camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Sunday, November 25, 2012

saja nak cakap...

aku rasa nak ulas dengan lebih lanjut entry aku semalam..ye la entry aku macam tergantung tanpa ulasan...ermm baik lah..meh kira bicara...ngeeee

cer perhati chat aku ngan si Kharl tu..( of cos bukan nama sebenar tu ) sebenar nya baru dua tiga kali mukadimah...tengok dia dah offer barang macam2..logik ke tak logik tu?...selalu nya kalau kita berkawan payah benar nak dapat hadiah kecuali masa harijadi, itu pun sebiji cup cake..hehe bila dah agak serius dan nak masuk daun baru lah hadiah up sikit macam cincin atau gelang tangan..betul kan?

aduhh si Kharl ni pun aku rasa bangsa bangang gak ni..bila kawan dia cerita dapat pau awek malaysia ngan cara camni, dia pun nak try sama tapi tektik tak betul...ada ka nak bagi semua segala sekali gus..nampak nar tak logik nya..tapi kalau ada gak yang tertipu lagi double bangang la tu!

dan bila aku tak layan langsung message dari dia, dia pun senyap sampai sekarang...kalau betul la dia beriya2 'hendakkan' aku ni sampai sanggup bagi segala barang2 mewah tu, tentu dia tak jemu2 hantar message dan pujuk aku...kannnn

so wakai kaum wanita....jangan la cepat sangat tak sedar diri nya...pikir dua belas puluh kali...minta pendapat kawan2 dulu sebelum bertindak bagi alamat dan no talipun..takder der kawan nak dengki nya...jangan bila dah tengok mat saleh dan gambar nya pun hansem, lagi2 bila dia kata dia kerja itu ini kita cepat kelabu mata....alaaa tangan yang menaip, macam2 boleh kata,, bukan kita nampak dan ambil tahu pun.


itu je lah kut aku nak cakap...( badan tak sihat, minda tenat...aduhhh )

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, November 24, 2012

sila salah kan diri sendiri ye

beberapa tahun kebelakangan ni, negara kita kecoh dengan masaalah AWANG HITAM...bukan burung gagak eh tetapi lelaki Nigeria yang bermaharaja lela di negara kita,tak cukup membuat onar dengan aksi biadap diorang menggangu rakyat tempatan terutama kaum wanita, mereka juga di kata kan mengaut keuntungan dengan memperdaya wanita2 melalui email...
 di bawah ini aku copy dari blog wartawan terkenal MazidulAkmal Sidek...beliau begitu aktif memberi info dan peringatan dengan menemuramah sendiri mangsa kejadian..

Setelah yakin dia berjaya memujuk rayu saya, bungkusan, parcel, dijanjikan itu kemudiannya didakwa dihantar ke KLIA.

Wakil syarikat penghantar barang, dipercayai warga Nigeria menyamar, kemudian menghubungi saya menggunakan loghat warga United Kingdom. Dia sedaya upaya mendesak saya mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun milik warga tempatan, kononnya untuk menebus parcel dihantarkan kepada saya.

Parcel itu dikatakan mengandungi pelbagai barangan berharga seperti wang tunai, telefon bimbit dan komputer riba seperti dinyatakan oleh 'Laila' pada awalnya di dalam emel.

pada aku la kan..setiap orang yang mempunyai akaun Facebook ni celik IT..bila dah celik IT tentu lah berpelajaran sedikit sebanyak..aku hairan juga kenapa lah mangsa tidak mahu berfikir panjang atau setidak2 nya berbincang dengan beberapa sahabat untuk meminta pendapat...

ohhh mungkin agak nya merasa bangga ya amat bila dpt kenalan dengan lelakli mat salleh, ( biasa nya awang hitam ini akan buat akaun baru, satu mangsa satu akaun dan gambar dr lelaki macho yg berkarisma sebagai umpan )

aku pun sebenar nya dah lali dengan lelaki mat saleh yang hendak berkenalan ni, aku pun hairan dr mana diorang dpt muka aku ni dan PM aku kat facebook...tapi sebagai seorang yang suka memerhati gelagat org, aku layan kan jelah..yang mula2 aku kaji ialah timeline diorang..sah2 akaun baru di buka...profile power giler,then photo ada la 3,4 keping...wall haram xder info...so what do u espek?...
di bawah aku bagi contoh perchatan aku ngan mat saleh ni..oh ya dia mengaku Islam dan berpuasa ( kebetulan perkenalan ini berlaku  di bulan puasa, chewahh )

  • August 20
  • Kharul Mohd

    do u hear about the a promotion
    because the company haveing gaveing gave if u like i gave u if u like ,,in i send to u ...
    but be for i send must u see the sample first what kind off gift i gave u ok
    • Azah Rohaizah

      Ok

      ( see bahasa yg lintang pukang )



      \\\
    • must u online in u see the sample
      • Kharul Mohd

        i hope u like all
        • Kharul Mohd

          if u .like u can send me ur full name in address in ur number i wana send to u the gift

          SILA LAH FIKIR DENGAN KEPALA HOTAK YG WARAS BOLEHHHHH?

          ni pula kejadian baru2 ni...sila baca bagaimana dia beriya2 hendak berkenalan...alaa aku tau dah adegan selanjut nya...huh

          • Conversation started Wednesday
          • Nelson Austin
            thanks for accepting my friendship request I sincerely appreciate the privilege of been your friend and I wish that our friendship can grow from just friendship to something more strong and intimate. To tell you about myself; my name is Nelson am from Manchester city, I am 45 years old and a Widower, I lost my wife 7years back. I have a 7years old daughter, her name is Anita and she stays with my mom in Liverpool while I live and work here in Manchester City England. I am a Petrochemical Engineer and I work with an Oil Servicing Company here in England as a consultant, If you don't mind, I would like to know a little more about you..

            so tepuk dada tanya IMAN...?   


          yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

          Thursday, November 22, 2012

          aku kehilangan kata....



          yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

          Monday, November 19, 2012

          Wahai Purnama...



          Assalamualaikum Ya Rasulullah
          tiada hari yang paling indah
          semerbak harum kasturi mewangi
          hari Isnin 12 Rabiuuawal tahun gajah
          seluruh alam bersinar cahaya
          lahir nya bayi yang indah amat sempurna
          Aminah mendakap penuh kasih sayang
          yatim yang suci anak Abdullah

          Assalamualaikum ya Rasulullah
          airmata tiada akan tertahan apabila ingat diri mu
          indah wajah mu sang rambulan menjadi kelam
          indah tubuh mu sang awan mengikut nya
          indah akhlak mu sang matahari redup cahaya nya
          indah langkah mu sang langit merintih minta di pijak
          indah rambut mu hitam ikal yang rapi
          indah mata mu memancar cahaya cinta
          berseri mulut mu dengan kalimah Tuhan
          gagah tangan mu menyantun setiap insan
          kuat kaki mu menghayun langkah menyelamat insan

          Assalamualaikum ya Rasulullah
          mengalir airmata jernih tanpa tertahan
          lantaran cinta dan rindu tiada terperi
          merobek seluruh sanubari dan saraf kulit ku
          jika kerinduan tiada kau tawar kan
          kerinduan syurga tiada mengubat rindu ku
          jika wajah mu tiada ku pandang

          Assalamualaikum ya Rasulullah
          apakah makna keindahan dan kemewahan dunia yang ku miliki
          jika kau tiada tersenyum melihat nya
          apa kah makna kenikmatan syurga
          jika engkau tiada dapat di pandang
          apa makna setiap nafas ku
          jika engkau memalingkan wajah mu

          Ya Allah
          hidupkan cinta dalam jiwa ini
          pada Rasulullah Rahmatulalilalamin
          semoga dengan cinta nan suci ini
          membawa ku terbang ke Jannatul Firdausi
          penuh kebahagiaan menatap wajah nya
          mendengar kalimah nya...."engkau lah umat ku...
          biar pun sedetik sudah memadai
          namun selama nya adalah yang ku impi kan

          Assalamualaikum ya Rasulullah
          Assalamualaikum ya Habiballah



          yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

          Wednesday, November 14, 2012

          masih ingat kah kat Arif...

          Bismillahhirrahmanirrahim...

          lama aku mendiam kan diri...maaf lah jika ada yang tersesat berkunjung ke mari...yang ada itu, itu aje...

          sebenar nya banyak yang bermain di fikiran dan banyak benar yang hendak ku luah kan..
          ke tidak puasan hati, kesakitan dan gundah gulana...tapi akhir nya aku mengambil keputusan untuk tidak menitip di sini kerana manusia ni rambut saja sama hitam tapi hati lain2,lain yang di maksud lain pula yang di tafsir kan...jadi biar lah aku berbicara dengan Kekasih abadi...biar kepada Nya ku serah hati yang gundah agar Dia perbaiki....

          baikk stop pasal aku...

          masih ingat kah kalian kepada Arif?..mana boleh lupa kan...ini berita terkini...
          semalam adik aku sms ajak aku melawat Arif di PPUM...sebenar nya aku tau dah kesihatan Arif memburuk dan di masuk kan ke hospital pada hari raya haji kemarin, namun apa kan daya, diri aku sendiri di lilit dan di belit dengan segala macam kepayahan..jadi aku hanya pasrah dan menitip kan doa untuk Arif dari kejauhan saja.

          so terima kasih sangat kepada adik ku yang terrrrsangat lah baik hati...sanggup mengambil dan menghantar aku pulang untuk melawat Arif...


          ini lah keadaan arif yang di tempat kan di unit jagaan rapi...dia dah koma 15 hari dari tarikh semalam... tak payah tanya perasaan aku dan aku pun tak sanggup nak ambil gambar Arif dari jarak dekat...apa lagi nak menceritakan secara detail bagaimana rupa nya...

          CUMA...betapa kagum nya aku dengan ketabahan dan kekuatan jiwa anak muda ini..betapa dia berjuang bermati2an untuk hidup...seperti kata ibu nya..ada missi dia yang belum selesai agak nya..

          sewaktu aku sentuh dan genggam jemari nya yang membengkak kesan dari pembedahan. aku lihat ada airmata yang meleleh dari sudut mata kiri, dan mata nya yg bundar itu terbuka sedikit...ye mata yang terbuka itu bergenang dengan airmata!...

          ya Allah Arif sedar kah kedatangan Mak Ijah?... Arif sedar ye?...Arif kalau Arif sedar mak Ijah datang, Arif kelip mata..kelip mata Arif...

          DAN ARIF MENGELIP KAN MATA NYA BEBERAPA KALI!!...
          subhanallah...hadiah terindah buat ku...adik aku yang payah sangat nak menangis tu pun beberapa kali aku lihat mengesat airmata nya..

          mari kita dengar cerita mak Arif..(maaf aku tak sempat nak snap gambar ibu yg sangat tabah dan tenang ini )

          beberapa hari sebelum hariraya haji, Arif telah di serang sawan sebanyak dua kali...ini mengundang kegusaran kepada ibu dan bapa Arif kerana biasa nya Arif akan di serang sawan dalam jarak waktu yang panjang contoh nya dua bulan sekali...bimbang kan ada sesuatu yang tidak kena, maka Arif di bawa ke hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan...oleh kerana peralatan hospital tidak lengkap Arif di hantar dengan ambulan ke PPUM...mama Arif kata semasa dalam ambulam Arif tidak mahu baring, dia duduk dan mama nya memeluk dia dengan kejap...tau2 saja lah ambulan di pandu laju dan kepala Arif beberapa kali terhantuk kedinding ...sesampai ke hospital dan di bawa ke wad kecemasan, Arif pengsan dan kemudian Arif pun berhenti bernafas selama 15 minit...para doktor bertungkus lumus mencuba segala ikhtiar dan akhir nya keajaiban pun tiba, sedikit2 Arif bernafas semula namun di bantu dengan alat sokongan pernafasan.

          dan mama Arif di minta untuk mengumpul kan semua ahli keluarga kerana Arif dalam keadaan kritikal dan akan 'pergi' pada bila2 masa sahaja!...bayangkan bagaimana hati seorang ibu...anak yg di kandung dengan segala kepayahan, anak yang di lahir kan dan di besar kan dengan segala kasih sayang...sudah remaja dan bijak pula...kini di khabar kan akan di ambil semula oleh Pencipta nya!...dia redha..sangat2 redha..namun bagaimana hendak di khabar kan kepada abah arif yang tidak sihat juga...yg  menderita sakit ghout dan tidak boleh berjalan dan berdiri lama...terketar2 dia keseorangan, handphone yang di pegang hanya mampu di renung...nombor apa yang hendak di dail?... tanpa di pinta airmata nya meluncur mencurah tanpa henti...

          dan lagi sekali Allah hantar insan mulia, walau tidak sebangsa dan seagama, wanita India dan anak nya menghampiri dan membantu...menghubungi ahli keluarga dan membelikan makanan dan minuman, menemani dan menenang kan sehingga datang abah dan adik beradik Arif yang lain...
          Maha Besar Allah, benar firman nya, walau sebesar zarah kebaikan yang engkau laku kan maka sebesar zarah pula yang Kami balas kan..

          detik dan minit yang di lalui sangat getir buat keluarga ini, namun berkat doa dan sembahyang hajat yang di dirikan oleh rakan2 di universiti juga oleh ahli khariah surau, akhir nya keadaan Arif kembali setabil dan doktor memulakan rawatan...rupa nya tumor Arif kembali membesar dan menghimpit saraf tunjang, ini menyebabkan terjadi nya darah beku, maka pembedahan segera di laku kan...insyaallah jika keadaan arif okay, akan ada satu lagi pembedahan menyusul untuk membuang tumor di bahagian belakang kepala pula..

          sambil mengelap airmata, mama Arif meneruskan cerita, semenjak dua menjak ni arif kerap benar meminta maaf, lagi2 bila dia hendak menukar kan pampes Arif...kata nya banyak sangat arif menyusah kan mama, dah la masa kecik kena buat ni, dah besar pun mama kena buat lagi...sepatut nya sekarang Arif yang mandi kan mama, ni mama yang mandi kan Arif....minta ampun ma, Arif banyak sangat menyusah kan mama...

          sedangkan kata mama nya,arif sedikit pun tidak menyusah kan...tidak pernah merungut sakit, tidak meminta makan walau pun barangkali dia lapar atau haus....pernah sekali kata mama nya, ketika di beri air, Arif minum bersungguh bagai haus benar, tapi kenapa arif tak minta??...Arif tak nak menyusah kan, itu jawab nya..mana tidak luluh hati ibu mendengar alasan,
          ya Allah..ini mama Rif..ini mama..tidak ada yang menyusahkan...ini memang tanggungjawab mama...mama buat dengan sepenuh keikhlasaan dan kasih sayang mama...jangan buat lagi macam ni ye..janji dengan mama sayang...Arif nak apa bagi tau mama, bagi tau adik tau...

          begitu lah Arif..yang hanya meminta untuk di wuduk kan dan di bawa bersembahyang..itu saja..YE ITU SAJA PINTA NYA...DAN JIKA LEWAT ITU YANG DIA RUNGUT KAN!!

          itu Arif, bagaimana kita????????????????????????????????????????


          yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...