camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Tuesday, August 31, 2010

1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI


credit ganbar-beautifulnara

Selamat hari Kemerdekaan yang ke 53 dengan tema 1Malaysia menjana transformasi .Aku tak pandai nak ulas pasal transformasi,sebab tak berapa arif,aku tak mahu di kata 'bodoh' pulak..tapi pasal 1Malaysia ni aku suka..

Dari kecil aku memang di kelilingi dengan orang2 yang berbagai bangsa yang setiap peringkat hidup ku akan meninggal kan kesan yang mendalam dalam hati..

Masa kecik dulu arwah abah askar dan mak mengusahakan kedai runcit..(kalau sekarang dah taraf mini market lah) jadi dah tentu supplier dari bangsa asing..(mana ada dari bangsa kita daaa) time tu aku sangat la comel..memang pun sampai sekarang kan..ahaks.. ( tp aku takda gambar untuk bukti kan ) jd uncle india yg supply rempah2an ni tak pernah miss cium aku..errk..aku punya lah takut sampai ter**** dlm seluar..menjak tu mak ada idea kalau aku nakal..'ha asik2 nak merajuk,kang mak bagi kat 'hindu' rempah kang..

uncle kedua ialah uncle cina yang supply serbuk kopi..dia sangat 'kamcing' dengan arwah abah..yang ni aku suka sebab dia tak cium aku tapi tak pernah miss bagi duit..heheh..( walau pun sen2 ) satu hari tu uncle cina kopi ajak kami sekeluarga bercuti ke Cameron Highland..kami punya lah teruja,tapi tiba2 nenek jatuh sakit,mak tak jadi pergi ..maka anak2 secara automatik tak dapat pergi.(sapa nak pergi dengan abah kan?)

waktu balik dari Cameron dan hantar abah sampai rumah,macam2 buah tangan dari uncle cina kopi untuk kami..sayur dan starawbery punya lah banyak..abah tersenyum tak habis..mak sempat sergah,'ni betul la ni g cameron,bukan gi Genting??..iskh abah kata..genting nama ada benda2 ni semua..tapi tak sampai 15 minit uncle cina kopi meninggal kan abah, seorang budak menjerit2..Paksu,paksu..cina kopi excident kat simpang!! aku masih terbayang abah berlari tanpa pakai kasut..dan di cerita kan yang arwah abah sempat memangku kepala sahabat baik yang berlainan bangsa dan agama itu sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.DAn arwah abah kata uncle cina kopi sempat cakap..'Sidi, dalam wa punya poket ada wang..lu punya..lu punya..dan uncle pun pergi buat selama nya..

berminggu dan berbulan malah bertahun abah mengenang sahabat baik nya itu..malah kami pernah melawat keluarga uncle di Ipoh..berkenaan duit yang uncle amanah kan tu,memang abah simpan dompet tu ( tanpa melihat isi nya ) dan serah pada isteri uncle..tp rupa nya isteri uncle pun serah kembali pada abah..'Sidi, Wong ada cakap ini wang 2 ribu untuk lu..( ohh wong rupa nya nama uncle..) lu manyak tolong dia setel gomen punya hal..mak aii 2 ribu time tu banyak gilerr...

Tahun pun berganti,aku masih di kelilingi sahabat dan jiran berbilang bangsa, aku tiada masaalah dengan mereka malah kadang kala mereka lebih baik dan tidak buzy body ..ngee
Masa aku kerja di Golden Lounge MAS subang, aku ada seorang staff India nama nya Revathi..ntah kenapa dengan revathi aku sangat sayang..kami berjalan berdua sambil berpegangan tangan (ini memang tabiat aku jalan pegang apa saja asal ada benda nak pegang??)..makan berdua, dan bila shift malam,kami tidur sambil duduk pun berdua ( belakang dengan belakang bercantum) untuk mengelak kan sejuk yang melampau..hahaha

sampai lah aku di'sound' oleh boss sebab baik dengan staff tahap melampau! iskhhh
sejak itu revathi macam faham dan merajuk, sedikit demi sedikit dia menjauh kan diri..ditambah dengan kesibukan aku membuat persiapan untuk pindah ke KLIA,revathi seolah2 ku lupa kan.

Dan seperti terhenti dunia ku seketika bila revathi memutus kan tidak akan ikut berpindah ke KLIA kerana ibu nya tidak ada siapa yang jaga..arkhhhh..( hidup mesti di teruskan..)

kepada abang2 stulle bus tentu masih ingat ada sepasang kawan,opps bukan kekasih ok yang berjalan berpegangan dan menghayun2kan tangan,bercakap tanpa henti bagai esok akan kiamat, dengan nakal nya singgah kat kedai perfume duty free,sembur minyak wangi tester kemudian lari..singgah kedai bodyshop kemudian make up tester..lari lagi..hahaha

Revathi..whatever,..I love you forever...muahhhh


SELAMAT HARI MERDEKA..MERDEKA KAN LAH MINDA ANDA!!!






yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...