camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Friday, December 30, 2011

cinta rahsia Allah?...

sebagai seorang blogger..( eceh layak kah aku ni di panggil blogger?..) aku rajin sangat meninjau2 blog blogger lain..merempit sanaa merempit sini...terasa sangat kerdil nya diri ini kalau di banding kan dengan mereka..hehe walaupun gebuzzz...

banyak2 entry, pasti nya entry pasal cinta yang menarik untuk di baca kan?...kisah cinta ni berzaman tak kan habis..berzaman tak kan jemu di perkata kan..

so kat sini aku copy & paste entry pasal cinta pertama dari blog otai aku..jum.baca-

semalam seorang sahabat bercerita mengenai cinta pertama, betapa indahnya cinta pertama, betapa agungnya cinta pertama, betapa cinta pertama tak mungkin kita lupa walau berkurun lamanya

lalu aku bertanya pada dia…apa itu cinta pertama? adakah cinta pertama itu saat pertama kita jatuh cinta, atau adakah cinta pertama itu saat di mana pertama kali cinta kita berbalas atau bagaimana?

bagi aku definisi cinta pertama ini perlu jelas…ambil contoh akulah senang citer

masa sekolah dulu aku pernah jatuh cinta, tetapi cinta aku tak berbalas, syok sendiri

then masa kat kolej aku jatuh cinta dengan seorang gadis, masa tu cinta aku berbalas

so cinta pertama aku ni sebenarnya yang mana satu…masa di sekolah atau masa di kolej?

tetapi di akhir perbualan, kami berdua dapat satu kesimpulan, cinta itu sememangnya indah, apatah lagi bila dua jiwa saling menyinta, saling percaya, saling mendamba

namun cinta itu akhirnya jadi rosak bila ada elemen merajuk berlebihan, kehadiran orang ketiga, cemburu buta dan berburuk sangka

dan cinta itu menjadi semakin celaru bila masing-masing ada ‘spare tyre’, maksudnya masing-masing ada pasang kekasih simpanan, kononnya kalau si A buat hal, sekurang-kurangnya masih ada si B untuk dijadikan sandaran!

lepas pulang ke rumah, aku tetiba terbayang kisah cinta pertama yang kami bualkan tadi

dan sehingga aku menulis entry ini, aku masih tertanya-tanya, mengapa selalunya cinta pertama, walau apa definisinya, jarang berakhir dengan kebahagiaan?

mungkin waktu itu kita terlalu mentah menafsir cinta, atau mungkin cinta pertama itu terlalu mulia sehinggakan tempatnya bukan di sini, tetapi ‘di sana’

wallahualam.

itu kata nya mengenai cinta pertama. aku yakin setiap dari kita ada menyimpan sejarah cinta kita sendiri..walau telah bertahun berlalu..kita tak boleh menipu diri sendiri walau pun kita boleh menipu orang lain!

p/s kepada insan yang sangat baik hati...yang sentiasa memberi ku 'nyawa'...terima kasih..hanya Allah jua yang membalas budi baik mu itu...


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, December 29, 2011

she...

My fav song from my mom's fav movie -Evergreen

She may be the face I can't forget
The trace of pleasure or regret
May be my treasure or the price I have to pay
She may be the song the summer sings
May be the chill the autumn brings
May be a hundred different things
Within the measure of a day

She may be the beauty or the beast
May be the famine or the feast
May turn each day into a heaven or a hell
She may be the mirror of my dreams
The smile reflected in a stream
She may not be what she may seem inside her shell

She who always seems so happy in a crowd
Whose eyes can be so crowded and so proud
No one's allowed to see them when they cry
She may be the love that cannot hope to last
May come to me from shadows of the past
But I'll remember till the day I die

She may be the reason I survive
The why and wherefore I'm alive
The one I'll care for through the rough in many years
Me, I'll take her laughter and her tears
And make them all my souvenirs
For where she goes I've got to be
The meaning of my life is she
She
She


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, December 28, 2011

erkkkkhh....

jum kita



dan jaga


dah jadi cam ni parah beb! peringatan untuk diri ku dan kita semua...ngeri tengok pembedahan ni..dah macam lapah lembu daaa





gambar ihsan dr blog storyshelly.com

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

buka mata..buka hati...


Buka mataku buka hatiku
Allah terangilah
Hidupku dengan sinarMu

aku meraba dalam gelap,
aku lemas dalam udara pekat..
Ya Allah buka mata buka hati..
buka kan pintu untuk ku..

mana arah nak ku tuju
mana jalan nak ku lalu
kemana diri nak ku bawa???


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, December 26, 2011

baik dan buruk muka buku...

aku sebenar nya tidak lah teruja sangat dengan FB ni...pada aku Fb ni ada pro dan kontra nya, ada baik dan buruk nya..yang baik nya bila banyak perkara lucu yang dapat di kongsi kan bersama...kadang ada banyak info berguna yang kita tidak tahu, kita boleh tahu bila rakan kita meng upload nya...

begitu juga dapat bertanya khabar hanya sambil lalu..almaklum zaman buzy ni sangat malas untuk bertanya khabr melalui talipun..( huh kalau zaman dulu sanggup saja menulis surat berhelai2 dan rajin lak tu ke pejabat pos untuk mengepos nya )

dan dengan segera jika ada berita kemalangan atau kematian di sampaikan dan di sebar..tak perlu dail talipun atau pada zaman dulu hantar telegram..( tapi yang pelik nya walaupun berita di sampai kan melalui telegram, rasa nya hampir kesemua ahli keluarga yang berada di ceruk rantau akan hadir di hari pengkebumian, tapi di zaman serba canggih ni...masih ada yang 'tidak terima berita' untuk hadir sama! )

ada beberapa perkara yang selalu di ambil kesempatan oleh kita ( selalu nya perempuan..opsss! ) melalui Fb ni..

1. buat profil palsu
haha yang ni sebab nak mengintip ex mereka...nak tau ada kah si dia masih solo atau sudah adayang mengganti kan tempat dirinya di hati..nak sms atau talipun malu..jadi menyamar di Fb lah yang berani nya.

2. letak gambar profil palsu
haha yang ni pun buat nak tergelak gak..kalau diri tu gebuss..letak la gambar yang mengereng atau yang nampak comel dan slim...atau letak gambar ada bau2 seksi sikit..atau letak gambar katun...( untuk memalsu kan kegebusasan..aku ngaku..heehe aku ler tu.. )

3. menulis status melampau atau provok
aku cukup rimas bila ada status yang sedih mendayu2..putus asa, keciwa dan setaraf dengan nya...sesekali boleh la..tapi kalau asal buat status cam tu jer ayat nya, rasa nak tampor pun ada gak...dan yang provok pun aku geram gak..macam bagus sangat!

4. meng upload ke mewahan
no komen

5. meng upload kebahagian dengan pasangan
no komen.

p/s aku ada pengalaman tentang kebaikan Fb ni.. cam ni cerita nya
di suatu petang yang indah pada bulan puasa yang lalu , aku telah tergelincir di bilik mandi..secara sepontan tangan hendak berpaut di cermin tingkap kat bilik air tu...tapi entah macam mana , mungkin kerana kepantasan pergerakan, jari ku telah terhiris di cermin tingkap tersebut... apalagi tersiat lah kulit dari daging dan menjejeh2 lah darah dengan banyak nya.

waktu ni ex aku ada kat rumah tapi dia leka dengan laptop nya, waktu aku menjerit minta dia ambil kan kain atau tisu untuk membalut luka tu, ada kah dia datang bawak kan stokin yang di ambil dari kasut?...( dia tidak tahu di mana letak nya tisu atau kotak first aid )

aku pun ambil sendiri tisu dan tuang minyak gamat banyak2...mungkin sebab terlampau banyak darah yang keluar aku rasa nak pitam dan sedar tak sedar hampir setengah jam aku tertidur dalam bilik tanpa ada sesiapa hirau kan aku...

bila sedar jer aku rasa sakit dan pedih sangat ..luka di jari dan luka di hati sama banyak...ku belek2 jari ku yang terbelah, aku risau jika tidak mendapat rawatan akan ada implikasi yang lebih buruk..jika nak pergi dapat kan rawatan siapa nak bawa aku ke klinik?..

akhir nya aku dapat idea bernas, aku upload gambar jari ku yang luka itu..dan tak sampai sepuluh minit aku dapat respon yang berderet2 di Fb..dan yang paling cemas tentu lah puteri ku Syahifa...setelah mendapat keterangan serba ringkas, dia pun suruh aku bersabar sebentar sementara dia mendapat kan pertolongan dari saudara nya yang lain...

aku rasa seronok dan bersyukur sangat waktu tu..kalau lah takda Fb..apa akan jadi pada aku ye?...apa kah akan terluka dan terus berdarah?

ini lah gambar yang aku upload dan dapat respon dengan kadar segera!

ni lah hasil nya setelah mendapat rawatan..hehe ngeri tak?


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, December 24, 2011

jari...

jari jemari yang membawa seribu erti

Pernah tak terfikir, kenapa jari-jari kita ini bentuknya berbeza-beza? Serta kalau di perhatikan secara terpisah, bentuk serta fungsinya berbeza-beza?


Ini falsafah 5 jari dalam kehidupan sosial manusia :


1. Ada si ibu jari yang selalu berkata baik dan menyanjung.
2. Ada telunjuk yang suka menunjuk dan memerintah.
3. Ada si jangkung jari tengah yang sombong dan suka menghasut jari telunjuk.
4. Ada jari manis yang selalu menjadi teladan, baik, dan sabar sehingga diberi hadiah cincin.
5. Ada kelingking yang lemah dan penurut serta pemaaf (waktu kecil kalau kita berbaikan dengan musuh kita pasti saling sentuh jari kelingking?).


Dengan perbezaan positif dan negatif yang dimiliki masing-masing jari, mereka bersatu untuk mencapai tujuan (menulis, memegang, menolong anggota tubuh yang lain, melakukan pekerjaan, dll).


Pernah suatu hari saat anak bertengkar dengan adiknya. Dengan menunjukan jari telunjuk ke muka adiknya dan berkata “kamu monyet” dan di tegur oleh bapanya bahwa hal tersebut tidak boleh di lakukan. Beliau mengatakan “tidakkah kamu ketahui 1 jari telunjuk di hadapkan kepada adikmu dan 1 jari itu mengatakan adikmu “monyet”, tapi lihat kemana 4 jari lainnya mengarah?”

Jadi, saat kita mengacukan 1 jari telunjuk kepada orang lain dengan memaki. Maka secara tidak langsung kita 4x memaki diri kita sendiri.

Kita diciptakan dengan segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk bersatu, saling menyayangi, saling menolong, saling membantu, saling mengisi, bukan untuk saling menuduh, menunjuk, merosak dan bah kan membunuh.

credit borakosong.com


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, December 23, 2011

cantik nya dia kalau...

gambar hiasan..seorang wanita muslimah lebih baik daripada 70 orang wali


1.Melukis kekuatan melalui masalah

2.Tersenyum saat tertekan

3.Tertawa saat hati sedang menangis

4.Tabah di saat terhina

5.Mempersona kerana memaafkan

6.Mengasihi tanpa balasan

7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…


Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjayamemanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

p/s untuk ingatan diri sendiri...kamu dan kita
sumber : http://syurga-bidadari.blogspot.com/


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, December 22, 2011

anak2 sekarang dah kurang kualiti?...

ngeri dan ngilu rasa nya bila membaca berita tentang kisah2 hangat akhir2 ini...ada emak buang anak dan ada anak buang emak...kenapa jadi begitu ye? mari kita muhasabah diri kita sendiri...jangan mencari salah orang lain.

cuba dengar lirik lagu di web aku ni..walau dalam bahasa ibunda ku banjar namun masih boleh kita fahami...

kata nya "emak, kalau boleh sakit emak ku ganti kan dengan segala pahala ku, abah kalau boleh peluh abah ku ganti kan dengan segala amal ku...makna nya betapa dia menyanjung..biar dia tidak dapat apa2 pahala dari amal yang dia buat, asal kan kesemua nya diberi sebagai balasan untuk emak dan abah...sayu sampai begitu sekali dia terisak2 menangis...

ini mungkin kerana dia melihat betapa derita nya emak membesarkan dia..mencari rezeki sambil mengendong adik..memancing ikan atau merumput di sawah di bawah terik mentari...pulang kerumah memasak dan mengemas rumah pulak...ketika bersalin melahir kan adik pula tanpa ada kemudahan dan pembantu...

anak sekarang tidak melihat semua kepayahan tu..emak pergi kerja bawa kereta besar..pakai cantik2..duduk dalam aircon dan dalam bilik serba mudah...balik kerumah terus berihat sebab ada pembantu..sementara dia pula dilayan oleh bibik...dimana rasa sensitif nya tu?

abah dulu2 pun begitu..benar2 memerah keringat di tengah sungai yang belum tentu berapa dapat ikan yang di jala...tak kira panas atau hujan lebat, abah cekal mencari rezeki kerana ada kerja ada lah nasi...tidak seperti sekarang abah pun pakai kereta besar, bergaya dan serba mewah...hujung minggu beriadah dengan kawan2...jarang dapat bercakap dengan anak2...

dengar lagi lirik ni...Ya Allah Ya Rabbi..ku cium kaki emak yang menyayangi..ku cium tangan abah yang melindungi...ampuni dosa emak dan abah ku..

terbit 'rasa' ini mungkin kerana kesakitan dan kesengsaraan...semakin sakit semakin mereka bersatu...
sekarang perasaan itu 'longgar' mungkin kerana keselesaan dan kemewahan..anak sendiri2, emak abah sendiri2..

tambah bila hubungan emak dan abah hanya hubungan pada zahir nya saja...abah dengan cara nya dan emak dengan haluan nya...anak yang terbiar tanpa perhatian tunggu masa saja hendak memberontak!

ermm pada yang baru hendak menjadi emak dan abah..korang masih punya masa untuk membentuk keluarga...sesibuk mana pun semewah mana pun, anak2 adalah roh dan nadi..jangan sekali kali terlepas dari rongga mu..

pada yang di dalam dilema..masih belum terlambat untuk menawan kembali hati anak...tidak rugi beralah asal kan tidak kalah...anak adalah cermin peribadi kita..

pada yang sudah di buang dari pintu hati anak..jangan putus asa..kita masih punya Allah untuk meminta agar anak kembali dalam pangkuan kita..kerana kita baru terlepas dari pintu hati nya, tak mungkin kita terlepas dari naluri nya kerna darah dan daging nya adalah berasal dari darah dan daging kita!..

mengapa jadi begitu?...tepuk dada tanya selera

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, December 21, 2011

Ya Allah Ya Rabbi..ku cium batis uma nang manyayangi..



terjemahan lirik:

oooo Ya Allah
hari panas terik
matahari panas terik
rasa lenguh tulang keting
sampai kepinggang
mengendong anak lelaki
gadis sunti buah hati nya
emak pergi mencari kan rezeki nya

Guntur kilat bersambung
hujan lebat arus deras dengan gelombang nya
badan basah kedinginan di tengah sungai
abah menjala belum tentu ada hasil nya
abah pergi mencari kan rezeki nya

Eamak, kalau boleh sakit emak kugantikan
dengan segala pahala ku
abah kalau boleh peluh abah ku ganti kan
dengan segala amal ku

EMAK RATU KU, ABAH RAJA KU

Ya Allah Ya Rabbi
ku cium kaki emak yang menyayangi
ku cium tangan abah yang melindungi
Ampun kan lah dosa emak dan abah ku



aku menangis terkenang Mak..terkenang arwah abahh..
mak, abah redhakan setitik susu dan sebutir nasi yg pernah ku telan ye..

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, December 20, 2011

bosan dengan cerita2 berat...meh feeling2 jap

cinta Pictures, Images and Photos

mencintai seseorang bukan lah apa apa
di cintai seseorang adalah sesuatu
dicintai oleh orang yang dicintai sangat lah bererti
tapi dicintai oleh Sang Pencinta adalah segalanya!....


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, December 18, 2011

Salah siapakah mereka jadi murtad?..mufti?..ahli ugama?..aku atau engkau?


Salah kita sebagai seorang islam kerana tidak melapangkan masa untuk berjumpa dengan orang yang jauh dari Allah SWT, sebaliknya kita sibuk dengan menulis blog, baca blog, dan buat macam macam hal lagi sehingga orang yang jauh dari Allah SWT semakin jauh dan jauh? akhirnya mereka murtad?

Dan aku mengaku, aku tak pernah pujuk orang yang murtad masuk islam balik, mungkin sebab bukan orang yang aku kenal, tapi adakah ini cukup untuk aku bagi alasan pada Allah SWT di hari pengadilan kelak, atau sebab mereka bukan dari kalangan keluarga aku atau sahabat aku, maka aku dah cuci tangan? lalu menyalahkan kerajaan atau undang undang yang benarkan mereka murtad. Sudah selamatkah aku dari Azab Allah?

Adakah aku menangis mengenangkan nasib mereka yang murtad ?
Adakah aku ada buat solat hajat supaya mereka kembali kepada Islam ?
Adakah aku ambil tahu akan apakah sebab musababnya mereka murtad?
Adakah mereka murtad kerana masalah jodoh? Akidah? Inginkan kebebasan, Atau tekanan perasaan ?
Apabila seseorang itu tak nak buat sesuatu perkara, pasti ada alasannya?

Sebagai contoh, dalam bab solat, aku pecah dan kecilkan umat islam dewasa ini kepada 5 golongan.

1.Golongan solat berjemaah
2.Golongan Solat awal waktu kat rumah
3.Golongan Solat lengah-lengah.
4.Golongan Solat jarang jarang.
5.Golongan tak Solat

Dan aku nak tanya kepada 5 golongan ini:

1. Kita yang dah biasa solat jemaah, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang tak nak solat berjemaah? Dan apakah usaha kita untuk membuatkan mereka kembali solat jemaah 5 waktu di masjid?

2. Kemudian, kita yang dah biasa solat beberapa waktu di masjid, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang solat lengah-lengah. Dan apakah usaha kita untuk membuatkan mereka yang solat lengah-lengah supaya kembali solat di awal waktu macam kita, walaupun tidak di masjid.

3. Kita pula yang dah biasa solat 5 waktu lengah-lengah, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang tak nak solat 5 waktu, hanya solat jumaat? Dan apakah usaha kita untuk membuatkan mereka kembali solat jemaah 5 waktu walaupun melengah-lengahkan.

4. Kita yang dah biasa solat jumaat sahaja, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang tak nak solat walaupun solat jumaat? Dan apakah usaha kita untuk membuatkan mereka sekurang-kurangnya kembali solat jumaat sahaja macam kita?

5. Kita yang tak solat langsung, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang nak keluar islam dan murtad? Dan apakah usaha kita untuk membuatkan mereka kembali kepada islam walaupun menjadi sekurang-kurangnya orang islam yang tak solat langsung pun macam kita, pernah tak?

Aku pernah buat dan berikut adalah hasil keputusan rambang apabila aku jumpa 5 golongan di atas.

Antara jawapan mereka:
Wajib ke solat jemaah?
Aku solat awal waktu, apa! Lebih baik dari orang yang solat lengah lengah.
Walaupun aku solat lengah lengah, yang penting aku dah solat?
Nasib baik aku solat jumaat sahaja, kalau aku tak solat langsung!
Walaupun aku tak solat, tapi aku tak pula nak murtad.

Sekarang, betapa bahayanya umat ini dan betapa pentingnya satu usaha perlu di buat untuk jumpa mereka dan pujuk mereka kepada mengamalkan islam yang sebenar. Sebab mereka ini, jika di biarkan takut mereka juga akan murtad? dan seperti biasa bila mereka murtad kita mulalah nak salahkan kerajaan, ibu bapa, sekolah, Menteri, Polis, kebebasan internet, Parti tu, Parti ni, salahkan ibu mengandung, dan macam-macam lagi.

SEDANGKAN ORANG YANG SEPATUT DIPERSALAHKAN DALAM SEMUA ISU DI ATAS ADALAH AKU! AKU, AKU DAN AKU!
AKU YANG TIDAK JUMPA MEREKA YANG TAK SOLAT JEMAAH.
AKU YANG TIDAK JUMPA MEREKA TAK SOLAT AWAL WAKTU.
AKU YANG TIDAK JUMPA MEREKA YANG LENGAH LENGAHKAN SOLAT.
AKU YANG TIDAK JUMPA MEREKA YANG TAK SOLAT DAN AKU YANG TIDAK JUMPA MEREKA YANG MURTAD!

Aku yang sibuk menulis blog dan membaca blog ini yang tidak melapangkan masa lapang aku untuk jumpa mereka dan pujuk rayu mereka kepada mengamalkan islam yang sebenarnya.

Ketahuilah?

1. Golongan yang tak Solat akan menerima azab seperti orang kafir?

2. Golongan yang Solat jarang jarang akan diseksa dalam neraka selama 60 tahun bagi setiap solat yang di tinggalkan

3. Golongan yang Solat lengah-lengah pula, akan di azab dalam Neraka khas untuknya?

4. Dan golongan yang tak pergi solat jemaah menurut seorang sahabat Nabi SAW, wajar dituang timah yang mendidih ke telinga orang yang dengar azan tapi tak nak datang solat berjemaah!

5. Dan Golongan yang paling rugi adalah golongan MURTAD! Kerana mereka telah terlepas satu-satunya peluang untuk selamat dari azab api neraka dan peluang untuk pulang kembali ke syurga.

Dan, Nabi Muhammad SAW sendiri, dalam riwayat menyatakan baginda bertaubat dan beristigfar kurang lebih 70 kali setiap hari walaupun baginda tiada dosa?

Cerita Nabi SAW ke Taif. Nabi kena baling batu sampai berdarah-darah. Darah mengalir masuk ke dalam kasut Nabi hingga bila Nabi SAW berjalan bunyi macam orang berjalan di tempat basah. Lalu Malaikat datang minta diturunkan bala disana, tak kiralah taufan, gempa tapi Nabi tolak. Nabi SAW rasa itu adalah salah dia yang tidak pandai berdakwah dan Nabi doa agar cucu cicit orang Taif dapat hidayat pula.

Maka aku hari ini, minta supaya orang yang murtad kembali kepada islam. Sebaliknya aku benci mereka, aku hina mereka, aku pulaukan mereka.

Kepada Allah SWT aku memohon ampun dan kasih sayang, ajarlah aku berkasih sayang.

Jadi, mari kita jumpa mereka ini. Walaupun begitu dalam mendakwah golongan di atas perlu ada hikmah. Sebab jika tak kena cara (tak ikut sunnah) orang boleh murtad.

Adakah kita ingat Allah SWT cipta orang kafir dan orang murtad tu hanya untuk menjadi BAHAN BAKAR Api Neraka? Ingatlah wahai pembaca, satu orang kafir yang mati tanpa di dakwah oleh orang islam, dan satu orang murtad mati tanpa dipujuk masuk islam kembali, maka semua orang islam berdosa!

Nabi SAW bila ada mayat yahudi dibawa lalu di hadapan baginda, Nabi SAW menangis? Sahabat hairan. Nabi Muhammad SAW jawab, tahukah kamu bahawa mereka akan kekal selama lamanya dalam neraka dan jika aku jumpa dia sekali lagi, mungkin dia akan dapat hidayat Allah SWT.

Kepada yang Murtad!

Aku adalah salah seorang orang islam yang bersalah terhadap anda, maafkan aku, jika di takdirkan Allah SWT, kita berjumpa. Maafkan aku seorang islam yang berakhlak buruk ini? jika aku pernah jumpa kau sekali dulu, mungkin kau akan dapat hidayat Allah SWT.

Keputusan Allah SWT adalah yang terbaik. Ya Allah jangan lah Kau ambil nikmat iman dan islam pada diri yang hina ini. Janganlah Ya Allah. Aku tahu aku bersalah Ya Allah, janganlah azab aku! Jangan matikan aku dalam ugama yang lain selain islam.

Jadi marilah kita jumpa mereka dan penting supaya jangan mengkritik mereka kerana mereka mungkin jahil dan tidak berpeluang untuk belajar ugama yang betul, maka di sini penting kita jumpa mereka dan pujuk rayu mereka. Jangan mendesak mereka. Tiada paksaan dalam ugama. Nauzubillah min zalik.

Wasallam. Jazakallah khairan.
di petik dari blok Resepirahsiaku.com


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, December 17, 2011

miracle of love...is never ending to take care



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

mak ..Ariff nak kawen..

Ariff Alfian binRosli tersenyum bahagia di samping suami nya...


aku percaya pasti korang ramai dah baca pasal insan yang aku upload gambar nya diatas..dan ulasan pasal cerita dan berita nya semua nya sama..jadi tak perlu lah aku ulas...aku tak mau menambah catatan dosa dan menambah duka lara ayahandabonda Ariff ni...


cuma aku nak jika korang bersaudara atau berjiran baik bersaudara jauh atau dekat, baik bau2 bacang atau bau2 kentut dengan keluarga Ariff ni, aku pohon jangan lah korang menambah cerita dari sejengkal jadi sehasta, dari elok mulut tu tipis jadi herot bengot mengejek dan menjuih kan bibir...tidak dapat membantu tolong lah dengan hanya mendiam kan diri atau kata no komen macam dato siti buat.


ini ketentuan Allah buat ayah bonda nya, bukan salah ibu mengandung..juga bukan silap ayah mendidik..sampai bergadai nyawa ibu melahirkan..dan bergadai harta ayah lurut kan demi pelajaran dan jaminan masa hadapan...


Mengapa ini kau balas duhai anak...

mari lah kita semua yang terbaca walau di mana artikel ini supaya mendoa kan agar kembali anak ini ke pangkal jalan...melutut mencium kaki ibu yang terletak nya syurga..dan memeluk bahu ayah yang di situ lah bahagia..


semoga kemelut sengsara ayah bonda terlerai..semoga airmata tidak lagi berderai...


Ya Allah Ya Rahman..Yang Maha Mendengar...berikan lah hidayah...buka lah pintu hati nya..Amin ya rabbalalamin..


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, December 16, 2011

posting tanpa tajuk...


Lady, I'm your knight in shining armor and I love you You have made me what I am and I am yours My love, there's so many ways I want to say I love you Let me hold you in my arms forever more

You have gone and made me such a fool I'm so lost in your love And oh, we belong together Won't you believe in my song

Lady, for so many years I thought I'd never find you You have come into my life and made me whole Forever let me wake to see you each and every morning Let me hear you whisper softly in my ear

In my eyes I see no one else but you There's no other love like our love And yes, oh yes, I'll always want you near me I've waited for you for so long

Lady, your love's the only love I need And beside me is where I want you to be 'Cause, my love, there's somethin' I want you to know You're the love of my life, you're my lady


motip??...saja berangan chandle light dinner berlatarkan lagu Lady nyanyian Keny Rogers...wekkk


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, December 14, 2011

Kaabah dan keajaiban nya..


15 Rahsia Kaabah di Mekah Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sedikit fakta mengenai Kaabah:

1. Kaabah ialah sejenis binaan yang berbentuk kiub. Tingginya kira-kira 13.10 meter, dengan sisinya selebar 11.03 meter darab 12.86 meter.

2. Ia telah dibina oleh Nabi Ibrahim as dan anak sulungnya, Nabi Ismail as. Pada mulanya, Kaabah mempunyai dua pintu iaitu satu di sebelah barat dan satu lagi di sebelah timur.

3. Binaan awal hanyalah terdiri daripada kayu dan tidak berbumbung. Menurut ulama dan cendiakiawan Islam, tapak Kaabah sebenarnya adalah tapak ibadat oleh para Malaikat dan penghuni langit namun kemudiannya di angkat ke langit ke tujuh. Tapak ibadat para Malaikat dan penghuni langit digelar Baitul Makmur. Baitul Makmur berada selari dengan Kaabah di dunia.

4. Di satu penjuru Kaabah terdapat batu hitam yang dikenali sebagai Hajar Aswad. Diriwayatkan bahawa batu ini diturunkan di Jabal Abu Qubais dalam keadaan putih bersih. lebih bersih daripada susu. Namun, lama-kelamaan batu putih bertukar hitam dek kerana dosa anak Adam yang menciumnya.

5. Kaabah pernah beberapa kali rosak antaranya adalah disebabkan banjir dan peperangan. Antara paling diingati adalah peristiwa di mana Hasin bin Numayr telah mengarahkan tenteranya melontarkan batu dengan menggunakan manjanik ke atas pasukan Abdullah bin Zubair yang bertahan di Kaabah. Tembakan dengan manjaniq ini menyebabkan terbakarnya tirai atau kiswah Kaa’bah.

6. Kiswah atau kain penutup Kaabah pertama kali diperkenalkan samaada oleh Nabi Ismail as atau moyang Nabi Muhammad saw, Adnan bin Ad.

7. Hijr Ismail terletak di sebelah utara Kaabah yang dibatasi tembok berbentuk setengah bulatan. Ia dipercayai sebagai tempat tinggal Nabi Ismail semasa hayatnya dan kemudian menjadi kuburan beliau dan juga ibunya, Siti Hajar.

8. Terdapat satu kawasan khas yang dipagar di sekitar kompleks Kaabah. Ia adalah Maqam Ibrahim. Maqam Ibrahim dalam erti kata di sini adalah tempat pijak Nabi Ibrahim bukannya kubur Nabi Ibrahim. Di sini, dapat dilihat kesan tapak kaki Nabi Ibrahim yang tenggelam ke dalam batu sedalam 9 cm.

9. Di bumbung Kaabah terdapat satu pancuran air yang dikenali Mizab Kaabah. Mizab Kaabah dibina untuk membuang air hujan yang sering bertakung di bumbung Kaabah. Ia disaluti dengan emas dan diukir dengan bergitu cantik.

10. Pada 8 Zulhijjah 317 Hijrah, Abu Taher al-Qurmuthi daripada Bahrain telah datang menyerang Mekah sehingga ramai jemaah haji terbunuh. Banyak harta benda jemaah haji dirampas bergitu juga dengan hak milik Kaabah iaitu Hajar Aswad. Mizab Kaabah juga ingin dirampas namun tidak berjaya apabila Allah mentakdirkan pengikut Abu Taher yang ingin mengambil Mizab Kaabah tersebut terbunuh akibat jatuh daripada bumbung Kaabah.

Wallahualam. ( Artikel di petik dr blog Resepirahsiaku.com )

p/s Masyaallah..Syubhanallah..patut lah sesiapa yang menderita sakit berat di saran kan untuk pergi kesana sebagai ikhtiar terakhir dan di antara orang yang berjaya sembuh ialah aku!!



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, December 13, 2011

klik sini ye...

mula2 aku nak kabo kenapa aku ada blog..

aku mula berblogging pada June 2010..entry pertama video youtube Ribaibaru..aku memang tak ambik pot pun pasal dunia IT...selain dari busy kerja di luar opis aku hanya beri laporan kad PA boss pastu lantak dia lah nak rekod kan macamana pun.

tapi perubahan besar berlaku bila department aku dah tak banyak projek, masa aku pun berlebih2han...dan sebahagian dari tugas opis dah pass kat aku..so aku pun mula berkenal mesra dengan dunia IT ni..itu pun tak serius lagi tuh sehingga lah aku terjatuh hati dengan satu blog ni dan tuan blog nya sekali..huahuahua..

aku sebenar nya suka menulis..suka berpuisi dan mencipta puisi mengarut..tak caya tanya cikgu sekolah aku dulu..kalau karangan..perghhh sampai cikgu aku pening...berhelai2 helai kertas kajang...tapi aku sangat malas nak menulis kat buku atau nota, jari penat..tapi kalau ketuk keypad aku suka..laju jer..( takder risau tulisan herot ke atau salah eja leh padam...sayugia di ingat spealing aku sgt teruk! )

dan lagi satu yang buat aku teruje ialah layout yang cantik2..mak aiii suka nya aku menukar2 layout..seingat aku dalam setahun lebih ada blog ni dah seratus kali lebih juga lah aku tukar layout aku ni..hehe ajer giler..

nak buat caner, memang tabiat aku macam tu..rumah pun aku akan tukar kedudukan perabot dan hiasan dalaman nya ikut sesuka hati aku je..( read:..tukar kedudukan ye bukan tukar perabot nya..tak mampu gua dowh )

selalu jer penduduk rumah ni terkejut bila tiba2 meja makn dah ada kat sinun, sofa kat sanun..or almari dan katil dalam bilik diorang dah berubah arah...selalu je adik aku kata, kalau dapur ni dia boleh ubah ke depan, agak nya dia dah ubah banyak kali dah...hehe

ehh tujuan asal entry ni ialah aku nak bagi tau kenapa aku berblog..sebab utama nya aku suka menulis dan design blog aku sesuka2 hati, dan keduanya aku takda ramai kawan nak share cerita suka duka aku..jadi kat sini lah aku tumpah kan semua nya...sumpah aku tak pernah terniat nak cari glamer atau apa saja alasan selain dari yang aku sebut di atas.

tapi baru2 ni adik aku cadang kan aku cari duit poket melalui blogging nih..hihihi lama juga lah aku gelak sebab aku sedar yang view blog aku tak berapa kerat sangat...sponsor pun pandang sebelah mata pun tak sudi..dan kata 'otai' aku ..tak gamak nak cari duit hasil dari penjualan cerita peribadi'...ye aku setuju sangat tu..

pendirian aku berubah bila aku dah takda sumber pendapatan...pening bila fikir pasal bil2 dan sebagai nya..kadang terfikir nak jadi ulat sebab ulat dalam batu pun boleh hidup!...tapi yelah ulat makan daun je dan daun ada kat mana2..anak dia tak pakai pampers, anak dia tak minum susu tin..anak dia tak bising suruh beli kan barang mainan dan anak dia tak gi skulah...boleh la dia hidup dalam batu kan?...

dan aku akan mula kan cari duit poket dengan iklan churp churp...sekali tuan2 klik dapat lah seposen dua..dua tiga kali mungkin dapat bayar bil letrik dan air or setidak2 nya leh beli ubat aku yang sengal ni..( seorang dua tahu apa maksud aku ubat 'sengal'..hehe )

terima kasih..


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, December 12, 2011

dimana jutawan wan Malaysia?....



pada yang tak tau apakah menda nya Projek bantal seperti tersebut di atas..meh aku story...( sebab aku ni bangang kan tak reti nak buat 'baca sini' - jadi kena lah story )

Projek bantal apakah?...ada kah ia projek berbantal seperti Aaron Aziz dan Maya Karin dalam filem Ombak Rindu?

tak..ia ada lah usaha gigih oleh sekumpulan insan yang sangat perihatin dengan kesusahan orang lain, kumpulan ini di terajui oleh selebriti TV3 saudara Mazidul Akmal Sidik.Mereka mengagihkan bantal, tuala dan peralatan mandi kepada lebih kurang 100 orang gelandangan yang tidak berumah.
mereka menjadi kan langit sebagai bumbung dan bumi sebagai lantai...
bantal?..ohhh jauh sekali mereka tak punya...

Sekalung tahniah buat mereka, hanya Allah sahaja yang membalas segala budi baik dan keperihatinan itu.

berita lanjut sila ke www.mazidulakmal.com

" Ya Allah Ya Tuhanku, telah benarlah setiap apa yang Engkau katakan( Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?). Sesungguhnya Engkau telah menurunkan kebaikan ke atas diriku yang sentiasa berhajat dan memerlukan petunjuk dan rahmatMu. Aku memohon supaya diberikan kekuatan untuk mempersembahkan kepadaMU segala perbuatan kebaikan dariku sebagai balasan di atas segala jenis kebaikan yang telah Engkau turunkan ke atas diriku dan tidaklah pada hakikat sebenar, ianya tidak lebih adalah untuk diriku yang lemah dan hina-dina ini."


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, December 11, 2011

Surat cinta yang sadis...( part 1 )


Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang.

Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab. Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite:

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite repeat paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.

2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal, kita bagi yang besar kat ayang.

3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.

4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun. Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.

5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks, kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.

6. Sebelum kenal ngan ayang.., kite tak pernah ade girlfriend. Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemuanya. Kite tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha.

7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi nak kene reject.

8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite, kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?

9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.

10. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30. Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300.

11. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.

12. Aritu ayang peluk kite kate nak sangat romen ngan kite, kite kata tak boleh, dosa. Ayang kate kite tak sayang ayang. Pastu semalam ayang pakse kite romen ngan kite. Kalau tak ayang nak break ngan kite. Ok pukul 2 pagi kite sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli kondom. Ayang kate saje je nak test kite, pastu marah kite keji. Kite diam je duk tepi akuarium… tengok ikan emas tengah romen.

13. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru. Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je.

14. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.

15. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat, member ayang ketawakan ayang.

16. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang, kite gak yang tido kat sofa.

17. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.

18. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pa pe pun. Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.

19. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau. 30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.

20. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang tak pernah ingat.

di copy & paste dr blog aidanatasya.com


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...