camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Sunday, December 18, 2011

Salah siapakah mereka jadi murtad?..mufti?..ahli ugama?..aku atau engkau?


Salah kita sebagai seorang islam kerana tidak melapangkan masa untuk berjumpa dengan orang yang jauh dari Allah SWT, sebaliknya kita sibuk dengan menulis blog, baca blog, dan buat macam macam hal lagi sehingga orang yang jauh dari Allah SWT semakin jauh dan jauh? akhirnya mereka murtad?

Dan aku mengaku, aku tak pernah pujuk orang yang murtad masuk islam balik, mungkin sebab bukan orang yang aku kenal, tapi adakah ini cukup untuk aku bagi alasan pada Allah SWT di hari pengadilan kelak, atau sebab mereka bukan dari kalangan keluarga aku atau sahabat aku, maka aku dah cuci tangan? lalu menyalahkan kerajaan atau undang undang yang benarkan mereka murtad. Sudah selamatkah aku dari Azab Allah?

Adakah aku menangis mengenangkan nasib mereka yang murtad ?
Adakah aku ada buat solat hajat supaya mereka kembali kepada Islam ?
Adakah aku ambil tahu akan apakah sebab musababnya mereka murtad?
Adakah mereka murtad kerana masalah jodoh? Akidah? Inginkan kebebasan, Atau tekanan perasaan ?
Apabila seseorang itu tak nak buat sesuatu perkara, pasti ada alasannya?

Sebagai contoh, dalam bab solat, aku pecah dan kecilkan umat islam dewasa ini kepada 5 golongan.

1.Golongan solat berjemaah
2.Golongan Solat awal waktu kat rumah
3.Golongan Solat lengah-lengah.
4.Golongan Solat jarang jarang.
5.Golongan tak Solat

Dan aku nak tanya kepada 5 golongan ini:

1. Kita yang dah biasa solat jemaah, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang tak nak solat berjemaah? Dan apakah usaha kita untuk membuatkan mereka kembali solat jemaah 5 waktu di masjid?

2. Kemudian, kita yang dah biasa solat beberapa waktu di masjid, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang solat lengah-lengah. Dan apakah usaha kita untuk membuatkan mereka yang solat lengah-lengah supaya kembali solat di awal waktu macam kita, walaupun tidak di masjid.

3. Kita pula yang dah biasa solat 5 waktu lengah-lengah, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang tak nak solat 5 waktu, hanya solat jumaat? Dan apakah usaha kita untuk membuatkan mereka kembali solat jemaah 5 waktu walaupun melengah-lengahkan.

4. Kita yang dah biasa solat jumaat sahaja, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang tak nak solat walaupun solat jumaat? Dan apakah usaha kita untuk membuatkan mereka sekurang-kurangnya kembali solat jumaat sahaja macam kita?

5. Kita yang tak solat langsung, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang nak keluar islam dan murtad? Dan apakah usaha kita untuk membuatkan mereka kembali kepada islam walaupun menjadi sekurang-kurangnya orang islam yang tak solat langsung pun macam kita, pernah tak?

Aku pernah buat dan berikut adalah hasil keputusan rambang apabila aku jumpa 5 golongan di atas.

Antara jawapan mereka:
Wajib ke solat jemaah?
Aku solat awal waktu, apa! Lebih baik dari orang yang solat lengah lengah.
Walaupun aku solat lengah lengah, yang penting aku dah solat?
Nasib baik aku solat jumaat sahaja, kalau aku tak solat langsung!
Walaupun aku tak solat, tapi aku tak pula nak murtad.

Sekarang, betapa bahayanya umat ini dan betapa pentingnya satu usaha perlu di buat untuk jumpa mereka dan pujuk mereka kepada mengamalkan islam yang sebenar. Sebab mereka ini, jika di biarkan takut mereka juga akan murtad? dan seperti biasa bila mereka murtad kita mulalah nak salahkan kerajaan, ibu bapa, sekolah, Menteri, Polis, kebebasan internet, Parti tu, Parti ni, salahkan ibu mengandung, dan macam-macam lagi.

SEDANGKAN ORANG YANG SEPATUT DIPERSALAHKAN DALAM SEMUA ISU DI ATAS ADALAH AKU! AKU, AKU DAN AKU!
AKU YANG TIDAK JUMPA MEREKA YANG TAK SOLAT JEMAAH.
AKU YANG TIDAK JUMPA MEREKA TAK SOLAT AWAL WAKTU.
AKU YANG TIDAK JUMPA MEREKA YANG LENGAH LENGAHKAN SOLAT.
AKU YANG TIDAK JUMPA MEREKA YANG TAK SOLAT DAN AKU YANG TIDAK JUMPA MEREKA YANG MURTAD!

Aku yang sibuk menulis blog dan membaca blog ini yang tidak melapangkan masa lapang aku untuk jumpa mereka dan pujuk rayu mereka kepada mengamalkan islam yang sebenarnya.

Ketahuilah?

1. Golongan yang tak Solat akan menerima azab seperti orang kafir?

2. Golongan yang Solat jarang jarang akan diseksa dalam neraka selama 60 tahun bagi setiap solat yang di tinggalkan

3. Golongan yang Solat lengah-lengah pula, akan di azab dalam Neraka khas untuknya?

4. Dan golongan yang tak pergi solat jemaah menurut seorang sahabat Nabi SAW, wajar dituang timah yang mendidih ke telinga orang yang dengar azan tapi tak nak datang solat berjemaah!

5. Dan Golongan yang paling rugi adalah golongan MURTAD! Kerana mereka telah terlepas satu-satunya peluang untuk selamat dari azab api neraka dan peluang untuk pulang kembali ke syurga.

Dan, Nabi Muhammad SAW sendiri, dalam riwayat menyatakan baginda bertaubat dan beristigfar kurang lebih 70 kali setiap hari walaupun baginda tiada dosa?

Cerita Nabi SAW ke Taif. Nabi kena baling batu sampai berdarah-darah. Darah mengalir masuk ke dalam kasut Nabi hingga bila Nabi SAW berjalan bunyi macam orang berjalan di tempat basah. Lalu Malaikat datang minta diturunkan bala disana, tak kiralah taufan, gempa tapi Nabi tolak. Nabi SAW rasa itu adalah salah dia yang tidak pandai berdakwah dan Nabi doa agar cucu cicit orang Taif dapat hidayat pula.

Maka aku hari ini, minta supaya orang yang murtad kembali kepada islam. Sebaliknya aku benci mereka, aku hina mereka, aku pulaukan mereka.

Kepada Allah SWT aku memohon ampun dan kasih sayang, ajarlah aku berkasih sayang.

Jadi, mari kita jumpa mereka ini. Walaupun begitu dalam mendakwah golongan di atas perlu ada hikmah. Sebab jika tak kena cara (tak ikut sunnah) orang boleh murtad.

Adakah kita ingat Allah SWT cipta orang kafir dan orang murtad tu hanya untuk menjadi BAHAN BAKAR Api Neraka? Ingatlah wahai pembaca, satu orang kafir yang mati tanpa di dakwah oleh orang islam, dan satu orang murtad mati tanpa dipujuk masuk islam kembali, maka semua orang islam berdosa!

Nabi SAW bila ada mayat yahudi dibawa lalu di hadapan baginda, Nabi SAW menangis? Sahabat hairan. Nabi Muhammad SAW jawab, tahukah kamu bahawa mereka akan kekal selama lamanya dalam neraka dan jika aku jumpa dia sekali lagi, mungkin dia akan dapat hidayat Allah SWT.

Kepada yang Murtad!

Aku adalah salah seorang orang islam yang bersalah terhadap anda, maafkan aku, jika di takdirkan Allah SWT, kita berjumpa. Maafkan aku seorang islam yang berakhlak buruk ini? jika aku pernah jumpa kau sekali dulu, mungkin kau akan dapat hidayat Allah SWT.

Keputusan Allah SWT adalah yang terbaik. Ya Allah jangan lah Kau ambil nikmat iman dan islam pada diri yang hina ini. Janganlah Ya Allah. Aku tahu aku bersalah Ya Allah, janganlah azab aku! Jangan matikan aku dalam ugama yang lain selain islam.

Jadi marilah kita jumpa mereka dan penting supaya jangan mengkritik mereka kerana mereka mungkin jahil dan tidak berpeluang untuk belajar ugama yang betul, maka di sini penting kita jumpa mereka dan pujuk rayu mereka. Jangan mendesak mereka. Tiada paksaan dalam ugama. Nauzubillah min zalik.

Wasallam. Jazakallah khairan.
di petik dari blok Resepirahsiaku.com



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...