camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Monday, December 13, 2010

ermmmm jam pulak hilang...


aku tak sabar nak tamat kan tahun 2010 ini...mungkin kebetulan atau mungkin suratan...ye kenapa lah tahun ini tahun yang malang bagi ku..silih berganti aku kehilangan.

baru2 ni aku kehilangan jam tangan pula..memang lah tidak mahal mana, tapi bagi ku jam tangan ini sangat bermakna.ia adalah hadiah dari majikanku pada tahun 2003 kerana aku telah berjaya dalam projek ku di Hangar KLIA.

jam comel berwarna keemasan itu sangat bermakna bukan kerana si pemberi, bukan kerana warna dan ukurannya, jauh sekali kerana harga nya..ia bermakna kerana ada KESERASIAN antara aku dan jam itu...sesiapa yang mengenali aku pasti akan hairan kalau jam itu boleh bertahan bertahun2 bersama aku tanpa rosak!! bayang kan mak sendiri menggelar aku 'pengganas'..haha bukan pengganas terrorist tuh tapi orang yang ganas memakai barang perhiasan. Jangan harap lah gelang tangan atan rantai hendak bertahan lama di tubuh ku, pasti akan putus, patah atau hilang tanpa ku sedari!!


Tapi kenapa baru sekarang jamku itu hendak menghilang kan diri? baru semalam aku menyedari nya..sangat lah kekok tanpa dia..serasa tidak lengkap penampilan ku...


p.s tak mungkin ku dapat pengganti seperti mu...aduhaiiiii



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...