Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinarmu kerana
engkau mengharapakn sinaran dari
ku....
Ingatlah bahtera yang kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang -kadang
bumi terasa akan silauan ku
Lantas aku ingat akan satu hal bahawa
Tuhan mencipta bukan hanya bumi
malah ada planet lain yang mengharapkan
sinarku
Lalu....
Relaknlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Ilahhi
sinaranku di perlukan di planet lain
BALASAN PUISI DARI SANG ISTERI
Suamiku,
andai kau memang mentari
sang suria yang membri cahaya
aku merelakan engkau berikan
sinarmu kepada segala planet
yang telah Tuhan ciptakan kerana
mereka juga seperti aku
perlukan cahaya mu
aku pun juga tidak akan merasa
kekurangan dengan sinaranmu
AKAN TETAPI!!!
Bila kau hanya sejengkal lilin
yang berkekuatan 5 watt saja
janganlah kau bermimpi untuk
menyinar planet lain
Kerana bilik tidur kita yang kecilpun
belum sanggup kau terangi
Lihatlah dirimu pada cermin kaca di
sudut kamar kita,
ditengah remang pancaran
cahaya mu yang telah aku mengerti
Cuba lihat siapa dirimu.....
MATAHARI atau lilin
atau jangan-jangan cuma mancis
saja!!
OH,''PLEASELAH' abang....!!
NAK KAHWIN LAIN KONON!!!!
BERANI BUAT LAAAAA..!!
hahahahaha credit sekamarrindu
hahahahaha credit sekamarrindu
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

3 dah luah kan rasa:
haha.part sinaranku diperlukan di planet lain uh klako.;p
hai mer...
study guane??? all de best ya
hai aunty.ngah duk goyang kaki je kat umah.tunggu result.hee insyaallah.thanks.:D
Post a Comment
sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..