semalam seorang sahabat bercerita mengenai cinta pertama, betapa indahnya cinta pertama, betapa agungnya cinta pertama, betapa cinta pertama tak mungkin kita lupa walau berkurun lamanya
lalu aku bertanya pada dia…apa itu cinta pertama? adakah cinta pertama itu saat pertama kita jatuh cinta, atau adakah cinta pertama itu saat di mana pertama kali cinta kita berbalas atau bagaimana?
bagi aku definisi cinta pertama ini perlu jelas…ambil contoh akulah senang citer
masa sekolah dulu aku pernah jatuh cinta, tetapi cinta aku tak berbalas, syok sendiri
then masa kat kolej aku jatuh cinta dengan seorang gadis, masa tu cinta aku berbalas
so cinta pertama aku ni sebenarnya yang mana satu…masa di sekolah atau masa di kolej?
tetapi di akhir perbualan, kami berdua dapat satu kesimpulan, cinta itu sememangnya indah, apatah lagi bila dua jiwa saling menyinta, saling percaya, saling mendamba
namun cinta itu akhirnya jadi rosak bila ada elemen merajuk berlebihan, kehadiran orang ketiga, cemburu buta dan berburuk sangka
dan cinta itu menjadi semakin celaru bila masing-masing ada ‘spare tyre’, maksudnya masing-masing ada pasang kekasih simpanan, kononnya kalau si A buat hal, sekurang-kurangnya masih ada si B untuk dijadikan sandaran!
lepas pulang ke rumah, aku tetiba terbayang kisah cinta pertama yang kami bualkan tadi
dan sehingga aku menulis entry ini, aku masih tertanya-tanya, mengapa selalunya cinta pertama, walau apa definisinya, jarang berakhir dengan kebahagiaan?
mungkin waktu itu kita terlalu mentah menafsir cinta, atau mungkin cinta pertama itu terlalu mulia sehinggakan tempatnya bukan di sini, tetapi ‘di sana’
wallahualam.
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

3 dah luah kan rasa:
alaaa tiba-tiba rasa sedih pula bila kenangkannya ..
cikgu
ermmm nak wat guaner...mungkin tempat nya bukan di sini tp di 'sana'
cikgu,
hehe terlupa lak nak tulis,
cari lah pengganti cinta pertama tu, walaupun xsama tp sekurang2 nya dpt mengubat sepi dn rindu!
Post a Comment
sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..