camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Monday, January 31, 2011

I will love you forever...

seorang jejaka telah memberi cabaran kepada kekasih hati nya iaitu hidup sehari tanpa nya. Tiada pertemuan, tiada panggilan talipon dan tiada sms..kalau kekasih nya berjaya, ganjaran nya ialah dia akan mencintai si gadis selama2 nya!

sang kekasih sangat teruja, tanpa berfikir panjang dia pun bersetuju.

si gadis mengharungi cabaran seharian menanggung rindu dengan tabah..apalah sangat 24jam kata nya- esok dah boleh jumpa ( tanpa dia mengetahui bahawa kekasih nya hanya ada masa 24jam sahaja untuk hidup kerana menderita canser )

fajar menyingsing sahaja - si gadis berlari girang kerumah kekasih hati.

terpana - airmata berguguran tanpa henti apabila yang di temui hanya sekujur tubuh terbaring sepi bersama sekeping nota disisi.

YOU DID IT BABY, CAN YOU DO IT EVERYDAY? I LOVE YOU

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, January 30, 2011

gugur nya bunga cinta...


Izinkan aku sayang
Menyentuh perasaanmu
Biar gelora cinta semalam
Izinkan aku sayang
Merinduimu selalu
Biar bergetar nalurimu

Walau berkali kau membenci
Cintaku takkan hilang
Himpunkan semua kemaafan
Dengarkan oh! rintihan

tak perlu lah aku kata apa2 lagi kerana memang tiada perkataan yang dapat menterjemah perasaan aku ketika ini..tak perlu lah di canang apa hukuman kepada si perilaku perbuatan ini kerana seberat mana pun hukuman tak akan menginsafkan..kecuali roh malang yang tidak berdosa itu sendiri yang menghantui...hah rasakan ..setiap detik dan saat..setiap malam2 mu kau akn hanya mimpikan dia..setiap kelibat kau melihat dia..dan setiap rasa, kau rasakan dia!!!

tak perlu lah pergi jauh mencari dimana sebenar punca kejadian..tak perlu kata kurang nya didikan agama...kerana semua agama mengajar yang baik2 saja..aneh nya tak pernah pulak kita dengar atau melihat di akhbar ada bangsa lain yang buang ....

kurang didikan agama??..jangan tak tahu ada anak imam yang tak tahu sembahyang tau walaupun dah berusia 13thn..masa ni aku di asrama, tiap kali waktu solat budak ni tidak sembahyang..bila di ajak kata nya uzur..tapi dah sebulan uzur apa kejadah nya..tutup malu kata nya penyakit pulak..aku kata kalau penyakit pun, lebih 15 hari dah wajib sembahyang, kau tampal jer pepek kau tu supaya tak meleleh..akhir nya budak ni mengaku yang dia tak tau langsung camana nak sembahyang..melopong aku..yalah bapak imam tu..

nak mengaku tak korang kalau aku kata kita ibubapa lah punca sebenar kejadian malang ni..patut kita yang di hukum dan di penjara kan!..wah marah kat haku..

aku nak tanya berapa orang ibu ( bapa atau papa kita abaikan dulu ) diantara kita yang bertanya kat anak yang baru akil balikh tentang dah tahu mandi wajib?.. dah hafal doa Qunut dan bacaan sembahyang yang lain nya?...haram! semua serah bulat2 kat cikgu sekolah atau guru mengaji kan..yang lain kita ajar, tapi ada tak kita ajar pasal sex?..bahaya nya sex? ( sebelum nikah ) tak da kan..kita cuma kata lelaki dan perempuan haram bersentuhan, tapi pasai apa haram?..tak pernah nak explain..diorang tak faham..peduli apa haram,,haram tu apa?..benda sedap! kan...

aku rasa belum ada lagi ibu kat malaysia ni yang bertanya macam ni kat anak remaja dia,.. ( contoh )

ibu : kakak, selama kawan ngan akim (contoh nama boyfren anak ) kakak ada ringan2 tak?
anak : iskhhh mama ni..takda lah ( percaya ko? )
ibu : adat lah kak ringan2 tapi ada batasan tau
anak :?????? ( terkejut beruk mama dia cakap macam ni )
ibu : ingat diantara kamu berdua ada syaitan yang menyesat kan ..( dah rasa jinak, mama aku sporting )
anak: ma..kiss boleh kan?
ibu: boleh tapi cuba kakak fikir mula2 pegang tangan..sedap kan? pastu nak yang lagi sedap..kiss ..pastu kak?
anak:..... terjerat dalam lembut
ibu: dalam sedap tu la kak kita tak sedar apa yang jadik..tau2 dah happend..masa tu menangis airmata darah pun tak guna kan..sebab ni lah kak di haram kan lelaki dan perempuan bergaul bebas..takut tak terkawal nafsu tu..kalau lah terjadi, nauzubillah mintak simpang..kalau lah kakak mengandung..sanggup ke carry baby dalam perut, 9 blan 10 hari tau..berat, sakit pinggang, sakit belakang..24jam sehari tau..sanggup tak gi sekolah dengan keadaan macam tu? kawan2 seronok enjoy tengok wayang dan sebagai nya..sanggup?? pastu fikir lah mama..papa sekali..apa kaml nak jawab bila orang tanya..

cukup lah syarahan tu..esok2 pulak ( tak payah marah2..bagi jer dia faham..pasti dia rasa bersalah ya amat..budak lagi dimarah, lagi diorang buat kan? )

kalau anak mintak izin keluar dating, setelah di soal siasat, puas hati cakap camni kat anak

ibu : jangan balik lambat kak, mama tunggu tau tak kunci pintu..mama tak leh tido lah selagi kakak tak balik..kang mama sakit kepala tak cukup tido
anak : .... gila ko tak tersentuh hati mama dia cakap macam tu..

( jangan anak dah balik dinihari baru nak bagi pelempang..masa dia keluar dengan jantan kau tak tau pun mana dia pergi..dah terlambat pun..kalau dia 'mengawan' dah bersenyawa pun benih tuh )

dan lagi satu aku pelik..mak bapak apa ke nama nya kalau 9bln lebih anak membusung boleh tak tau sampai lah teberanak dan terbuang anak tu??? nampak sangat tak ambil tau langsung pasal anak kan..

ni bab papa pulak..aku pernah tergelak gila2 bila dengar dailog ni antara jiran aku dan anak remaja nya..

papa : abang nak gi mana tu?
anak : lepak dengan kawan pa
papa : iskhhh hari2 keluar lepak dengan kawan.. tunggu jap papa nak amek baju
anak : papa..apasal ni?
papa : papa nak lepak sekali..boring la kat rumah..
ana : ....rasa2 korang anak dia jadi lepak tak?

( jangan bila polis datang rumah minta jamin anak kat balai pasal merempit atau isap ganja, baru nak lempang anak kat balai polis..nak tunjuk garang lah tu.. pi gi daaaa )

motif nya, jadi lah kawan dan contoh terbaik pada anak2 kita..rumah ku syurga ku..mengapa mau keluar rumah jika yang terbaik ada di sini ???


nota kaki : pengumuman!! jika nak buang bayi, silalah buang kat rumah saya..saya akan jaga nya seperti menjaga nyawa saya sendiri..tapi bayi yang dah jadi tau bukan bayi yang masih sperma!!..* mati la dak itam...larikkkkkkk


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, January 29, 2011

secretary oh secretary....

meh sambung cerita aku gi ambil invoice aku yang terbengkalai itew!!
walaupun aku kaciwa sebab invoice ku belum di approve kan lagi kerana kemalasan secretary yang memerap kerja, tapi aku puas hati gak la dapat kantoikan dia kat boss dia..maaf lah cikk..saya terpaksa..ko tau tak, kalau itu kertas tak sign, aku tak leh antar kat akaun, tak dapat cheq dan kalau tak dapat cheq makna nya aku tak da FULUS !! faham??..bukan macam ko yang walaupun kerja kau update status kat pesbuk 24jam, gaji kau jalan!!

dengan longlai aku pun nak blah ahhh...ehh terserempak lak dengan secretary yang sorang ni..cepat jer dia tarik aku masuk dalam bilik dia...( dia ni kerja up to date..kadang aku tak tanya pun, dia yang call bgtau.."invoice dah siap ..datang lah amek" , TAPI.... )

dia : u.. dari mana?
aku : sanun....
dia : tak siap lagi kan..kan??
aku..ermmm
dia : cantik baju..beli mana??
aku : pasar malam
dia : tipu..bohong...

dan kemudian dia akan bercerita yang dia punya baju beli kat butik dengan jenama itu dan ini, pastu baru beli kasut yang merabak kan setengah bulan gaji dia dan pastu cakap pasal make up dia yang berjenama apa ntah....

aku senyum jelah..yelah kalau aku lawan pun apa yang aku nak eksyen kan?.. baju beli kat pasar malam ( tapi orang takcaya plak bila aku cakap ) kasut ? kasut paling mahal pun beli kat BATA.. make up?? makk aii kalau lah geng tangkap muat datang umah aku dan cek alat2 make up aku, dah tentu si Zul dan Rizalman ketawa sampai keluar air suam!!

tapi apasal orang mesti nak tanya..u pakai make up jenama apa?..muka u bersih lah..cantik... (dah nak stat riak la aku kan..huahuahua..)


see takda satu calit make up pun..wakakaka cantik kerr..


Sebab bagi aku, bukan semua orang mampu kelihatan gojes dan mewah bila pakai barang mahal-mahal ni. Kau beli kasut harga dua ribu, beg lima ribu tapi kalau kau tak boleh carry dengan baik, ilangkan nak nampak posh, kau nampak macam batak!
( ini statement dari blogger terkenal cik green apple..and aku setuju 210% )

Tak caya?
Percayalah!


dia kata aku sgt penting dlm hidup dia...tipu..bohong!!


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, January 28, 2011

lelaki ini....

Davy Erwin Soeradjie

beberapa tahun yang lalu, aku ke tanah suci Mekah menunaikan umrah..kalau ada yang baca entry lepas aku, pasti tahu aku kesana yang pertama 'untuk mati' dengan aman - masa tu aku ada breast canser dan yang kedua tentu lah 'ingin mengadu' sepuas nya pada Sang Pencipta ku...

dalam keadaan yang uzur ( membawa dada yang bengkak- hukhuk ) aku hanya berteman kan rakan perempuan saja..realiti nya dengan perjalanan yang jauh, asing dan dipenuhi berjuta umat..tenaga perempuan kita memang tidak mencukupi apatah lagi OKU macam aku pada saat itu..hahahaah

ditakdirkan Tuhan, sewaktu kaki melangkah naik tangga bas dari lapangan terbang Jeddah untuk ke Madinah..salam ku di sambut oleh lelaki ini.." mata ini indah melihat mu..." diantara celahan pakcik dan makcik, mengapa ada lelaki ini yang berpakaian kemeja lengan panjang kaler pink dan seluar slack kaler putih ( mcm nak gi opis ) berambut perang dan berkulit kemerahan...sah mat saleh nih..itu saja anggapan ku saat itu dan dia memang pun mat saleh dari holland yang tersesat dan tersangkut kat aku...ahaks

rupa nya dia juga termasuk dalam group kami untuk menunaikan umrah ..( satu hotel ) oleh kerana dia yang termuda dan available dan aku OKU maka dia lah jadi bodyguard aku!..muahahaha

aku masih ingat, dia sentiasa mengawasi aku dari belakang , memerhati aku bersimpuh sambil menangis di depan kaabah...dan yang paling aku tak lupa, tatkala aku merayu2 hendak mengucup hajaratulaswad.. ( dilarang keras oleh pakcik dan makcik dlam group aku kerana keuzuran ku ) dia lah dengan sukarela dan suka hati nya membawa aku kesana...dengan ketinggian dan kesasaan tubuh nya , harus aku yang comel ini dapat menyusup masuk di celahan ribuan orang arab yang besar2 belaka badan diorang tuh...

dan waktu membeli dan membelah, bodyguard ku ini juga lah yang menyamar jadi mukhrim ku supaya tidak di ganggu oleh pak2 arab yang miang ya rabbi itew!! dan ofcorse tukang bawak barang2..hehehe sian dia..jahat kan aku mengambil kesempatan dengan ke OKUan aku nih..

indah nya 'bertemu Allah' dan indah nya 'bertemu' dengan lelaki ini...( entry ini ku tulis kerana dengan tidak semena2 dapat call dr dia...huahuahua jiwang mak kejap nyahh ... )

des...thanks for everything...we friend forever k..

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, January 26, 2011

alhamdulillah..sehat sudahhhh

setelah hampir seminggu aku demam, terketar2 dan tersadai di pembaringan.. akhir nya aku dah beransur pulih..walau selera makan masih belum ada, kira ok lah sebab batu besar sudah tada atas keppla.( kepala )

( walaupun seminggu tersadai, tapi blog update gak..hahaha update sambil baring! thanks efa sebab pinjam kan laptop dan si manis nih siap downloadkan drama korea lagi...buat menghibur hati kata nya..ceh bukan buat lagi terhibur, lagi tambah jiwang adalah...lagi tambah bercucuran airmata ku dengan drama korea yang romantik giler tuh )


hari ni banyak lah kerja2 ku yg terbengkalai terpaksa ku beres kan .Salah satu terpaksa jumpa setiausha ( yg tak berapa nak setia ) untuk kutip bil2 yang bos diorang dah sign...aku memang malas betul nak bergebang dengan dema nih.. bukan cemburu tapi jeles jerk..ahaks ( patut nya aku yang duk kat tempat diorang ni kan..kan.. )


tak...dema ni kan, gamak nya masa boss diorang takda kat opis apa diorang buat ehh?..bergossip?..mengumpat or mengait?...dah berminggu aku bagi invois suruh boss dema sign, bila aku call kata tak sign lagi..call tak sign lagi... ( hallo dalam itu kertas ada RM ribu2 tau )
sekali aku tak call, terus jer terpacul depan hidung dia...haaa terkejut beruk ko, and nasib lagi buruk boss ko ada dan aku terus buat bodoh ( memang bodoh pun ) tak ikut protokol terus tanya derek jer...
Aiseyy Mr ALbert my invois belum sign meh?..sudah 2 mnggu hold.. ini bulan saya makan loti looo..

Haa haa...tak tau...padan...pucat lesi muka koo!!



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, January 25, 2011

rahsia airmata....



kalau korang termasuk kalangan orang yang menganggap bahwa menangis itu adalah tanda lemah dan ketidak dewasaan seseorang, menangis hanya suatu tindakan yang tidak ada gunanya dan membuang waktu...maka anda salah! Jika anda tahu manfaat dari menangis, maka anda akan mensyukuri salah satu nikmat Allah ini.

Berikut beberapa fakta tentang Air mata (menangis):

1. Menangis merupakan salah satu perbezaan kita dengan mahluk Allah lainnya. menangis tidak hanya mewakili suasana sedih tapi juga bahagia.

2. Menangis merupakan cara alami untuk membuang unsur-unsur membahayakan dari tubuh manusia.

3. Menangis dapat meredakan ketegangan jiwa.

4. Perempuan lebih banyak menangis 4 kali ganda dari laki-laki. sebab itu lah rata2 umur wanita lebih panjang dari laki2. Kerana terbukti menangis dapat mengeluarkan racun yang diproses tubuh melalui cucuran air mata. Atau dengan kata lain, menahan air mata menyebabkan tumbuhnya racun.

5. Menangis dapat memelihara kelembutan mata.

6. Seorang peneliti modern mengatakan, perempuan menangis sebanyak 3 – 5 kali dalam sebulan. 73% perempuan menagis kerana laki-laki. 6% perempuan tidak menangis saat mengalami tekanan syaraf. 74% perempuan mengeluarkan air mata yang cukup deras saat menangis dan 85% merasa lega setelah menangis.

7. Café kesedihan di China bahagian timur ramai didatangi pengunjung yang ingin menumpahkan kesedihannya walau pun charge nya mahal perjam (50 yuan / US$ 6). Di café itu disediakan bawang, cabai merah, sapu tangan dan music melankolis untuk membantu pengunjung mencurahkan air matanya.

8. Bayi ternyata sudah menangis semenjak berada di dalam rahim.

Dan masih banyak fakta lainnya. Jadi bila anda berada pada satu situasi di mana menangis itu diperbolehkan dan secara social dapat diterima, maka demi kesehatan anda, menangislah. Tumpahkan dan lepaskan perasaan-perasaan sedih atau emosi yang terpendam dalam batin anda.Selepas menangis, tarik nafas dalam2 dan tersenyum lah...




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, January 23, 2011

merawat hati yang luka...


Cara2 merawat hati yang luka:- ( step 1 )

1. tekap darah yang mengalir dengan kain atau tuala bersih.
2. basuh dahulu luka dengan air bersih, se elok nya dengan air suam bercampur dettol
3. hentikan pengaliran darah dengan meletakkan ubat kuning atau iodin.
4. balut luka dengan kain pembalut atau bandege.
5. duduk diam2

( kalau masih lagi mengalami pendarahan, baik segera di basuh semula, masuk kan secubit garam dan kunyit. GORENG PUN SODAP!!! )


Cara2 merawat hati yang luka:- ( step 2 )


Apabila hati terluka, seluruh badan akan merana dan perlu dirawat dengan segera, jika tidak masalah baru akan datang menjelma.

merawat hati yang luka :

1. Untuk mengelakkan daripada datang bisikan syaitan Baca Al Fatihah ( 1 kali ) Al-Baqarah ayat 1 - 5 ( 1 kali) ,Ayat Qursi (7 Kali ) , Al-Baqarah ayat 284-286 ( 1 kali ) Al-Ikhlas, Al-Falaq, An- Nass ( 1kali ) setiap kali selepas sembahyang Fardhu atau bila rasa tidak tenteram.

2. Baca Al - fatihah diikuti dengan surah Al-A'Raf ayat 196-199 ,diikuti dengan ayat 200 sebanyak 7 kali kemudian tarik nafas hingga memenuhi dada dan hembuskan lakukan 3 kali, kemudian sambung ayat 201- 206.Mohon dengan Allah supaya dijauhi oleh gangguan syaitan yang bermaharajalela di hati ketika kita rasa kecewa.

3. Banyakkan membaca doa Rabbana Atina Fid dun ya hasanah wafil akhirati hasanah waqina 'azabannar.

4. Sebelum tidur baca A'uzubillhiminasy syaithonirrajim ( 21 kali ). Insya Allah lama-lama hati akan tenteram.





yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, January 22, 2011

shhhhhhh......










p.s kalau lah aku boleh se tenang dia..tidur sepulas dia..alangkah!!

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, January 21, 2011

....aduh kalau dah sakit

aku ni boleh di kategori kan orang yang payah nak sakit ringan macam batuk,selsema dan demam..batuk dan selsema tu mau 4 tahun sekali baru dapat..demam pun..
sakit kepala tu biasa lah, dah sinonim dengan orang2 rabun macam aku ni...

kemarin ( rabu ) aku dah rasa lain macam..tekak sakit dan perit..suhu badan dah mula naik dan setiap sendi2 aku ni rasa macam ada jarum mencucuk2..maka tersadai lah aku.....
semalam niat di hati nak panjat batu cave..haha apakan daya nak gi toilet pun setengah jam baru sampai!


p.s kawan ketawa senang di dapat, kawan sakit ADA kah??

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, January 18, 2011

L.O.V.E..





If you can't keep your eyes off of her, then it is not love, it is LUST.
If you are so eager to show her off to your friends, then it is not love, it is LUCK.
If you need her around because you know she's there,then it is not love, it is LONELINESS.
If you with her because she kissed you, then its is not love, it is LOW CONFIDENCE.
If you stay because you don't want to hurt her, then it is not love, it is PITY.
If you belong to her because the sight of her makes your heart skip a beat and your adrenalin pumped to the highest, then it is not love, it is INFACTUATION.
If you pardon her faults because you care about her, then it is not love, it is FRIENDSHIP.
If you tell her every day she is the only one you think of (HAHAHA), then it is not love, it is a LIE.
If you willing to give up all of your favorite things for her, then it is not love, it is CHARITY.

Does your heart ache and breaks when she's sad?
Do you cry for her pain, even when she's strong?
Do her eyes see your true heart, and touch your soul so deeply it hurts?
Do you accept her faults because it's a part of who she is?
Are you attracted to others, but stay with her faithfully without regret?
Would you give her your heart, your life, your death?
Then it is LOVE.


p.s pada aku cinta sebenar nya sudah mati...yang ada hanya kasih dn sayang!

credit 4 green apple

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, January 17, 2011

sian nya..brapa lama lah menahan....

minta maaf lah kalau aku asyik nak cerita pasal kucing jer..dah tu dunia ku dengan kucing jer..hukhuk....

pagi tadi tak tau sapa yang last keluar rumah, terlupa nak keluarkan 3horang anak pungut ku itu..bila aku balik petang, dengar jer bunyi pintu grill di buka, aku nampak dari tingkap dorang dah standby depan pintu..beratur KEGARISAN, SEDIA , LARI!!


meluru ke jamban...tak tahan..tak tahan
sorang2 la weh, mana muat semua sekali
en Grey memang suka mendajal yang lain, dah sudah tu dia posing lak..hoiiii...
aku memang GERAM DENGAN DIA NIH...ERRMMMM..ERMMMM


P.S binatang pun macam manusia juga...kalau di didik dengan baik, dia akan jadi yang terbaik dan mereka tak berakal untuk 'menikam dari belakang'!! MANUSIA??

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, January 16, 2011

....jangan la kacau sayang....sedap tidur ni...

semalam aku balik kerja lambat..niat di hati nak tidur puas2 sampai tengahari..sementelah 'sahabat setiaku' yang hadir setiap bulan telah datang, so tak payah la aku bangun solat subuh...TAPI aduhaiiiii


mula2 dia main cuit2..

bila aku selubung dengan selimut, dia wat2 manja bubum sebelah

bila aku tak dulik, dia panggil geng berwresling la pulak!!

ni dah kena jentik tinga..wat muka seposen



p.s aku amek gambar kucing jer ye...image ku agak malu untuk di publish kan ahaks..seksi siot!!


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, January 14, 2011

mengenang pemergian abah


Alfatihah..semalam genap 15thn pemergian abah...rasa masih basah dalam ingatan bagaimana terkejut nya aku menerima berita kehilangan abah pada waktu itu.

Abah pergi dalam usia yang masih muda lagi, baru 55thn...ya muda sangat lagi..terlalu awal sebenar nya..aku masih belum puas bermanja2 dengan abah, sementelah abah dulu askar dan selalu meninggal kan kami dengan mak saja..waktu kami kecil dahulu abah sangat garang, kami tak berani nak bercakap pun dengan abah dan abah pun tidak bercakap dengan kami kecuali jika hendak marah!! semua interaksi melalui mak..

Setelah dewasa dan bekerja baru lah kemesraan itu wujud dan lagi pula abah berhenti awal dari askar kerana di serang sakit darah tinggi yang agak kronik.. dan abah asyik keluar masuk hospital sehinggalah di hari terakhir abah..

Aku nak cerita di hari terakhir abah, ada peristiwa menarik di sini yang boleh kita renungkan akan kebesaran Allah..macam ni..

setelah berhenti askar, abah bekerja sebagai pegawai keselamatan yang mengambil kontrak mengawal sekolah2 di sekitar kuala selangor hingga ke Sg besar..tugas abah hanya menyelia pengawal2 keselamatan, menyusun jadual dan sebagai nya termasuk juga membayar gaji..( dulu2 rasa nya jarang ada sistem bank in duit )
oh ye ibu pejabat syarikat abah bekerja ni terletak di Jalan Semarak Kl..so setiap awal bulan abah akan ke ibu pejabat untuk mengambil wang gaji pekerja..( aku tak dapat bayang kan macamana sempoi nya abah bawak duit yang banyak dengan hanya naik motor kKawasaki!! )

Kerana kesihatan yang tidak mengizin kan abah bercadang mahu berhenti kerja dan berjumpa sendiri dengan boss abah, dan semalam 15 tahun yang lalu abah menunggang motosikal ke kuala lumpur untuk ke ibu pejabat ( walau di tegah oleh emak ) dan abah tidak lupa membawa kan sebiji buah nangka yang sudah masak untuk aku..( waktu itu aku bekerja di subang airport dan tinggal di Tasik Biru Kundang daerah Sg buluh )

Setelah singgah di rumah ku menghantar nangka, ( abah tak pernah bagitau aku bila dia hendak datang, bila aku merungut 'spotchek' kata nya! ) abah meneruskan perjalanan dan malang nya di depan kilang ubat nyamuk di kawasan paya jaras, aku dah lupa apa nama kilang tu abah memberhenti kan motor dan muntah darah..

mujur ada seorang pemuda India yang kebetulan lalu dan memapah abah duduk di bustop berhampiran..dan pemuda itu meminta abah bersabar sementara dia ke balai polis Sg pelong meminta bantuan. 10 minit kemudian kereta peronda polis sampai dan membawa abah ke hospital Sg buluh..di dalam kereta abah duduk di kerusi belakang di temani seorang anggota polis dan abah masih sempat berborak dengan polis tersebut

polis : pakcik ni nak pergi mana?
abah :sy nak pergi ke kl ..nak jumpa boss
polis : pakcik ni tak sihat
abah : ye..sy ada darah tinggi
polis : oowh pakcik rehat ye..kelap lagi kita sampai hospital
abah : cik.. ni buku saya, ada no talipun rumah, no talipun pejabat anak saya ( aku ) dan ini alamat dan no talipun opis saya.. ( sambil menunjuk kan satu persatu )
polis : yelah saya simpan buku pakcik ni..nanti kat hospital saya pulang kan..pakcik rehat ye

abah pun tidur, sampai dihospital polis cuba kejut kan abah dari tidur, abah sudah tidak bangun lagi..tidak bangun lagi buat selama nya..pemeriksaan doktor menyatakan yang abah menghembus kan nafas terakhir nya kira2 10 minit yang lalu, ini bermakna setelah habis dia bercakap dengan polis tersebut!! Maha besar Allah abah pergi dengan amat mudah sehinggakan polis di sebelah dia pun tidak perasaan!!

SUdah menjadi tabiat abah tidak mahu menyusah kan orang, sehingga di hari terakhir nya pun, semua kerja jadi mudah kerana abah sudah 'berpesan'..dengan mudah polis menghubungi orang2 tertentu untuk menguruskan jenazah abah...

abah...saya tak pernah marah abah kerana di zaman remaja sy abah sgt mengongkong..abah pernah menumbok orang yang mengurat sy..abah tak izin sy keluar tanpa abah atau emak..tak apa abah..sy pun tak suka berpeleseran..sy sakit bukan kerana abah..bukan bah..dah Allah tulis ini nasib sy dari azali lagi..tak perlu abah sesali diri..
sy nak abah tahu yang sy sangat sayang kan abah dan yang sy sesal hanya satu, masa kita bermesra terlalu singkat..itu jer bah..itu jer..

berehat kah dengan tenang ye bah..setenang pemergian abah dulu..


p.s.. semua cerita di saat terakhir abah di ceritakan oleh polis yang terlibat...( budi mu Allah sahaja yang membalas, terima kasih sahabat )

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, January 11, 2011

cinta yang terbiar....




Siapalah aku tanpa dirimu
Bagai pantai terbiar sepi
Siapalah aku tanpa cintamu
Bagai insan dibaluti kerinduan

Cinta itu amat mengasyikkan
Rindu itu amat memilukan
Perpisahan amat menyeksakan
Namun ada pengajaran

Cintaku cinta yang terbiar
Hidupku tidak seindah impian


Luka itu amat memedihkan
Resah itu amat membosankan
Kekecewaan amat derita
Namun ada kenangannya

Cintaku cinta yang terbiar
Mengharap kasih pada yang tak sudi
Cintaku cinta yang terbiar
Jatuh tersungkur di pinggir luka

Apalah ertinya cinta yang terbiar
Bagai biduk hanyut di lautan
Apalah dayaku jodoh tiada
Sudah suratan takdirnya begitu

aku kehilangan kata2.......


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

jum wat lawatan kebilik bujang

sesekali rajin kan lah diri korang untuk buat lawatan ke bilik bujang ( lelaki ) sebab kalau korang tak menjenguk kawasan tegar itu, di khuatiri penghuni nya 'menternak' sesuatu! ahaks...

orang bujang ini ialah :-

1.anak lelaki anda kah
2.adik lelaki anda kah atau
3.laki anda kah yang tinggal berjauhan dari anda ( yang ini lagi bahaya kena cek selalu! )


Tip untuk buat lawatan mengejut :-

a. pakai topeng yang kaver hidung dan mulut tuh..bau nya dah tentu tak leh tahan.
b. buka tingkap luas2 supaya udara segar dapat masuk.
c. sediakan plastik sampah yang besar
d. bakul loundry yang besar juga
e. jangan lupa selak bawah katil
f. masa tukar sarung bantal dan tilam, jangan lupa cek bawah tilam sekali yeeee..


tengok tu tayar basikal pun ada dalam bilik??


ni kira ok la ni...macam tau jerr


walaupun takda 'isteri' dibawah katil tapi ashtry yg macam ni mesti ada!!


cek dulu di antara baju2 tu adakah pakaian yg mencurigakan?..ahaks


nota kaki: kalau anda seorang yang tabah dan berani untuk bertegang urat leher dengan tuan punya bilik sila lah membuat soalan, tapi jika korang rapuh dan tak kuasa macam aku, elok diam dan wat derk jer..huhu

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, January 7, 2011

segala nya boleh berubah....



kadang waktu balik kampung, aku rajin ronda2 ketempat yang dulu menjadi tempat aku bermain di waktu kecil, ermmm tiada lagi titi di sungai yang menjadi tempat budak laki2 terjun tiruk, malah sungai itu pun sudah menjadi ban ( cannel cakap omputih nya ) untuk pengairan sawah padi. Tiada lagi pokok beringin yang tinggi menjulang,yang waktu balik mengaji di malam hari , kami akan pecut dan baca fatihah kuat2 kerana pokok beringin tu berhantu!!..hahaha tapi pokok hantu itu sudah tiada lagi dan berganti dengan pagar putih yang gah milik ketua kampung.

dan aku kesawah peninggalan arwah abah ( yang kini di usahakan oleh penyewa ), segala nya memang telah berubah!!..tiada permatang untuk berjalan2 macam waktu aku bercinta monyet dahulu..tiada pondok kecil tempat berteduh...ya tiada lagi kenangan untuk jejak2 yang di tinggal kan!!

waktu aku kepantai..mengimbau bau laut..tiada camar yang pulang..pohon rhu telah tumbang! hati sayu kerana sekali air bah, sekali pasir berubah, cuma aku kagum kerana pantai tetap tabah..tetap bertahan walau tidak lagi sejauh mata memandang, walau telah didirikan benteng batu2 untuk bertahan.

begitu lah alam berubah..bagaimana dengan hati manusia? adakah dengan sangat mudah? kalau dahulu seorang anak sangat sukar menerima pengganti ibu mereka, tapi kesabaran dan keikhlasan kasih sayang dapat menawan dan melembutkan batu perasangka..kalau hati seorang anak sangat kecewa dan tidak dapat memaaf kan kekejaman seorang ayah..tapi kedaifan dan ke uzuran dapat melenturkan hati dan perasaan!

bagaimana sang kekasih?..tidak perlukan perubahan kan..biar lah masa yang menentukan segala nya..seperti pasir, seperti pantai...percaya lah camar pasti pulang!!

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, January 2, 2011

jauh di sudut hati...






semoga tahun baru, ada sinar baru buat ku...insyaallah akan redha dengan apa jua yang telah qada' dan qadar tentu kan dan tertulis dari azali di Loh mahfus...aminnn





Sayang
Kubawa Jauh Rinduku
Kerna Aku Telah Tahu
Kau Bukan Milikku

Sayang
Sesunguhnya Bukan Mudah
Menjalani Hidup Ini
Tanpa Kau Di Sisi

Jauh Disudut Hati
aku Masih Bermimpi
Mimpi Yang Indah
Esok Kau Kembali

Jauh Di Sudut Hati
Ada Waktu-waktunya
aku Berdoa
Kau Pulang Semula

Sayang
Biar ku Mengingatimu
Biar Kugantung Harapan
Hingga Sampai Waktu
Nafas Terakhirku


nota kaki : sangat percaya pada sepatah kata hikmat bahawa mencintai tidak semesti nya dapat memiliki!!...cukup sekadar mengetahui bahawa diri ini juga di sayangi...




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, January 1, 2011





p.s Azam tahun baru saya takmo lagi gaduh2 dengan awok..hahaha

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...