camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Friday, October 29, 2010

oh oktober...



sedar tak sedar bulan oktober tinggal beberapa hari saja lagi..dan tahun 2010 bakal akan melabuh kan tirai nya hanya dalam tempoh 60 hari yg akn datang insyaallah ( mahu atau tidak,masa tidak akn menunggu kita )


errmm pada aku tahun 2010 adalah tahun yg penoh warna warni..suka dan duka silih berganti..nak nak pada bulan oktober ini, penoh dengan segala kedukaan. bermula dengan aku kehilangan hand phone, beli baru kemudian rumah ku di pecah masuk,hilang handphone lagi,laptop dan cash..kemudian aku 'kehilangan' seseorang...arrrhhhhhh

tapi aku ada cerita lucu juga untuk acara selingan!..td salah seorang pekerja am ku ( mat bangla lerr ) dengan berani nya mengaku...kaka I luv you..WHAT???..bagai nak tekeluar anak mata aku yg sepet nih..kalau lah aku di zaman P Ramli dalam adegan Penarik beca, dh tentu aku cakap macamni..Apa? kau ingat kau siapa? berani kau berkata begitu?...cermin kan muka kau dulu...haha walaupun muka kau ada iras2 salman khan..huhu..tp aku just cakap, please respect me as your employer!!

dan ada satu kenangan lagi dengan bangla ( yg bukan la staff aku ) beberapa tahun yang lalu...di suatu malam yg indah..cewah selepas pulang dari kerja,aku singgah di pasar malam perdekatan rumah ku..hajat di hati hanya nak beli barang utk di makan pd malam itu..aku perasan dalam ramai orang yang bersesak2 tu..( almaklum Nilai adalah pekan perindustrian, maka berkumpul lah rakyat antarabangsa indon,bangla,thai dan mianmar..gagak hitam pun ramai ) ada seorang mamat bangla ni mengekor kemana jer aku pergi..gi gerai ayam percik ikut, aku beli kuih seri muka ikut dan bila aku nak beli baulu gulung, dgn pantas dia hendak bayar kan..oh no no no..pantas aku menolak..dalam hati ku..pe hal mamat ni???


Mamat ni tetap ikut aku.kali ni interviu aku plak.. "u kerja mana?..aku xnak la kurang hajaq, aku jawab ler.."airport".."brapa gaji?..dia tanya..aku dah mula meluat nih..apasal tanya? kata ku keras sambil mengadap muka dia."Errr saya bayar u satu malam rm 300 mau"?..Wah kali ni darah ku dah menyirap ke muka..Hei, u ingat saya ni apa ha?..u buta ka tak tau pilih orang?..kata ku menjerit2..pantas orang2 yg ada di sekeliling mengerumuni kami..aku menggeletar marah,mamat bangla tu menggeletar takut..ketika aku menerang kan apa perkara sebenar kepada orang yang bertanya, mamat bangla tu menghilang kan diri!..huh malam tu aku kehilangan mood..siot betul..


Esok nya aku bercerita lah kat kawan2 pejabat alkisah nya malam tadi dan senior ku dengan bersahaja bertanya.."Roy, dia offer rm300 tu utk 'seround' ke atau semalam?...kalau seround ok gak, tp kalau untuk 'semalam', masak lah kau!!!....hahahah gegak gempita org gelak kan aku

Aku??..erkkk..hampeh tul..



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

2 dah luah kan rasa:

Insan Biasa said...

moga saudari selamat selalu ...

Insan Biasa Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » oh oktober...

azahrohaizah said...

Paduka cinta!!!

kemana lama menghilang?...

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...