camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Friday, October 29, 2010

oh oktober...



sedar tak sedar bulan oktober tinggal beberapa hari saja lagi..dan tahun 2010 bakal akan melabuh kan tirai nya hanya dalam tempoh 60 hari yg akn datang insyaallah ( mahu atau tidak,masa tidak akn menunggu kita )


errmm pada aku tahun 2010 adalah tahun yg penoh warna warni..suka dan duka silih berganti..nak nak pada bulan oktober ini, penoh dengan segala kedukaan. bermula dengan aku kehilangan hand phone, beli baru kemudian rumah ku di pecah masuk,hilang handphone lagi,laptop dan cash..kemudian aku 'kehilangan' seseorang...arrrhhhhhh

tapi aku ada cerita lucu juga untuk acara selingan!..td salah seorang pekerja am ku ( mat bangla lerr ) dengan berani nya mengaku...kaka I luv you..WHAT???..bagai nak tekeluar anak mata aku yg sepet nih..kalau lah aku di zaman P Ramli dalam adegan Penarik beca, dh tentu aku cakap macamni..Apa? kau ingat kau siapa? berani kau berkata begitu?...cermin kan muka kau dulu...haha walaupun muka kau ada iras2 salman khan..huhu..tp aku just cakap, please respect me as your employer!!

dan ada satu kenangan lagi dengan bangla ( yg bukan la staff aku ) beberapa tahun yang lalu...di suatu malam yg indah..cewah selepas pulang dari kerja,aku singgah di pasar malam perdekatan rumah ku..hajat di hati hanya nak beli barang utk di makan pd malam itu..aku perasan dalam ramai orang yang bersesak2 tu..( almaklum Nilai adalah pekan perindustrian, maka berkumpul lah rakyat antarabangsa indon,bangla,thai dan mianmar..gagak hitam pun ramai ) ada seorang mamat bangla ni mengekor kemana jer aku pergi..gi gerai ayam percik ikut, aku beli kuih seri muka ikut dan bila aku nak beli baulu gulung, dgn pantas dia hendak bayar kan..oh no no no..pantas aku menolak..dalam hati ku..pe hal mamat ni???


Mamat ni tetap ikut aku.kali ni interviu aku plak.. "u kerja mana?..aku xnak la kurang hajaq, aku jawab ler.."airport".."brapa gaji?..dia tanya..aku dah mula meluat nih..apasal tanya? kata ku keras sambil mengadap muka dia."Errr saya bayar u satu malam rm 300 mau"?..Wah kali ni darah ku dah menyirap ke muka..Hei, u ingat saya ni apa ha?..u buta ka tak tau pilih orang?..kata ku menjerit2..pantas orang2 yg ada di sekeliling mengerumuni kami..aku menggeletar marah,mamat bangla tu menggeletar takut..ketika aku menerang kan apa perkara sebenar kepada orang yang bertanya, mamat bangla tu menghilang kan diri!..huh malam tu aku kehilangan mood..siot betul..


Esok nya aku bercerita lah kat kawan2 pejabat alkisah nya malam tadi dan senior ku dengan bersahaja bertanya.."Roy, dia offer rm300 tu utk 'seround' ke atau semalam?...kalau seround ok gak, tp kalau untuk 'semalam', masak lah kau!!!....hahahah gegak gempita org gelak kan aku

Aku??..erkkk..hampeh tul..

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, October 27, 2010

Arif oh Arif...

Arif : Salam..mak ija..camana merawat Arif malam tadi dari jauh

Aku : Wkumsalam..Arif ada rasa apa2 tak?

Arif : takda apa pun..biasa je..

Aku : sukar nak buat la arif, mungkin jauh sangat kut..setiap kali nak capai arif,conecction terputus..xpe jgn putus asa..mak ija cuba sampai dpt..arif mesti kuat tau..

Arif : Oraite..kita mesti truskan usaha,klo kte usaha insyaallah Allah janji kan yg tbaek utk diri kita btol x? arif dh brazam ape2 pun arif ttp nk sehat n balas jasa mama abah

Aku : Good! thats my boy..i'm very proud of you!!

Arif : Tq so much..mama n abah is my beloved person..arif ada 2 org tu jer..so arif nk sgt jaga dorang bila dorang dh tua ..nk balas jasa apa yg dorang dh buat kat arif..ye la masa arif tlantar kt icu mama n abah la yang sanggup tunggu..masa arif oprte tulang belakang then otak,dorang sanggup tgu bjam2..kt icu mama yg jge..terharu nya...

Aku : Itu mmg kasih sejati ibubapa..xminta di balas pun ..yg penting arif sehat dn kuat melawan penyakit..itu dh ckup menggembira kn hati dorang..arif,mak ija nak solat asar, nnti kt chat lg ye..salam

Arif..ok arif pun nk study, sok exam..salam


Usai solat, aku call ibu arif dan khabar kan sms yg ku terima..kami sama2 menangis..Ya Allah ya Rahman Ya Rahim...titip lah kasih sayang Mu..janji kan lah khabar gembira buat anak muda yg bercita2 besar ini..jika 'kehidupan' adalah lebih baik bagi nya, permudah kan lah..dan jika yg sebalik nya,permudah kan juga lah ya Allah..hanya Engkau yang Maha mengetahui.. ya Rabbul'alamin.

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, October 25, 2010

sanggup kah berkorban???

Winnie srikandi cinta

Ini cerita dalam negara kita tentang penderitaan pesakit tegar yang kini telah usai tugas nya..Kini dia berehat dengan aman sementelah meninggal kan 'harta' yang tidak ternilai harga nya buat insan lain.

Setiap pagi apabila bangun tidur saya mengharapkan ada berita baik daripada doktor, tetapi sehingga hari ini impian itu belum menjadi kenyataan.

”Saya tahu kita tak boleh paksa orang untuk derma jantung, namun, hakikatnya saya amat mengharapkan jantung supaya dapat membesarkan anak dengan sempurna seperti orang lain,” katanya

namun Tuhan lebih menyayangi Winnie, kelmarin, setelah 26 bulan bertahan menantikan penderma jantung yang sesuai, Winnie, ibu muda berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia

ibu tunggal kepada seorang anak kecil itu dilaporkan mengalami strok pada 7 Oktober lalu sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut

bagaimanapun, strok itu telah menyebabkan kerosakan teruk kepada otaknya dan Winnie kemudian disahkan telah mati otak dan tidak dapat diselamatkan lagi

namun yang membuatkan aku terharu ialah, rupa-rupanya Winnie memilih untuk mendermakan organnya sebagai wasiat akhir

berikutan hasrat Winnie untuk menderma organ bagi menyelamatkan nyawa pesakit lain, keluarganya telah bersetuju dan membenarkan paru-paru, mata, hati dan buah pinggang Winnie diambil untuk didermakan.

akhirnya satu pasukan dari Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC), Hospital Kuala Lumpur yang diketuai Datin Dr. Lela Yasmin telah menjalankan ujian pengesahan kematian otak ke atasnya

berikutan pengesahan kematian otak, pasukan yang sama juga mula menjalankan pembedahan untuk memindahkan organ-organ yang ingin didermakan Winnie


Ini cerita dari filem barat Seven Pound...kisah yang hampir sama tapi berbeza..sangat sarat dengan mesej dan nilai kemanusian..yang nyata ...maya atau realiti aku menangis melihat diri sendiri kerana tidak mampu berbuat apa2 untuk membantu apalagi untuk berkorban sebesar pengorbanan mereka..





Two years prior, Tim Thomas (Will Smith), reading a text message while driving, causes a car crash in which seven people died: six strangers and his fiancee, Sarah Jenson (Robinne Lee).

In a bid for redemption, Tim sets out to save the lives of seven good people. A year after the crash, having quit his job as an aeronautical engineer, Tim donates a lung lobe to his brother, Ben (Michael Ealy), an IRS employee. Six months later he donates part of his liver to a child services worker named Holly (Judyann Elder). After that, he begins searching for more candidates to receive donations. He finds George (Bill Smitrovich), a junior hockey coach, and donates a kidney to him, and donates bone marrow to a young boy named Nicholas (Quintin Kelley).

Two weeks before he dies, he contacts Holly and asks if she knows anyone who deserves help. She suggests Connie Tepos (Elpidia Carrillo), who lives with an abusive boyfriend. Tim moves out of his house and into a local motel, taking with him his pet box jellyfish. He later goes to Connie's house to speak with her about her problem, but she denies that anything is wrong, and asks him to leave. He sets down his business card, urging her to "think about it", as he is ushered out the door. One night, after being beaten, Connie contacts Tim and he gives her the keys and deed to his beach house, with the stipulation that she never tries to contact him, and never tells anyone how she came to own the house. She takes her two children and moves into their new home.

Having stolen his brother's credentials, and making himself known by his brother's name, Ben, he checks out candidates for his two final donations. The first is Ezra Turner (Woody Harrelson), a blind meat salesman who plays the piano. Tim calls Ezra Turner and harasses him at work to check if he is quick to anger. Ezra remains calm and Tim decides he is worthy.

He then contacts Emily Posa (Rosario Dawson), a self-employed greeting card printer who has a heart condition and a rare blood type. He spends time with her, weeding her garden and fixing her rare Heidelberg Windmill press. He begins to fall in love with her and decides that as her condition has worsened he needs to make his donation.

Tim's brother Ben tracks him down at Emily's house, demanding that Tim return Ben's IRS credentials. After an interlude with Emily, Tim leaves her sleeping and returns to the motel. He fills the bathtub with ice water to preserve his vital organs, climbs in, and commits suicide by pulling his box jellyfish into the water with him. His friend Dan (Barry Pepper) acts as executor to ensure that his organs are donated to Emily and Ezra. Ezra Turner receives his corneas and Emily receives his heart. Afterward, Emily meets Ezra at his concert at a park, and they begin to talk. Ezra cries, and they hold each other.

Baik..ini kisah anak buah ku sendiri..anak kepada sepupu ku Rohana Shukor dan Ckgu Yusof..kisah yang buat jantung ku berhenti berdenyut seketika..

Arif satu2 nya anak lelaki kepada 6 beradik..tentu lah anak yang sangat diharap kan apabila dewasa kelak..Arif anak baik dan bijak..tetapi di kala dia di matrikulasi lagi,Arif kerap pengsan dan kena sawan..Seminggu hampir 2x..oleh kerana kesihatan yang tidak mengizinkan, Arif berhent belajar buat seketika..Kedua ibubapa Arif tidak henti2 membawa Arif kepusat rawatan untuk mengetahhui apa sebenar nya derita Arif..Bagai lembik bumi di pijak,bagai kehabisan udara untuk disedut begitu lah hati Ana dan cikgu Usop bila tau Arif menderita tumor...Apalagi nak di kata, pembedahan tidak boleh di laku kan kerana tumor berada betul2 berhampiran saraf tunjang!!! ( pernah di cuba sekali,tempurung kepala sudah di kopak,Arif tiba2 kena sawan )

Kini Arif berada di UITM Permatang Pauh Penang tahun pertama kursus Mecanical Engeneering...tadi aku berborak dengan nya...kata Arif.."mak ija..sebelah kiri muka Arif dah 'mati' sbb pembedahan dulu, mata buta dan telinga tidak dapat mendengar,mulut Arif herot..tapi doktor ada kata, tumor Arif akan merebak ke kanan pulak...sekarang ni mata Arif yang kanan dah start silau dan berair jer...telinga pulak asyik brdengung macam masuk air!!!...Ya Allah tahu kah Arif di sebalik suara nya yang amat bersahaja itu,tanpa sedikit pun rasa resah, sebenar nya bagai belati menoreh2 hati ku?..Kuasa apa yang aku ada ya Allah.kebolehan apa yang aku ada ya Allah...izinkan lah,perkenankan lah..

DIsebalik penderitaan nya,..Arif sangat tabah sebenar nya..tak dapat ku bayang kan jika Arif akan buta dan pekak sepenuh nya..Ya Allah aku tahu Kau menguji kepada hamba Mu yang mampu sahaja..tapi sesungguh nya berilah kekuatan dan jalan penyelesaian kepada kami ya Rahman Ya Rahim...

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, October 24, 2010

yuna dan keletah anak2 nya..

ni gambar yuna masa anak dara..cute lagi..sekarang dah boyot gelebeh..hehheh..tak selera nak tengok! auwtch!!


ingat lagi yuna?..kucing ku yang dulu hamil..sekarang dah bersalin..5 ekor anak yang comel gilerrr...
ni c tomot yang xdulik alam keliling..kiamat ke,bom hiroshima meletop ker..dia tidorrrr jer...

ni 4 heko lagi yang asyik kebulur....kesian yuna..'&*%^)' nya sampai dah lanjut asik di nyonyot dek baby2 nya..haha


aku benar nya ada sejarah pasal kucing ni..percaya tak yang dulu aku takut tahap gaban dengan kucing!.tanya lah ahli keluarga ku,kawan2 dan sapa jer yang mengenali ku..aku pernah naik sampai atas meja makan dek di acah dengan anak kucing oleh anak buah ku yang nakal..aku pernah menjerit tak hengat bila tengah makan kat gerai tiba2 ada ekor kucing 'menyelinap' dalam kain ku...ohhh malu nya masa tu bila semua mata tertumpu pada ku..aku memang takut,takut sangat..kadang sebab nak jaga hati tuan rumah,meremang2 bulu roma ku menahan takut!..

Dan yang paling tragis ialah bila aku sampai putus chenta sebab kucing!!..hahaha

Cerita nya macam ni..dulu masa aku form5, aku bercinta monyet..heehhe (bukan kucing ) dgn mamat ni..dia tua 3 tahun dr aku..kami bercintan cintun start dr aku form3 lagi.. ( masa aku form5, dia dh belajar di kolej Singapore ) oleh kerana aruwah abah ku askar,ofcoz dia sgt garang..aku dan adk2 perempuan ku jangan harap nak dapat bebas berpeleseran macam remaja lain..nak kemana2 mesti dgn mak kecuali nak ke sekolah lerr...aku masih ingat dulu pertama kali tgk wayang cerita menanti hari esok, pergi ber3..haha aku ,mak dan abah!!! cehhh..

So caner aku nak bercinta eh...errm kami berutus surat saja..bila posmen datang,macam boypren ku yang datang..rasa nak peluk2 jer posmen tuh..gatai nyaaa..nasib baik boypern aku ni anak angkat juga kepada keluarga angkat abah ku..so di sini lah peluang nya dating..huhu...

Ehhh bila nak citer pasal kucing ni???..ohya.masa raya ke3 tahun tak leh sebut,aku di undang dek bakal mak mertua ku, cewahhh beraya dengan diorang..aku pun tersangatlah happy..almaklum pestaim nak jumpa 'bakal'...siap pakai kebaya belah tengah lagi!!..dulu pakai seksi siot..takda cover rambut tu...
bila dah sampai depan rumah aku pun turun dulu dr kereta dan menonong ke pintu yang dah sedia terbuka, ( bypren ku ntah apa di buat nya ) aku pun bagi salam..yang pertama tak berjawab, salam kedua yang agak kuat di sambut dengan salam dari dalam dan seirng dengan itu ada kelibat perempuan separuh umur dan 5,6 ekor kucing yang meluru keluar!!!

Makkkkkk punya lah aku terkejut dan takut,aku panik dan rasa nak pitam..apa lagi aku pun meluru MASUK SEMULA KE DALAM KERETA!!aku dah tak nak keluar lagi dah...puas di pujuk...dan percintaan berakhir di situ kerana kata boypren ku..nak terima dia kena lah terima keluarga nya sekali..ye sekali dengan kucing2 nya..hahaha..bukan aku tak sayang,tapi perasaan takut ku bukan di buat2...so pasrah je lah takda jodoh..huhu


Tapi..tahun berganti tahun,musm pun berubah..agak nya begitu lah hati ku..keletah yuna kucing buangan, sangat menyentuh hati ku..masa dia baby, dia sangat "beradab' ..tidur di balconi di celah pasu bunga, akan masuk dan bermain2 di dalam rumah dengan sopan..tidak mencuri lauk..bila aku ambil kunci dan nak tutup grill,dia akan berlari2 keluar..( tahu diri yang dia tidak boleh tdur dalam rumah orang)..pernah aku main2 kan dia dengan goncang2 kunci dan nak tutop grill,dia akan terkucel2 lari keluar,bila aku tak jadi tutup dia masuk semula,.alalala cute nya..so aku pun jatuh hati dan kata..okay yuna leh tinggal dlm rumah ni tapi jgn buang bahan dalam rumah ok?..macam faham,dia pun patuh sangat..bila aku bagi freskies dalam mangkuk, aku suruh dia makan dlm keaadan duduk..bukan berdiri..haha caner tu..yuna juga sangat perasa, bila aku terkuat suara,dia akan merajuk dan masuk bawah katil ku seharian tanpa makan!!! dan sangat pemalu..pertama kali jumpa mak dan adik2 ku..yuna terperanjat ada 'org luar'..dan dah tentu tempat protes nya di bawah katil!!

Begitu lah yuna merubah hidup ku..dr sangat takut berubah kepada sangat penyayang , sekarang aku dah jd bibik kepada anak2 yuna..iskkkh diorang ni tak mcm mak dia..tiap2 malam tidur dengan aku ,pastu basah kan selimut dan cadar!!..adoiiiyai..hari2 basuh selimut dan cadar, dah macam ada anak kecik pulak!!!

ermmm mak aku kata buang jer..ohhh tidak...kalau dah sayang mak,kita akan sanggup buat apa saja untuk yang kita sayang..sanggup berkorban apa saja..dari kurus kepada gemok pun takper..hehehehe

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, October 23, 2010




Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin kulupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan
Seperti dirimu oh bintangku

Jauh kau pergi
Meninggalkan diriku
Disini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan
Seperti dirimu oh kekasih
(Ulang semua)




lagu ni touching siot..nak nak dengar waktu memandu balik kerja malam2 buta ( di tambah lagi dgn suara Dj Lin yg ala2 manja )...sedih....sepi...sayu....arrrrgh...

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

NAZARNYA SUPAYA DI KUBURKAN SELAMA 7 HARI..

oleh Classic Berbisik pada pada 22hb Oktober 2010 pukul 5.37 ptg

Saban malam, seorang ibu dari keturunan Bani Israel berendam air mata.

Hatinya dibalut rasa pilu setiap kali menatap anaknya yang menderita diserang sakit misteri.

Selain berdoa siang dan malam, si ibu berusaha mengubati anaknya itu.

Namun tiada tanda penyakitnya akan sembuh,sebaliknya bertambah teruk.

Suatu malam, selepas memberikan anaknya ubat, dengan linangan air mata,

si ibu berdoa ke hadrat Allah,

sekaligus bernazar jika penyakit anaknya sembuh.



Dengan kehendak Allah, tidak berapa lama kemudian, si anak yang sekian lama terlantar,

perlahan-lahan sembuh. Selera makannya bertambah dan dalam waktu terdekat, dia kembali pulih.

Sekali lagi dengan iringan air mata, si ibu tak henti-henti meluahkan rasa syukur kepada Allah.

Sesungguhnya dia merasa cukup terharu selepas doanya dimakbulkan.


Sambil tersenyum dia mengusap-usap rambut anak lelakinya itu dengan penuh kasih sayang.

Lantaran terlampau gembira, ibu tadi lupa menunaikan nazar yang dilafaznya ketika berdoa.

Hinggalah pada suatu malam, dia bermimpi dikunjungi seorang lelaki tua yang tidak dikenali.



Lelaki itu berkata kepadanya dalam nada marah,

“Hai perempuan! Tunaikanlah nazarmu agar kelak engkau tidak ditimpa musibah daripada Allah.”


Sejurus kemudian lelaki tersebut lenyap dan si ibu tersentak daripada tidur.

Beberapa kali dia beristighfar…

sambil mengurut dadanya yang berdebar kencang.

Digosok-gosok kelopak matanya,

kemudian dia termenung memikirkan mimpi itu.

Rasa takut sesekali menerjah-nerjah nalurinya.



Keesokan malamnya, si ibu memanggil anaknya.

Lalu diceritakan perintah lelaki tua dalam mimpinya serta nazar yang belum ditunaikan.



“Nazar apa?” tanya si anak.


“Begini…semasa kamu sakit tempoh hari,

mak bernazar sekiranya kau sembuh,

mak berjanji untuk keluar dari dunia ini selama tujuh hari.

Doa mak dimakbulkan tapi hingga ke hari ini nazarnya belum dapat ditunaikan,” jelas si ibu.


“Apa yang mesti kita lakukan?” tanya si anak selepas agak lama termenung.


“Apa lagi, galikan sebuah lubang kubur untuk mak!” perintah si ibu.


“Gali kubur? Tapi…bukankah kubur hanya untuk orang mati?”

soal si anak penuh kehairanan.


“Dah, jangan banyak tanya.

Gali kubur, kemudian timbuskan mak.

Selepas tujuh hari, kau galilah semula.

Insya’allah mak akan selamat,” ujar si ibu selamba.



Dalam keadaan terpinga-pinga, si anak akur dengan perintah ibunya.

Lalu dia segera mengambil cangkul, melakukan apa yang disuruh.

Setelah selesai, si anak membaringkan tubuh ibunya dalam liang lahad.

Dengan linangan airmata, wanita itu menadah tangan lalu berdoa:



“Ya Allah, Engkau telah memenuhi permintaan dan doaku.

Sekarang aku akan tunaikan nazarku.

Peliharalah aku dari kebinasaan alam kubur ini, ya Allah dan selamatkanlah anakku.”



Dalam keadaan serba salah,

si anak meletakkan papan keranda dan menyodok tanah untuk menimbus lubang kubur itu.

Dia kemudian berjalan pulang sambil air matanya tak henti-henti mengalir.


“Mungkin ibuku sedang meronta-ronta kelemasan sebelum menghembuskan nafas terakhir,”

bisik si anak mengenangkan nasib ibunya.



Si anak mengira hari dan dirasakannya waktu terlalu lambat bergerak.

Namun sesaat pun si anak tidak lupa memohon agar Allah sentiasa memelihara ibunya.

Di dalam kuburnya, si ibu merasakan lubang kuburnya semakin hari semakin luas.

Beberapa ketika kemudian, dia terpandang imbasan cahaya di sebelah kanan kepalanya.

Lalu dia menoleh, di dapati suatu lubang kecil di sebelahnya yang amat terang.

Apabila diintai ternampaklah sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan yang amat indah.

Belum pernah dia melihat taman seindah itu seumur hidupnya.

Si ibu tambah tersentak apabila ternampak dua wanita sedang duduk di tepi sebuah kolam yang jernih airnya. Seorang berwajah sugul sementara yang seorang lagi begitu ceria.



Menyedari kehadirannya, wanita berwajah ceria bersuara:

“Wahai perempuan,

silakan masuk dan duduklah bersama kami,”

pelawanya penuh sopan.



Sejurus itu lubang kecil di kubur si ibu perlahan-lahan membesar

sehingga memudahkannya berjalan masuk ke taman tersebut.





Dihampirinya kedua-dua wanita itu.

Tiba-tiba muncul seekor burung, lalu melebarkan sayapnya ke atas kepala wanita ceria itu.

Tidak berapa lama kemudian,

muncul seekor lagi datang mematuk-matuk kepala wanita berwajah muram itu.

Kejadian itu memeranjatkan si ibu.

Dia bertanya kepada perempuan yang dipayungi burung itu.



“Bagaimana kamu memperolehi kemuliaan ini?” tanyanya lagi.



“Semasa di dunia, aku mentaati suamiku.

Semasa aku kembali menemui Tuhan, dia redha kepadaku.

Dia sentiasa mendoakan kesejahteraanku sehingga kini.

Maka Allah muliakan aku seperti mana yang kamu lihat.



Setelah itu si ibu tadi bertanya kepada wanita yang melolong-lolong

setiap kali burung mematuk kepalanya.

“Semasa di dunia,” jawabnya tersekat-sekat, “aku perempuan solehah.

Tidak pernah aku melanggar perintah Allah,

tetapi aku seringkali derhaka kepada suamiku.

Apabila aku meninggal, dia berada dalam keadaan tidak redha kepadaku…

maka itulah Allah jadikan kuburku ini tempat penyeksaan.

Jika kamu kembali ke dunia nanti, ceritakan kepada suamiku,

yang aku memohon ampun dan maaf.”



“Insya’allah,” jawab si ibu tadi perlahan, menahan hiba.



Tujuh hari kemudian,

tinggal bersama-sama dua orang wanita tersebut,

si ibu masuk semula ke kuburnya.

Sedar-sedar anak lelakinya sudah berada di sisinya.

Kedua-dua anak-beranak itu berpelukan dengan air mata berjejeran

kerana tidak menyangka dapat berjumpa semula.

Sebaik si anak membawa ibunya pulang, hebohlah ke seluruh kampung,

ibunya kembali semulaselepas seminggu dikebumikan.





Berduyun-duyunlah orang menziarahi perempuan tersebut,

bertanyakan pengalamannya selama tujuh hari berada dalam kubur.

Di antara yang hadir itu termasuklah suami perempuan kedua yang

ditemui si ibu tadi semasa di alam kubur.

Sebaik mendengar pengalamannya,lelaki itu pun bersuara.



“Dia arwah isteri saya,” kata lelaki itu sayu.



“Malang sekali, sekarang dia sedang diseksa kerana derhaka kepada kamu.

Ampunilah dia agar arwah dapat ketenangan di sana,” jelas si ibu itu.



“Baiklah…

aku ampunkan segala dosanya terhadapku dan aku redha dengan pemergiannya,”

sambung lelaki itu lagi.



Aneh, malam itu, si ibu bermimpi didatangi perempuan yang dipatuk burung itu.



“Bagaimana keadaan kamu sekarang?” tanya si ibu itu.



“Alhamdulillah, aku selamat daripada seksaan kerana

pertolonganmu menyampaikan pesanan agar suamiku memaafkan dosaku.

Semoga Allah membalas kebaikanmu dan mengampunkan engkau,”

ujar wanita itu terharu.

Si ibu terjaga lantas beristighfar beberapa kali.





p.s.Duhai Tuhan aku tak layak ke Syurga Mu...namun aku tak mampu menanggung azab neraka MU...oleh itu ampuni daku oh Tuhan ku...


(Dipetik dari kitab karangan Imam Al-Ghazali)

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, October 21, 2010

20.10.10 - selamat bertunang Mohd Asyraf bin Dato Alihan dan Sabrina Tan Sri Abd Halim


Anak buah ku Acap dan gadis pilihan yg cantik menawan bak Puteri dari kayangan.



Petang tadi aku terkocoh2 balik dari kerja,mandi dan solat Zhohor..Baju kurung mana nak pakai?..mumy Acap pesan pakai baju melayu jer,xda cakap kaler apa pun...errrm pakai lah kurung riau biru putih ni..kain lembut sesuai di hari panas terik sekarang nih..Syuib pun sedondon dengan aku pakai baju melayu biru gak..

Memecut membelah lebuh raya Sg Besi, sib baik jalan tidak lah jem ..tp dalam hati merungut,napelah buat ari kerja..kan dah gila babi mengejar masa..tp baru aku terfikir..yelah..tarikh hari ni romantik glerrr..2010!...ingat sampai anak cucu tu...

Acap dah berkali2 tipun,maklong dah sampai mana? ( mentang2 lah maklong dia ni buta jalan asyik sesat jer..haha )..kita orang dah nak gerak ni..majlis jam 5 ptg..aku kata tak sempat maklong kalau nak kumpul kat umah Acap..tak pe.maklong terus gi umah Nina jelah..jumpa disana..disana..di sana....

Tepat jangkaan ku.aku sampai serentak dengan mereka2 itu.tapi sangat lah aku terrkilan rupa nya tema pakaian warna ungu..hukhukhuk..walhal aku ada baju kurung riau lagi yang berwarna ungu...ermmmm jahat budak jahat xnak bagi tau..bila ku aju kan kat mumy Acap..dia kata..Laaaa ingat dah tau...ishkkk!

( dah la tak habes2 topik aku GEMOK...biar laaaa..maintain cantik aper!!ayat pujuk ati sendiri..hehheh )

Sangat lah meriah dan grand habis..almaklum anak tauke Parede!!..Semua yang Parade perade tu dady Nina punya..amek kau..( aku ni segala yang Perit2 tu aku punya..huhuhu )



p.s tunggu gambar2 yg cantik2 dari juru2 fhoto ye..sabarrrrr

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua



+mata ini,indah melihatmu
rasa ini,rasakan cintamu
jiwa ini,getarkan jiwamu
jantung ini,detapkan jantungmu

dan biarkan aku padamu
menyimpan sejuta harapan aku padamu
rasa ini tulus padamu
takkan berhenti sampai nantiku mati

#biarkan aku jatuh cinta
personaku pada pandangan
saat kita jumpa
biarkan aku kan mencuba

tak peduli kau berkata
tuk mahu atau tidak(3x)

mata ini
indah melihatmu
rasa ini
rasakan jiwamu……




p.s...aku tidak bersalah..yang salah rasa ini...

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, October 18, 2010

Swiss garden resort kuantan...



Apa yang hendak ku kata?..aku kemari kerana terpaksa??..sepatut nya percutian yamg penuh makna..menjernih kan yang keruh..merapat kan yang jauh..
tapi apa kan daya..bila hati sudah retak, keindahan tidak bermakna lagi...
p.s. teringat kata sahabat blogger ku..tiada yang lebih indah selain dari dapat bersama dengan orang yang kita cintai..huhhu..( segala gambar2 yang telah diambil biar kan saja menjadi khazanah kenangan..)


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, October 14, 2010

cerita orang...cerita ku bagaimana?

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)


p.s...aku tak minta cinta...minta 'hati' pun susah sangat nak dapat!!!





yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Doa...


Rassulullah SAW pernah bersabda :

setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )..nescaya pintu rezeki akan terbuka buat mu.

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. .... tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....... . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya..... tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba. Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku/Ibuku ditempat orang2 yang beriman.


Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah.......dan kenang lah daku dalam doa mu...!!

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, October 10, 2010

love the way u lie

[Chorus - Rihanna]
Just gonna stand there and watch me burn
That's all right because I like the way it hurts
Just gonna stand there and hear me cry
That's all right because I love the way you lie
I love the way you lie

[Eminem - Verse 1]
I can't tell you what it really is, I can only tell you what it feels like
And right now it's a steel knife in my windpipe
I can't breathe but I still fight while I can fight
As long as the wrong feels right it's like I'm in flight
High off her love, drunk from my hate, it's like I'm huffin' pain
And I love it the more I suffer, I suffocate
And right before I'm about to drown, she resuscitates me, she fckkin' hates me
And I love it, "wait, where you goin'?"
"I'm leavin' you," "no you ain't come back"
We're runnin' right back, here we go again
It's So insane, cause when it's goin' good it's goin' great
I'm superman with the wind at his back, she's Lois Lane
But when it's bad it's awful, I feel so ashamed I snap
Whose that dude? I don't even know his name
I laid hands on her
I'll never stoop so low again
I guess I don't know my own strength

[Chorus]
Just gonna stand there and watch me burn
Well that's all right because I like the way it hurts
Just gonna stand there and hear me cry
Well that's all right because I love the way you lie
I love the way you lie

[Eminem - Verse 2]
You ever love somebody so much you can barely breathe
When you with em you meet and neither one of you even know what hit em
Got that warm fuzzy feeling
Yeah them chills used to get em
Now you're getting fuckin' sick of lookin' at em
You swore you'd never hit em, never do nothin' to hurt em
Now you're in each other's face spewin' venom in your words when you spit em
You push pull each other's hair
Scratch claw hit em throw em down pin em
So lost in the moments when you're in em
It's the rage that's the culprit, controls you both
So they say it's best to go your seperate ways
Guess that they don't know ya
Cause today that was yesterday
Yesterday is over, it's a different day
Sound like broken records playin' over
But you promised her next time you'll show restraint
You don't get another chance
Life is no nintendo game, but you lied again
Now you get to watch her leave out the window
Guess that's why they call it window pane

[Chorus]
Just gonna stand there and watch me burn
Well that's all right because I like the way it hurts
Just gonna stand there and hear me cry
Well that's all right because I love the way you lie
I love the way you lie

[Eminem - Verse 3]
Now I know we said things, did things, that we didn't mean
And we fall back into the same patterns, same routine
But your temper's just as bad as mine is, you're the same as me
When it comes to love you're just as blinded
Baby please come back, it wasn't you, baby it was me
Maybe our relationship isn't as crazy as it seems
Maybe that's what happens when a tornado meets a volcano
All I know is I love you too much to walk away though
Come inside, pick up the bags off the sidewalk
Don't you hear sincerity in my voice when I talk?
Told you this is my fault, look me in the eyeball
Next time I'm pissed I'll aim my fist at the drywall
Next time there won't be no next time
I apologize even though I know it's lies
I'm tired of the games I just want her back
I know I'm a liar if she ever tries to fuckin' leave again
I'ma tie her to the bed and set this house on fire
Just gonna

[Chorus]
Just gonna stand there and watch me burn
Well that's all right because I like the way it hurts
Just gonna stand there and hear me cry
Well that's all right because I love the way you lie
I love the way you lie

p.s linda onn kata lagu kegemaran dia sekarang lagu ni lah...mesti ada sebab kan..so aku pun cari lah lirik lagu ni...errmm yeah..paling sakit bila terpaksa tipu diri sendiri demi untuk kebahagiaan orang lain...aduuuuhh duh duhhh


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
something or someone
somebody care
ur name is whisper

in somebody prayer
keep the bright
hope the future
in view
someone is thinking of you!


HAPPY BESDAY MY HERO..

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, October 9, 2010

Ibu...

ibu ku yang jelita...beberapa tahun lagi aku akan kelihatan seperti ibu..rambut memutih,kulit berkedut...apakah aku akan sangat tabah seperti ibu??


Sakit yang datang
Menguji kasih dan sayang...ibu mengerti lah aku sengsara..lemas berendam airmata...



p.s rumah ku di ceroboh pencuri lagi..laptop,hp dan cash lesap..lepas ni apalagi yang akan lesap dari hidupku???

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, October 6, 2010

akibat satu SMS...

aku berhenti di R & R menunggu seseorang..sambil itu membuka laptop dan update blog ku yg entah apa2 ni...temu janji di batalkan kerana orang yang ku tunggu telah pun pergi dahulu ke lokasi yang hendak ku tuju..errmmm shah alam seksyen 9..kenalah cari sendiri nampak nya..sambil memandu melintasi tol batu 3, satu sms masuk..aduhhh duh duh..sangat2 menggangu seluruh pancaindra ku..

Otak ku berfikir2..keliru..celaru..dipetang2 begini sewaktu insan2 bekerja sibuk dengan urusan dan yang mahu pulang kedestinasi masing2, menambah berkelam kelibut ku lihat pemandangan di depan ku..

Dan ketika melalui bulatan Persiaran Sultan Abdul aziz shah,aku tersalah mengambil laluan!!..hmmm..tahu tahu sajalah bila salah lorong,alamat kita akan 'bersiar2 lah' sebelum menjumpai jalan u turn!..dan sms ke2 menambah lagi luka hati ku..lagi sekali aku tersalah lorong..kali ini tambah membawa aku ke ceruk mana ntah!! dan bagi 'melengkap' kan lagi penderitaan ku..hahaha meter petrol ku menunjuk kn jarum E!!..dan aku telah standby melalui lorong kiri,andai kereta ku terhenti, tidak lah aku menjadi penghalang lalu lintas lain dan menjadi punca kesesakan jalan raya yang memang sudah sesak.

Setelah terhenjut henjut dan terhenti terus,sah kereta ku mati kerana ke habisan minyak.. saat ini airmata ku jatuh bagai manik putus tali...siapa hendak membantu agak nya?..di mana sahabatku?, kawan karib ku..atau siapa saja yang di panggil kawan?..

Aku sebenar nya sangat cemburu kepada orang lain yang ada 'seseorang' untuk berkongsi setiap suka dan duka..apa jua kejadian akan di laporkan samaada melalui sms atau pangglan..dan sms akan di balas dengan kata2 perangsang atau yang menggembira kan...

Beberapa kali aku melalui saat2 genting dan mencemas kan, ketika projek ku gagal kerana kekurangan staff..ketika aku buntu..ingin sekali aku punya 'seseorang' untuk ku mengadu dan mendapat suntikan semangat...hampa..hampa belaka..


Aku harus akur yang aku bersendirian..walau aku sangat percaya bahawa walau sebiji zarah kita berbuat baik akan di balas baik...nampak nya belum tiba saat itu untuk ku!!



p.s aku tak dapat ambil gambar ketika 'tersadai' kerana hp ku tak ada kemera!..hhahaha

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, October 5, 2010

cinta

Menatap jalan yang menjauh
Tentukan arah yang ku mau
Tempatkan aku pada satu
Peristiwa yang membuat hati lara

Di dekat engkau aku tenang
Sendu matamu penuh tanya
Misteri hidup akan kah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita

Cinta tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku berkata
Tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati
Bagai raga tak bernyawa

Aku junjung petuamu
Cintai dia yang mencintaiku
Hati yang dulu belayar
Kini telah menepi
Bukankah hidup kita
Akhirnya harus bahagia

Cinta
Biar saja apa
Yang terjadi biar saja terjadi
Bagai manapun hidup
Memang hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan dengan ditinggalkan
Cinta…..

Bukan kah hidup kita akhir nya harus bahagia??...



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...