camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Sunday, January 30, 2011

gugur nya bunga cinta...


Izinkan aku sayang
Menyentuh perasaanmu
Biar gelora cinta semalam
Izinkan aku sayang
Merinduimu selalu
Biar bergetar nalurimu

Walau berkali kau membenci
Cintaku takkan hilang
Himpunkan semua kemaafan
Dengarkan oh! rintihan

tak perlu lah aku kata apa2 lagi kerana memang tiada perkataan yang dapat menterjemah perasaan aku ketika ini..tak perlu lah di canang apa hukuman kepada si perilaku perbuatan ini kerana seberat mana pun hukuman tak akan menginsafkan..kecuali roh malang yang tidak berdosa itu sendiri yang menghantui...hah rasakan ..setiap detik dan saat..setiap malam2 mu kau akn hanya mimpikan dia..setiap kelibat kau melihat dia..dan setiap rasa, kau rasakan dia!!!

tak perlu lah pergi jauh mencari dimana sebenar punca kejadian..tak perlu kata kurang nya didikan agama...kerana semua agama mengajar yang baik2 saja..aneh nya tak pernah pulak kita dengar atau melihat di akhbar ada bangsa lain yang buang ....

kurang didikan agama??..jangan tak tahu ada anak imam yang tak tahu sembahyang tau walaupun dah berusia 13thn..masa ni aku di asrama, tiap kali waktu solat budak ni tidak sembahyang..bila di ajak kata nya uzur..tapi dah sebulan uzur apa kejadah nya..tutup malu kata nya penyakit pulak..aku kata kalau penyakit pun, lebih 15 hari dah wajib sembahyang, kau tampal jer pepek kau tu supaya tak meleleh..akhir nya budak ni mengaku yang dia tak tau langsung camana nak sembahyang..melopong aku..yalah bapak imam tu..

nak mengaku tak korang kalau aku kata kita ibubapa lah punca sebenar kejadian malang ni..patut kita yang di hukum dan di penjara kan!..wah marah kat haku..

aku nak tanya berapa orang ibu ( bapa atau papa kita abaikan dulu ) diantara kita yang bertanya kat anak yang baru akil balikh tentang dah tahu mandi wajib?.. dah hafal doa Qunut dan bacaan sembahyang yang lain nya?...haram! semua serah bulat2 kat cikgu sekolah atau guru mengaji kan..yang lain kita ajar, tapi ada tak kita ajar pasal sex?..bahaya nya sex? ( sebelum nikah ) tak da kan..kita cuma kata lelaki dan perempuan haram bersentuhan, tapi pasai apa haram?..tak pernah nak explain..diorang tak faham..peduli apa haram,,haram tu apa?..benda sedap! kan...

aku rasa belum ada lagi ibu kat malaysia ni yang bertanya macam ni kat anak remaja dia,.. ( contoh )

ibu : kakak, selama kawan ngan akim (contoh nama boyfren anak ) kakak ada ringan2 tak?
anak : iskhhh mama ni..takda lah ( percaya ko? )
ibu : adat lah kak ringan2 tapi ada batasan tau
anak :?????? ( terkejut beruk mama dia cakap macam ni )
ibu : ingat diantara kamu berdua ada syaitan yang menyesat kan ..( dah rasa jinak, mama aku sporting )
anak: ma..kiss boleh kan?
ibu: boleh tapi cuba kakak fikir mula2 pegang tangan..sedap kan? pastu nak yang lagi sedap..kiss ..pastu kak?
anak:..... terjerat dalam lembut
ibu: dalam sedap tu la kak kita tak sedar apa yang jadik..tau2 dah happend..masa tu menangis airmata darah pun tak guna kan..sebab ni lah kak di haram kan lelaki dan perempuan bergaul bebas..takut tak terkawal nafsu tu..kalau lah terjadi, nauzubillah mintak simpang..kalau lah kakak mengandung..sanggup ke carry baby dalam perut, 9 blan 10 hari tau..berat, sakit pinggang, sakit belakang..24jam sehari tau..sanggup tak gi sekolah dengan keadaan macam tu? kawan2 seronok enjoy tengok wayang dan sebagai nya..sanggup?? pastu fikir lah mama..papa sekali..apa kaml nak jawab bila orang tanya..

cukup lah syarahan tu..esok2 pulak ( tak payah marah2..bagi jer dia faham..pasti dia rasa bersalah ya amat..budak lagi dimarah, lagi diorang buat kan? )

kalau anak mintak izin keluar dating, setelah di soal siasat, puas hati cakap camni kat anak

ibu : jangan balik lambat kak, mama tunggu tau tak kunci pintu..mama tak leh tido lah selagi kakak tak balik..kang mama sakit kepala tak cukup tido
anak : .... gila ko tak tersentuh hati mama dia cakap macam tu..

( jangan anak dah balik dinihari baru nak bagi pelempang..masa dia keluar dengan jantan kau tak tau pun mana dia pergi..dah terlambat pun..kalau dia 'mengawan' dah bersenyawa pun benih tuh )

dan lagi satu aku pelik..mak bapak apa ke nama nya kalau 9bln lebih anak membusung boleh tak tau sampai lah teberanak dan terbuang anak tu??? nampak sangat tak ambil tau langsung pasal anak kan..

ni bab papa pulak..aku pernah tergelak gila2 bila dengar dailog ni antara jiran aku dan anak remaja nya..

papa : abang nak gi mana tu?
anak : lepak dengan kawan pa
papa : iskhhh hari2 keluar lepak dengan kawan.. tunggu jap papa nak amek baju
anak : papa..apasal ni?
papa : papa nak lepak sekali..boring la kat rumah..
ana : ....rasa2 korang anak dia jadi lepak tak?

( jangan bila polis datang rumah minta jamin anak kat balai pasal merempit atau isap ganja, baru nak lempang anak kat balai polis..nak tunjuk garang lah tu.. pi gi daaaa )

motif nya, jadi lah kawan dan contoh terbaik pada anak2 kita..rumah ku syurga ku..mengapa mau keluar rumah jika yang terbaik ada di sini ???


nota kaki : pengumuman!! jika nak buang bayi, silalah buang kat rumah saya..saya akan jaga nya seperti menjaga nyawa saya sendiri..tapi bayi yang dah jadi tau bukan bayi yang masih sperma!!..* mati la dak itam...larikkkkkkk



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...