

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, November 16, 2011

anak tidak sah taraf...


glitter-graphics.com

Yang Arif : "atas sebab apa kamu merujuk kepada mahkamah?.."

Miss X : "memohon perintah wali hakim Yg arif..."

Yang Arif : "atas sebab apa kamu nak kan wali hakim?.."

Miss X : "saya anak tak sah taraf Yg arif..."

Yang Arif : "mana kamu tahu yang kamu anak tak sah taraf?.."

Miss X : "mak saya bagi tahu Yang arif..."

Yang Arif :" mak kamu ada kat sini?...panggil mak kamu masuk

Polis wanita pun keluar kamar dan memanggil, Puan Angelina joli sila mengadap yang arif
Seorang wanita sebaya aku rasa nya berjalan menuju kekandang saksi. Pembantu mahkamah memberi kan kad ikrar kepada wanita tadi. Sambil mengangkat tangan kanan seperti tanda berikrar wanita itu menyebut;
Saya Anjelina joli binti Bradpit kad pengenalan 123456-01-78 dengan ini berikrar bahawa saya akan berkata nenar tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.

Yang Arif : "puan kenal siapa tu?..sambil menunjuk kepada miss x

Puan A : "kenal, dia anak saya Yang arif.."

Yang Arif : "puan tahu kenapa dia datang kemahkamah?..."

Puan A : " tahu, dia nak mohon kebenaran walihakim..."

Yang Arif : " tahu kenapa dia nak mohon walihakim?..

Puan A : " tahu sebab dia anak tak sah taraf..
,
Yang Arif : " tahu apa makna tak sah taraf?..

Puan A : " anak yang tidak sah bapa nya, saya dah mengandungkan dia baru saya nikah Yang arif

Yang Arif : " puan pasti akan hal ini?..

Puan A : " sangat pasti Yang arif.."

Dengan ini mahkamah memutuskan dan membenarkan bahawa Siloh binti Abdullah layak untuk berwali kan hakim!! Dok dok dok,

yang sebenar nya ada banyak lagi soalan dr Yang Arig tapi aku tak gamak nak taip dan aku tak larat nak taip banyak2, banyak pengajaran sebenar yang kita boleh insafi dari pengalaman orang lain. Puan A dan anak nya sangat tenang setenang air di kali tapi dalam hati mereka siapa tahu?

Aku sangat kagum dan tabik springggg pada Puan A kerana sanggup berterus terang pada anak nya, yelah sapa yang mahu membuka pekung di dada? Tapi kerana hukum tidak boleh di ambil mudah, dia sanggup..dan aku tabik springggg pada anak nya juga kerana redha menerima nya..dan aku tabik springgg toingg toing toingggg pada bakal suami anak nya kerana masih sudi menerima bakal isteri yang di label sebagai anak tak sah taraf!!

Sesungguh nya menegak kan kebenaran itu adalah pahit tapi hasil nya sangat manis kelak..bayang kn jika si ibu dn ayah tidak sanggup berterus terang sekarang konon nya malu, pernikahan si anak ada lah tidak sah, bila tidak sah anak yang lahir kelak adalah anak zina dan tidak sah juga..dn bila dia berkahwin pula..sejarah akan berulang dan berulang,


Wallakualam..naauzubillabiminzalik!

p/s tidak semua orang berada di 'comfort zone' macam kita so bersyukur lah banyak2

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, November 15, 2011

lelaki...kenapa kejam sangat?



Hari ni sekali lagi harapan aku untuk kes aku segera selesai hancur berkecai..nampak nya dia kota apa yang dia kata. Dia nak susahkan aku sesusah susah nya...duhai lelaki kenapa kejam sangat?..kenapa tamak? Bukan kah hidup ini perlu bertolak ansur? Jika dulu aku sanggup bertolak ansur bila kau mau pendamping lagi seorang, aku tak banyak kerenah pun,tapi kenapa kini bila hubungan kita sudah bernoktah...
kau tak mau ia nya menjadi mudah?

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

astaqfirullahhal'aziiiiimmmmmm...











bila korang duk sibok memasak ke..mengemas ke..korang ralit kat satu ruang..jangan terperanjat kalau anak korang buat hal kat satu ruang..mula mula yang patut korang buat ialah mengucap astaqfirullah halazim, sekali dua kali tiga kali,tak kira lah berapa kali sehingga dada rasa sejuk, selagi darah rasa menggelegak..jantung berdegup kencang..baca lah lagi berulang ulang.

baru lah korang hampiri anak bertuah tuh..jangan di tenung apa yang dia buat tapi tenung lah anak mata nya..betapa dia berbangga dengan hasil seni yang dia cipta!

kemudian baru pujuk dan bagitau apa yang dia laku kan adalah salah..dan ajak lah si comel tu untuk membersih kan nya,kata kan selagi belum bersih korang tak kasi susu

p/s fafa tanya iqbal, "if u b, anak buat laptop you camni u nak buat apa?..selamba je iqbal jawab," laptop boleh beli!...( ye betul tu jika pukul anak untuk puaskan hati,puas nya mungkin untuk satu jam saja..tapi akibat nya mungkin sepanjang hayat! )

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, November 13, 2011

cinta yang tidak kesampaian....

cinta zaman remaja...cinta terindah...

bismillahirrahmanirrahim...
perghhh pestime tulis entry baca bismillah..dah tebiat ko...

korang masih ingat pelem aku yg bertajuk cinta pertama kut ( tajuk pelem sendiri pun dh lupa..)...sekarang aku mau sambung lagi itu pelem dengan tajuk di atas..heehee tapi aku WARNING siang2 yang ini pelem bukan kisah aku..jika hati tu ada bau sikit mau cakap ini pelem cerita aku..sila CLOSE THIS WINDOW...

cerita nya cam ni..
korang ingat lagi dengan D?...sian dia kan sebab cinta nya di tolak mentah2 oleh B..D ni dia punya perangai pendiam..pemalu dan pemendam..so agak susah untuk dia mengorat atau mencurahkan perasaan cinta dia pada perempuan yang dia suka..sementelah dia telah fobia dengan penolakan cinta nya dulu...

sementara dia merawat luka hati nya...F telah berjaya memikat hati D secara tak langsung mengubat duka lara nya...D bermimpi siang dan malam untuk bersama F..seperti catatan nya ini...
"ada kalanya saya bukan sekadar ingin memiliki cinta nya..tapi ingin memiliki seluruh nya..jiwa dan raga.."

ada beberapa kali D dan A berkunjung kerumah F namun remaja dolo2 sangat berhemah, bukan macam remaja sekarang main belasah jer datang rumah awek dan berborak sakan..remaja dulu mereka tackle bapak nya dulu...si gadis hanya dapat joint de group tatkala membawa dulang minuman...masa ini lah D mencuri curi pandang wajah gadis idaman..mencari cari ada kah sinar harapan..adakah tanda2 yang si gadis juga punya rasa yang sama..rasa ingin hidup berdua dan berbahagia...tapi F biasa2 saja..takda tanda2 yang luar biasa pun kata D...
  • berbalik pada F..dia seorang gadis yang cantik..lemah lembut dan bersopan santun..sangat penyayang..aku tahu lah sebab aku pun rapat juga dengan mereka dulu..dan F sentiasa memanggil aku ADIK dan sampai sekarang dah tua bangka ni pun dia tetap dengan panggilan itu..ermmm barangkali dia lupa nama sebenar aku agak nya..hehhe

rupa nya F juga ada perasaan yang sama terhadap D namun sebagai perempuan dia tidak sanggup untuk mula kan dulu..cukup lah dia bagi hint dengan berkata " bila nak datang lagi?..."bila nak datang lagi?....adoyaiiii tak raged nya hint macam tu..patut lah D blurr tak faham..cakap la gini..." datang la lgi..saya tunggu tau...ha harus juga dapat di fahami kan....

masa berlalu...hari berganti..bulan beredar dan berpusing mengikut paksi nya..masing2 membawa haluan sendiri..masing2 membawa cinta yang tersemat di sanubari...cinta yang tak sempat untuk di terjemah kan, cinta yang terbiar dan tidak kesampaian!...

pada yang pernah merasai pasti tahu betapa sukar nya hendak menghirup udara tanpa cinta si dia...betapa dalam dada, dalam jiwa seolah ada lubang yang besar...yang ngilu dan sangat menyakit kan...betapa terpaksa berpura pura bahagia..terpaksa berpura pura gembira demi pasangan masa kini...ye terpaksa berbuat begitu kerana rakan kongsi sekarang adalah rakan untuk masa depan manakala pujaan hati hanya sejarah dan masa lalu saja!..

di kira masa boleh merawat luka..rupa nya tidak..bagi D kenangan lalu tetap abadi..F tetap di rindui...dan sentiasa di ingati..
aku sentiasa mendoakan agar kedua2 insan yang sangat2 aku sayangi ini akhir nya mendapat juga cinta abadi mereka di alam sana...
bersabar lah dan berwaspada lah agar tidak tewas dengan godaan duniawi ye abang...



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, November 10, 2011

yang terindah hanya sementara...








yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, November 9, 2011

sepi tidak lagi indah, sepi telah melapah..memamah rasa hingga binasa!..



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

foto ngeri bila pirana mengamuk!..ada branni?...

tengok tu air laut dah jadi merah sebab darah yang membuak buak
caner ngko leh tersangkut kat kabel kapal ni, gigi ko kat kuat..geget lah..
adoyaiii bersepah sepah anggota badan yang dah berkecai...ergkkk
mak aiiiii ngeri siottt...

apasal mangsa nya orang pompuan jer??..mushkil nih..

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...