camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Friday, February 18, 2011

cantik punca merana...?.

gambar hiasan
apa punya tajuk entry ni kan..apakah sebab aku tak cantik maka aku membuat statement yang sebegini?..jeles ler tu..hikhikhik...
tak..aku cakap betul, kebanyakan wanita cantik dan popular hidup mereka hanya bahagia di luar, namun mereka kesepian dan menderita..( malas nak bagi contoh artis barat atau artis dr negara kita sendiri yang cantik giler tapi masih solo )

wajib wanita cantik di gilai ramai pemuda yang juga handsome dan kaya, and selalu nya wanita cantik ini akan jatuh cinta dengan pemuda yang sederhana ( apasal ye?...yes sebab Tuhan itu adil..malas nak hurai )

mari kita imbau kembali cerita antara dua darjat lakonan alahyarham P Ramlee..Tengku Zaleha mencintai Ghazali rakyat biasa..ditentang hebat oleh keluarga, di pisah kan..Ghazali merana kerana Tengku Zaleha berkahwin dengan Tengku Mukri..( cuba kalau tak cantik, Tengku Mukri pun tak hingin dan Ghazali pun tak sasau! )

ini cerita benar, tiada penambahan cerita cuma ayat di sedap kan..
pada zaman dahulu ada seorang gadis cantik yang menjadi rebutan di sekolah dan di kampung nya, oleh kerana ayah nya seorang yang sangat tegas dan garang, maka mendapat 'habuan' lah sesiapa yang mengorat anak dara nya..
kesian gadis pingitan itu menjadi burung di sangkar emas...dan kerana dendam tidak dapat memiliki gadis itu pemuda yang kempunan apalagi telah di hina oleh ayah si gadis, telah mengguna kan ilmu hitam untuk menyihir gadis tersebut..akhir nya atas beberapa sebab yang tak boleh di siarkan, gadis itu berkahwin dengan orang yang tidak sepatut nya..merana dan sengsara adalah suratan hidup nya.
tidak seperti cerita filem yang happy ending, cerita gadis itu masih belum tamat...DIA masih mengharap kan cinta sejati nya...

ermmm macamana?..masih berangan nak jadi cantik?..tak perlu lah. cukup sekadar kita ni sedap mata memandang dan yang paling penting, CANTIK BUDI BAHASA, INDAH HATI NURANI... tak gitu???



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...