camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Friday, July 26, 2013

terawih


terawih...setahun sekali saja kita menempuh nya...nak ulas banyak aku bukan nya arif..nak post gambar takut di kata riak macam Nora danish post atau kena macam Iqram Dzinly..betul ka eja nama dia ni?...ntah la aku tak faham orang kita ni khusus nya pengomen di muka buku...

seperti orang lain aku pun sudah semesti nya teruja sama untuk berterawih ni..pertama kerana dia kita laku kan hanya setahun sekali , kedua aura dan semangat nya memang lain macam lah... aku bersyukur sangat kerana Allah  beri aku rasa yang sangat teruja bila bab2 nak pergi mesjid ni..ntah lah macam ada seseorang yang sangat "istimewa' yang aku nak jumpa..tak menyempat2!

so terawih yang pertama aku bersolat di mesjid besar Putra Nilai...aku memang suka pergi mesjid ni sebab dia besar dan sentiasa penoh dengan jemaah..jadi mood untuk beribadah lebih up lagi..hehe boleh?...

tapi keseronokan beribadah ku di ganggu gugat dengan sikap segelintir manusia yang sememang nya sudah sebati sifat riak dan bangga diri dalam diri dia..aku memang kenal dia semasa sama2 kerja di KLIA dulu..aku tau lah apa pangkat dia tapi sekarang kita ni kan sedang merendah diri di depan yang Maha Beerkuasa..lagi pun pangkat darjat nak bawa kemana?...aku tak mahu lah cakap apa yang terjadi nanti aku dah jatuh mengumpat pula di sini so di pendik kan cerita aku pun beralih tempat beribadah lah..

kali ini aku pergi ke surau kecil di kawasan perumahan aku...surau ni terletak di tengah2 dua kawasan perumahan yang berbeza taraf dan kasta nya hehehe senang cakap camni la, satu perumahann yang aku tinggal desa casuarina dan satu lagi desa kasturi heigh berdepan dengan Nilai Spring clup golf resort..ha ngko...mula2 aku rasa culas juga mungkin kah pisang akan berbuah dua kali? sebab sewaktu aku teliti notis board nya yang tertulis berbagai2 aktiviti yang di jalan kan juga tercatat sama senarai nama pengerusi surau dan ahli jawatan kuasa...mak aiii ramai nya dato dan datin2!...

tetapi rata2 jemaah aku lihat beruniform solat yang sama, putih dan yang terlebih hanya bersulam lebat ( cuma aku jer yang berwarna hitam bling2..fefiling kat Mekah la tu kan ) masing2 ramah menghulur salam dan berbalas senyum..selebih nya khusyuk berzikir mengaji dan membanyak kan solat sunat...
Alhamdulillahh

oleh kerana dekat jer surau ni, aku pergi naik motor capcai..malas aku nak keluar masuk kan kereta...yang lawak nya aku naik motor dengan telekung...hehehe
bayang kan dari jauh telekung aku mengerbang2...pasti si aney security tu ingat aku hantu terbang yang muncul di kepekatan malam....haha gasak kau la...kau suka tidur kan sewaktu bertugas!

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, July 22, 2013

fynn jamal

kalau kita sendiri mak atau bapak yang pernah terlupa waktu anak makan,
tak perasan dan tiba2 anak dah tercurap kat lantai,
tersuap anak bubur tak sempat sejuk--
seumpamanya;

tak usahlah kita pertikai layak tidak seorang ibu itu pada anaknya.

boleh rasa marah.
tak ada orang kata tak boleh marah.
anak kecil meninggal dunia kerana cuai.
bukan kali pertama kita dengar.

tapi--
cuai--
BUKAN abai.

lain.

cuai adalah tanpa niat.
abai adalah pilihan yang dibuat.

tak perasan anak terponggeng:
cuai.
tinggalkan anak waktu kita nak pergi tengok wayang dengan kawan2:
abai.

nampak, tak?

aku rasa--
kadang2 pedih sangat nista yang dilemparkan.
sampai aku yang membaca pun rasa seratus ribu istighfar pun tak mampu menjustifikasi cercaan tadi.

benda dah nak jadi.
bukan pun kerana sengaja.
kalau pun nak kata "anak. TAKKANLAH boleh lupa2".

entahlah.
benda tuhan kata "yakuun".
"kun" lah dia.

kita pun,
berapa ribu kali cicir kunci, telefon, duit.
duit tu--
kadang2 cicir kat ATM pulak tu.
stok dah picit--
lepas tu blah camtu je.

beza kita dengan mak2 cuai tadi--
material yang terlalaikan.
mak2 cuai tertinggal anaknya dalam jamban. lemas.
kita2 yang cuai tertinggal dokumen kat rumah masa kat kaunter. melepas.

itu sahaja.

kita kan masyarakat pemaaf.
kenapa terlalu kejam dalam mengata?
kenapa memilih dalam orang yang layak mendapat pengampunan dari kita?

pelakon bergambo bugin, kantoi beratus kali pun kita masih boleh jemput ke majlis2 kita--
kenapa tidak mak2 dan bapak2 cuai yang jelas tak sengaja?

aku tak suruh kita baguskan kelalaian mereka.
aku cuma cakap--
mereka semua ada keluarga.
mereka semua tau membaca.

kita menyampah makcik pakcik sedara kita yang jenis memandai cakap perihal keluarga kita.
habis--
kita ni..?

kalau benda yang kita nak tulis tu lebih mendatangkan buruk--
baik kita diamkan saja.
kalau betul hendak tulis--
perlahan2.
halus2.
jangan sampai kita termakan kata kita.

tuhan itu adil.
dia tengok kita suka cakap orang--
nanti dia bagi kita situasi yang sama.
paling2--
situasi yang seumpama.

demi nak perhati kita a person of our word--
atau person yang tau gebang sahaja.


itu kata Fynn Jamal rentetan dr peristiwa gempar ada mak budak TERLUPA anak tertidur dlm kereta, 
aku malas nak ulang dn ulas sbb aku TAK SANGGUP... Cuma aku nk ckp apa yg Fynn tulis ja

siapa Fynn ni?...tak kenal?..ceh hangpa tak kenal dia...RUGIII...cer google...tu dia...tulisan dia..buah bicara dia sebijik sebijik kena batang hidung...bernas pedas, jujur tanpa selindung!!!


Memamng...memang...jgn mengata orang..nanti Allah bagi kita rasa..hendak sangat kan..




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

AllahhuAkbar

aku di asak dari segenap penjuru
 hanya Allah di atas memberi aku nafas
 wanita cantik khabar nya
 menjadi permainan dunia tanpa belas!
 Allah hu..Allah
 ~ azah Nilai n9


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...