camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Monday, February 7, 2011

rindu



Jelmaannya maha luar biasa.
Bisa menyihir sesiapa sahaja.
Tiada bermusim yang boleh dijangka, diduga.
Apa lagi hendak menepis dan menyeka keghairah
an nya

Dengan tidak semena-mena hati dikeroyok rindu yang amat sangat.
Suara hati yang paling dalam,
jahar berteriak-teriakkan.
Sayangnya, tidak kesampaian.
Tiada siapa yang mendengarnya.


Saat dicuba untuk gigih menanggungnya sendirian.
Bertemankan dada yang sebidang berombak-ombak lelah.
Riaknya terasa seakan-akan mahu pecah...


MasyaAllah, hebatnya penangan rindu.

Ibarat mempertaruhkan nyawa dan seluruh jiwa raga.


Entahlah.
Hanya untuk mengkhabarkan bahawa diri ini sedang galau merindu memamg payah. Segala-galanya jadi tersangat sukar. Lebih rela mengusung tidak keruan itu dalam kepura-puraan dan pembohongan. Lebih sanggup tidak mengubatnya.


Maka, sudah menjadi nasibnya. Senyap-senyap hanya mampu menyimpan ia jauh di suatu sudut yang sunyi. Dan akhirnya terbiar.

Begitu lah kantung rindu kian meluyut-luyut. Figuranya, persis pohonan yang sedang subur. Bergugusan buahnya.
Kenapa hingga dini hari masih belum mampu memetiknya?

Adakah kerana mahu dipetik, tapi tangan tak sampai.

Atau adakah kerana mahu dipetik, tapi masaknya belum ranum.

Barangkali adakah kerana mahu dipetik, tapi hati culas minta ditangguh dulu.

Aduhai rindu...
Ke mana harus dilampiaskan rasa itu. Dan jika ia hadir dengan keluhuran dan keikhlasan, pastinya cukup membahagiakan.


Ya Allah, semoga kantung rindu saya ini tidak rabak. Risau juga andai buah-buahnya tidak sempat dijamah. Habis gugur menyembam ke tanah. Pasti saya akan menjadi orang yang paling bersalah.

InsyaAllah, mudah-mudahan tidak.

( credit Myhumairahku.com )



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...