camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Monday, August 27, 2012

Arif dah tak nampak, dah tak dengar...

Assalamualaikum...seronok beraya?
raya aku biasa2 saja...semalam aku di kejut kan dengan panggilan talipun oleh mak Arif. Masih ingat Arif?..ada beberapa entry aku tulis pasal Arif..

Arif ni anak sepupu aku,kira nya pangkat anak buah la pada aku..dia ni sakit ketumbuhan dalam otak, dah beberapa kali menjalani pembedahan, namun ketumbuhan 'membiak' semula...

Kini Arif telah kehilangan penglihatan, pendengaran dan lumpuh anggota badan sebelah kanan...dan yang sangat mengharukan, semalam dia berkeras mahu berjumpa aku, walau pun emak nya telah memberi berbagai alasan, namun Arif kata ini permintaan terakhir nya..


ketika kereta abah Arif memasuki gate, aku terus meluru pada Arif yang duduk di seat depan...dia tak tau pun dah sampai sebab dia tak nampak..emak Arif pun cakap dengan kuat sebab Arif boleh mendengar sikit2 melalui bantuan alat pendengaran.

"Arip, ni mak ijah yang Arip nak sangat jumpa tu..dah sampai dah ni rumah mak ijah..
Arif menggawai2kan tangan nya mencari aku, dengan pantas tangan Arif aku genggam, rasa nya waktu itu bagai luruh tangkai hati ini, namun aku tahan dan sembunyikan airmata.

"Mak ijah, Arip dah tak nampak, Arip dah tak dengar..ni,, tangan ni dah tak boleh gerak dah... bagai tak sabar2 Arip mengadu semua nya...suara aku tersekat di kerongkong...hiba sangat hiba...mak Arip bagai mengerti, segera dia berkata,

"Arip, masuk rumah dulu, jum bangun perlahan,kepala nya tunduk...perlahan dengan kiraan tiga kaki nya langkah...( aduyaiii terharu sungguh aku dengan ketabahan ibu Arif...mereka bagai telah pasrah..mereka menjaga Arif dengan bersistematik, berjadual agar memudah kan Arif mengikut arahan..)

Arif bagai tidak mahu berenggang dengan aku...di tarik nya tangan aku dan di tunjukkan ke setiap benjolan tumor yang mengganas...ada yang dah sebesar telor burung Kasawari, ada yang sebesar telor puyuh...

"sakit tak Arip?..soalan bodoh aku

"setiap jam setiap minit dan setiap saat Arip dalam kesakitan mak ijah..dunia Arip sekarang dah gelap dan sunyi...Arip rasa macam dah tak tahan nak hidup, tapi bia Arip ingat balik kata ustaz yang sakit ni penghapus dosa Arip senyum dan Arip redha..

masyaallah...sangat cekal anak muda berusia 22 tahun ini...dalam pada keadaan yang sukar, macam2 yang Arip adukan, macam2 yang Arip cerita kan dan macam2 pengharapan Arip untuk masa depan!


mak Arip sedang mengwuduk kan Arif

sambil aku melayan adik beradik nya yang lain makan, aku sempat juga bersembang dengan emak Arip...ternyata wanita ini sudah pasrah dan redha... seperti tidak apa2 bila dia kata, Arip dah berwasiat, nanti kuburkan Arip sebelah atuk dan nenek, makna nya bukan di khariah yang sama dengan kediaman mereka...mak Arif kata perlu ker nak di tunaikan, ingat kan nak kubur dekat dengan rumah senang nak ziarah kata nya..

 aku kata kena lah, itu kan wasiat...mak Arif kata Arif berpuasa 26 hari, setiap malam ikut sembahyang terawih di mesjid..sentiasa menjaga solat nya, sentiasa bertanya sudah masuk waktu solat ker?..Arip ni dah tak nampak jam, dah tak dengar azan...jangan la lambat wuduk kan Arip..

pernah minggu lepas, hari Jumaat keadaan Arip sangat lemah kata emak nya..jadi abah Arip dah terlambat dan dan tinggalkan Arip tak bawa sembahyang Jumaat...apa lagi mengamuk la beliau...dia kata dia hanya cacat fizikal..tapi akal dan otak nya masih berfungsi..kenapa tak bawa di kemesjid...abah kena usaha kan juga...sampai menangis mak dia kena leter...

astaqfirullahhal azim...syukur nikmat Allah...sedangkan yang sihat walafiat mencari berbagai alasan untuk mengelak dari ke rumah Allah, yang uzur dan tidak berkemampuan ini bermati2an menjaga dan mempertahankan nya!!!

petang itu kepulangan Arif di iringi hujan..dia bagai tidak mahu pulang...banyak sangat yang dia nak kongsikan dengan aku...tapi dia terpaksa akur..hidup harus diteruskan selagi jantung berdenyut...dan kemampuan aku sangat terbatas untuk menolong Arif..yang mampu aku berikan hanya kata2 semangat dan perangsang..

ketika Arif melangkah pergi...hati aku bagai di renggut sama..airmata yang ku tahan sekian lama luruh jua..lebat lebih lebat dari hujan yang mencurah!!

Ya Allah kepada Mu Arif kami serah kan...

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, August 18, 2012

bukan sekadar wajah...

beberapa contoh 'wajah" jejaka yg ingin berkenalan di fb...fuhhhhhh

hahhaha, biar kan aku gelak dulu eh...ermm gini cerita nya..semenjak berjinak2 dengan fb ni, acap kali juga ada jejaka sesat yg mengajak aku chating, yang buat aku gelak tu semua nya hensem tak hengat..hahaha tak mengalah jejaka pan asian gitu...aku pun layan kan jugak la, borring kan..

biasa la,puji aku melambung hingga ke langit ke tujuh, bila dah agak meraban, aku pun mintak la gambar ori...aku main PAKSA!!...HUH TERUS SENYAP..!

mengapa agak nya ye?..aku tak faham la..ada kah wajah sangat penting untuk sesuatu hubungan?..bukan kah keikhlasan itu pokok segala kebahagiaan?...awal2 dah menipu, pasti seterus nya sukar nak berlaku jujur...bukan kah ada peribahasa yang menyatakan, TAK KENAL MAKA TAK CINTA...so biar lah huduh caner pun wajah kita, bila dah suka pasti akan di terima..yang penting hati mesti baik derr

teringat dulu aku cukup tak berkenan dengan sorang ibu kepada murid cilik ku...( bukan jer rupa nya huduh, tapi masam mencuka..bila aku bagi salam, jawab acuh tak acuh jer...ermmm pakej la ni, kutuk aku dalam hati )

tapi entah macamana dia kerja pulak sekali dengan aku...dari hari sehari kemesraan mulai timbul...walau pun dia tegas dan muka nya nampak garang namun kebaikan hati nya,keperihatinan nya menimbul kan keserasian diantara kami...dan bila dia tersenyum amat cantik dia di mata ku!...see wajah bukan lah ukuran...

sekian, SELAMAT HARIRAYA, DALAM KITA BERGEMBIRA JANGAN LUPA PADA YANG TIADA...( yang tiada ayah dan ibu, yang tiada suami atau isteri , yang tiada kekasih dan yang tiada berWANG!!..)


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, August 15, 2012

kosong...kosong...



Kau melihat diriku
Seperti sesuatu Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong
Kini aku bangkit Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan Siapa diriku yang sebenar

kalau lau catatan yang di buat oleh Malaikat di kiri dan kanan boleh di upload...aku lah orang pertama yang akan meng upload supaya dapat ku post mortem akan kesilapan dan kekhilafan diri ini...dan sebagai bukti kepada mu tentang apa yang telah aku laku kan dan kau laku kan...

kadang kita hanya pandai menuding jari atau kita terlampau bijak menafikan kerana setiap perbuatan tiada cacatan manual atau terakam di CCTV!...

namun begitu berpegang lah pada janji Allah bahawa sebezar zarah membuat kebaikan maka sebesar zarah pula mendapat balasan begitu juga sebalik nya...

bersabar lah duhai hati....

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, August 7, 2012

akhir nya Sock pergi jua...





korang pasti perasan bahawa banyak entry aku berkisah pasal kucing kan...kucung, kucing dan kucing... benar lah kata orang, tak kenal maka tak cinta , begitu lah aku..setelah mengenali maka aku sangat mencintai mereka.....

macam2 kelaku mereka yang mencuit hati..kadang mengalah kan manusia cerdik nya..setiap se ekor ada watak mereka sendiri...masing2 ada keistemewan nya, macam sock ni,

tengok lah kusyuk dia mendengar aku membaca yassin...

akhir nya penat, tergolek sana tergolek sini

dan  terlena....

ni waktu Sock menerima rawatan di klinik veterrina tengahari tadi

tapi semalam Sock balik kerumah dalam keaadaan nazak, air liur nya meleleh2..najis nya juga sudah terburai2...sedih nya aku kerana tak dapat nak tolong..aku panik sebenar nya..dia menggelupur seperti dalam keaadaan yang sakit sangat...ketika aku cuba nak bagi air, dia lari meluru kearah hutan kecil di depan rumah ku...( aku agak Sock termakan racun atau sengaja di racun ) apa yang mampu aku buat hanya berdoa agar cepat lah roh Sock di ambil, tak sanggup aku membayangkan kesengsaraan yang terpaksa Sock harungi..

tapi bila dah malam Sock balik, begitu kuat semangat dia...dia duduk diam2 di taman atas rumput..aku bawakan air dan makanan...ketika di sapa dia hanya menyahut lemah..( waktu malam klinik veterina dah tutup, itu lah masaalah nya ) aku kata esok mama balik sekolah, mama bawa Sock gi klinik ye...ahhhh dia jawab...

jam 1.35 tengahari waktu sampai di klinik, Sock terus ke meja rawatan...waktu ni Sock dah tinggal nyawa2 ikan jer, tp kami nekad untuk memberikan rawatan agar kira nya terjadi yg buruk pada sock, sekurang2 nya kami telah berikhtiar...doktor telah masuk kan air bercampur ubat anti racun dan kami pun telah beli air kelapa kerana mengikut petua orang tua2 air kelapa adalah penawar untuk racun.

dan waktu sampai kat rumah Sock nampak nya telah membaik, aku biar kan dia rehat dan tidur..dan aku pun sama tidurrr...namun bila aku terbangun, yang pertama aku hadap ialah Sock..kenapa mata dia terbuka tapi tak berkelip?

dannn waktu aku sentuh tubuh nya..Ya Allah Sock dah keras tidak bernyawa....ya Allah akhir nya tamat lah penderitaan Sock...pergi lah sayang..isterihat lah dengan tenang...

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...