camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Thursday, November 3, 2011

peringatan buat pengganti ku..

buat pengganti ku sebagai penjaga puteri ku ini, ingin aku berpesan pada mu sekira nya aku tidak lagi sempat mengiringi perjalanan kalian,

ingat lah tatkala kau melafazkan ' aku terima nikah nya...dan di sah kan oleh saksi2 maka secara resmi nya aku sudah melepaskan batton ku ke atas bahu mu, maka ada beberapa perkara rahsia yang perlu kau tahu mengenai puteri ku ini yang mungkin kau tidak tahu..

Yang pertama:
Andai nanti pulang dari kerja, sesekali dia bermalas malas, tidak terus kedapur untuk memasak, kau maaf kan lah dia..ini kerana seluruh masa kanak2 dan remaja nya di habis kan untuk memasak untuk abang dan adik2 nya..

Yang kedua:

Andai nanti sesekali di hari minggu dia bermalas2 dan tidur hingga matahari meninggi..kau biarkan lah ye..ini kerana dia tidak berpeluang berbuat begitu..seluruh usia remaja nya di habiskan membantu aku membesarkan adik2 nya..
Jangan pula kau rasa terbeban ye..

Yang ketiga:

Andai nanti ketika menikmati juadah lazat, dia terhenti menyuap..jangan lah kau curiga dan bersangka buruk ye..ini kerana dia terkenang kan apa kah yang ku suap dan apakah yang adik2 nya makan..
kau abaikan saja..

Yang ke empat:

Andai nanti selepas mendapat gaji..ada sedikit duit yang dia ketepikan, jangan lah kau rasa tersinggung ye..ini kerana dia menitip sedikit duit belanja untuk ku dan adik2 nya yang masih belajar..
harap kau dapat memahami nya..

Yang kelima:

Andai nanti dia berfikir panjang ketika hendak membeli sesuatu barang,teragak agak..jangan lah kau sergah ye..ini kerana dia sedang berfikir2..hendak membeli barang ini kah atau membayar yuran sekolah adik nya kah..hendak bersuka ria kah atau membelikan bahan pelajaran adik nya kah..
kau maafkan lah ibu nya yang tidak berdaya ini, tapi jika kau tidak bersetuju dengan kelima lima perkara di atas..kau jujur dan bantah lah..aku sangat yakin yang dia akan menuruti kehendak mu namun kau juga harus bersedia bahawa kau telah membunuh jiwa nya!!

Yang terakhir dan yang paling utama:
tatkala kau "melafaz aku terima nikah nya..maka kau bukan sahaja menerima diri nya dengan kemanisan nya tetapi kau juga menerima keburukan dan kelemahan nya..maka bimbinglah dia..kau bukan sahaja wajib menanggung nafkah zahir batin nya malahan kau juga menanggung dosa2 nya..maka sebelum kau memuji kejelitaan nya..wajib kau periksa aurat nya..sebelum kau membawa dia menonton, bawa dulu dia berjemaah dan sebelum kau bertanya kan dia, "sayang dah makan..tanya kan lah, "sayang dah solat?...

Sekali lagi maafkan lah aku kerana aku tidak sempurna sewaktu aku menjadi pelindung nya, maka aku sangat berharap pada mu untuk melengkapi kesempurnaan nya..


Mama



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

5 dah luah kan rasa:

kedai buku perintis said...

so sweet..terharunya......

kedai buku perintis Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » peringatan buat pengganti ku..

kedai buku perintis said...

semuga dia bahagia.dan kita akan berdepan dengan ketetapaNya.Tidak selamanya kita mampu memileki.Semuanya hanya sekadar sementara...

kedai buku perintis Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » peringatan buat pengganti ku..

azahrohaizah said...

kbp...
thanks...luahan ikhlas dr seorang ibu
like mother like daughter, nantikan entry 'surat balasan untuk orang kesayangan'..
hehe sediakan tissu untuk mengelap si airmata ye,

itamrazali said...

eeeiiii...sedihnya baca...*hugs*

itamrazali Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » peringatan buat pengganti ku..

azahrohaizah said...

Tammm
ko bila nak tawen?
Meh akk wat entry pasal ko lak,hehe

*hugs hugs hugs..

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...