camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Friday, November 25, 2011

di suatu senja...

Emma ambil kesempatan beposing sakan

cukup lah upload satu gambar ni

Semalam aku ikut kawan baik ku seorang taukeh caterer yang berjaya ke area Bangsar.Dia buat catering untuk majlis pernikahan anak lelaki seorang ahli perniagaan..( tak perlu kut sebut nama ) aku sebenar nya berbelah bagi nak ikut almaklum kesihatan dan tangan yg macam pesakit Pakinson ni..tapi aku fikir punya fikir baik aku ikut dia sebab mood bekerja akan menaik kan tahap kesihatan ku..memang ye, aku bila bekerja akan lupa dunia dan lupa segala duka derita hahhaha.

Ermmm persediaan pelamin, khemah lut sinar di hiasi lampu chandelier dan di balut dengan lampu lap lip..setiap sudut di hiasi dengan bunga2 segar,aku rasa hari ini saja belanja menjangkau ratusan ribu ringgit Malaysia,tu belum buat kat hotel lagi tu..aduhaiiii.

Emma kata ( sepupu taukeh catering nih ) kak roy untung nya lah kalau dapat buat majlis meriah dan grand macam ni, rasa macam anak raja! Aku pandang Emma dan berkata " Ma..perkahwinan yang bahagia tidak bergantung kepada meriah nya majlis kita, tinggi nya hantaran pertunangan atau mahal nya cincin berlian yang tersarung dijari,itu semua tidak menjamin sayang, tapi biar pun majlis kita sederhana dan ala kadar saja..yang penting kita buat yang wajib, mendekat kan saudara mara yang jauh dan menjalin semula silaturrahim, biar majlis kita berkat insyaallah selamat.

"haah kan berapa ramai artis yang buat majlis kawin grand2 tapi tak sampai setahun dah bercerai.. Cheq pun tak sempat clear lagi...hehehe kami sama sama gelak

ada soalan cepumas dari Emma...kak roy bila nak kawin lagi?
Hohoho...
adakah yang hilang akal mahu kan aku?..



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...