camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Thursday, November 24, 2011

mengintai dari tirai kamar...( mahkamah )


glitter-graphics.com

banyak rupa nya cerita berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedari atau terfikir bahawa cerita itu suatu hari nanti akan menimbul kan aib atau kesukaran kepada orang yang tidak berdosa..beberapa minggu lepas aku ada buat entry anak tak sah taraf, rupa nya masih ada lagi kes yang tidak berkesudahan malah kes kali ini lebih memilukan.

Pasangan ini telah bernikah macam pasangan pengantin lain, berbulan2 merancang,banyak perbelanjaan masa dan tenaga telah di curah kan. Majlis berjalan lancar dan meriah seperti di rancang..

Pasangan raja sehari ini tersenyum manis bak putera dan puteri raja..mungkin dalam hati mereka membayangkan detik 2 manis dan bahagia yang bakal menanti mereka.

Alam rumahtangga di kecapi dengan bahagia..yang ringan sama dijinjing, yang berat sama di pikul..bertolak ansur dan saling mengerti..ermmm indah nya hidup berdua, semua dapat di laku kan bersama..bertambah manis lagi bila si isteri telah di sah kan hamil, ye kata orang tua2 bunting pelamin. Mereka bersyukur dengan rezeki yang Allah beri.

Namun panas tidak sampai ke petang, takda angin takda ribut tiba tiba hujan di tengah hari. Sewaktu si isteri berkemas2 hendak berpindah dari rumah ibu kerumah sendiri, tiba tiba si isteri terjumpa sijil nikah ayah dan ibu nya,si isteri entah bagaimana telah membelek dan membaca butir2 yang tertulis di sijil nikah tersebut.

Bagai hendak tercabut jantung bila mata tertancap pada tarikh pernikahan ibubapa nya..hanya tiga bulan lebih awal dari tarikh lahir dirinya! Apakah makna nya ini? Ya Allah apakah dia anak tidak sah taraf? Mengapa ayah dan ibu ambil mudah saja perkara ini? Mengapa tidak di beritahu? Mengapa selamba badak jer ayah nya menjadi wali sewaktu pernikahannya?,tidak kah ayah nya tahu hukum hakam..tidak kah ayah nya terfikir apa akan jadi pada keturunan mereka nanti?..

Terketar2 si isteri menalipon suami,bersama airmata yang berjurai2 berkhabaran duka di khabarkan. Maka perbincanagn empat mata pun berlaku. Ayah dan ibu mengaku khilaf mereka, tidak mahu memberitahu kerana malu lantaran ilmu ugama juga agak cetek dan enggan bertanya maka sesat lah jalan mereka.

Hendak tidak hendak terpaksa lah mereka rujuk kepada pakar ugama dan kes mereka di fail kan di mahkamah, dan mahkamah memutus kan mereka di farakh yakni di pisah kan dan di nikah kan semula..oleh kerana si isteri mengandung maka terpaksa menunggu sehingga bayi lahir untuk rujuk semula.

Bayang kan betapa rumit nya dan betapa sengsara nya pasangan yang tidak bersalah ini lantaran kesilapan ibu dan bapa mereka...

Ps entry di atas adalah kisah benar... Kes pasangan ini dibicarakan sebelum kes aku...seisi dewan senyap dan terharu, sedih...sangat sedih. Sama sama lah kita saling ingat mengingatkan dan menjadi kan iktibar atas apa yang telah terjadi pada orang lain.



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

2 dah luah kan rasa:

Rashid said...

hmm hmm .. moga menjadi iktibar ..

Rashid Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » mengintai dari tirai kamar...( mahkamah )

azahrohaizah said...

Betul tu cikgu...
Semoga menjadi iktibar
Jangan pegang pegang...duduk renggang renggang
boleh pandang pandang hehehh

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...