Tuesday, December 28, 2010
macam ni..sebaik aku sampai di depan pintu pasaraya, kira2 500 ela gitu berdepan dengan tempat parking kereta, aku ternampak ada seorang kanak2 lelaki berumur dalam lingkungan 2 setengah tahun, berbaju t shirt hijau dan bercermin mata hitam..cermin mata kanak2 lerr... amboi comel nya bisik hati ku tapi naper sorang jer..mana ayah atau ibu..apasal sorang2..( sangat pelik bila budak apatah lagi kecil macam bayi ) di tinggal sorang2 cam gitu..di samping aku ada lagi satu family ( ayah, ibu dan 3 anak gadis ) juga sedang memperkatakan perihal kanak2 tuh..setelah sahih yang memang budak ni bersendirian, aku mula resah dan tak keruan..mana tak nya belum reda lagi kes colek dan kehilangan, takkan yang sorang ni pun nak masuk dalam list kut!.
aku pun meminta 3 gadis tadi memerhati kan kanak2 itu sementara aku mencari bantuan. ( kanak2 itu tak mahu di dekati apalagi hendak di dokong..dia memberontak )
aku pantas menuju ke kaunter bantuan. di situ ada pekerja lelaki dan 3 orang pelanggan hendak menebus ganjaran,..ini aku agak lah. yang lelaki tu sah lah pekerja sebab berunifom pasaraya tu.
aku : Assalamualaikum dik, ( tanpa tunggu dia menjawab )..dik tlg buat announcement ada kanak2 lelaki berumur lebih kurang 2 thn setengah, pakai baju hijau, sorang2 berdiri kat tepi pintu nak masuk, dekat dengan carpark..takut nanti orang cekup bawak masuk dalam keter jer..
pekerja lelaki itu : tergamam memandang aku..mungkin aku cakap laju sangat kut
aku : mengulangi ayat aku tadi tapi kali ini satu persatu
pekerja lelaki itu : mengulangi ayat aku tadi sambil sesekali di sampuk oleh pelanggan yang hendak menebus ganjaran
aku : menunggu announcement
pekerja lelaki itu : tiada reaksi malah kusyuk meneliti voucer seolah2 ganjaran yang hendak di tebus bernilai 2 juta US!!
aku : resah sambil memulas2 jari ( habit tatkala aku gelisah )
pelanggan yang hendak menebus ganjaran : turut kusyuk meneliti voucer..apalah salah nya kau cakap, dik buat announcement lah dulu..nyawa lebuh penting dari voucer akak ni..KAN??
aku : FIND !! bukan anak kau kan..bukan terkena batang hidung kau kan..tu sebab takda perasaan!! ( mungkin di sebabkan sikap makhluk yang seperti ini lah agak nya nasib malang menimpa adik sharline dan beberapa nama lagi yang tak sanggup untuk ku sebut )
aku pun berjalan kearah security guard yang bertugas di kaunter pembayaran
aku : encik, kat depan sana ada sorang budak kecik lagi, macam sesat jer..terlepas dari pegangan tangan penjaga kut..tolong lah buat sesuatu..takut lah orang colek nanti..
pak guard : saya sorang jer kerja kat sini..takda orang!! bawak lah dia datang sini..
aku : damn..f***...
dengan hati yang sangat panas, aku pun berjalan ke arah tempat kanak2 tadi..syukur 3 gadis yang aku amanah kan tadi masih ada bersama kanak2 itu..aku pun join sekali dan sesekali tergelak melihat gelagat gadis2 itu sedaya upaya untuk membuat kanak2 itu bercakap..
hampir 20 minit baru announcment tentang kanak2 itu di buat dan seketika kemudian baru datang 2 orang security guard..alangkah lapang nya hati ku, wakaupun lambat, atleast ada tindakan.
TAPI yang buat hati ku mendidih balik ialah sekoyong2 nya ( macam cerita hantu daaa ) datang seorang lelaki yang mungkin ayah dia kut,terus mencekak leher baju kanak2 itu dari belakang dan di jinjing nya tinggi2..bila kanak2 itu meronta2, di lepas nya budak itu kelantai!! ( sikit pun takda tanda teruja anak dah di jumpai malah tidak pun berterima kasih kepada kami yang mengambil berat hal anak dia..apa punya orang lah binawee betul!! )
woiii...haram zadah..khinzir ...kok ya pun itu mungkin bukan anak kau atau itu anak tiri kau, mana boleh kau layan kanak2 macam tu!!..macho lah sket brader..jangan tunjuk kuat dengan budak lah..TAKDE TELO LAH KAU!!..kalau aku tau macam ni lah kau layan budak, baik aku jer yang colek tadi, menyesal aku bersusah payah..sumpah alif lam lam ha tadi aku memang berangan nak colek budak ni!!!!
di sebab kan kejadian itu, terus memati kan mood aku yang hendak menghabis kan duit bonos yang baru aku dapat..( ceh cakap besar..padahal setiap sen dah ada budget nya dah..huhuhu )
p.s apasal ha amarah aku tak mau habis2?...walaupun telah bergomol dan bermanja2 dengan en shork dan en grey...dem!!
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Friday, December 24, 2010
Penyanyi: Dato' Siti Nurhaliza
Tajuk Lirik Lagu: Airmata Ibu
Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu
Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu
Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu
pernah dapat lirik lagu ini dari yang mengerti kepada yang mengerti...
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Wednesday, December 22, 2010
Che Nin : "selama Nin tunggu abang kat sini,abang masih cinta kan Nin ker? abang masih teringatkan Nin macam dulu2 ker? itu jer yang Nin nak tau bang...tiap2 hari Nin tunggu abang, Nin tau abang cintakan Nin, Nin tau sangat bang, tapi Nin nak tau jugak apakah perasaan Nin ni benar atau sebalik nya...
setelah terpisah nyawa dari badan pun si gadis masih mahu kan kepastian...walau pun tiada harapan yang dapat di sandarkan...jawapan sudah cukup mententeramkan perasaan!! (seperti kata Che Nin dalam dailog terakhir nya dengan Husin )
nota kaki : kalo kite ingak ke orhe, orhe pung ingak ke kiter...tu yang dier marhe juper..dalam dunia nie ader menda yang kiter dapak terima, ada menda yang tak masuk dek aka!!
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Tuesday, December 21, 2010
Lirik Lagu Tanpamu - Dato' Siti Nurhaliza ft Krisdayanti
Biasanya aku lelap tidur...
Terbangun 'tuk fikirkan diri mu
Mengenangmu yang kini telah jauh
CT
Biasanya aku tenang tidur
Terbuaiku mengingat dirimu
Mencinta mu namun kau terlalu jauh
KD
Ku cuba lupakan dirimu
Mengingatmu hancurkan hatiku
CT
Dahulu seia sekata,
Namun kini semua telah berlalu
Korus
Sayang kuingatkan dirimu....
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu.
Sayang kuingatkan dirimu....
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu.
Ohh....
memang aku tak bisa tidur....aku 'penat'
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Monday, December 20, 2010
tapi yang buat penat ialah majlis ini 'failled'...kesian tuan rumah dan yang lagi buruk ialah menjejas prestasi kami lah..huhu ( tak kan nak cerita kat semua tetamu kut yang tuan rumah amat berkira, order ciput walaupun dia orang popular...telan ajelah semua kepahitan - jiwang lagi! )
ada beberapa perkara yang wajib diambil kira oleh tuan rumah jika nak buat majlis dan ber urusan dengan caterer:-
1. budget yakni fulus lah bak kata pepatah ukur baju badan sendiri
2. jangan berkira - alang2 nak menjamu orang biar lah ikhlas dan buat sebaik mungkin
3.ganda kan anggaran -iaitu jangan main agak2 yang orang ni datang dan orang ni tak kan datang jika di jemput ( harus di ingat kita jemput "Ali' sorang,ali akan datang satu family,jika dia ada 5 anak insyaallh dah jadi 7 orang! )
4. dulu kan lah tetamu, ahli keluarga jangan cekik dulu..( statement sensitif or order khas buat family
5. harus di ingat, catering ada lah perniagaan, bukan kebajikan yakni bukan sumbangan sukarela dari ahli kariah.. ( hoho dalam makna nya nih..)
yang WAJIB tetamu lakukan pula jika menerima undangan:-
1.ikhlas lah bertandang sebagai memenuhi jemputan dan mengerat kan tali siratulrahim
2.datang lag ala kadar, jangan bawak satu rombongan cik kiah pulak
3.makan lah ala kadar, ( makan dulu di rumah, belum tahu apa yang akan kita hadap..jangan fikir makan free saja..tujuan utama apa? )
4.jangan membazir dan ingat lah orang kemudian ( dah jadi lumrah agak nya bila buffet dan nak2 nya makan free..amek makanan tak hengat dunia, macam kebulur tak makan seploh hari! ) dah tu makan tak habis..buang saja, kan membazir nama nya!
5. bila dah menyantap tu, silakan lah bangun dan jumpa lah tuan rumah..bagi lah meja kita tu pada tetamu lain pulak
6. elak kan lah mengumpat, jika nak jugak, tarik lah regu kita tu kesatu sudut yang tak mengganggu orang lain.
7.makan sekali jelah, jangan lah makan'standby' untuk malam pulak -tuan rumah order makan untuk satu kepala yakni untuk sekali makan je tau!!
8.jangan lah sebagai tetamu kita yang buzybody pulak, mengarah itu mengarah ini..duk diam2 sudeh!! ( kalau gian sangat, buat majlis sendiri baru ko tau langit tu tinggi rendah! )
9.balik lah dengan kenangan manis..
10. jumpa tuan rumah weh!!..hulur lah apa yang patut..( tak rheti2? ) jangan lah dah menyantap blah...pastu mengumpat pulak tu??
sekian wassalam
p.s maaf lah takda gambar..tak sempat nak snap..buzy giler mak semalam nok..
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Friday, December 17, 2010
Yuna ada 5 heko anak, 3 heko comel giler..ala2 kucing kacukan yang ku panggil Shock ( sebab kaki dia pakai stokin ), Grey ( sebab kaler kelabu ) dan Pinky ( sebab hidung dan dada dia kaler pink! ) dan 2 heko tak lawa langsung mcm kucing kampung!!..( memang pun )
Apa kena mengena dengan perumpamaan?..ni nak storey nih.. 3heko yang cantik tu punya lah berdisiplin, tapi 2heko yang tak cantik tuh ya Allah ikut suka dorang jer mana nak melepaskan hajat!
jadi terpaksalah aku membersih kan rumah 2,3 kali sehari..alih sana alih sini untuk cari di mana punca 'bau2an itu!
sini lah pot utama haa
sempat lagi curik ruti tu...iskhhh
yang ni dok 'mencabut' bunga aku..hadoiiii
mop yang sangat berjasa..
kalau pompuan cantik, si Skock ni sampai juling mata dia mengadap!
dah bersih pasang pewangi aromatrapi...perghhh lega!!
hrmmm cane nak wat dengan anak2 pungut yang takda disiplin nih?? fening mak nok..
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Thursday, December 16, 2010
ESP adalah satu terma yang mewakili seluruh fenomena mata ke-3, deria ke-6, firasat, kasyaf, gerak hati, mendengar suara ghaib serta bermacam-macam lagi perkara yang dianggap ajaib atau pelik oleh sesetengah pihak.
Seperti yang tersedia maklum, manusia mempunyai 5 pancaindera seperti melihat (mata), mendengar (telinga), bau (hidung), merasa (lidah) dan sentuhan (kulit). Fenomena ESP adalah dimana seseorang itu menggunakan kelima-lima pancainderanya secara maksima yakni “menggunakannya dengan lebih dalam”. Terdapat juga kes yang dialami oleh mereka yang pernah terlibat dengan kemalangan tetapi koma dan apabila terjaga dari koma, mereka mendakwa memiliki ‘kuasa psikik’….
Akan tetapi, dalam ketika kita menjalani kehidupan, manusia sering atau kadang-kadang “melalui” fenomena ESP tanpa sedar atau tidak sengaja seperti : –
Firasat
Merasakan seperti sesuatu perkara akan terjadi dan mendorong kita untuk menyebut ” Firasat aku mengatakan……..”
Rasa seperti sedang diperhatikan
Ketika berada di tempat awam dan dengan tiba-tiba terasa ada orang yang sedang memperhatikan dan setelah menoleh dan meninjau, ternyata anda sedang diperhatikan… dan anda yakin bahawa perasaan sebelum menoleh dan meninjau itu benar.
Mimpi
Anda bermimpikan saudara atau rakan datang menziarahi anda dan sememangnya mereka yang anda mimpikan itu benar-benar datang pada keesokan harinya… atau mimpi apa pun yang menjadi kenyataan di kemudian hari.
Rasa seperti pernah berada ditempat ” itu ” sebelum ini
Ketika mengunjungi sebuah tempat yang baru atau tidak pernah mengunjungi atau melalui kawasan baru itu, anda tiba-tiba merasakan seperti pernah sampai disitu sebelumnya malah anda mengenali setiap bentuk geografi serta stuktur bangunan.
Terdengar ada orang membisikan nama anda
Ketika anda sedang duduk diam atau bersantai, tiba-tiba anda seperti mendengar seseorang membisikan nama anda sedangkan pada waktu itu anda hanya bersendirian.
Bayangan dalam fikiran
Sedang anda duduk diam samada memejam atau membuka mata, tiba-tiba anda melihat satu bayangan berupa wajah atau stuktru lengkap seseorang dalam fikiran anda.
Kebetulan yang melebihi dari sekali
Ketika anda ingin menelefon rakan atau saudara dan ketika anda sedang mencari nombor telefonnya, dengan tiba-tiba, mereka yang ingin anda hubungi itu telah menelefon anda terlebih dahulu sebelum anda menelefon mereka.
Fenomena-fenomena diatas dapatlah dikategorikan sebagai : –
Clairvoyance –
Melihat sesuatu dari dimensi lain, penglihatan yang melangkaui ruang lingkup waktu, penglihatan yang tidak dimiliki oleh kebanyakan manusia, atau kasyaf.
Clairsentience –
Merasakan sesuatu, firasat, gerak hati, atau intuisi wanita.
Clairaudience –
Mendengar suara ghaib atau sesuatu yang sangat halus.
nota kaki : Allah jua lah yang Maha Mengetahui susah senang nya dengan kelebihan yang di beri...( betapa sangat terseksa bila turut merasakan kesakitan..turut merasakan kesedihan tapi tidak mampu berbuat apa2..argkhhh!!!! )
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Tuesday, December 14, 2010
nak2 bila kita tertidor..bila terjaga betul2 waktu rembang iaitu di penghujung asar menghampiri waktu maghrib...perghhh dia punya sayu satu macam..waktu ni lah segala peristiwa sedih akan terbayang semula...
ni saja lah teman ku..orang nak ber blogging, dia pun tumpang sekaki
tak senang duduk lak tu, pusing sana pusing sini
tengok tu??...minat kat rizalman ker Shock?...haha ko sejenis dia weh!!
turun lerrrr..aku nak tengok tv, bukan nak tengok ko..( nama dia shock sebab dia pakai stokin putih..see kaki dia..kan? )
yang 4heko lagi tengah mencekik...dia ni takda selera makan sebab demam selsema...ciann bucuk2 nih...
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Monday, December 13, 2010
aku tak sabar nak tamat kan tahun 2010 ini...mungkin kebetulan atau mungkin suratan...ye kenapa lah tahun ini tahun yang malang bagi ku..silih berganti aku kehilangan.
baru2 ni aku kehilangan jam tangan pula..memang lah tidak mahal mana, tapi bagi ku jam tangan ini sangat bermakna.ia adalah hadiah dari majikanku pada tahun 2003 kerana aku telah berjaya dalam projek ku di Hangar KLIA.
jam comel berwarna keemasan itu sangat bermakna bukan kerana si pemberi, bukan kerana warna dan ukurannya, jauh sekali kerana harga nya..ia bermakna kerana ada KESERASIAN antara aku dan jam itu...sesiapa yang mengenali aku pasti akan hairan kalau jam itu boleh bertahan bertahun2 bersama aku tanpa rosak!! bayang kan mak sendiri menggelar aku 'pengganas'..haha bukan pengganas terrorist tuh tapi orang yang ganas memakai barang perhiasan. Jangan harap lah gelang tangan atan rantai hendak bertahan lama di tubuh ku, pasti akan putus, patah atau hilang tanpa ku sedari!!
Tapi kenapa baru sekarang jamku itu hendak menghilang kan diri? baru semalam aku menyedari nya..sangat lah kekok tanpa dia..serasa tidak lengkap penampilan ku...
p.s tak mungkin ku dapat pengganti seperti mu...aduhaiiiii
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Saturday, December 11, 2010
Perkara : Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazipergi ke Masjid Jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.
Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazi ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan sapu tangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan, Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.
Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya. Tapi sebelum dia masuk, Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya.
"Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazi.
"Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat> > sebentar tadi?" tanya pemuda itu.
"Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al Mazi lagi.
Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang- orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.
Al-Mazi sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Mazi terjaga. Pada sebelah paginya Al Mazi terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.
Setelah mencari kesana kemari beliau pun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al Mazi mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.
Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."
Al Mazi turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerana tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. "Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al Mazi lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham.
"Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untuknya selama aku masih hidup." Salih Al Mazi mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di selepas itu, Al Mazi berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira.
Pemuda tersebut mendekati Salih Al Mazi seraya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya.
"Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Mazi.
"Ya, Tahu."
"Apa tandanya?"
"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."
Salih Al Mazi terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana si pemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda> > Rasulullah SAW)
Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa- dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)
Al fatihah buat ayahanda ku Rashidi Hj Jenaid dan arwah2 yang telah kembali kerahmatullah...semoga sentiasa mendapat ingatan dari insan2 yang pernah di sayangi..amiiin
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Friday, December 10, 2010
semalam lepas menggodam internet, aku letak cini..dia duk jer leklok aku tengok....
ni mesti ada yang main kejar2 dan lompat kat cini kan...
apasal muka cam cuak jerrrr pinky???..cakap sapa punya kerja ni?
jangan wat muka sedih nak tunduk2 bawah lak...aku tak kan terpedaya der...
oleh kerana cermin mata ku brharga rm580, maka aku nak jual ko dengan harga yang sedemikian...ada saper2 yang berminat???
p.s patah cermin mata boleh lah di ganti..patah hati siapa lah yang tahu...huhu tak habis2 jiwang ...yerks
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Thursday, December 9, 2010
makju : ndak payah tolong..bukan lagi cepat..lagi lambat adalah,..nanti luka lah, percik minyak lah.. blablabla..maklu membebel
aku : alah makju ni...tgk orang pakar kopek kentang...cepat haa
p.s sering tertanya2..kenapa ye aku asyik terluka??
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Monday, December 6, 2010
orang kata, kalau anak perempuan iras wajah mak dia..panas! macam tu jugak kalau anak lelaki seiras dengan wajah ayah dia...tak ngamm asyik nak gadoh jer..betul ker??
tapi aku tak caya..aku ngan mak sangat rapat..kami leh borak macam kawan lama yang dah lama tak jumpa..leh gelak terkikik2 bila aku cerita meraban..dan mak akan jadi sumber CNI atau meng update berita terkini..almaklum aku ni bergaul lah sangat dengan kaum kerabat dan orang kampung kan!..haha
yang pelik walau wajah seiras, aku tidak mewarisi sifat2 mulia mak aku, seperti :-
* mak tak pandai atau tidak mudah marah..( aku?...ermmm )
* mak tidak pandai mencarut bila marah.. ( aku?..ermm macam dah pandai..hehheh )
* mak tidak pandai menjerit atau menengking2 bila marah? ( aku?...ermm kalau dah marah staff hilang ayu..wakakaka )
* mak sangat penyabar dan tabah .. ( aku?...ermm sangat rapuh..adeh..)
* mak bangun setiap sepertiga malam untuk tahajjud.. ( aku? ... ermm ikut mood..pang sedas! bertuah punya anak )
tapi...tapi..aku pernah 'perang dingin' ngan mak di sebab kan 'peristiwa' itu...mak!! ampun kan orang mak..orang tak niat nak buat macam tu..tapi mak tau kan anak mak ni ..mak faham sangat kan zuriat yang mak kandung 9 bulan 10 hari ni..darah dan daging dalam tubuh ni adalah darah dan daging mak..jantung yang berdenyut dan udara yang di hirup adalah kerana pengorbanan mak...sampai mati pun dan hidup semula tak kan terbalas semua itu...
mak orang mintak ampun..orang mintak ampun dari hujung kaki sampai lah ke hujung rambut...
orang rindu sangat nak macam dulu..mak doa kan hati orang yang keras macam kristal nih rapuh dan berderai ye mak...
mak..
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Thursday, December 2, 2010
yang aku nak cerita ialah sifat kemanusian pada kucing2 ku plak..iskhhh sungguh aku susah hati!
kenapa kah jadi begini?? aku tidak pernah mengajar malah tidak pernah menunjukkan contoh yang tidak baik..kenapa yuna? ..kenapa??..
Sifat2 kemanusiaan yuna dan di contohi anak2 nya:-
1.Makan memilih - hendak makan whiskas jer..jangan harap nak makan ikan biasa,ikan rebus waima ikan goreng!..nasi? jangan harap..pandang pun tak ndak!..apa diorang ingat dorang 'matsaleh'?? ..mahal nak mampus tau tak!
2.Makan ikut time -7am bekfas..dah tentu 2 paket whiskas berharga rm1.50 satu untuk 5 heko tuh..tengahari kul 1 dan malam kul 8..kalau tak, hrmmm hadap lah bunyik bunyian yang memang enak sangat di dengar..nak jer aku bersikap kebinatangan dengan mencekik satu, satu..eh sekor, sekor!
3.Pentingkan diri sendiri, tak mau share!..mak ngan anak pun tak mau ngalah ngko!
4.Tidak lagi hormat kan kawan2..pernah aku tgk ada kucing lain cuba2 nak tumpang makan sekali..huh yuna punya riuh dan kecoh..hamboi sampai serak sora dia mengiau..menghalau la tuh..tak sadar diri aku yang bagi makan!..heh
5. Yuna 'setia' - hehe yang ni aku suka!..yuna setia menunggu somi dia setiap senja di depan pintu..( tidak berminat pada jantan lain! ) tp somi dia seperti manusia lain, lepas bunting kan dia tak pernah tunjuk muka lagi dah..haha padan!! serah diri lagi!..
p.s aku kompius sekarang,.. adakah manusia yang bertopengkan binatang atau binatang yang bertopengkan manusia??...sila lah jawab..
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Tuesday, November 30, 2010
demam...
adeh...demam apa kah ini....
nota kaki : pernah merindui orang yang tak merindui kita? pernah sayangi orang yang tak menyayangi kita? peritkan perasaan tu... aku pernah, ...........................
& kiNi masiH lg...huahuahau
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Monday, November 29, 2010
please understand me.. please ..
Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.
Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Sunday, November 28, 2010
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Saturday, November 27, 2010
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Friday, November 26, 2010
banyak lah kerja2 harian ku tergendala dan ada beberapa invoice yang belum bersign ( signature pengesahan )..no sign no money..hahaha. Hari ni aku berjumpa dgn Gee secratary Capt dato'******untuk minta signature Dato'.
Aku kenal Gee dah lama, dari Szb lagi..dari dia berdua sehingga kini dia solo.Yang aku nak cerita ialah perubahan penampilan Gee..dulu sebagai secratery penampilan Gee sangat up to date, walaupun menutup aurat..suka sangat aku tengok Gee bergaya.Dengan wajah yang kemerahan dan kulit yang putih mulus Gee sangat manis dan jelita.Dan Gee seorang yang peramah dan mudah tersenyum,mudah pula bertolak ansur!!..( sebab selalu cover line aku..hehehe )
Biar lah aku rahsia kan kenapa Gee berpisah dengan suami nya..kalau aku cerita kang aku naik marah..kang aku menyumpah2 pula 'jantan' kat cini, tak elok kan.
Sedih aku tengok Gee, hilang sudah penampilan yang dulu sangat menawan, yang tinggal kini wajah yang pucat tanpa make up dan baju kurung yang longgar..tudung pula labuh dan tidak berfashion. Itu lah gaya nya hari2 kini,tidak lagi berseluar dan blaus,tidak lagi berskirt labuh dan kebaya."kenapa sampai camni Gee..kok ya pun.." kata ku
Maka Gee pun membuka mulut..mencurah kan isi hati nya yang pedih dan sakit..meluah kan lahar sengsara yang terpendam! ya sudah jatuh di timpa tangga..sudah sakit di lukai pula..bukan siapa2 pun yang menambah sengsara Gee,tak lain tak bukan kaum sejenis sendiri juga!!.Tak kena batang hidung sendiri boleh la mengata, cuba lah letak diri kita kat tempat dia..apa yang dia rasa dan deritai..muhasabah lah diri.
Ini tidak,kalau dulu sangat baik dengan Gee,pergi kerja dengan ber 'car pool' sekarang banyak sangat alasan..itu lah ini lah..kalau dulu hendak kemana berkepit minta Gee teman kan shopping, kini berkepit dengan suami!..kalau dulu rajin menghantar juadah,kini masuk rumah tak keluar dah..malah terjerit2 memanggil suami masuk kalau berlama2 di garaj basuh kereta...
Tak cukup lagi, bila Gee berseluar atau berjeans..bergaya sedikit macam dulu..heboh lah mengumpat dan mengata di belakang..konon nya Gee kemaruk jantan!!!
Mencurah2 airmata Gee..seperti mencurah nya lahar Merapi.."sabar lah Gee..ini saja yang mampu aku ucap kan..jauh di sudut hati aku sangat memahami,aku jua turut merasai..
tiada kata,tiada suara..hanya memandang Gee penuh hiba..
p.s wanita ibarat mentimun dengan durian, bergolek kena di golek pun kena, bertahan derita, bercerai pun sengsara!!...aduhaiii
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Monday, November 22, 2010
emak, gomel dan syuib
ibu ku dan adik bungsu
Walau pun penat baru habis function di Nilai Spring, aku dan 2 hero yang hensem ini bergegas menuju ke Melaka.( peristiwa ini berlaku pada hari Sabtu bersamaan 20hb ) Ini kerana mak dan adik2 ku bercuti di sana.Almaklum pada hariraya haji tadi aku tidak balik kampung.
Sepanjang hari adik ku membawa 2 anak 'mat salleh' nya itu melawat tempat2 bersejarah.
hanya di malam hari saja aku dapat join diorang naik 'kapal cruize'..mak aii sungguh indah panorama di sepanjang perjalanan mengelilingi sg melaka ini..kalau lah hang tuah bersaudara masih hidup mungkin mereka pun speechlees macam aku gak kut..
Sepanjang tebing,deretan bangunan lama tapi dicat putih bersih,hotel2 budget yang pasti nya jadi kegemaran pelancong,meja kopitiam untuk mereka bersantai sambil menikmati keindahan panorama yang gemerlapan dengan lampu yang berwarna warni. Sungguh aku tertawan dengan kebersihan dan lukisan tangan di dinding bangunan, hampir keseluruhan dinding di lukis dengan cerita sejarah kesultanan melayu dulukala dan 5 Hang nya.
Tapi yang paling buat mulut ku ternganga ialah kecantikan perkampungan Kg Morten..Astaqfirullahhalaziiiim indah nya rumah2 mereka, sedondon dan sepesen,sewarna dan segaya!! yang membezakan hanya warna langsir dan banyak atau tiada bunga2an dalam pasu...Aduhhh tak boleh kah aku berlama2 di sini??..lupa kan kerja dan lupakan kesibukan dunia??
Yang pasti aku ingin datang dan datang lagi kesini..TAPI bak kata sahabat blogger ku :
Tiada yang lebih bermakna selain bersama dengan orang yang kita cintai huhuhuhu
p.s maaf lah semua gambar aku ambil dari google..haha ( sebab gambar dr hp ku kabur belaka..padan!!
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Sunday, November 21, 2010
tapi bila aku menoleh tiada siapa pun di belakang atau di sebelah ku..ermmm senyum ngan aku la ni..'macam biasa' bukan perkara pelik bila berselisih jalan, tak kira lah apa bangsa pun, pasti akan tersenyum dengan aku kerana wajah aku wajah 'semulajadi' tersenyum!!..dan aku dengan rela hati membalas nya..hahaha..kenapa? tak percaya?? Syukur alhamdulillah atas kurniaan Nya.
disini aku tertarik dengan artikel bicara dr Guangzhou oleh Azahar :
Senyuman itu penawar jiwa .juga satu sedekah yang membawa pahala kepada pemberi nya.Barangkali kerana senyum, saya tidak rasa berat menjalan kan tugas di sini yang masuk hari he-15.Ya, sudah separuh bulan saya berada di Guangzhou hinggakan bau orang tempatan dan luar seperti saya ini boleh di hidu dari jauh.
Yang memimpin saya untuk terus segar adalah senyuman manis dari wajah petugas sukarelawan muda belia ini yang majoriti nya adalah penuntut institut pengajian tinggi.
Saya tidak pasti samaada mereka diarahkan untuk senyum 24 jam, tetapi kesan nya cukup mendalam.Kepala yang berserabut dan badan yang kepenatan mengejar jadual kerja yang padat,hingga kadang2 boleh terlupa hari ini hari Khamis, Jumaat atau Sabtu, tiba2 hilang sekelip mata.
Hanya tiga gerakan saja di lakukan. Menyapa, merendah kan dagu dan kemudian tersenyum penuh sopan.Cukup untuk saya menamatkan hari2 di sini dengan hati kembang berbunga!.
So lihat betapa bermenafaat nya senyuman itu...susah sangat kahh?
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Thursday, November 18, 2010
Salam aidiladha..
oleh kerana cuti satu hari saja,maka aku tidak pulang ke kampung dan tidak pula pergi kemana2..sementelah cuaca yang mendung dan hujan renyai sekali sekala. apalagi aku habis kan masa selain dr mengadap pc, aku melayan mimpi di siang hari!..hahahah
sedang enak berbungkus dalam selimut dan tidur2 ayam..( tahu apa makna tidur ayam? tidur yang tidak lena bukan tidur dengan ayam tau! ) aku terdengar suara salam di pintu..ah sudah! bisik hati ku..ada orang nak beraya ker?..rupa aku macam pontianak harum sundal malam nih..hehe sengaja aku pilih pontianak harum sundal malam sebab Maya Karin cantik!!
sah! jiran hujung barisan rumah ku datang beraya..masuk lah kata ku sambil membuka grill pintu..dia datang bersama baby perempuan dan 2 anak lelaki dalam lingkungan umur 4 dan 6 tahun..aku pun menghidangkan juadah nasi impit dan kuah kacang daging yang ku masak malam tadi, dan air segera F&N..
tapi yang hendak aku kata dan mengata di hari mulia ini ialah kenakalan anak dia!! memang lah lumrah kanak2 nakal,tapi sebagai ibu kita kena lah kawal dan didik anak kita supaya berdisiplin apatah lagi bila di rumah orang!! aku rasa dalam tahap umur 4 dan 6 tahun adalah masa yang sesuai untuk kita melentur anak kita, bukan biar saja apa yang mereka laku kan.
aku memang tidak gemar berkunjung ke rumah jiran, setakat hai..hai bila bertembung di halaman dan bertanya kabar apa yang patut kemudian aku akan masuk kedalam rumah..kerana aku ni kuat borak..haha bila aku dah mula borak,aku lupa dunia..lagi pun aku pegang kata2 seorang guruku..macamana baik pun dengan jiran,jangan sampai garam kau garam aku..dapur kau dapur aku..pergh dalam tu makna nya..( sebab kalau dah bergaduh akan habis lah rahsia kita dijaja,waima rahsia dalam kelambu sekali pun )
Disini aku titip kan beberapa perkara yang aku rasa JANGAN di laku kan bila berkunjung kerumah jiran:
1. jangan suka2 hati datang,mungkin jiran mahu berehat
2.jangan tidak datang bila jiran menjemput atau perlu kan pertolongan.
3.jangan berlama2 jika urusan sudah selesai
4.jangan bawa anak ( seboleh2 nya ) kerana bila kita mengumpat,anak akan pasang telinga dan jangan tidak tahu dia akan sampai kan perkara ini di sekolah!! kenapa tak percaya??
5.jangan biar anak ( jika terpaksa bawa ) merayau dalam rumah jiran seperti masuk dan main dalam bilik tidur, bermain barang2 perhiasan dan masuk kedapur.
6. jangan biar anak buat sepah dan buat sampah,lagi satu jangan biar anak petik dan rosak kan bunga jiran anda!!
seperti kata orang putih, less is more.jangan lah terlalu baik dan jangan lah sombong pula dengan jiran..INGAT kita saling memerlukan!!
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Monday, November 15, 2010
Bab persatuan kesenian bagi lah kat aku..semua aku pulun..( tp menari dan menyanyi tiada dalam fakta ehhh )pertandingan sajak dan berbalas pantun,pertandingan pengarahan drama...aku suka..aku suka..hahah.
tapi dari kecil aku asyik sakit dan sakit..jadi aku tiada peluang untuk mengembangkan bakat ku..banyak sajak dan puisi yang ku tulis untuk diri sendiri, kemudian hilang entah kemana..biar lah..
ada sajak yang ku tulis atas rasa kecil hati yang amat sangat kepada seseorang..tapi sajak itu tak pernah pun siapa tahu,apa lagi yang empunya diri..ahaha
tapi malam ni rasa nak publish kat blok ni la pulak... ( ini cetusan rasa dulu..lamaaaa dulu..)
Siapa aku di hati mu?
Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan
Mengapa ku disiksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita
andai aku sandaran cuma
bias kenangan cinta luka
aku pun tahu rasa
tahu harga nilai nya setia
biar lah rahsia
aku pamit saja,membawa duka
masa adalah perawat luka
aku percaya pasti kan sembuh
jua...
p.s harap2 waris arwah Tan Sri P Ramlee tak marah kat aku kerana dah caca marba kan hasil seni dia...huhu..
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Sunday, November 14, 2010
Majikan
* petronas vinyl chloride malaysia
Manager Engineering
Kolej
* UiTM Pulau Pinang
Mechanical Engineering
Sekolah Menengah
* MARA Junior Science College MUADZAM SHAH,PAHANG
* Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan '08
sebelum ni aku ada menulis entry pasal Arif kan...Jumaat kemarin jam lebih kurang 4ptg aku di kejut kan oleh panggilan Arif..sambil menangis dia mengadu sakit kepala sangat dan pandangan nya sudah kabur.Aku minta dia bertenang dan berzikir tanpa henti sementara aku akan solat dan mencuba apa yang terdaya..( sebenar nya aku lagi gelabah kerana bila arif sudah menangis tanda nya apa??)
kemudian sms dari arif seperti ini:
Mak ija... ( sebenar nya emotion menangis ..airmata berguguran )
itu lah sms terakhir dari arif
kini arif sedang berjuang ..dia sudah tidak kenal org keliling..menurut kata doktor, otak nya sudah mengalami pendarahan..
aku kehilangan kata...aku kehilangan jiwa...
kepada anda yang berkunjung dan terbaca entry ini,..tolong lah doa kan yang terbaik buat arif ye..insyaallah..
terima kasih.
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Saturday, November 13, 2010
beberapa hari kebelakangan ini hari2 ku tidak tenang. Dua hari lepas berturut2 aku kena pergi kemahkamah perindustrian kerana satu kes.Jangan salah faham,bukan kes aku,tapi aku jadi saksi utama kepada kes itu!..hahah kiranya orang terpenting lah..sip baik aku tak kena kidnap kan..huhu
Sungguh seumur hidup, aku tak pernah ada pengalaman nak mengadap Yang Arif ni..selalu nya tgk di tv aje..nak nak cerita hindustan..berjela2 lah adegan mahkamah nya..Nasib baik peguam Mr damien tak putus2 memberi penerangan dan bimbingan bagaimana nak menghadapi asakan dari peguam bela..( kami di pihak pendakwa )
Benar seperti sangkaan, aku di asak dengan soalan2 psaiko yg jawapan nya hanya saya setuju atau tidak setuju sahaja!! setiap patah perkataan jangan main2 akan diambil kira dan di guna pakai..wow aku di asak selama 3 jam none stop!..huh..
Dan akhir nya hakim Dato Jamaluddin menyedari yang mahkamah berlangsung tegang tanpa break..yang aku gelihati dia memandang ke arah aku dan bertanya.." awak boleh tahan tak ni? dah tiga jam..awak nak pergi toilet ker, nak minum dulu ker..cakap..aku jawab.."tak apa yang arif, saya ok jer..sambil senyum yang arif kata lagi,tapi entah perli ke ntah jujur tak tahu lah..terror lah awak ni..selalu nya saksi utama di asak macam ni, satu jam dah surrender..haha
Menyedari yang hakim sendiri agak nya yang hendak rest, peguam kami minta break..aku memang rasa stress dan tention giler..nak tau apa yang aku buat untuk release tention?..aku hidu perfume kegemaran ku..ermmm pelik kan..ya itu lah aku!! yang pelik2 itu lah aku..
aku akan mati tanpa perfume..perfume bagai udara yang menyegar kan jiwa ku..
dan aku akan ingat sampai mati akan bau perfume orang2 kesayangan ku..walaupun 'orang nya' telah 'tiada' namun aku masih tercari2 bau nya!!!
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Wednesday, November 10, 2010
dan bila dah subuh sepie cam ni hati jadi sangat sayu, apa tak nya sangat sunyi takada satu bunyi pun waima bunyi cengkerik!!..dan bila sunyi dan sendiri,macam2 fikiran dan kenangan yang datang..silih berganti..arghhhh waktu ini airmata sangat murah dan mudah!
Aku wuduk dan bersujud di sepertiga malam mencari ketenangan..Ya Allahhhhh...
buka internet dan merayau dari blog ke blog..bc blog joegrimjow buat aku terhibur..analogi cinta!! sedikit petikan dr blog budak genius nih:
Member sorang ni mungkin tertekan sebab kakinya tak pulih 100% lagi. sebab tu boleh keluarkan cinta seperti kentut ni. hehe. semoga cepat sembuh bro! Tapi ada logik jugak cinta ni ibarat kentut. macam kalau kita kentut, rasa bertambah selesa dan samalah seperti melepaskan cinta yang busuk, hati jadi tenang. wahhh, macam tu ya? tapi maksud sebenar, ditahan sakit, dilepas malu. auuuwww, sweet la brother kita ni =)
kata aku? - cinta sangat mudah datang tapi sangat sukar untuk pergi
cinta sangat indah tapi sangat payah
cinta itu buta!!!-menjahanam kan seluruh pancaindra!
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Monday, November 8, 2010
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua