camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Tuesday, August 31, 2010

1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI


credit ganbar-beautifulnara

Selamat hari Kemerdekaan yang ke 53 dengan tema 1Malaysia menjana transformasi .Aku tak pandai nak ulas pasal transformasi,sebab tak berapa arif,aku tak mahu di kata 'bodoh' pulak..tapi pasal 1Malaysia ni aku suka..

Dari kecil aku memang di kelilingi dengan orang2 yang berbagai bangsa yang setiap peringkat hidup ku akan meninggal kan kesan yang mendalam dalam hati..

Masa kecik dulu arwah abah askar dan mak mengusahakan kedai runcit..(kalau sekarang dah taraf mini market lah) jadi dah tentu supplier dari bangsa asing..(mana ada dari bangsa kita daaa) time tu aku sangat la comel..memang pun sampai sekarang kan..ahaks.. ( tp aku takda gambar untuk bukti kan ) jd uncle india yg supply rempah2an ni tak pernah miss cium aku..errk..aku punya lah takut sampai ter**** dlm seluar..menjak tu mak ada idea kalau aku nakal..'ha asik2 nak merajuk,kang mak bagi kat 'hindu' rempah kang..

uncle kedua ialah uncle cina yang supply serbuk kopi..dia sangat 'kamcing' dengan arwah abah..yang ni aku suka sebab dia tak cium aku tapi tak pernah miss bagi duit..heheh..( walau pun sen2 ) satu hari tu uncle cina kopi ajak kami sekeluarga bercuti ke Cameron Highland..kami punya lah teruja,tapi tiba2 nenek jatuh sakit,mak tak jadi pergi ..maka anak2 secara automatik tak dapat pergi.(sapa nak pergi dengan abah kan?)

waktu balik dari Cameron dan hantar abah sampai rumah,macam2 buah tangan dari uncle cina kopi untuk kami..sayur dan starawbery punya lah banyak..abah tersenyum tak habis..mak sempat sergah,'ni betul la ni g cameron,bukan gi Genting??..iskh abah kata..genting nama ada benda2 ni semua..tapi tak sampai 15 minit uncle cina kopi meninggal kan abah, seorang budak menjerit2..Paksu,paksu..cina kopi excident kat simpang!! aku masih terbayang abah berlari tanpa pakai kasut..dan di cerita kan yang arwah abah sempat memangku kepala sahabat baik yang berlainan bangsa dan agama itu sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.DAn arwah abah kata uncle cina kopi sempat cakap..'Sidi, dalam wa punya poket ada wang..lu punya..lu punya..dan uncle pun pergi buat selama nya..

berminggu dan berbulan malah bertahun abah mengenang sahabat baik nya itu..malah kami pernah melawat keluarga uncle di Ipoh..berkenaan duit yang uncle amanah kan tu,memang abah simpan dompet tu ( tanpa melihat isi nya ) dan serah pada isteri uncle..tp rupa nya isteri uncle pun serah kembali pada abah..'Sidi, Wong ada cakap ini wang 2 ribu untuk lu..( ohh wong rupa nya nama uncle..) lu manyak tolong dia setel gomen punya hal..mak aii 2 ribu time tu banyak gilerr...

Tahun pun berganti,aku masih di kelilingi sahabat dan jiran berbilang bangsa, aku tiada masaalah dengan mereka malah kadang kala mereka lebih baik dan tidak buzy body ..ngee
Masa aku kerja di Golden Lounge MAS subang, aku ada seorang staff India nama nya Revathi..ntah kenapa dengan revathi aku sangat sayang..kami berjalan berdua sambil berpegangan tangan (ini memang tabiat aku jalan pegang apa saja asal ada benda nak pegang??)..makan berdua, dan bila shift malam,kami tidur sambil duduk pun berdua ( belakang dengan belakang bercantum) untuk mengelak kan sejuk yang melampau..hahaha

sampai lah aku di'sound' oleh boss sebab baik dengan staff tahap melampau! iskhhh
sejak itu revathi macam faham dan merajuk, sedikit demi sedikit dia menjauh kan diri..ditambah dengan kesibukan aku membuat persiapan untuk pindah ke KLIA,revathi seolah2 ku lupa kan.

Dan seperti terhenti dunia ku seketika bila revathi memutus kan tidak akan ikut berpindah ke KLIA kerana ibu nya tidak ada siapa yang jaga..arkhhhh..( hidup mesti di teruskan..)

kepada abang2 stulle bus tentu masih ingat ada sepasang kawan,opps bukan kekasih ok yang berjalan berpegangan dan menghayun2kan tangan,bercakap tanpa henti bagai esok akan kiamat, dengan nakal nya singgah kat kedai perfume duty free,sembur minyak wangi tester kemudian lari..singgah kedai bodyshop kemudian make up tester..lari lagi..hahaha

Revathi..whatever,..I love you forever...muahhhh


SELAMAT HARI MERDEKA..MERDEKA KAN LAH MINDA ANDA!!!





yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, August 30, 2010

raya lambat lagi weh...





ramai2 artis kat malaysia ni aku suka sangat dengan Adibah Nor..kelakar dia kelakar semulajadi..gemuk pun gemuk lah..buat apa kurus dan cantik tapi plastik??

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, August 29, 2010

yeay yeay..yuna dah ada baby..

apabila mendapat tahu yang Yuna dah hamil, kami seisi keluarga sangat teruja..almaklum lah dalam keluarga kami sudah lama xada baby..sudah lama tidak mendengar tangisan dan keletah anak kecil..

apalagi yuna menjadi permaisuri lah dalam rumah..apa saja yang yuna nak akan di penuhi..apa saja yang yuna nak makan kami akan biar kan dia makan sepuas nya..walau pun lepas tu dia akan muntah terbelahak..lagi pun yuna ni degil,tak mau dengar cakap..ah itu mungkin 'pembawaan budak'!

aku biar saja yuna bermalas2..(walau dalam hati sangat 'bengkek')..kadang bila balik dari kerja, yuna sedang 'terkedang ' di atas katil ku..aku bersabar..aku akan baring untuk melepas lelah di sofa..kadang yuna tertidur di atas sejadah..ermm ahli syurga dan kesayangan junjungan nabi ni..rungut ku..aku akan mencari sejadah lain..namun yuna tidak ku ganggu lena nya..

yuna..yuna..aku tersenyum bahagia..eh eh macam aku pulak yang mengandung..hehehe


tapi bila kali ni yuna buat hal,aku jadi pening..yuna berkeras hendak memilih sendiri tempat bersalin nya..aku dah kata ,aku akan tempah tempat yang paling bagus ,dia tak hendak..dia hendak juga bersalin dalam almari baju ku!! ohhh tidak ini aku tak boleh berkompromi!!


YUNA!!!..get out..how dare you!!






yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, August 27, 2010

aduhhh.. touching nya lagu ini....



ini lah satu satu nya lagu raya yang sangat 'touching'..
rasa nya dari zaman kanak2,
gadis dan wanita aku melalui suka duka hari raya bersama lagu ini..

dengar lagu ni waktu memandu di malam hening..
adoyaiii ..jiwa melayang2..
ingat mak, ingat arwah abah..dan ingat ex bf!!!..hahahha



p.s kepada kekasih ku yang baik budi,bimbingan dan panduan selalu di beri...
ya allah beku kan lah pancaindera ini buat sementara agar kerinduan ini tidak menyeksa....



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, August 26, 2010

ermmm i belief i can fly...





credit to blogger joegrimjow..' the genius boy'

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, August 24, 2010

aku semakin takut dengan diri sendiri!!....


dalam bilik ni aku tinggal sorang2..sume dah keluar dengan tugas masing2..aku takde kerja,dari tadi dok main tenet sampai dah juling mata...Boss dah 10x call..blablabla..iskh dengki ke hape...
Bila fikir kan boss aku rasa beruntung juga kerja lama dengan dia ..ialah dah lebih 12 tahun kerja dengan majikan yang sama..majikan yang dah faham akan hasil kerja aku..majikan yang dah faham di mana kelemahan dan kelebihan aku dan yang penting kami dah macam satu keluarga..
bila mana aku di landa musibah,aku rasa beruntung kerana majikan memahami..diorang layan jer otak aku yang selalu tak betul ni..kadang2 ada kerja penting yang aku buat silap,kesian boss aku yang kena jawab..

aku pun semakin takut dengan diri sendiri sekarang ..selalu sangat apa yang ku buat bertentangan dengan apa yang ku fikir..selalu sangat aku lupa..selalu sangat aku cuai sekarang ni..apa nak jadi?

dan kesilapan dan kecuaian aku kadang2 menyusah kan orang lain!!( tapi mujur lah agak nya aku ada sifat yang lain,yg sentisasa ringan tangan untuk menolong orang,dan tidak pernah kata tidak bila di beri tugas waima waktu dan masa amat lah tidak logik bagi seorang perempuan! dan agak nya aku selalu mengalah dan tidak banyak songeh..maka mereka dengan rela memaaf kan aku..hukhukhuk )

kenapa akhir2 ni aku jadi macam ni..bagaimana kalau aku betul2 hilang ingatan? naauzubillah..mintak simpang..aku ada banyak tanggung jawab yang terpaksa ku pikul berseorangan..even paip bocor pun aku terpaksa baiki sendiri..sakit pening lagi lah sendiri mau ingat!
kadang2 aku rasa sedih sangat bila ada kejadian yang seorang perempuan tak boleh 'buat'..misal nya bila tayar kereta pancit waktu tengah malam di tepi jalan yang sunyi..nak call sapa minta bantuan??
baru minggu lepas terjadi..jam menunjuk kan angka 11 malam..aku menuju ke Hangar Klia melalui jalan terminal Lcct..sapa yang pernah lalu jalan tu tentu tahu bagaimana situasi nya..gelap dan dikiri kanan hanya kebun kelapa sawit..
hampir setengah jam aku duduk termenung berfikir dan fikir..akhir nya kereta peronda polis jadi penyelamat..! apa perbualan aku dengan polis tu biar lah off record..hehe dah tentu dia tanya...why?

di bulan yang mulia ni aku harap aku dapat menghilangkan kesedihan aku,..kekecewaan ..dan aku dapat hidup tenang..agar aku dapat berfikir dengan baik seperti sediakala..

dapat berfikir dengan baik pun sudah cukup bagus!! supaya tidak lah orang kata aku 'bodoh'..

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, August 22, 2010

aiseymen..kantoi la pulak!...

Kemarin Jumaat tanggal 20hb adalah hari ulang tahun kelahiran aku..dah tua weh..haaha..
Sudah menjadi kelaziman kami akan membuat kejutan jamuan makan..kalau staff lain aku lah yang jadi mastermind nya..ni kena diri sendiri, aku tau dah kat mana nak gi makan..haha ada ka patut?

Oleh kerana masing2 ada kerja lain maka kami pergi ketempat di maksud kan secara berasingan..Sambil rose memberi panduan,aku pun teraba2 mencari jalan ke Damansara..Apa lah jauh sangat gi makan ni..Makan jelah kat Nilai ni ha..kat gerai yang ada karaoke ni pun ok gak..tak payah lah mengharung jem ni..aku merungut2 dalam hati..

Beberapa kali rose call tanya dah sampai mana?..betul lah kau ni buta jalan!..buta kayu!..aku akur jer rungutan orang dah memang aku macam tu nak wat cane ?..( tp aku bukan buta hati ok! )

Aku ni satu hal,dek kerana malam jadi kelawar tak tidur, masa drive nilah aku akan tersengguk2 hendak sangat lah melelap kan mata..aduiyaiii..( sip baik tak puasa awak, maka aku pun menghisap gula2 hacks untuk hilang kan mengantuk yang amat sangat nih..sambil cover mulut agar tak ketara oleh pemandu sebelah menyebelah..heheh)

Tiba2 hp ku berdering2..aku pun jawab..hello.."hello Roy"..suara di hujung sana mmg sah aku cam..
"Asaalamualaikum abang Hamid",
"Waalaikum salam Roy, just nak bagi tau,I dah email dan attach sekali breakdown AMU from Friday to Sunday k..I call rose dia tak jawab la Roy."
"Oh dia bz kut ..k bang ..thanks.."
"Sama2..ermm Roy kok ye pun tak posa, jangan lah isap gula2 macam tu..tergugat abang tau!!

gullp!!..errkk..!!


walaupun meriah majlis ku, ntah kenapa aku rasa sayu..sepi..dan sendiri..arrkh


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, August 21, 2010

dah xder keja sgt ker makcik ni?..pi la buat kueh buka posa..



ada orang kata putus cinta seperti tersayat kulit dari daging..pergh!
tapi kata orang ni ,cinta yang di putus kan kerana terpaksa
seperti penagih yang berjuang untuk
pulih..andai tak kuat semangat
akan menagih kembali!!sakit nya lagi dasyat mungkin seperti bercerai nyawa dari badan..haaha

apa apa je lah..
tunggu komen doctor luv..
)


azahrohaizah_love our friendship more than any other..huuh



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, August 20, 2010

my birthday...

Selamat harijadi aku..
jangan tanya yang keberapa,yang pasti
sudah semakin hampir pada Sang Pencipta
Semoga aku tambah tabah
tambah redha dengan
apa yang telah 'tertulis'
untuk ku..



tiada yang lebih bermakna jika saat ini ada ucapan atau ingatan dari yang tersayang..ahaks



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, August 19, 2010



Al-fatihah buat sahabat tersayang yang telah kembali kepada Pencipta nya pada 7 Ramadhan..
Semoga di cucuri rahmat dan berada paling hampir di sisi Nya..amin

p.s..cikgu ShamTrg...berakhir nya pengembaraan..kami akan merindui mu..

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, August 18, 2010

miss so much...

dont cry...

because its over.

smiles...

because its happened!


azahrohaizah



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

penat puasa ye...meh gelak kan aku meh..hahaaha

Hmmm..semalam aku buka puasa di opis ( opis tu opis kat umah boss lah )..biasa lah boss suka mendera staff..Awal2 'simpan kerja', dah petang baru nak tunjuk belang itu tak kena ini tak betul..kesudah nya jam hampir maghrib!!..terpaksa lah buka beramai2 di rumah dia..( aku rasa ini adalah rancangan jahat dia supaya dia tidak buka puasa sorang2 kan? )

Lepas semayang maghrib,aku buru2 balik,cadang nak singgah Mydin sebab barang dapur dan keperluan peribadi banyak dah habis..Alamak parking depan pintu masuk Mydin penuh la pulak,terpaksa pusing dan park kat bahagian bawah..

Turun dari keta perkara pertama yang aku kasi ingat kan pala otak aku ialah tutup lampu!..( aku ni selalu lupa tutup lampu tau,seharian lah on dan bateri pun kong!!..hahaha)
lepas tu baru teraba2 cari dan pakai kasut..ala biasa la orang pompuan simpan kasut dalam keta berbagai jenis dan warna..senang bila emegency! kemudian baru lah dengan blurr nya aku berjalan kearah pasaraya Mydin yang tak berapa nak besar tu..sebab parking kat bawah,tentu lah kena naik tangga kat medan selera kat situ kan,yang aneh nya beberapa couple yang berselisih jalan ngan aku pandang dan senyum2..dan couple yang makan kat situ pun tersenyum2 juga..eleh aku dah lali bila orang senyum kat aku sebab muka aku ni muka 'senyum' tau! ahaks..(susah nak ubat orang yang sejak azali perasan nih!..)

Aku ada perasan lah yang 'rasa jalan' aku agak lain..sebab kasut kah atau?..tapi aku malas nak periksa kaki!..ni lagi satu penyakit malas aku, malas nak berfikir! eh aku pernah malas nak u'uk tau..malas nak berak lah!..ada ka??

Dengan 'rasa' jalan yang agak lain aku pun naik ketingkat atas dulu untuk cari barangan perempuan.. cari dan cari aku pun turun..masa turun tangga ni aku pandang step, bawah sebab aku ni banyak kali jatuh tangga ntah sebab apa..jadi aku serik!..
Dan owh..OHH TIDAK..NAMPAK APA YANG AKU NAMPAK?..makkk!! aku pakai kasut lain sebelah!! Ya rabbi berlainan jenis dan warna lak tu..kaki kanan pakai kasut yang bertumit 1" berwarna hitam,dan yang kiri pakai seliper or sandal yg tak bertumit berwarna putih!!!

Yang pertama aku buat ialah pandang kiri kanan ..ada tak jiran atau orang yang kenal aku?..oh takda , selamat..yang kedua cane nak hadap orang kat bawah lak,banyak barang tak cari lagi ni..Masa ni aku pandai lak guna otak nak berfikir..aku terhendap2 lah macam pencuri masuk celah2 rak barang menuju ke rak kasut..ye aku beli lagi satu kasut dan pakai kat situ juga!! hehe..promoter yang baik hati tapi 'simpan ketawa dalam perut' itu pun letak tag harga kat kasut lama aku...

Ermm nak cerita ke tak aar kat orang2 kat umah eh??..takpayah la kan..penat dah aku gelak kat diri sendiri sepanjang jalan balik tadi!!...


p.s moral of de story is :jangan abaikan 'rasa' anda..harharhar ..gelak lahh..mak tak kesah nyah!!

p.s lagi..aku malas nak upload gambar kasut tuh ..tragis!

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, August 17, 2010

sepi setangkai mawar merah..


black and white rose

"Sesungguh nya kamu melalui
setingkat demi setingkat
kehidupan,
mengapa mereka tidak mahu
beriman?"


( Al-Insyiqaq:19-20)


azahrohaizah

Sesungguh nya Allah tidak menduga hamba Nya melainkan dengan keupayaan seseorang hamba itu...

bersabar lah..



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, August 16, 2010

hilang...

Semakin aku sepi
Semakin wajah mu datang pada hati
Semakin aku menjauhi , terasa semakin kau mendekati
Aku hilang dalam diri
Tersesat dalam hati .

Yang aku lihat hanya mimpi ......


creditinsan biasa .

Hati seorang mukmin itu bumi nya makrifah, langit nya iman, matahari nya rindu, bulan nya cinta, bintang nya buah fikiran,tanah nya kemahuan, dinding nya keyakinan , awan nya akal, hujan nya rahmat, pohon nya ketaatan, buah nya hikmah. Dan ia mempunyai empat tiang iaitu tawakkal, sabar, yakin dan kemuliaan.Dan mempunyai empat pintu iaitu ilmu, akhlak yang mulia, redha dan kesabaran.Dan atas semua nya itu ada FIKIRAN – itu lah (HATI!)
azahrohaizah



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, August 15, 2010

7 perkara di hiasi dengan 7 perkara

Rahsia 7

Allah SWT telah menghiasi 7 perkara dengan 7 perkara.Kemudian Allah SWT menghiasi pula tiap tiap 7 perkara itu dengan 7 perkara yang lain.Untuk mengkhabarkan kepasa orang2 yang berilmu bahawasa nya 7 itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi Allah SWT.

Allah SWT menghiasi angkasa dengan 7 lapis langit,kemudian Allah SWT menghiaskan nya dengan 7 bintang.Allah SWT juga mencipta kan bumi tempat tinggal kita,terdiri daripada 7 lapis pula.Setelah itu Allah mencipta kan bumi dengan 7 lautan yang besar dan Neraka terdiri daripasa 7 pintu.Kemudian Allah juga menjadi kan 7 ayat surah Al-fatihah sebagai pembuka kitab.Didalam ibadah haji kita juga di suruh mengerjakan 7 kali tawaf,7 kali sa'ei dan 7 kali melontar.

Allah SWT menjadikan seminggu itu terdiri daripada 7 hari.Di dalam hari2 tersebut ada kelebihan dan kenangan yang merupakan rahsia keutamaan nya.Allah SWT sangat besar kekuasaan Nya dan sangat tinggi kalimatNya serta berterusan nikmatNya.

Semoga kita semua mendapat keredhaanNya.amin..Insyaallah

-azahrohaizah



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, August 12, 2010

dugaan hari pertama berpuasa...


Semalam aku ada di bazar ramadan Paroi..seronok melihat gelagat usahawan setahun sekali ni..begitu juga dgn para pengunjung nya..bagai negara kita ni tidak pernah di himpit masaalah inflasi rasa nya.Apa tak nya, ditangan masing2 penuh dgn bungkusan makanan..dalam hati aku, macam habis!! ( dah buat dosa kering dah..huh! )

dalam dok berputar2 dgn boss, madam dan rose,tiba2 aku berlaga bahu dgn seseorang..serentak kami minta maaf..eh macam kenal!..la rupa nya kawan lama masa sekolah dulu..satu dorm tu..selang dua katil jer..setelah berbasa basi tinggal mana?,kerja mana?, anak dah berapa?, tiba2 dia bagi aku soalan bonos!! I dengar u dah $&%#...mak ai terkedu aku..aku tersenyum pahit jer..ingat kan ada kata2 semangat rupa nya?..tak sangka ye u yang dulu jadi rebutan, nasib u jadi gini ......... aku hanya mampu jawab..apa nak buat ajal maut,jodoh di tangan Tuhan.

melihat muka aku yg dah mendung bagai musim tengkujuh,rose cepat tarik tangan aku, jum cari makanan,kang abes kang..setelah bersalam, pun tak abes lagi..sempat lagi ada ayat beracun..takut I..orang cantik pun kena..mesti ada yang tak kena dengan u ni..

Aku rasa dah kenyang la rose..petang esok baru buka posa pun rasa nya aku tahan lagi nih!..rose hanya senyum..tekak aku yang tadi kering dah basah dek airmata yang aku tahan, perut yang tadi berkeroncong dah berisi dengan kepahitan yang aku telan..

kenapa ye manusia ni seakan suka dengan nasib malang orang lain?..memang kita tidak dapat membantu,tapi bantu lah dengan memahami, sekurang kurang nya tidak menyakiti hati!..kan?
aku pun kadang jahat mulut gak bila aku tak puas hati, tapi tak da la sampai tak tahu jaga hati orang,jaga aib orang..

errmm berapa lah agak nya tinggal markah pahala aku semalam ye..hanya Dia lah yang Maha Adil!!

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, August 11, 2010

Marhaban Ya ramadan



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, August 10, 2010

Terkenang Kota Mekah...


Tersangat rindu bertawaf dan sa'ei..berteleku di depan kaabah memuhasabah diri..mengenang kealpaan sendiri..tergiang2 suara imam dan amin dari makmum..terasa masih terhidu2 haruman syurga...terasa masih basah pipi dek airmata ..Matahari diatas ubun2 tak terasa bahang nya..,lautan manusia terasa bersendirian..hanya nikmat dan nyaman di dalam dakapan Mu Tuhan!!!


Ya Allah jangan Kau paling kan hati ku dari mengingati Mu dan jangan gugur kan nama ku dari senarai 'undangan Mu ' lagi..aminnnا



أهلا وسهلا يا رمضان….. شهر رمضان شهر المبارك فنحت فيها باب الجنة وغلقت باب النار
Ya Allah….Semoga Ramadhan tahun ini diberikan kekuatan dalam melaksanakan ibadah serta bertambah keimanan dan ketakwaan kepada mu ya Allah . Amin ya Rabbal a’lamin.

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, August 9, 2010

atas nama cinta..

Semalam sehari suntuk aku menghabis kan masa membaca novel ni...berbagai bagai perasaan bercampur aduk..cemburu, irihati dan sakit silih berganti..
Ya Allah semoga ada ketabahan..



Rossa - Atas Nama Cinta

Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Reff:
Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Tiada yang lebih bermakna selain bersama dengan orang yang kita cintai huhuhu

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, August 5, 2010

dalam diri.....




Lumrah alam ini
Tidak semesti bagai di hajati
Di kejar kadang semakin jauh
Di cari tidak di temui
Di marah semakin sayang
Di kasih semakin benci .

Berkatalah hati
Fahamilah diri
Melihat insan ketawa dalam kedukaan
Melihat insan menangis dalam gembira .

Aku semakin tidak mengerti ...


credit insanbiasa


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, August 4, 2010

hujan membasahi bumi...membasahi hati...



bila mata tak boleh lena..dalam rumah rasa dalam gua..aku capai kunci kereta dan pandu tanpa arah..kat cini senang nak memandu malam2..takda jem,tidak lah sunyi sepi plak..kira selamat lah..ronda lah masuk ceruk mana pun,kira ok punya..

Pastu tak semena2 hujan pulak, dari rintik2 jadi lebat selebat2 nya..terpaksa pandu perlahan sambil dengar radio..entah mcamana Era putar lagu ni..aduh duh duh..aku rasa nak MATI mendengar nya..bayang kan lah dalam hujan dengar lagu jiwang nih...hadoyyyyyy

Jom layannnnnnnn...



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, August 2, 2010

facebook, ....dan pengajaran nya...




aku ni memang pelik sikit..ada banyak perkara yang aku malas nak buat..terutama nya nak cat muka aku ni bagi berwarna warni..haha..dulu masa aku incharged MAS Golden Lounge, aku di wajib kan mengecat muka..aduh!..nak habes kan 8jam mcm 8thn! rasa macam bertepek ja muka dengan apa2lah yg melekat dan melekit!..

Lagi satu aku malas sangat nak menulis..jangan harap la dalam handbeg aku ada pen!..dah nama pun supervisor dah tentu lah nak sign form dan nak catit nota..masa kecemasan camni aku akn rembat sesapa jer yang ada pen..haha jahat kan

Tapi kalau kat papan keybod aku jd giler! giler menaip..mengikut peredaran masa, sekarang aku gila berblogging..ntah rape puluh kali dah aku tukar template..dan terbaru berfacebook..tapi tak lah aktif sangat..ada satu cerita yg agak menarik pasal aku dan facebook..

tabiat aku,selagi orang tak add aku, aku tak akan add sapa2 pun..jadi lah mukabuku ku sunyi dan sepi..hanya orang2 terdekat saja..ntah mcamana baru2 ni ada kawan yang add dan aku aprove kan dan aku aprove sekali kawan yang dia bawak..ditakdir kan mamat ni 'tertarik' la kat aku yg muka tak pernah bercat nih..

aduh pening la aku,dia akn call dan sms tak kira masa.. mcamana dapat no phone?..aku pun tanya kat dia, mana dapat no hp..dia kata kat facebook aku!..hah?? ishhh bila aku tak reply sms dan tak jawap call,dia akan sms dan kata,kalau tak sudi dulu kenapa aprove kan saya?..wow!!

Sekarang aku yang tua ni baru faham banyak perkara..kalau hati dah tak terbuka,macamana nak suka..call dan sms yg berdentang denting bagai satu penyiksaan dan lagi seksa nak bagi berbagai2 alasan!..nak cipta alasan pun satu hal..

Tapi kalau hati dah terbuka dan 'tersuka'..tak kesah sms tak berjawap, tak kesah call tak berangkat..buat jer muka tak malu..hantar dan hantar lagi tanpa putus harapan..oohhh!

Siapa ye yang bersalah dalam hal ni?..sedih kan, kita suka orang,orang tak suka kita.. dan kesian kat orang yang suka kita,tapi kita tak suka orang...

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

erti sebuah kasih sayang..

( Entry ini di copy sepenuh nya dr blog www.syahrilkadir.wordpress.com - segala yg terbaik ada di sini! )

tolong..aku tidak mampu lagi menahan kesakitan ini....

awak, bersabarlah...saya tetap akan bersama awak walau apapun yang terjadi

bangun sayang, bangun...saya tak mungkin hidup tanpa awak di sisi, bertahanlah!!!

awak, awak tahu kan saya sayangkan awak, jangan pergi dulu, awak ingatkan janji kita dulu, ingat tak janji-janji kita?

AWAKKKKKKKKKKKKKKK!!!!


aku rasa mungkin ramai yang dah tengok gambar sepasang burung ini yang kini semakin tersebar di seluruh dunia

ia diambil oleh seorang jurugambar Perancis

semuanya bermula apabila burung betina ini menggelupur kesakitan kerana dilanggar kenderaan, kemudian datang seekor burung jantan untuk memberi makanan kepada pasangannya itu

di saat burung betina ini mati, lensa jurugambar ini berjaya merakamkan ratapan si burung jantan ini, aduh sungguh syahdu sekali

sedangkan binatang pun ada perasaan ingin menyayangi dan disayangi, apatah lagi manusia seperti kita semua

bagi aku, perasaan menyayangi dan mengasihi seorang insan kepada insan yang lain itu ,merupakan anugerah yang cukup mahal harganya
ia tidak diminta, ia datang sendiri…percayalah, kasih sayang yang ‘dibuat-buat’ sebenarnya mudah untuk kita kenal pasti

sesuatu yang datang bukan dari hati dan perasaan yang tulus ikhlas, pasti akan ‘terkantoi’ dengan begitu mudah sekali

kepada kita semua, bersyukurlah selagi ada orang yang sayang dan kasih kepada kita kerana esok belum menjanjikan apa-apa

jangan hanya setelah dia pergi…baru kita sedar kita sudah kehilangannya, kehilangan kasihnya, kehilangan cintanya

waktu itu merayulah, merintihlah, merataplah…namun kasih sayang itu tidak mungkin akan kembali lagi

tidak mungkin kembali lagi seperti mana di awal kehadirannya!

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, August 1, 2010

Vashnavi..jangan buat ku menangis lagi...

Jangan bosan dulu..tungguuuu...lihat lah keindahan dan bahasa tubuh Vashnavi..sumpah aku menangis lagi..bongok kan?



dua jejaka mencintai seorang gadis..di sampai kan dgn sangat creatif..kanak2 yg sangat berbakat.. kat m'sia ada?



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...