di bawah ini aku copy dari blog wartawan terkenal MazidulAkmal Sidek...beliau begitu aktif memberi info dan peringatan dengan menemuramah sendiri mangsa kejadian..
Setelah yakin dia berjaya memujuk rayu saya, bungkusan, parcel, dijanjikan itu kemudiannya didakwa dihantar ke KLIA.
Wakil syarikat penghantar barang, dipercayai warga Nigeria menyamar, kemudian menghubungi saya menggunakan loghat warga United Kingdom. Dia sedaya upaya mendesak saya mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun milik warga tempatan, kononnya untuk menebus parcel dihantarkan kepada saya.
Parcel itu dikatakan mengandungi pelbagai barangan berharga seperti wang tunai, telefon bimbit dan komputer riba seperti dinyatakan oleh 'Laila' pada awalnya di dalam emel.
pada aku la kan..setiap orang yang mempunyai akaun Facebook ni celik IT..bila dah celik IT tentu lah berpelajaran sedikit sebanyak..aku hairan juga kenapa lah mangsa tidak mahu berfikir panjang atau setidak2 nya berbincang dengan beberapa sahabat untuk meminta pendapat...
ohhh mungkin agak nya merasa bangga ya amat bila dpt kenalan dengan lelakli mat salleh, ( biasa nya awang hitam ini akan buat akaun baru, satu mangsa satu akaun dan gambar dr lelaki macho yg berkarisma sebagai umpan )
aku pun sebenar nya dah lali dengan lelaki mat saleh yang hendak berkenalan ni, aku pun hairan dr mana diorang dpt muka aku ni dan PM aku kat facebook...tapi sebagai seorang yang suka memerhati gelagat org, aku layan kan jelah..yang mula2 aku kaji ialah timeline diorang..sah2 akaun baru di buka...profile power giler,then photo ada la 3,4 keping...wall haram xder info...so what do u espek?...
di bawah aku bagi contoh perchatan aku ngan mat saleh ni..oh ya dia mengaku Islam dan berpuasa ( kebetulan perkenalan ini berlaku di bulan puasa, chewahh )
- August 20
- Conversation started Wednesday
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:
Post a Comment
sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..