camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Saturday, December 3, 2011

hidup bersendirian boleh menyebabkan nyanyuk??....

Bagi teman-teman yang masih solo trang tang tang itu mungkin akan rasa seriau dan debar je bila baca kajian ini. Rileks okey ..


Tapi bagi yang sudah kahwin dan yang akan berkahwin ... tentu senyum lebar. ahaks!!


Dapatan kajian (disiarkan dalam Buletin Pengguna April 2009) ..


Kajian terbaru di Sweden yang dibentangkan semasa Persidangan Antarabangsa di Chicago mendapati bahawa individu yang mempunyai pasangan hidup adalah kurang berisiko untuk mengidap penyakit Alzheimer (nyanyuk).


Kajian selama 21 tahun itu menekankan risiko berkaitan masalah ingatan dan kognitif bagi individu yang hidup berseorangan.


Kajian yang diketuai oleh Dr Krister Hakansson dari Institut Karolinska di Stockholm memeriksa rekod seramai 1,449 penduduk pertengahan usia di Finland dan sekali lagi pada 21 tahun kemudian. Dapatan menunjukkan 139 mengalami pelbagai bentuk masalah nyanyuk, 82 masalah kognitif sederhana dan 48 menghidap nyanyuk.


Penemuan ini masih sama walaupun selepas pengubahsuaian dibuat bagi faktor yang berkaitan nyanyuk termasuklah pendidikan, obesity, kolestrol, tekanan darah tinggi, pekerjaan, aktiviti fizikal, tabiat merokok, kemurungan, gen, usia dan jantina.


Penyelidik mendapati mereka yang kekal membujang sepanjang hayat berisiko 2 kali ganda lebih tinggi untuk nyanyuk!


Rumusan Dr Hakansson, “Kajian ini menunjukkan faedah berkahwin, selari dengan hipotesis umum rangsangan sosial sebagai faktor pelindung daripada nyanyuk!”


ps. hua hua hua.....saper sudi nak duk ngan akuuuu?...

ala yang sebenar nya kenapa leh nyanyuk ialah tiada orang yang nak jadi tukang ingat...adat la kita manusia kan boleh lupa dan lalai...so kalau ada teman serumah or sebilik kalau dia salah atau lupa, kita yang ingat kan cam ni...

"oiii ni wallet ni tak nak bawak?, kang tak der ic kang jadi orang takder permit lak"...hehehe


*artikel di cilok dengan sesuka hati dari rumah cikgu rashid*...oppsss sorry




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...