camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Sunday, October 19, 2014

Assalamualaikummm....








yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, February 21, 2014

berdosa kah menjadi janda?


Ini status fb aku hari ni, huh pertama kali aku dapat banyak like hihi..almaklum yang aku bukan ada byk frenz list dan aku pun bukan ' senang' nak like sesuka hati aku status fb orang...melain kan status tu menepati piawaian aku untuk di like! ( kedengaran sombong sekali kan huhu).

sumpah aku sangat pelik dengan perangai sebilangan kita ini yang bernama manusia...tentu lately korang dapat juga pose dari kawan2 yg meng edit foto Erra Fazira dengan perkataan2 yang berbaur nakal dan miang...tak lebih atau tepat mempersendakan kan status janda beliau...
Allahu akbar ada kah yg men edit itu berfikir panjang sebelum melaku kan perkara yang menyeronok kan bagi pihak dia tapi amat menyakit kan bagi pihak yang terlibat..ada kah dia terfikir bagaimana rasa nya jika perkara itu terjadi pada diri nya sendiri?..

Aku sangat yakin, untuk menjadi janda terpaksa melalui proses yang amat sukar..bukan terjadi dengan sekelip mata seperti melafaz kan akad...sebelum mendapat title tu, terpaksa berjuang bermati2an untuk menyelamat kan keadaan..berapa banyak airmata yang tumpah..berapa banyak kesabaran yang terpaksa di perah..berapa banyak doa yang di panjatkan kehadrat Yang Maha Berkuasa..
Namun jika itu kata Allah apa daya dia..



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, February 2, 2014

sepetang di Sekin & Resort....

semalam hari yang gembira dan hari yang menguja kan buat kami semua...buat kami kawan2 lama semasa bersekolah dulu...siapa yang menafikan bahawa zaman persekolahan ada lah zaman remaja dan zaman terindah dalam hidup kita..ye semalam kami berkumpul lagi...mengimbau saat2 manis dahulu...percaya atau tidak selepas melebihi puluhan tahun baru bertemu kembali...

banyak nostalgia di kenang..banyak rahsia di buka...baru tahu si anu suka si dia.. si beliau memendam rasa pada si \anu...tapi iya lah itu cerita lama..yang pasti nya masa berlalu tanpa boleh di ulang kembali...walau menangis airmata darah sekali pun

kami berkumpul di sini.. di Sekincan Hotel & Resort...pasti korang semua tahu atau pernah dengar Sekinchan ikan bakar restoran kan...terdapat beberapa cawangan di serata Malaysia....korang boleh google untk mendapat kan maklumat lanjut...jika berada di sekitar Kuala Selangor membawa ke Sg Besar dan Sabak Bernam, boleh lah korang singgah dan rasai ke seronokan dan kedamaian di sini...selain dari restoran ikan bakar yg menyediakan berbagai juadah lazat, ikan korang boleh pilih atau pancing di kolam bersebelahan, terdapat kemudahan lain seperti bilik mewah yg selesa dgn kadar sewa yg berpatutan...juga dewan untuk seminar dan berkursus...senang cakap korang search sendiri lah ye...sedia maklum aku ni sangat malas nak menaip...huhuhu...

apa sebenar nya aku nak cerita tadi?... lupa dah dik kerana seronok mempromosi kan resort dan restoran ni...aku sebenar nya tumpang bangga dengan pemilik resort ni sebab yang utama mereka orang kampng aku...salah seorang dari mereka rakan sekelas aku...classmate...mujur tak jadi roomate...hahaha
dan apabila mendengar sendiri dari mulut beliau kesukaran mereka adik beradik sewaktu kecil...pengorbanan seorang ibu dan ketaatan seorang anak...bulu roma ku meremang berdiri...sesungguh nya janji Allah itu benar...Sesudah kesulitan ada kemudahan...sesudah kesulitan ada kemudahan...
dan mengharukan,demi menebus kesedihan dan kepayahan seorang IBU mereka adik beradik bersatu hati untuk menghadiah kan kesenangan dan kebahagian untuk ibu tercinta...
salute bro...sunggh aku bangga...

 



antara kawan2 yang hadir...ada yang nampak jauh raut wajah dari usia dan ada yang still maintain...hehehe

dia yang aku maksud kan...


dah lama tak bercakap dan berucap...silap orang lah pengerusi majlis bagi mikrofon kat aku...ha dah aku bercakap sampai terlupa nak berhenti...
bersama sahabat Faridah Yusuh dan berdiri pemilik resort dan restoran yang di usaha kan bersama adik beradik...puan Miskiah Yunus..sungguh aku bangga dengan pencapaian adik beradik ini...jatuh bangun jatuh dan bangun lagi...sekarang berdiri dan terus berlari....
sahabat baik dari zaman main batu seremban hingga sekarang...bertemu selepas aku meng'ghaib'kan diri

seorang aku...bermain ombak menanti camar yang pulang

p/s kau berlalu dengan bersahaja...jangan kembali dalam keadaan tidak berdaya.. 


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, January 25, 2014

kemelut di muara kasih....


berbicara soal hati, berbicara soal jodoh....amat sangat sukar umtuk di mengerti...kekadang aku mendongak kelangit (yang sebenar ke syling bilik ku yang sepi )...apa sebenar nya rahsia Allah ini..yang tak terungkap..yang tak tersingkap...

dulu sewaktu aku kecil...memang aku comel...aku di sayangi dan di senangi oleh ramai orang...aku seronok dan aku mengada ngada...ingin cepat besar supaya ada pakwe macam dalam cerita  P.Ramli yang aku tonton di tv hitam putih di rumah...bila aku tumbuh menjadi gadis...ibarat mawar yang mekar...aku di hurung sang kumbang malang nya duri ku menghalang untk sang kumbang menghampiri..apa tah lagi untuk menghisap madu ku....aku menjadi pertaruhan kepada mereka yang menyaksi kan ...jauh mana kah dapat bertahan~!

seperti juga dalam filem bangsawan, di mana si Sultan mencanangkan sesiapa dapat sekian sekian akan layak berkahwin dengan tuan puteri tanpa peduli sama ada si puteri ada putera idaman....begitu lah aku...nasib ku
di tentu kan oleh takdir ku...never say ahhh..never say no..

ada sang putera yang memuja...yang hanya dapat memendam rasa...memandang dari kejauhan.,mendoa kan kebahagiaan... dan rasa tidak pernah berubah apa tah lagi berkurang...

ketika bahtera ku di hempas badai...bertahun2 bertahan di gulung ombak mengganas...terumbang ambing di tiup angin, akhir nya takdir jua yang membawa ku kepantai...bertatih berdiri...berjalan bersendiri...mengharap ada jari jemari menggapai tangan ini..membimbing dan membawa pergi mencari cinta redha Ilahi..

aku masih mawar indah yang dulu...walau di telan waktu...seri ku masih ada...mawar ini tidak berduri lagi tapi di manakah sang kumbang pemuja ku...di mana kah putera idaman yg bakal menjadi pelindung?...tak ada...ye tak ada ...

begitu lah realiti kehidupan...ketika amat payah hendak di dapat..waktu itu berkeluh kesah...berputus asa..menyalah kan takdir...
dan ketika peluang sudah ada...ibarat putaran alam, sang puteri pula hanya dapat memerhati putera idaman dari kejauhan...nun di sana di mahligai gah di puncak awan..bergemerlapan..di limpahi kebahagiaan...
sang puteri hanya mampu mendongak ke langit...ibarat pungguk rindu kan bulan...pungguk berlagu rindu sedang bulan tidak menyapa apa tah lagi membelai mesra....

aku berfikir fikir rahsia yang masih belum mampu ku singkap...begitu di puja (kata nya )...mengapa hanya datang menyapa kemudian berlalu pergi?...

akhir nya ku temui jawapan...tiada yg benar dan abadi...hanya DIA YANG SATU ALLAH AZZA WAJALLA



seandai nya hajat tak sampai
 nyawa dan badan pasti berkecai
 terkubur harapan di liang cinta
 kasih ini kita semadi kan...

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, January 21, 2014

ku rela kan jiwa...



aku suka lagu ni..
lagu ni seakan sebuah diary yang menceritakan perjalanan hidup ku..dan kehadiran seseorang...
malang nya ia hanya ibarat sebuah mimpi di malam hari...siang menjelma dan bila terjaga...ohh mimpi rupa nya...

p/s maaf lah entry ke laut...jiwa kacau GALAU

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, January 2, 2014

i love u mr penyu....



Ketika kamu merasa sedih, pejamkan matamu dan katakan di dalam hatimu:

"Inilah perjalanan hidupku.. Allah Ta'ala yang letakkan aku di sini.. Semua ini perancangan Allah.. Jadi, aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapan-Nya..dan aku terima Qada' dan Qadar diriku.."

Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmah-Nya.. Terima kasih Allah, kerana mengasihiku....

duhai penyu...
menangis lah kerana tangisan mu itu ada lah pengorbanan...pengorbanan demi menggembirakan orang2 sekeliling mu, orang2 yang kau kasihi..

hati mu menangis kerana orang kecintaan mu tidak dapat kau miliki, tidak dapat kau gapai dan raih kedalam dakapan mu...kau hanya bisa melihat dan memerhati, menebarkan rasa sayang mu dari kejauhan...hanya doa, ye hanya doa penghubung rindu!

duhai yang menduhai kan
kau di dunia lain dan kecintaan mu di dunia lain namun bersyukur lah kerana masih menghirup udara yg sama,,masih berbulan bintang kan yang sama dan seru lah angin untuk menyatu kan rindu mu dan dia..




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...