camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Tuesday, May 29, 2012

saya cinta nabi...



Subhanallah..allahummasalli alasaidinamuhammad waalaalihisaidinamuhammad...

aku mengerti perasaan ustaz don..sedu sedan dia... berat nafas dia menahan tangisan dan kesedihan...( hanya mereka yang ada perasaan ini saja yg mengerti )

lebih sepuluh tahun dulu waktu aku ke makam baginda, ( waktu ini keadaan tidak di kawal seperti sekarang, maksud nya kita boleh melawat makam nabi dengan mudah, berdiri betul2 di pagar yang memagari pintu makam baginda )

masyaallah diantara jemaah (yang pasti bukan dr bangsa kita, golongan Syiah mungkin ) ada yang meraung2 menyeru nama baginda, malah ada menangis berguling2..aku faham malah sangat mengerti betapa kecintaan dan kerinduan yang tidak dapat di bendung..tapi sebagai mukmin sejati kita di larang berlebih2an begitu...yang terdaya aku laku kan sama seperti ustaz Don..terketar2 menahan sedu sedan...berat nafas menahan tangisan..hanya airmata berjujuran bagaikan hujan..

mari lah kita belajar mencintai nabi..pasti akan rasa tenang walaupun kita menangis,pasti akan rasa seronok walaupun kita di benci, pasti akan merasa indah walaupun hidup kita susah..

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, May 27, 2012

renung2 kan dan selamat beramal...


Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji. Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah. Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.
 Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya. Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi. Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap. Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya.

 Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu. Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas. Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah. Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

 Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar. Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah. Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni. Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda. Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu.. Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

 Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu. Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

 Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti,insyaallah

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, May 26, 2012

bila otak sudah tidak berfungsi..yg hidup hanya Dia dihati...



 sayu sangat hati ini melihat dia...bagaimana boleh terjadi?..dalam koma dia boleh mengaji?...teringat kata2 seorang ustaz ni bila di tanya
 "ustaz betul ker pada bulan puasa semua hantu syaitan di rantai?..tanya seorang murid
 "betul, jawab ustaz
 "abes tu apasal kalau dah takde syaitan masih lagi ada yang buat jahat dan maksiat?..tanya murid tu lagi "sebab dia tu syaitan, maksud nya dia dah sebati dengan kerja2 syaitan, tanpa tok guru dia pun ( syaitan ) yang suruh dan hasut..dengan sendiri nya dia nak buat kebiasaan dia

 di sini aku andai kan pemuda ini sudah kebiasaan dia dengan ayat2 suci Alquran sehingga kan nafas dan nadi dia terisi dengan ayat2 itu..bila otak sudah tidak berfungsi, yang hidup hanya Dia di hati!! Sunhanallah

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Subhanallah...kanak2 3 tahun hafal 30 juzuk Al Quran..

kanak2 tetap kanak2..lihat lah comel nya dia..keletah dan bersahaja...Ya Allah Maha Besar Engkau atas apa sahaja kehendak MU..

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, May 19, 2012

jika itu yang kau mahu...

jika itu yang kau mahu

kau mahu aku sakit?
maaf lah kesakitan sudah hilang rasa

kau mahu aku terseksa?
maaf lah zikrullah mengisi jiwa

kau mahu aku menderita?
maaf lah Allah Maha Besar

Dia Maha Melihat dan Mendengar
aku tak apa apa
walau aku kehilangan daya!

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, May 16, 2012

tak tumbuh tak melata..tak sungguh aku tak kata!...


baik..hari ni 16hb Mei ialah hari guru semalaysia...dulu masa kecik cita2 aku memang nak jadi cikgu. seingat aku, aku tak pernah tukar macam orang lain..setiap kali di tanya oleh cikgu yang berlainan, cita2 pun akan segera bertukar..aku maintain..nak jadi cikgu dari darjah satu sampai tingkatan rendah..kadang kena usik juga dengan cikgu yang bertanya..aikkk nak jadi cikgu jer macam saya?...nak buat apa, gaji kecik..muka lawa macam awak ni jadi la artis ka model ka atau paling koman jadi la pramugari...kawan lain ketawa namun dalam hati aku sakit!

masa main pondok2 pun aku tak ndak jadi bidan atau doktor atau main kawin2..aku tetap nak jadi cikgu..aku tetap pakai selindang mak dan bawa handbag...aku curi rotan abah konon2 aku cikgu besar..namun takdir tidak sebelahi aku, aku gagal jadi cikgu! tapi bukan kerana aku tidak pandai..aku marah kalau orang kata aku tidak pandai maka nya aku tak dapat jadi cikgu..

apabila dah bekerja, walaupun bukan jawatan berstatus cikgu, namun  job scob nya menjurus kepada cikgu juga lah..kepada yang aku suka sangat..aku duk kat depat..memberi ilmu..di depan ku ramai mata2 yang memandang penuh kusyuk..aku akan ajar dari A sampai Z..puas rasa nya bila mereka faham dan dapat bekerja atas tunjuk ajar aku..puas rasa nya bila aku jadi tempat rujukan, dan puas rasa nya bila mereka berkata, terima kasih puan..budi baik puan membimbing saya hanya Allah saja yang membalas nya..

masa terus berjalan..berputar dan beredar..kini aku disini, juga mengikut takdir ku...meski hanya menjadi guru kepada si kecik namun impian ku akhir nya menjadi kenyataan!


Jagadhes no 4 dari kiri

banyak perkara baru aku dapat pelajari..perkara yang tidak ada di alam dewasa...keperihatinan mereka, kejujuran dan ketulusan mereka...dan aku sangat sedar dari mana datang nya itu semua jika tidak dari bimbingan dan tunjuk ajar orang tua mereka..benar lah mereka ibarat kain putih, kita lah mencorak nya seperti mana yang kita kehendaki..dan ingat! setiap tingkah laku kita mereka akan 'menyalin nya'...seperti mana acuan begitu lah kuih nya..

aku terkilan sebenar nya..bermula dari isu mahasiswa berkhemah di dataran merdeka...yang lain gasak lah..aku tak mau ambil pusing, sakit kepala aku...kenapa mahasiswa melayu jadi begitu?..kenapa kurang ajar?...apa tujuan dan hala tuju masa depan dan yang paling aku rasa sakit ialah dengan soalan ini ..MENGAPA MEREKA JADI BEGITU, ADAKAH SALAH IBU MENGANDUNG ATAU SALAH ASUHAN?...

aku melihat dari sudut kecil sempena hari guru ini..lihat di dalam gambar hadiah yang aku dapat..sebanyak itu tiada satu dari anak murid sebangsa dengan ku!... cuba fikir si kecil ini tahu kah mengenai hari guru jika ibubapa mereka tidak memberitahu?..si kecil ini tahu kah apa makna nya dan kenapa mesti cikgu di beri hadiah?..si kecil ini ada duit dan boleh pergi sendiri ke pasaraya?... semua ibubapa mereka yang buat dan si kecil dengan rasa sangat teruja mengunjuk kan bungkusan indah kepada aku!...mengapa ibubapa anak murid bangsa ku tiada masa untuk itu semua?...dan yang menyedih kan ada yang tidak tahu dan bertanya kenapa bagi hadiah kat teacher?


ini hadiah yang Jagadhes pilih untuk aku, dia bagi tau..si kecil berumur belum sampai 4 tahun sudah prihatin..'  teacher, yesterday I asked my mader tu buy dis for you, I said this nice for u this ( merujuk tudung aku )

walau tidak mahal aku sangat terharu...sanggup ambil masa untuk membalut hadiah dan menaip dan print...satu kerja yang remeh temeh bagi setengah orang!..

Ini Kirthen...setiap pagi sebelum kelas bermula dia sangat rajin membaca buku cerita di depan aku..aku akan betulkan sebutan jika salah..semakin hari dia semakin lancar membaca...aku hanya memerhati  buah hati sebangsa ku yang leka bermain papan gelongsor dan berlari kesana kemari... tiada daya lagi aku nak memujuk, sebab mak Kirthen akan tanya malam nanti, sudah baca buku cerita pada cikgu?...mak buah hati ku entah lah...sebab tu si kecil pun ADA AKU KESAH???

minggu depan akan ada pertandingan bercerita antara sekolah2 tadika yang terdekat..di ada kan di Nilai Spring Golf Resort...tempat gah tu..setiap ibubapa teruja untuk anak mereka turut serta..kami cikgu beritahu anak murid supaya menghafal sedikit mukadimah ( cerita dalam bahasa Inggeris ),siapa yang tidak hafal tidak akan di pilih...lihat lah betapa gigih nya mereka menghafal dan mengekor kemana aku pergi...ada ibu yang menghantar anak, sampai di depan gate..minta aku dengar hafalan anak mereka...bayang kan betapa kuat galakan yang di beri..( pernah di ada kan pertandingan nyanyian bulan lepas...sambutan dan sokongan moral dari ibubapa mereka tidak tercapai dek akal aku...sanggup mereka mencari bahan dan kostum yang bersangkutan dengan lagu, sanggup datang meluangkan masa, walau pun itu masa breaktime mereka!..) so  aku terfikir kalau dari rebung mereka sudah di lentur, tidak mustahil mereka menjadi buluh yang mengikut aliran yang di canai..tidak mudah goyah dan patah..kalau dari kecil mereka sudah melekat dengan buku, sudah besar tentu canggung mereka hendak meninggal kan nya!...

maaf lah jika aku menyinggung perasaan..tak tumbuh tak melata, tak sungguh aku tak kata!

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, May 13, 2012

Warhamni ...sayangi daku ya Rabbi...


Dalam tidak sedar, setiap hari kita banyak meminta (doa) di dalam duduk antara dua sujud dalam solat kita...,tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut di bibir, tetapi tidak tersentuh di hati kita selama ini.. Marilah kita mula menghayati doa berkenaan ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah SWT..

 Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku) Diamlah sejenak, buka fikiran dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah SWT seperti membuka diri ketika merasakan hembusan bayu yang menyegarkan atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

 Warhamni (sayangi aku) Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Dengan berturut-turut sampaikanlah permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
 Wa'fuannii (maafkan aku)

 Setelah selesai, diamlah sejenak dan sampaikan rasa syukur kita dalam fikiran bahawa betapa besarnya nilai doa yang kita baca setiap kali bersolat tetapi kebanyakan dari kita hanya melafazkan sahaja tanpa mengerti apa-apa. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seolah-olah sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi ia tidak sampai ke dalam "hati" lantaran kita jahil terhadap pengertian di sebalik doa berkenaan.

 jum mulai dari sekarang ...
entry aku copy dari blog smskey.blogspot.com

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, May 10, 2012

boleh kah kita sambut Hari Ibu?..

Timbul persoalan, bolehkah menggembirakan ibubapa dengan meraikan Mother’s Day dan Father’s Day? Sebahagian tokoh melarang sambutan Mother’s Day dan Father’s Day. Hujah mereka adalah: Hari perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha. Apa-apa perayaan yang lain adalah bid’ah yang dilarang oleh agama.


 Mother’s Day dan Father’s Day adalah perayaan orang bukan Islam dan kita umat Islam dilarang daripada mengikuti mereka.


Seandainya Mother’s Day dan Father’s Day adalah baik, sudah tentu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam akan menganjurkannya kepada para sahabat radhiallahu ‘anhum pada zaman baginda.
Berbuat baik kepada ibu dan ayah adalah tuntutan sepanjang tahun dan bukannya pada satu dua hari tertentu dalam setahun.
Sekalipun tokoh-tokoh yang melarang adalah mereka yang dihormati, itu tidaklah bermakna hujah-hujah mereka tidak boleh dibuka untuk analisa. Dalam menganalisa hujah-hujah mereka berkenaan sambutan Mother’s Day dan Father’s Day, saya dapati ianya adalah lemah. Sebabnya:


1. Perayaan bid‘ah yang dilarang adalah perayaan yang bersangkutan dengan agama. Aidul Fitri dan Aidul Adha adalah hari perayaan keagamaan, kerana itulah pada hari tersebut kita dituntut untuk bertakbir dan melaksanakan solat sunat. Adapun hariMother’s Day dan Father’s Day, maka ia adalah perayaan yang bersangkutan dengan adat manusia, sepertimana perayaan Hari Guru, Hari Warga Tua dan sebagainya. Tidaklah termasuk dalam perbincangan bid‘ah atau sunnah apa yang bersangkutan dengan adat manusia.
Perlu diingatkan bahawa dalam berinteraksi dengan persoalan bid‘ah, manusia terbahagi kepada tiga kumpulan:
Pertama adalah mereka yang amat ketat penilaiannya, sehingga hampir semua perkara yang baru dilabel sebagai bid‘ah yang dilarang oleh Islam. Padahal sebahagian besar daripada perkara tersebut adalah sesuatu yang harus hukumnya.
Kedua adalah mereka yang bermudah-mudahan penilaiannya, sehingga hampir semua perkara yang baru dilabel sebagai bid‘ah hasanah. Padahal di antara perkara tersebut ada yang benar-benar merupakan bid‘ah yang dilarang oleh Islam.
Ketiga adalah mereka yang berada di pertengahan, tidak berlebih-lebihan dan tidak pula bermudah-mudahan. Setiap perkara yang baru tidak akan dilabel sebagai bid‘ah mahupun sunnah melainkan terlebih dahulu dianalisa secara mendalam.


2. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menganjurkan Mother’s Day dan Father’s Day pada zaman baginda kerana suasana yang memerlukannya tidak wujud. Di kalangan sahabat, ada yang ibubapa mereka memusuhi Islam. Maka sememangnya tidak perlu berbuat baik kepada mereka. Bagi sebahagian sahabat yang lain, mereka tinggal bersama atau berhampiran ibubapa sehingga tidak memerlukan hari yang istimewa untuk berbuat baik kepada ibubapa


Berbeza dengan masa kini, kebanyakan kita (anak-anak) berada jauh daripada ibubapa, sama ada kerana pembelajaran atau kerjaya. Suasana ini menyebabkan kita perlu mencari ruang untuk berbuat baik kepada ibubapa semampu boleh sambil meneruskan kehidupan sendiri. Meraikan ibubapa pada Mother’s Day dan Father’s Day adalah salah satu daripada ruang tersebut.
3. Tidaklah semua yang berasal daripada kaum bukan Islam adalah dilarang. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah meminta para tawanan Perang Badar untuk mengajar umat Islam membaca dan menulis. Baginda juga pernah beberapa kali menggunakan strategi peperangan bangsa lain dalam ekspedisi jihadnya.
Justeru larangan mengikuti kaum bukan Islam sebenarnya ditujukan kepada sesuatu yang merupakan ciri-ciri keagamaan mereka yang masih dipraktikkan. Merujuk kepada hari perayaan, kita umat Islam dilarang untuk turut serta merayakan atau meniru hari keagamaan mereka, seperti Hari Easter, Hari Thaipusam, Hari Wesak dan sebagainya. Mother’s Day dan Father’s Day bukanlah hari keagamaan kaum bukan Islam.
4. Hujah “Berbuat baik kepada ibu dan ayah adalah tuntutan sepanjang tahun dan bukannya pada satu dua hari tertentu dalam setahun” adalah bukti bahawa yang berhujah tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Bahkan ia boleh digunakan untuk bertanya kembali kepada mereka: “Jika begitu kenapakah anda saat ini tidak berada dan sentiasa berada di sisi ibubapa anda?”
Berbuat baik kepada ibubapa tidaklah bererti duduk di sebelah mereka sepanjang masa. Akan tetapi ia adalah mengimbangi dengan adil antara berbuat baik kepada mereka dan meneruskan kehidupan sendiri. Salah satu daripada perimbangan tersebut ialah meraikan ibubapa pada hari Mother’s Day dan Father’s Day. Sudah tentu adalah lebih baik jika anak-anak dapat mewujudkan ruang yang lebih kerap untuk berbuat baik kepada ibubapa mereka. Ini akan saya jelaskan seterusnya dalam buku ini, insya-Allah.
kad yang tidak seperti nya dr anak murid ku namun ia sangat bermakna buat ku
Oleh itu meraikan Mother’s Day dan Father’s Day adalah harus, terbuka kepada kedudukan setiap anak-anak. Sesiapa yang mendapati ianya dapat menggembirakan ibubapa mereka, maka teruskanlah. Namun sesiapa yang dapat mewujudkan ruang lain untuk menggembirakan ibubapa mereka tanpa terhad kepada Mother’s Day dan Father’s Day, sudah tentu ia adalah lebih baik. Penjelasan yang sama juga ditujukan kepada beberapa hari-hari yang lain seperti sambutan Hari Jadi.


apa pun Selamat Hari Ibu buat mak...entah lah dengan apa hendak ku balas..cukup kah sekadar  doa dan rasa?

credit to Aidanatasya.com ( saya copy dn sy creditkan kat tuan blog ye.. )


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, May 5, 2012

lagi lagi pasal haramain...


semalam aku dapat sms dari kawan aku..dia mengadu hampir putus asa untuk pergi ketanah suci dalam waktu yang terdekat ni sebab wang simpanan nya tidak mencukupi...aku rasa nak menangis sama bila baca sms dia..apa yang boleh aku cakap ialah bersabar lah...insyaallah...

aku faham sangat perasaan dia..bila hati dah nak sangat..terasa2 dan teringat2... sama macam perasaan aku buat pertama kali dulu...aku masih ingat, aku menangis mengongoi2 bila bekas majikan aku kata, tangguh dulu pergi umrah sbb umrah boleh buat bila2 masa, pembedahan ni sangat penting, lagi pun tak kan nak pergi dalam keadaan sakit..nanti menyusah kan orang jer...( pada yang mengikuti blog aku ni pasti tahu jalan cerita nya )
namun aku tekad..aku nak jugak pergi..aku nak mati kat sana..sehari pun aku rasa tak mau di lengah kan..

baik..dulu masa aku nak pergi umrah ada yang tanya berapa kos nya..bila aku jawab sekian..ada yang mencebik kan bibir..murah tuu..mesti naik kapal murah, banyak transit dan makan sendiri..duduk kat maktab dan jauh dari mesjid... oh dah tentu lah cik oiii..sama macam beli baju lah..kalau murah dah tentu kualiti kain tak berapa bagus, jahitan tak kemas..namun bagi yang kurang mampu tak mengapa asal kan berbaju dan menutup aurat dan kalau kena gaya penampilan, mungkin baju murah di sangka mahal!

begitu lah juga dengan pakej umrah..fikir logik lah..kos murah tentu lah tidak sama mewah dengan yang kos mahal..tapi bila bercakap tanah haramain atau tanah suci, tanya kan pada nawaitu..apa tujuan nak kesana?..bermewah2 bershopping atau nak beribadah?...orang dulu2 aku rasa berjalan kaki, naik unta dan naik kapal laut..ber bulan2 di lambung ombak dan badai baru sampai...

pada pendapat aku lah yang tak berduit ni ( mungkin berbeza dengan pendapat orang lain yang berduit ) lebih bermakna munajat dan ibadah kita bila sesuatu yang kita kerja kan itu dari permulaan yang payah dan hampir mustahil...bila dapat mencapai kejayaan, hati tersenyum puas...rasa tidak percaya dan bersyukur dengan Kebesaran Allah...

berbalik dengan tohmahan yang kata nya tambang murah, hotel pun murah dan makan sendiri, mesjid jauh..baik aku jawab :

1) memang hotel murah, satu bilik berlima..aku, mak , maklong dan 2 orang adik aku...memang sesak tapi kami habis kan kebanyakan masa di mesjid..balik untuk tidur saja..bersabar dann bertolak ansur...menimbul kan keakrapan dan menambah rasa kasih dan sayang..

2) makan sendiri...memang makan sendiri tapi di masak oleh tukang masak syekh yang bawa kami..( barang keperluan memasak dan bahan mentah di sedia kan ) rasa seronok sebab macam kat rumah sendiri,goreng telur, masak meegi dan goreng ikan masin..apa ada halll!
lagi pun bukan nak makan sangat..kedai makan bersepah..beli lah apa yang kita teragak nak makan..

3) tempat penginapan jauh dari mesjid...ini yang aku suka...semakin jauh semakin banyak langkah..semakin banyak peluh yang menitik..semakin sihat, semakin panjang dan banyak zikir dapt di baca..semakin rasa dekat dengan Allah..semakin rasa ajaib dan pelik bila tidak rasa penat dan tak sedar dah sampai!

apa apa pun semua terpulang pada niat dan nawaaitu..Hanya Allah yang Maha Mengetahui..
dan kepada sahabat ku, jangan putus asa..insyaallah giliran mu akan tiba jua!

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Dia yang Maha Melihat...


seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
engkaulah saksi

reff:
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
padaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau




yang Maha Pelindung
padaMu semua berlindung

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

dulu aku pernah private kan blog aku ni...bukan apa...banyak sangat perasangka buruk dari bersangka baik dari tulisan aku ni...sementelah bila kes perceraian aku selesai...lagi banyak fitnah yang timbul...

so lagu ini sangat tepat untuk halwa telinga aku..aku harap mesej yang ingin aku sampai kan dapat di fahami oleh 'beliau' dan mereka yang sewaktu dengan nya..


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, May 1, 2012

lagi kerana rindu...

gambar hiasan

ermmm...rasa macam tak habis2 lagi cerita mengenai tanah dan harum nya kota haramain...ini di tambah lagi bila sahabat blogger ku merangkap otai, menegur kenapa lama tak up date blog, aku kata takder idea..dia menyaran kan supaya aku bercerita secara detail mengenai pengalaman aku di tanah suci...sementelah dia sangat teruja bab2 Mekah dan Madinah ni..

dalam banyak2 soalan dia, ada satu soalan yang aku rasa aku nak tulis di sini..ada tak alami perkara pelik masa kat sana?
yang ketara pelik bila aku sentiasa tercium bau harum makam baginda rasulullah! walau masa tu aku berada di perkarangan hotel!!.sedang kan orang lain tak cium pun, even mak aku yang dah sepuluh kali pergi!..(adik aku kata ini sebab kerana aku taksub dengan bau2an..huh ) .macamana aku tau itu bau makam baginda?...ini kerana sewaktu lawatan aku beberapa tahun dahulu, waktu itu jemaah tidak lah seramai sekarang, dianggar kan dalam 50 orang sahaja sewaktu lawatan, aku berlama lama di situ,  menangis dan berbicara dengan' baginda' semau hati ku...itu lah bau yang aku cium..terhimbau2...terbawa2 dalam tidur...( mungkin bau itu dari haruman pencuci bangunan yang sentiasa mengelap pagar2 besi di sekeliling makam..wallahualam )
dan ketika aku membuka pintu van dan menjejak kan kaki ku pertama kali untuk lawatan kali ini...hurmmmm haruman itu lah yang aku terhidu..aku sedut dalam2...ya Allah aku tidak pernah lupa!!

bila aku menjerit...aku dah tercium bau Madinah..ini bau makam rasulullah..Tuan sheikh rombongan kami memandang aku dengan pandangan penuh pengertian..

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

dan kerinduan itu menyeksa....

aku rindu wajah kecil ini..wajah milik bumi haramain....



ini Aboy adik bongsu aku..dia ni sakit...bertahun2 ...hampir 10 tahun sejak pemergian abah ke alam abadi...entah di mana silap nya..entah apa hikmah nya...
emak sangat tabah...sangatt..
beberapa kali keluar masuk rumah sakit jiwa..berubat dengan dukun atau bomoh sudah tidak terbilang lagi...
mungkin sebanyak2 doa, Allah pilih satu untuk di makbul kan hari ini..akhir nya Aboy beransur pulih walaupun tidak 100%..masih di suruh mandi jika tidak 2,3 hari tidak mandi..masih di potong kan kuku jika tidak panjang dan hitam..masih emak layan macam budak sebaya darjah satu!
dan Aboy wajib bergantung dengan ubatan hospital yang menelan belanja hampir rm500 sebulan..mujur arwah abah pesara askar, maka ubatan di beri percuma..

dan ketika emak hendak membawa kami termasuk dia ke Mekah, emak amat risau jika dia memberontak hendak balik jam jam itu juga..tapi hati emak memang nekad..

dan setelah kembali dari tanah barakah itu, hati emak kembali risau..KENAPA?..ye sebab Aboy asyik berkata..."boring la mak..jum kita pergi Mekah!
"makk jum la pergi Mekah mak...
ni mak mengadu, di buat nya Aboy meroyan nak ke Mekah macamana??

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...