camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Monday, February 28, 2011

puisi sang suami nak kawin lain...

jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinarmu kerana
engkau mengharapakn sinaran dari
ku....
Ingatlah bahtera yang kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang -kadang
bumi terasa akan silauan ku
Lantas aku ingat akan satu hal bahawa
Tuhan mencipta bukan hanya bumi
malah ada planet lain yang mengharapkan
sinarku
Lalu....
Relaknlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Ilahhi
sinaranku di perlukan di planet lain

BALASAN PUISI DARI SANG ISTERI

andai kau memang mentari
sang suria yang membri cahaya
aku merelakan engkau berikan
sinarmu kepada segala planet
yang telah Tuhan ciptakan kerana
mereka juga seperti aku
perlukan cahaya mu
aku pun juga tidak akan merasa
kekurangan dengan sinaranmu

AKAN TETAPI!!!
Bila kau hanya sejengkal lilin
yang berkekuatan 5 watt saja
janganlah kau bermimpi untuk
menyinar planet lain
Kerana bilik tidur kita yang kecilpun
belum sanggup kau terangi
Lihatlah dirimu pada cermin kaca di
sudut kamar kita,
ditengah remang pancaran
cahaya mu yang telah aku mengerti
Cuba lihat siapa dirimu.....
MATAHARI atau lilin
atau jangan-jangan cuma mancis
saja!!
OH,''PLEASELAH' abang....!!
NAK KAHWIN LAIN KONON!!!!
BERANI BUAT LAAAAA..!!

hahahahaha credit sekamarrindu


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, February 27, 2011

kak nita yang aku kagumi...


ramai2 artis di m'sia ni aku tak pernah nak jadi peminat fanatik..setakat suka kat lagu tu adalah, itu pun jika lagu tu ada kena mengena dengan emosi aku... ahaksss
nama kan lah siapa saja, yang cantik ,yang seksi ,yang hansem dan macho macam Anuar Zain tuh...mak tak heran nyah...ahahaha lain lah Efa tidur pun peluk gambar Anuar Zain..ceh

tapi dengan kak nita ni aku cukup admire...sikap nya yang tidak lekang mengucap sayang, mengusik sesiapa yang perasan kelibatnya dan celotehnya penuh jujur, barangkali itu lah petua awet muda nya. aku pernah jumpa kak nita inperson, waktu tu aku kerja di Golden Lounge Klia...

yang pasti aku tetap aku, tidak tergerak hati hendak bergambar atau meminta tanda tangan kak nita...malah aku tukang ketawa bila staff aku berebut2 nak bergambar tapi nerves sebab bodyguard kak nita mat salleh belaka...diorang takut mana tau kak nita sombong dan buat endah tak endah jer..

lalu aku pun buat selamba jer pergi kat meja kak nita dan bagi salam ( waktu ni kak nita tinggal sorang sebab b/guard dia duk kemaruk ambik makanan )...

aku : assalamualaikum kak nita

k.nita : waalaikumsalam sayang

aku : maaf kak nita, nampak tak kepala2 kat pintu tu?

k.nita : ketawa berdekah2 sambil memandang kearah yang aku tunjuk

aku : diorang teruja nak ambil gambar dengan kak nita

sambil tersenyum kak nita berdiri dan memanggil mereka dengan mesra ( dengan gaya, come on come here.. )

ITU LAH KAK NITA...


dan jika orang bertanya apa petua awet muda ku ( wakakaka muda ker??? ) jawapan nya pun sama..dalam hati sentiasa penuh dengan kasih sayang...dan ikhlas yang menjadi rahsia batin antara aku dan Pencipta ku...

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, February 26, 2011

so sweet...ramalan cuaca menjadi lamaran cinta!!

Sudikah menjadi suri hidup ku
tergamam tanpa kata
ya saya sudi


Seorang pembaca berita ramalan cuaca dilamar ketika siaran langsung.Dia adalah Kim Perez yang ketika itu sedang menjelaskan akan adanya hujan di Florida, tiba-tiba kekasihnya, Marty Cunningham seorang polis datang dengan di iringi soundtrack “tear-jerkers”.. dengan di saksikan penonton semuanya. Dia melamar Kim Perez dan untung sahaja lamarannya tidak di tolak bahkan diterima dengan sepenuh hati.


p.s pasti menjadi kenangan terindah sepanjang usia

dicopy & paste dr blog seKamar rindu

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, February 25, 2011

tak boleh harap punya kakak!!

semenjak dua menjak waktu kerja ku yang tak tentu arah ni, maka banyak lah waktu ku terluang untuk mendengar radio. semalam aku dengar radio Era, merisik khabar..( iskhhh bila sebut jer merisik khabar, dan dan tu aku teringat lagu alahyarham Sudir, hati terus terusik )
kisah kali ni pasal seorang kakak ni merayu adik perempuan nya yang berkahwin dengan 'perempuan ' juga!

pelik kan..menurut kak Nor ni, pada awal nya mereka tidak syak apa2 melihat keakraban adik nya dengan si tomboy ni, tapi lama kelamaan dah jadi lain macam...dan seperti di duga, adik kak Nor meminta izin untuk berkahwin dengan 'peempuan' itu. dah tentu bagai petir menembak pokok kelapa, hasrat pasangan songsang ini di tentang keras oleh keluarga.
dan adik kak Nor menghilangkan diri selama bertahun2 dan khabar nya tetap juga berkahwin dengan perempuan yang dia cintai itu. mereka putus hubungan sehingga kan ibu nya meninggal adik kak Nor tidak datang melawat pun!

memang lah bagi kita yang tak kena batang hidung ni kita akan cakap macam2, saran kan macam2..cuba kena pada keluarga sendiri..mau sasau juga kita di buat nya..apa pun aku doa kan akhir nya adik kak Nor akan kembali kepangkal jalan juga akhir nya.

aku ada pengalaman sendiri mengenai perkahwinan yang tidak di restui keluarga ni, bukan lah kena pada diri aku tapi pada adik perempuan ku ( mak Faisal dan Fariss )
waktu tu dia sedang menuntut di Universiti Indiana LA ( dia ditawarkan belajar di luar negara oleh MARA semasa ujian percubaan SPM lagi ) selepas habis belajar selama 4tahun dia bekerja pula disana, bayang kan hampir 6tahun dia tak balik ( tapi kerap juga dia talipun dan menghantar ole2 dari sana, dan wang belanja untuk mak pak aku lumayan juga ) nak menjenguk dia kat sana bukan lah seperti nak gi Sabah atau Serawak..

tiba2 di subuh yang hening, menjerit2 talipun di ruang tamu :

suara : assalamualaikum kak, Sal ni

aku : kumsalam..Sal, hang ka..hang okey? terketar2 aku, maklum kalau panggilan di tengah malam atau subuh pasti ada kecemasan.

suara :eh okey, owhh sorry, sorry aku lupa kat sini terang kat m'sia gelap

aku : ceh hang ni...nasib bek jantung aku tak putus tadi..whats up sis?

suara : kak nak cakap sikit ni

aku : apahal? nak kawin?..aku kan pakar psikik...ahaks

suara : ermmmm

aku : ngan sapa?

suara : dengan orang sini, John tapi mak dia suruh duk sini sebab mak dia dah tua dan John anak bongsu

aku : lama diam nak cari idea yang bernas

suara : kak....please..

aku : boleh jer nak kawin dengan sapa pun..tapi cakap la ngan abah dulu..kang kecik ati dia... ( abah ku kan memang garang, pasti lah aku yang dipujuk nya untuk jadi tukang sampai ) aku pujuk abah kang

suara : i love u lah kak..bye

aku pun bagi tau abah ku berita gempar ini dan minta abah ku bertenang dan kalau budak bertuah tu tipun, jawab jer elok2 dan kata ok dengan syarat balik dulu untuk dapat restu dari mak lagi pun mak dah rindu sangat dengan dia. alhamdulillah abah ikut cakap aku dan sebulan kemudian adik aku balik...balik terus tak pi sana dah, barang2 dia pun dia mintak kawan dia settel kan.. nak tau apa mak aku buat? mak aku minta air penawar kat seorang guru agama ni supaya hati adik aku tertutup terus nak balik Amerika dan mak aku tak henti2 semayang hajat. dengan izin Allah nampak nya mujarab!!! ( mati aku kalau dia baca ni!!, br dia tau aku lah mastermind nya..hahaha )

sorry eh Sal, tapi ko dah bahagia kan dengan Fadli..kan...kan...

benar kah cinta datang tanpa di undang?..tapi mudah kah cinta di usir????

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, February 24, 2011

adusss salah orang daaa...

inikah bayangan yang aku kejar itu???ooh tidak...

sambung cerita aku jadi drebar semalam, lepas hantar pekerja ke lokasi kerja, aku patah balik kerumah untuk menghantar salah seorang ahli keluarga ku yang nak ke Langkawi. oleh kerana dia ni staff MAS maka dia berhaluluya lah enjoy sakan dengan tambang yang ciput.
memang lah semalam hari drebar sedunia.

semasa aku menurunkan dia di balai berlepas ( level 5 ), aku terlihat kelibat 'seseorang' turun dari teksi..mak aii berderau darah ku...iskhh nak pergi mana pulak lagi dia ni, kan baru balik dari perjalanan yang jauh...ni dah nak pergi lagi?..nape tak bagi tau aku pun....(sepupu aku nih tergegeh2 pulak turun dari keter, nak keluarkan beg pun macam nak keluarkan guni beras )

aku pun bergeges park jer keter kat situ dan cabut kunci, dalam hati hanya satu, NAK KEJOR mamat itu!!..tinggal la sepupu ku terkulat2 memandang aku yang berlari meninggal kan dia tanpa pesan..

apa ke bangang aku tak bawak handphone, kan ke senang terus call jer..apa nak buat,hp tinggal dalam keter..aku pun terus melilau mencari bayangan tadi..mana nih..cepat nya jalan,apa dia ni terbang ke macam hantu kak limah?...ermmm tu dia tengah beratur nak check in...aku pun menghampiri perlahan2 konon nak buat kejutan, tapi belum sempat aku tepuk bahu dia, dia macam tau jer menoleh kebelakang!!!

adusssss salah orang daaa...( aksi seterus nya korang bayangkan sendiri dan reka lah apa saja jalan cerita, aku tak marah..uwaaaaaa )

dan bila aku berpatah balik ke kereta yang aku park ikut suka hati mak pak aku tuh, dah ada surat chenta menanti ku...ermmmm sungguh berbaloi baloi...
dan sepupu ku pun ntah kemana lesap nya, call hanya suara pompuan seksi yang jawab!


ini kah nama nya gila bayang???

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, February 23, 2011

belajar betul2 ye...

pagi tadi aku keluar pergi kerja awal..aku kena jadi drebar arini kerana pak hadi drebar kami cuti kecemasan, ada kematian kata nya. seperti biasa sebelum menyetat van syarikat yang uzur nih, aku memang sukarela untuk memandu van uzur ni dengan sebab2 ku tersendiri..hehe = alasan nya,

1. kalau aku bawak lasak terlanggar apa saja, calar sikit atau banyak tidak ketara!
2.tak perlu basuh sampai kilat sebab memang dah buruk, tak kan mau memancor der..
3.akan meragam dan rosak, so aku ada alasan...huhuhu.. ( contoh pekerja mithali kan! )

oh ye sebelum menyetat van, wajib aku bertegur sapa dengan jiran2 ku yang menghantar anak2 mereka kepintu pagar rumah untuk menaiki van yang menjemput anak mereka. aku ni kalau dah mula buka mulut, patut ada remote yang kontrol mulut aku supaya tidak bercakap melebihi 5 minit..kalau tak alamat aku terlambat, atau jiran ku terkulat2 sebab kerja diorang tertangguh kerana melayan aku borak.

sempat la aku dengar si ibu ni berpesan pada anak nya supaya 'belajar betul2' ye ketika anak bersalam dengan mereka..seperti mak aku pesan pada aku dolo2 masa aku bersekolah..tapi tahu kah wahai emak apa makna belajar betul2 tu?..dan tahu kah wahai emak yang anak emak ni sedang belajar betul2 di sekolah? atau anak emak ni hanya pergi sekolah, melopong mendengar cikgu merapu di depan kelas, membuat kerja sekolah, melopong lagi, waktu rehat dan balik...pernah kah emak tanya apa yang anak emak belajar atau tanya setakat tanya, ' belajar apa kat sekolah tadi, dan kemudian tak sempat pun anak jawab dah sibuk menyenduk lauk, melipat kain dan blablabala.....( entry ini untuk anak2 yang tidak cemerlang prestasi pelajaran mereka , yang pandai tu xperlu lah )

setengah ibu atau bapa rasa dah cukup bangga dan bertanggung jawab lah bila dapat menghabis kan masa malam mereka dengan memeriksa buku pelajaran anak, 'mengadap' anak membuat kerja rumah, TAPI tak pernah jadi 'cikgu' untuk anak...maksud nya bertanya kembali setiap pelajaran yang anak belajar siang tadi di sekolah..dapat tak anak terang kan apa yang dia belajar, bila di soal subjek tu dapat tak dia menjawab..kalau mata pelajaran geografi misal nya dapat tak anak melukis peta m'sia dengan selamba dan menanda kan setiap negeri tanpa merujuk buku teks?...

alang kah mudah nya anak mengingat pelajaran kembali jika sambil bersantai melukis peta dengan mak atau ayah, main kuiz tentang pelajaran sains dan mata pelajaran lain nya, dan dapat hadiah walau tak berapa banyak pun yang betul...aku berani kerat jari, anak akan ingat setiap patah perkataan, setiap gerak geri dan setiap memori indah dan akan di terjemah di atas kertas jawapan peperiksaan!...

bermula lah dari rebung wahai ibu ayah

bila dah jadi buluh, jangan salah kan mereka, jangan salah kan cikgu dan jangan salah kan sekolah!!!

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, February 21, 2011

berdosakah....


berdosakah kita
jika hanya bercakap cakap
tidak pun berdakap
keindahan menyerap hingga ke urat sarap

berdosakah kita
jika hanya bercakap cakap
tidak pun melihat
rasa yang menyelinap hingga terlelap

berdosakah kita
jika hanya bercakap cakap
tidak pun mengharap
cinta ini ada nya penamat!!...



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, February 20, 2011

mengenal diri...




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, February 18, 2011

cantik punca merana...?.

gambar hiasan
apa punya tajuk entry ni kan..apakah sebab aku tak cantik maka aku membuat statement yang sebegini?..jeles ler tu..hikhikhik...
tak..aku cakap betul, kebanyakan wanita cantik dan popular hidup mereka hanya bahagia di luar, namun mereka kesepian dan menderita..( malas nak bagi contoh artis barat atau artis dr negara kita sendiri yang cantik giler tapi masih solo )

wajib wanita cantik di gilai ramai pemuda yang juga handsome dan kaya, and selalu nya wanita cantik ini akan jatuh cinta dengan pemuda yang sederhana ( apasal ye?...yes sebab Tuhan itu adil..malas nak hurai )

mari kita imbau kembali cerita antara dua darjat lakonan alahyarham P Ramlee..Tengku Zaleha mencintai Ghazali rakyat biasa..ditentang hebat oleh keluarga, di pisah kan..Ghazali merana kerana Tengku Zaleha berkahwin dengan Tengku Mukri..( cuba kalau tak cantik, Tengku Mukri pun tak hingin dan Ghazali pun tak sasau! )

ini cerita benar, tiada penambahan cerita cuma ayat di sedap kan..
pada zaman dahulu ada seorang gadis cantik yang menjadi rebutan di sekolah dan di kampung nya, oleh kerana ayah nya seorang yang sangat tegas dan garang, maka mendapat 'habuan' lah sesiapa yang mengorat anak dara nya..
kesian gadis pingitan itu menjadi burung di sangkar emas...dan kerana dendam tidak dapat memiliki gadis itu pemuda yang kempunan apalagi telah di hina oleh ayah si gadis, telah mengguna kan ilmu hitam untuk menyihir gadis tersebut..akhir nya atas beberapa sebab yang tak boleh di siarkan, gadis itu berkahwin dengan orang yang tidak sepatut nya..merana dan sengsara adalah suratan hidup nya.
tidak seperti cerita filem yang happy ending, cerita gadis itu masih belum tamat...DIA masih mengharap kan cinta sejati nya...

ermmm macamana?..masih berangan nak jadi cantik?..tak perlu lah. cukup sekadar kita ni sedap mata memandang dan yang paling penting, CANTIK BUDI BAHASA, INDAH HATI NURANI... tak gitu???

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, February 15, 2011

sayang anak ku sayang

kadang ada ibubapa yang susah, nak makan pun berkais pagi makan pagi, kais petang makan petang..anak2 ramai pulak tu..alhamdulillah pelajaran anak menjadi..tak perlu beli buku rujukan..hantar tuisyen apalagi, jangan harap lah mampu.

kadang ada ibubapa yang kaya giler, anak sekerat dua kerat jer..apa yang anak kehendaki dapat..buku rujukan melambak..hantar tuisyan pagi petang, tapi still gagal dan lemah dalam mata pelajaran

Ye begitulah Allah mengatur kehidupan demi menguji kekuatan iman hamba2 Nya..

kedua2 anak buah ku yang comel sangat ni mengalami penyakit disleksia, walau mak pak dia pakar IT lulusan luar negara, nampak nya penyakit ni tak pilih bulu.
Namun aku bangga dan salut kat adik aku ni sebab tanpa jemu dan putus asa mengubati penyakit anak nya.
Mohd Fariss
Mohd Faisal


Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh.
Mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira.
Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia dan kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :
-Lambat bertutur
-Mengalami kesukaran sebutan atau rima
-Sukar menulis nama sendiri
-Sukar mengenal bentuk atau warna
-Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
-Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
-Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
-Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
-membezakan 15 dengan 51
- “was” menjadi “saw”
- ‘b’ dengan ‘d’‘
- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah


Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
- Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
- Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya
Tumpuan

Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
-Terapi pertuturan
-Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
-Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
-Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
-Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
-Merasa pergerakan bibir
-Menulis huruf atau perkataan

Langkah-langkah pemulihan :

-Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
-Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan)
-Gunakan video atau kaset untuk belajar
-Program pemulihan khusus :
Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia

p/s: sumber, blog cikgu Shukri.



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua




I have always lend you my shoulder for you to cry
on My ears to listen
to
My hand for you to hold
My feet to walk with you


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, February 13, 2011

sayang...lapar ye...





Inilah hukuman yang dijatuhkan kepada kanak-kanak yang melakukan kesalahan mencuri di Iran…
kalau orang dewasa pasti dah kena potong tangan.. tapi memandangkan kesalahan ini dilakukan oleh seorang budak yang berumur 5 tahun, maka hukuman spt ini dijatuhkan..
saya terkedu melihat gambar ini…..menurut sumber yang boleh dipercayai budak malang ini hanya mencuri sebuku roti.. namun kes ini berulang2 beberapa kali…semoga budak ini tidak akan melakukan perbuatan mencuri lagi..( di copy & paste dr blog sekamarrindu.com )

aku tak tahu lah spesis apa kah aku ni..aku memang tak boleh melihat kanak2..apa lagi yang seperti digambar atas...hancur luluh hati aku..kat rumah aku, roti gardenia DELICIA butterscotch takat 2 hari jer, tak habis dah buang dalam tong sampah...oh alangkah RIAK NYA!!!...

Ya Allah Ya Rahman..rahmati lah muslimin dan muslimat di seluruh dunia..amiiin


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, February 11, 2011

buntu....

beberapa hari kebelakangan ni aku buntu tak tau nak buat apa..atau dalam bahasa rock nya blurr!! or aku memang blurr sejak azali!!...oh no! marah mak aku kang..
entah apa yang menyebab kan aku buntu? yaa macam 2..dalm hidup ni kadang amat payah untuk kita menggapai apa yang kita impikan dan
yang ingin kita jauhi itu pula yang menyinggah!..argggh
dan adakah KERINDUAN juga boleh menyebab kan kita buntu???..aharks


TAPI buntu yang ni amat merbahaya jika di biarkan berterusan, sila lah berjumpa doktor jika sakit berterusan,
Tanpa memilih kanak kanak atau orang dewasa laki laki atau perempuan semua orang boleh terkena radang usus buntu ( appendix )

Bagaimana kita tahu terkena radang usus buntu ?
Pada awalnya rasa tidak nyaman di uluhati seperti sakit maag dan lama lama rasa sakitnya pindah ke perut kanan bawah, ada yang diikuti dengan demam,loyadan kalau tidak segera diubati rasa sakit akan terus bertambah dan penderita biasanya merasa selesa kalau membongkok dengan kaki dilipat.

Mengapa boleh terjadi radang usus buntu ?
usus buntu adalah saluran atau usus kecil yang hujungnya memang buntu,
usus ini sebenarnya tidak ada gunanya, kalau lubangnya tersumbat kerana kelenjar getah beningnya bengkak atau kerana adanya cacing, akan menimbulkan radang. Lama kelamaan kerana bakterianya banyak timbul nanah dan yang paling berbahaya kalau sampai usus buntunya pecah karena infeksinya akan menyebar ke rongga perut dan dapat menyebabkan kematian.

Apakah radang usus buntu harus dibedah ?
kalau penyebabnya kerana infeksi atau pembengkakan getah bening biasanya dengan antibiotik boleh sembuh.kalau penyebabnya kerana tersumbat cacing harus dilakukan operasi.

Apakah betul radang usus buntu boleh disebabkan biji bijian yang kita makan misalnya biji cili atau jambu?
Ini hanya mitos menurut medis biji bijian tidak menyebabkan sumbatan di usus buntu.

Bagaimana pencegahannya ?
konsumsilah serat dan minum air dalam jumlah yang cukup.

p.s dan kalau kerinduan menyebabkan anda buntu...cari lah empunya penyebab...hahaha


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, February 7, 2011

rindu



Jelmaannya maha luar biasa.
Bisa menyihir sesiapa sahaja.
Tiada bermusim yang boleh dijangka, diduga.
Apa lagi hendak menepis dan menyeka keghairah
an nya

Dengan tidak semena-mena hati dikeroyok rindu yang amat sangat.
Suara hati yang paling dalam,
jahar berteriak-teriakkan.
Sayangnya, tidak kesampaian.
Tiada siapa yang mendengarnya.


Saat dicuba untuk gigih menanggungnya sendirian.
Bertemankan dada yang sebidang berombak-ombak lelah.
Riaknya terasa seakan-akan mahu pecah...


MasyaAllah, hebatnya penangan rindu.

Ibarat mempertaruhkan nyawa dan seluruh jiwa raga.


Entahlah.
Hanya untuk mengkhabarkan bahawa diri ini sedang galau merindu memamg payah. Segala-galanya jadi tersangat sukar. Lebih rela mengusung tidak keruan itu dalam kepura-puraan dan pembohongan. Lebih sanggup tidak mengubatnya.


Maka, sudah menjadi nasibnya. Senyap-senyap hanya mampu menyimpan ia jauh di suatu sudut yang sunyi. Dan akhirnya terbiar.

Begitu lah kantung rindu kian meluyut-luyut. Figuranya, persis pohonan yang sedang subur. Bergugusan buahnya.
Kenapa hingga dini hari masih belum mampu memetiknya?

Adakah kerana mahu dipetik, tapi tangan tak sampai.

Atau adakah kerana mahu dipetik, tapi masaknya belum ranum.

Barangkali adakah kerana mahu dipetik, tapi hati culas minta ditangguh dulu.

Aduhai rindu...
Ke mana harus dilampiaskan rasa itu. Dan jika ia hadir dengan keluhuran dan keikhlasan, pastinya cukup membahagiakan.


Ya Allah, semoga kantung rindu saya ini tidak rabak. Risau juga andai buah-buahnya tidak sempat dijamah. Habis gugur menyembam ke tanah. Pasti saya akan menjadi orang yang paling bersalah.

InsyaAllah, mudah-mudahan tidak.

( credit Myhumairahku.com )


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

bila bunga di petik orang...


Tarikh : 4hb February
Lokasi : Sekincan Selangor
Waktu : 11 am
Aturcara : Merisik

anak dagang ke pulau Bentan
datang bersama barang dagangan
datang bukan sebarang datang
datang bertanya bunga larangan

langit mendung, awan kelabut
harap2 mentari kelihatan
salam di sambut, tanya di sahut
tanya kan dulu empunya badan

di tepi kolam membaling batu
batu di ambil dari daratan
si dara tersenyum tanda setuju
termeterai sudah satu ikatan

makngah melatah tersenyum simpul
manis nya senyuman bagai kan gula
cincin di sarung sebagai simbul
si dara sudah ada yang punya


p.s tak dapat ku gambar kan perasaan ku ketika itu..rasa bagai dunia ku kosong...rasa bagai dia di renggut dari dakapan ku...harus ku ingat kan diri..dia bukan hak mutlak ku seorang!!

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, February 4, 2011

bunga2 chenta..


agak lama aku tak update blog..( ceh baru 4 hari dh kata lama )..agak bz juga dengan tugas seharian..ada banyak cerita hendak ku suara kan tapi bila sampai rumah mata dah kelat nak tekatup atau kadang bila idea mencurah2 'en brukband' macam lahanat!

hari ni selepas buat majlis sambutan Tahun Baru Cina di FMB untuk crew2 kapal, aku bergegas pulang ke kampung..sebab aku pun nak 'makan besar' dengan family aku gak..ahaks
iskhh tak ler..yang benar mengambil kesempatan cuti PH yang panjang ni mak aku buat kenduri tahlil arwah abah aku..abang dr johor dah sampai..adk ku yang di Terengganu pun dah sampai..hahaha orang Nilai yg sedekat kangkang kera tak sampai2 lagik?

sepetang bergelumang di dapur, ha sekarang aku ada kesempatan 'mengadap' en laptop..buka email..terkezuuut haku kerana ada 2 ( 2 sahaja tau ) email yang bertanya kan tentang entry ku gugur nya bunga chenta...wah bangga giler ada gak orang yang tertarik tentang kejayaan ku merapu...mereka bertanya macamana cara nya nak mengajar anak remaja berbicara tentang sex? adakah secara direct atau berkias?...errmmm aku dah jadi pakar motivasi ker??? pakar lah sangat!

ini adalah perbualan secara tak langsung antara ibu dan anak dara nya :-

ibu : iskhhh..iskhhh tak habis2 cerita buang anak skarang ni..ngeri lah nak bc surat khabar

anak : mengangkat muka tanda ambil perhatian

ibi : agak2 kakak lah apasal ha dorang buang bayi?

anak : sebab belum nikah..takut..malu..tak tau nak buat apa

ibu ; betul tu..tu sebab remaja kena berhati2 masa bercinta..jangan la sampai terlanjur..banyak sangat akibat buruk nya..

anak : tak kan nak jawab kut..kang kantoi...

ibu : kakak tau tak walau pun tanpa buat sex , org perempuan boleh pregnan?

anak : ye ker ma?? tekejut beruk ( beruk pun tak terkezut..dia wat dono jer..)

ibu : ..ha'ah

anak : cana tu leh jadik??

ibu : (selamba giler wat statemen ) masa beromen, orang lelaki suka gesel kan 'alat' dia kat tempat sulit perempuan, walaupun perempuan pakai penties, ( selalu nya penties nylon jarang dan berlubang2 halus ) tapi bila lelaki dah climax mengeluarkan air mani dan perempuan pun dah keluar kan 'telur '..kedua2 sperma tadi akan sedaya upaya bergabung dan berenang memasuki rahim!! dan dengan takdir Allah..kun..Fayakun..jadi! maka jadi lah satu keujudan...

anak :buntang mata tengok mama nya.. ( ha tau takut!)

ibu : mama tau anak mama ni budak baik..tau batas kan pergaulan..tau mana baik mana buruk dan tau jaga nama baik keluarga kan..sambil peluk dan cium anak dengan penuh kasih sayang..


Nota tumit : anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai...corak kan lah ia samaada mau jadikan ia Yahudi, Nasrani atau ahli syurgawi!

mana lah awak pergi???

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...