camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Tuesday, December 13, 2011

klik sini ye...

mula2 aku nak kabo kenapa aku ada blog..

aku mula berblogging pada June 2010..entry pertama video youtube Ribaibaru..aku memang tak ambik pot pun pasal dunia IT...selain dari busy kerja di luar opis aku hanya beri laporan kad PA boss pastu lantak dia lah nak rekod kan macamana pun.

tapi perubahan besar berlaku bila department aku dah tak banyak projek, masa aku pun berlebih2han...dan sebahagian dari tugas opis dah pass kat aku..so aku pun mula berkenal mesra dengan dunia IT ni..itu pun tak serius lagi tuh sehingga lah aku terjatuh hati dengan satu blog ni dan tuan blog nya sekali..huahuahua..

aku sebenar nya suka menulis..suka berpuisi dan mencipta puisi mengarut..tak caya tanya cikgu sekolah aku dulu..kalau karangan..perghhh sampai cikgu aku pening...berhelai2 helai kertas kajang...tapi aku sangat malas nak menulis kat buku atau nota, jari penat..tapi kalau ketuk keypad aku suka..laju jer..( takder risau tulisan herot ke atau salah eja leh padam...sayugia di ingat spealing aku sgt teruk! )

dan lagi satu yang buat aku teruje ialah layout yang cantik2..mak aiii suka nya aku menukar2 layout..seingat aku dalam setahun lebih ada blog ni dah seratus kali lebih juga lah aku tukar layout aku ni..hehe ajer giler..

nak buat caner, memang tabiat aku macam tu..rumah pun aku akan tukar kedudukan perabot dan hiasan dalaman nya ikut sesuka hati aku je..( read:..tukar kedudukan ye bukan tukar perabot nya..tak mampu gua dowh )

selalu jer penduduk rumah ni terkejut bila tiba2 meja makn dah ada kat sinun, sofa kat sanun..or almari dan katil dalam bilik diorang dah berubah arah...selalu je adik aku kata, kalau dapur ni dia boleh ubah ke depan, agak nya dia dah ubah banyak kali dah...hehe

ehh tujuan asal entry ni ialah aku nak bagi tau kenapa aku berblog..sebab utama nya aku suka menulis dan design blog aku sesuka2 hati, dan keduanya aku takda ramai kawan nak share cerita suka duka aku..jadi kat sini lah aku tumpah kan semua nya...sumpah aku tak pernah terniat nak cari glamer atau apa saja alasan selain dari yang aku sebut di atas.

tapi baru2 ni adik aku cadang kan aku cari duit poket melalui blogging nih..hihihi lama juga lah aku gelak sebab aku sedar yang view blog aku tak berapa kerat sangat...sponsor pun pandang sebelah mata pun tak sudi..dan kata 'otai' aku ..tak gamak nak cari duit hasil dari penjualan cerita peribadi'...ye aku setuju sangat tu..

pendirian aku berubah bila aku dah takda sumber pendapatan...pening bila fikir pasal bil2 dan sebagai nya..kadang terfikir nak jadi ulat sebab ulat dalam batu pun boleh hidup!...tapi yelah ulat makan daun je dan daun ada kat mana2..anak dia tak pakai pampers, anak dia tak minum susu tin..anak dia tak bising suruh beli kan barang mainan dan anak dia tak gi skulah...boleh la dia hidup dalam batu kan?...

dan aku akan mula kan cari duit poket dengan iklan churp churp...sekali tuan2 klik dapat lah seposen dua..dua tiga kali mungkin dapat bayar bil letrik dan air or setidak2 nya leh beli ubat aku yang sengal ni..( seorang dua tahu apa maksud aku ubat 'sengal'..hehe )

terima kasih..



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

2 dah luah kan rasa:

Asmi Asmidar said...

Aunty:) Apa Khabar ?Sihat ?
Sama lah macm Mida .dulu Mida ada banyak diari ~ banyak sangat puisi Mida tulis .tapi sekarang ni dah malas nak menulis jari penat ..heheh tapi kalau taip guna keyboard ni laju je . :DD

try la aunty .Mida mals nak guna hehehXD mcm nuffnang mida dah try tap tak naik pun~hehehXD

Asmi Asmidar Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » klik sini ye...

azahrohaizah said...

hai Mida..thanks xjemu2 singgah
aunty ok tapi:-/

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...