camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Thursday, December 26, 2013

bukan cinta biasa tapi cinta anak monyet...hehe






pernah dengar cerita pasal cinta monyet tak?...mesti lah kan..kebanyakan dari kita mengalami nya..ia natural dan menjadi kenangan terindah dan lucu pula bila di kenangkan balik...

gambar kat atas tu ada lah gambar aku ketika berumur 8 atau 9 tahun...jujur aku kata aku bukan pengumpul barangan..apa tah lagi nak menyimpan gambar2 lama..sedangkan gambar tahun lepas pun aku takder simpan kecuali dalam handphone atau dalam laptop..so gambar ini di simpan oleh seseorang...setelah puluhan tahun!

aku sangat terharu kerana sekeping gambar ini, ia membuka rahsia hati...rahsia cinta yang di pendam dalam diam..kerana sifat malu dan rendah diri gadis cilik pujaan tidak dapat di gapai tangan...

kisah ini terbongkar bila baru2 ini aku menukar nama akaun facebook aku kepada nama sebenar,tidak sampai 30 minit, berderu2 aku menerima permintaan berkawan dari sahabat lama semasa sekolah rendah dulu..ekoran dari itu kami berpakat untuk berkumpul semula..akhir nya setelah puluhan tahun si dia buat pertama kali nya bertentang mata dengan aku..hahaha itu pun setelah status aku bertingkat2!

kelu memang dia kelu dan tergagap2...namun sinar mata nya tetap memanah dan hampir melumpuhkan tugas jantung ku untuk mengepam darah..hehe

semua kawan2 ku berjaya dlm hidup,syukur alhamdulillah..si dia juga seorang ahli perniagaan yang berjaya..berjaya di peringkat antara bangsa...

masa tak mungkin terulang, sejarah tak mungkin kembali...yang ada hanya masa hadapan yg belum tahu kesudahan nya...terima kasih teman kerana aku pernah menjadi pujaan juga kesayangan mu..

p/s buat sahabat sejati ku Latifah Yusof...butang baju melayu aku mana pahhh...hehe kerana mu segala nya terbongkar!



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, December 24, 2013

Tuhan tlg jaga dia selalu....

PILIHLAH DIA YANG PEDULI PADAMU... Pilihlah seseorang... Yang mampu merasakan kesedihanmu dibalik senyumanmu.. Yang mampu mengerti fikiranmu disaat engkau terdiam.. Yang mampu merasakan kasih sayangmu disaat kemarahanmu.. Kerana dialah yang akan mengerti tentang dirimu.. Terkadang engkau harus berlari jauh.. Agar engkau tahu siapa yang akan datang kepadamu.. Terkadang engkau harus berbicara perlahan.. Agar engkau tahu siapa yang masih mahu mendengarkanmu.. Terkadang engkau harus melibatkan diri kedalam sebuah perbezaan.. Agar engkau tahu siapa yang masih akan membelamu.. Terkadang engkau harus mencuba mengambil keputusan yang kurang tepat.. Agar engkau tahu siapa yang akan menunjukkanmu keputusan yang benar.. Terkadang engkau harus melepaskan orang yang sangat engkau cintai.. Agar engkau tahu apakah dia akan kembali setia di sisimu.. Sesungguhnya... Ketika kita pergi bersembunyi hanyalah untuk ditemukan.. Ketika kita berjalan jauh hanyalah untuk melihat siapa yang masih setia mengikuti.. Ketika kita menangis agar kita tahu siapa yang dengan ikhlas menghapus air mata kita.. Dan dialah sebenarnya yang masih mempedulikan kita.. Yang akan membuat hidupmu berbalut bahagia penuh senyuman.. Pilih dan hargailah dia yang selalu peduli tentang dirimu..



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, December 21, 2013

jujur lah sayang, aku tak mengapa

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
 2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
 3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
 4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
 5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
 6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
 7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
 8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
 9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
 10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
 11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
 12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
 13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
 14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
 15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
 16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
 17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
 18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
 19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
 20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
 21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
 22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
 23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
 24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
 25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
 26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
 27. Senjata wanita adalah airmata!!
 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
 29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
 30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

 ye..hanya itu saja...

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, October 11, 2013

jangan di tanya....




 Mengapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah 

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuhpengharapan HANYA kepadaNYA..

~ALLAH knows BESt!~♥ 


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, September 14, 2013

resah gelisah....menyerap kan diri ke alam haramaen...jika anda jutawan, bawa lah aku pergi ke sana!!


hati teringin masuk ke rumah maya yg sekian lama sepi...cuba intai sesiapa yang tersesat berkunjung ke mari....emmmm ada juga...Mashaallah maaf sangat2 kerana tiada apa di sini...aku me matikan diri semati mati nya.....namun aku masih merindui saat indah sewaktu bermain2 di rumah ini...ramai jiran dan sahabat taulan....di mana kah mereka kini?...mungkin seperti aku juga
ADA TETAPI TIADA!!...






yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, August 3, 2013

anak2 itu pohon2 syurga...



 aku terkasima, terharu dan sangat teruja...alang kah beruntung nya ayah bonda Adi...tp ayah bonda yang bagaimana yg mendidik Adi..lihat ibu nya kreatif dengan simbul2 untuk hafalan Adi...aku terfikir ada kah anak2 Malaysia yg secerdik anak2 di luar sana terutama dari Indonesia dan Thailand...anak2 dari tanah tumpah darah ku lebih cenderung di didik untuk menjadi artis dan pelakun popular..

tetapi aku SILAP!!!...masih ada, ye masih ada...lihat comel nya,keletah nya dan sesekali melawan tokey...subhanallah semua nya tidak mustahil jika di didik dari usia se awal dalam rahim lagi...ayah ibu ada lah guru pertama utk anak2 belajar...pincang ayah ibu maka pincang lah anak2...

s

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, July 26, 2013

terawih


terawih...setahun sekali saja kita menempuh nya...nak ulas banyak aku bukan nya arif..nak post gambar takut di kata riak macam Nora danish post atau kena macam Iqram Dzinly..betul ka eja nama dia ni?...ntah la aku tak faham orang kita ni khusus nya pengomen di muka buku...

seperti orang lain aku pun sudah semesti nya teruja sama untuk berterawih ni..pertama kerana dia kita laku kan hanya setahun sekali , kedua aura dan semangat nya memang lain macam lah... aku bersyukur sangat kerana Allah  beri aku rasa yang sangat teruja bila bab2 nak pergi mesjid ni..ntah lah macam ada seseorang yang sangat "istimewa' yang aku nak jumpa..tak menyempat2!

so terawih yang pertama aku bersolat di mesjid besar Putra Nilai...aku memang suka pergi mesjid ni sebab dia besar dan sentiasa penoh dengan jemaah..jadi mood untuk beribadah lebih up lagi..hehe boleh?...

tapi keseronokan beribadah ku di ganggu gugat dengan sikap segelintir manusia yang sememang nya sudah sebati sifat riak dan bangga diri dalam diri dia..aku memang kenal dia semasa sama2 kerja di KLIA dulu..aku tau lah apa pangkat dia tapi sekarang kita ni kan sedang merendah diri di depan yang Maha Beerkuasa..lagi pun pangkat darjat nak bawa kemana?...aku tak mahu lah cakap apa yang terjadi nanti aku dah jatuh mengumpat pula di sini so di pendik kan cerita aku pun beralih tempat beribadah lah..

kali ini aku pergi ke surau kecil di kawasan perumahan aku...surau ni terletak di tengah2 dua kawasan perumahan yang berbeza taraf dan kasta nya hehehe senang cakap camni la, satu perumahann yang aku tinggal desa casuarina dan satu lagi desa kasturi heigh berdepan dengan Nilai Spring clup golf resort..ha ngko...mula2 aku rasa culas juga mungkin kah pisang akan berbuah dua kali? sebab sewaktu aku teliti notis board nya yang tertulis berbagai2 aktiviti yang di jalan kan juga tercatat sama senarai nama pengerusi surau dan ahli jawatan kuasa...mak aiii ramai nya dato dan datin2!...

tetapi rata2 jemaah aku lihat beruniform solat yang sama, putih dan yang terlebih hanya bersulam lebat ( cuma aku jer yang berwarna hitam bling2..fefiling kat Mekah la tu kan ) masing2 ramah menghulur salam dan berbalas senyum..selebih nya khusyuk berzikir mengaji dan membanyak kan solat sunat...
Alhamdulillahh

oleh kerana dekat jer surau ni, aku pergi naik motor capcai..malas aku nak keluar masuk kan kereta...yang lawak nya aku naik motor dengan telekung...hehehe
bayang kan dari jauh telekung aku mengerbang2...pasti si aney security tu ingat aku hantu terbang yang muncul di kepekatan malam....haha gasak kau la...kau suka tidur kan sewaktu bertugas!

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Monday, July 22, 2013

fynn jamal

kalau kita sendiri mak atau bapak yang pernah terlupa waktu anak makan,
tak perasan dan tiba2 anak dah tercurap kat lantai,
tersuap anak bubur tak sempat sejuk--
seumpamanya;

tak usahlah kita pertikai layak tidak seorang ibu itu pada anaknya.

boleh rasa marah.
tak ada orang kata tak boleh marah.
anak kecil meninggal dunia kerana cuai.
bukan kali pertama kita dengar.

tapi--
cuai--
BUKAN abai.

lain.

cuai adalah tanpa niat.
abai adalah pilihan yang dibuat.

tak perasan anak terponggeng:
cuai.
tinggalkan anak waktu kita nak pergi tengok wayang dengan kawan2:
abai.

nampak, tak?

aku rasa--
kadang2 pedih sangat nista yang dilemparkan.
sampai aku yang membaca pun rasa seratus ribu istighfar pun tak mampu menjustifikasi cercaan tadi.

benda dah nak jadi.
bukan pun kerana sengaja.
kalau pun nak kata "anak. TAKKANLAH boleh lupa2".

entahlah.
benda tuhan kata "yakuun".
"kun" lah dia.

kita pun,
berapa ribu kali cicir kunci, telefon, duit.
duit tu--
kadang2 cicir kat ATM pulak tu.
stok dah picit--
lepas tu blah camtu je.

beza kita dengan mak2 cuai tadi--
material yang terlalaikan.
mak2 cuai tertinggal anaknya dalam jamban. lemas.
kita2 yang cuai tertinggal dokumen kat rumah masa kat kaunter. melepas.

itu sahaja.

kita kan masyarakat pemaaf.
kenapa terlalu kejam dalam mengata?
kenapa memilih dalam orang yang layak mendapat pengampunan dari kita?

pelakon bergambo bugin, kantoi beratus kali pun kita masih boleh jemput ke majlis2 kita--
kenapa tidak mak2 dan bapak2 cuai yang jelas tak sengaja?

aku tak suruh kita baguskan kelalaian mereka.
aku cuma cakap--
mereka semua ada keluarga.
mereka semua tau membaca.

kita menyampah makcik pakcik sedara kita yang jenis memandai cakap perihal keluarga kita.
habis--
kita ni..?

kalau benda yang kita nak tulis tu lebih mendatangkan buruk--
baik kita diamkan saja.
kalau betul hendak tulis--
perlahan2.
halus2.
jangan sampai kita termakan kata kita.

tuhan itu adil.
dia tengok kita suka cakap orang--
nanti dia bagi kita situasi yang sama.
paling2--
situasi yang seumpama.

demi nak perhati kita a person of our word--
atau person yang tau gebang sahaja.


itu kata Fynn Jamal rentetan dr peristiwa gempar ada mak budak TERLUPA anak tertidur dlm kereta, 
aku malas nak ulang dn ulas sbb aku TAK SANGGUP... Cuma aku nk ckp apa yg Fynn tulis ja

siapa Fynn ni?...tak kenal?..ceh hangpa tak kenal dia...RUGIII...cer google...tu dia...tulisan dia..buah bicara dia sebijik sebijik kena batang hidung...bernas pedas, jujur tanpa selindung!!!


Memamng...memang...jgn mengata orang..nanti Allah bagi kita rasa..hendak sangat kan..




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

AllahhuAkbar

aku di asak dari segenap penjuru
 hanya Allah di atas memberi aku nafas
 wanita cantik khabar nya
 menjadi permainan dunia tanpa belas!
 Allah hu..Allah
 ~ azah Nilai n9


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, June 13, 2013

itu la...dont judge a book by its cover!...hahaha



 jujur aku mula2 tgk che Ta kat master chef menyampah giler...dgm make up nya...bulu mata usah cerita la...pakai skirt pendek tu mmg stail dia la...iskhhh

tapi lama2...karektor dia makin terserlah...dia pandai bawa diri...duk diam2 buat kerja dia ja...tak busy body...tak celupar macam yg lain2 tu...dan yg ketara walau pun dia cantik dan seksi tapi dia ringan tulang...waktu cabaran luar..nampak dia  selalu meng offer diri untuk berlari2 mengambil barang di tempat bertangga dan jauh yg tak mampu di kejar oleh mereka yg berbadan gempal...

dan baru ni waktu Michael Ang tersinggkir...che Ta buat kejutan..tak sedar airmata aku ikut meleleh...comel nya dia...tulus nya dia dlm persahabatan...terserlah keharmonian satu Malaysia...orang politik ja yg giler kuasa bergaduh bercemuh tak tentu pasal...benci aku..

itu la..dont judge a book by its cover...ermmmm
( tapi apa pun ku doa kan wanita secantik che Ta...akan mendapat hidayah suatu hari nanti..berhijrah kepada yg lebih baik dan di redhai Allah...aminnn )

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Thursday, May 23, 2013

mahu berjumpa saya di puncak jaya?....

Salam sejahtera,

Peluang dibuka utk BUMIPUTERA yang ingin memiliki francaise FARMASI COSWAY tanpa perlu mengeluarkan puluhan atau ratusan ribu ringgit dari poket anda!!!

Bagaimana utk menyertai bisnes ini? mudah saja! anda hanya perlu ikut langkah mudah dengan bantuan group kami untuk mencari individu yang berminat mengusahakan kedai farmasi serbaneka!

Konsep kedai seperti guardian / watson tetapi lebih menarik kerana ianya diisi dengan produk..

-barangan COSWAY ( terbukti mempunyai ramai pengguna) ,
-barangan jenama lain sama seperti farmasi lain
- lain2 barangan organik
- kaunter farmasi - seorang Pharmachist akan ditempatkan dikedai tersebut

COSWAY akan menanggung kos berikut,

-Kos renovation kedai sehingga 200K
-Deposit dan bayaran bulanan kedai
-Percuma bil bulanan spt bil air , elektrik , telefon dan internet
-Percuma peralatan kedai dan kedai maintenance

Anda juga boleh memilih lokasi kedai yang anda rasa sesuai untuk anda tetapi pihak COSWAY akan mengkaji lokasi tersebut samaada berpotensi atau tidak.

Ayuh jangan lepaskan peluang ini kouta sedang dibuka untuk BUMIPUTERA..

MUNGKIN ANDA TIDAK PERCAYA SEMUA INI TETAPI!! Jika anda berminat anda boleh hubungi saya untuk temujanji sesi penerangan.

Azah 0189179676-call/sms/whatapps


PELUANG KEEMASAN UNTUK MERUBAH KEHIDUPAN ANDA DAN KELUARGA.
SETIAP USAHA PASTI ADA KEJAYAAN INSYAALLAH.....

1st celebrity Serina chef wan baru je buka Farmasi Coswaynya di Kota Damansara.


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Wednesday, May 1, 2013

hello sayang apa khabar dengan mu?


  • April 2
  • Asmi Asmidar
    assalamualaikum aunty 
  • Azah Rohaizah
    wsalam syg,apa khabar?
  • Asmi Asmidar
    alhamdulillah baik . aunty apa khabar ?
    aunty dah lama tak update blog ?
    aunty buat apa sekarang ?
  • Azah Rohaizah
    antie sihat alhamdulilah,semenjak dua menjak byk perkara berlaku.,jadi aunti berdiam diri dulu
    oh ya Arief dah takder,dia pergi pada 13/3 pukul 11.30 pagi..inshaallah dlm keadaan HUSNUL KHATIMAH..alfatihah buat arwah
  • Asmi Asmidar
    itu la dah lama mida tak baca entri aunty . rindu pula nak baca cerita aunty .
    Innalillahiwainalillahirajiun Al-Fatihah . Moga Allah tempatkan arwah bersama hambaNya yg soleh .
    Aunty buat apa sekarang ?

    Assalamualaikummmmmmmm
    ada orang di rumah tak?...ya Allah lama sangat aku tidak masuk ke rumah ku ini..ada lah sekali dua ku jenguk untuk menyapu sawang dan habuk..rindu memang lah rindu tetapi entah kenapa aku tidak betah untuk berlama lama di sini...
    banyak sangat kenangan pahit dan manis...banyak sangat airmata yang tumpah..
    kawan2 blogger apa khabar agak nya?...cikgu@kapten Rashid di kerdipanbintang.blogspot dan SAk di syahrilkadir.wordpress?...kedua dua nya ada lah sumber inspirasi dan otai yang ku sanjungi..

    hari ni aku belum berniat untuk menulis apa apa entry pun, cuma hendak memenuhi permintaan seorang gadis comel dan bijak, sangat bermotivasi dan berfikiran sangat berat melebihi orang dewasa untuk aku menyambung tulisan di rumah usang ku ini..buat Mida insha allah aunty akan sambung menulis ye...terima kasih kerana masih mengingati tulisan aunty yg mengarut dan meraban ni..
    dan agak mengejut kan bila aku seach kat start rupa nya blog merepek aku ni masih di kunjungi saban hari...elleh toksah duk perasan lerrr..dema tu tersesat jer tuh...hehehhe

    apa pun inshaallah aku akan mencatat lagi
    hingga jumpa lagi di masa yang terdekat ini..bye i luv you...muahhhh


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, January 25, 2013

peribadi Rasulullah



Setiap kali Rasulullah pergi ke Masjid Nabawi..baginda akan terlihat lelaki berkulit hitam yang tidak tampan sedang membersihkan masjid.. Ramai orang tidak sedar akan kehadiran dan jasa lelaki itu.. Tetapi..Baginda selalu perhatikan lelaki itu.. Suatu hari.. Baginda datang ke masjid Nabawi.. Dan tidak ternampak kelibat lelaki itu.. Kemudian baginda bertanya pada sahabatnya tentang lelaki itu.. Mereka memberitahu yang lelaki itu sudah meninggal beberapa hari lalu.. Muka Rasulullah berubah.. Dan bertanya mengapa mereka tidak memberitahunya.. Mereka terdiam dan menyangka baginda tidak nampak akan jasa lelaki itu..

Rasulullah berkata "Mungkin kerana kulitnya yang hitam, mukanya yang hodoh dan kerjanya hanya membersihkan kawasan masjid menyebabkan kamu semua tidak menghiraukannya?" sahabat baginda terdiam.. Dan baginda meminta mereka menunjukkan padanya kubur lelaki itu.. Kemudian Rasulullah berdoa dihadapan kubur lelaki itu.."Ya Allah, Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat dan keampunan terhadap semua ahli kubur termasuk roh lelaki yang selama ini membersihkan Masjid Nabawi." Kemudian.. Rasulullah beredar dari tanah perkuburan dan berkata pada sahabatnya "Selama ini penghuni kubur disini berada dalam kegelapan. Alhamdulillah sekarang Allah telah memperkenan permohonanku. Allah telah menerangkan semua kubur ini termasuklah kubur lelaki berkulit hitam ini."


Pada malam hari kubur disitu didapati bercahaya kerana mendapat rahmat.. Dan memberi peringatan pada mereka semua..bahawa..

"Kamu harus ingat, Sesungguhnya Allah menilai sumbangan seseorang bukan berpandukan besar atau kecil,banyak atau sedikit tetapi berpandukan keikhlasan hati mereka yang melakukannya" Rasulullah s.a.w mengingatkan para sahabatnya

p/s peringatan untuk diri ku kamu dan kita semua...buang EGO!!


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, January 22, 2013

duhai wanita, ini lah kelebihan mu...


Wanita Islam, Perhatikanlah ini....
  • Wanita itu Cantik
  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
  • Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis karena takut kepada Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka atas tubuhnya.
  • Barang siapa yang membawa hadiah (barang atau makanan dari pasar kerumah) lalu diberikan kepada keluarganya. Maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam surga.
  • Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan. Lalu dia bersikap baik dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab. Maka baginya adalah surga.
  • Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."
  • Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  • Apabila memanggilmu dua orang ibu bapakmu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  • Wanita yang taat pada suaminya. Semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari, bulan dan semuanya beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya (serta menjaga sholat dan puasanya).
  • Aisyah r.a. berkata : "aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda Rasul "suaminya". Lalu aku bertanya kembali “Siapa pula yang berhak terhadap anak lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya".
  • Perempuan apabila solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki
  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun)
  • Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
  • Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
  • Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan bayinya yang lahir
  • Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan
  • Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
  • Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia
  • Masihkah kita melawan ibu? Jika ia, maka minta maaflah! Jika ibumu sudah wafat, maka doakanlah! Mohonkan ampun baginya kepada Allah. Semoga kita tergolong orang-orang yang baik terhadap orangtua kita terutama ibu.


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, January 19, 2013

seandai nya kau tahu


‎.¸☆ANDAINYA LELAKI TAHU.. ☆¸.•

✺❤✺Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
✺❤✺ada naluri untuk di sayangi,
✺❤✺ada rasa untuk di beri perhatian,
✺❤✺ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
✺❤✺ada waktu2 minta di temani kesedihannya,

* ❤* Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
* ❤* Marah seorang perempuan perlu di dekati,
* ❤* Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
* ❤* Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

✺❤✺Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
✺❤✺Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
✺❤✺Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
✺❤✺Bukan paras rupa semata2


copy & paste lagiiiii....


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Friday, January 18, 2013

hanya pada Mu


ada beberapa kejadian sejak akhir2 ini....benar2 menguji tahap kesabaran...terkadang aku tertanya, banyak benar kah dosa aku sehingga aku di uji sedemian rupa?...masih belum terhapus kah ya Allah?...

tetapi cepat2 aku beristiafar...aku bertasbih dan bertahmid..itu saja lagi yang mampu ku laku kan

ermmm rupa2 nya Dia hanya rindu ingin mendengar rintihan ku,,supaya aku lagi dekat lagi dekat dan dekat dengan Nya...

Allah hu akbar..

p/s eh eh rama rama biru saya dah terbang?

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Sunday, January 13, 2013

perbezaan...

petang semalam masa cabut2 rumput di laman, keluar lah jiran sebelah laki bini...ermmm aku ni yang benar malas nak terserempak ngan orang...bukan sombong tapi malas nak bersembang, almaklum aku ni ada penyakit lupa diri kalau dah bersembang..heheh

tapi dah nama terserempak kan, maka layan kan jelah..ha kan betul dari satu topik ke satu topik tajuk persembangan mengalah kan wakil rakyat yang kat kedai kopi tu... iskhhh

mula2 just pasal kucing...wow ini memang lah topik feberat kan, sampai esok pun boleh...and then melarat ler ke topik  perhimpunan HKR semalam..ayoyooo aku ni kalau pasal politik zero la weh...tak minat bebenor...nak nak politik celaru sekarang ni...

bila baca kat FB macam2 komen, yang penyokong kata macam ni, yang pembangkang kata macam ni..dia kata dia salah, dia ni kata dia tu salah...

pada aku kesimpulan nya senang jer, contoh ye
1. kalau kita nak tahu seseorang tu baik ke jahat...kita tanya sahabat baik dia jawab nya baik lah dia
cer kita tanya musuh dia..mesti muncung mulut kata, huh jahat macam lahabau

2. kalau kita nak tau pekerjaan tu senang ke susah, kita tanya kepada yang minat, mesti jawab nya bisa di atur, cer tanya pada pada yang tak minat apa jawab nya..kerja ntah hapa2..boring gilerr..

semua nya bergantung kepada rasa dan kepercayaan..nak datang kan rasa dan kepercayaan kena lah ada contoh atau dorongan ke arah itu...

tapi rambut jer sama hitam, hati lain2..rasa lain2 dan kepercayaan lain2...
ada orang suka durian, ada orang suka cempedak..yang suka cempedak kata durian yerkkk, dia sanggup makan racun tikus dari makan durian, yang suka durian lak kata, bodoh piau tak suka durian, nikmat dunia tu..makan cempedak perut berangin asyik nak buang angin jer..tu la pasal sapa yang suka makan cempedak ni kepala hangin..huahuahua...
see perspektif yang berbeza...

macam jugak orang berduit dengan orang yang kurang duit..yang berduit sekali duduk makan kat luar segedabak duit masa nak bayar, apa ada hal nak makan..tapi yang tak berduit buat kira2, arini makan nasi panas2 dan goreng tolor ngan kicap pun sodap..sama jugak janji perut konyang!

sama jugak dengan kerja..masa aku kerja dulu dan jaga ramai staff..mak aii yang tu komplain yang ni kerja senang, yang ni komplain yang tu kerja senang...sib baik boss aku dulu mafia mengalahkan Hitler, dia train aku dan campak kan aku sesuka hati dia jer kat mana2 department yang dia nak untuk di settle kan...so aku dah rasa ke azaban dan kenikmatan bekerja walau kat department mana pun, semua ada kelebihan dan kekurangan.. banyak cakap kalo aku sekolah kan!...yang penting kita ada rasa tanggungjawab untuk setiap sen yang kita dapat dan bersyukur dengan apa yang kita ada.. dan sentiasa lah pandai membawa diri...

wahh panjang mukadimah..ada kena mengena kah dengan soalan perhimpunan semalam?
macam ni lah..mari lah kita betul kan keluarga kita dulu...anak2 kita ada lah pemimpin masa depan..tak guna terpekik terlolong sekarang sebab anak2 kita tengok, mereka belajar dari kita ibu bapa ni...kenapa nak semaikan perasaan benci, marah tak puas hati kat depa?..kalau pun yang di tuntut sekarang tercapai tapi dapat kah kita bersih kan apa yang anak2 kita pelajari sekarang? esok lusa mereka besar dan menjadi pemimpim pulak, mereka dah jemu dengan yang ada sekarang dan mereka tak kan puas hati..maka era dan episod akan berulang lagi..ini kah yang kita mahu?

biar lah pemimpin konon nya rasuah, biar lah pemimpin konon nya benar kan judi dan minuman keras, biar lah pemimpin konon nya tidak menegak kan ugama dan hukum Islam..biar...
jika semua dari kita2 ni...kata lah 20 juta ( wow statement ) rakyat Islam pemimpin keluarga masing 2 berlandas kan Islam, taat kepada hukum hakam..menjaga solat lebih dari segala nya..berjemaah di surau atau di rumah...tidak membuang masa dengan kegiatan yang tak berfaedah.. ( sebab rata2 tempat yang di bngkang tu di huni oleh melayu dan tentu nya berugama Islam dan rasuah pun ehem ehem kann ) rasa2 nya 10 tahun akan datang tanpa ada HKR ni pun dengan sendiri nya Malaysia tanah air ku yang tercinta ini secara automatik menjadi negara Islam tersohor gemilang dan teerbilang di mata dunia!!

cakap banyak pun tak guna..nanti banyak pula menampak kan kebodohan aku yang tak berapa nak pandai ni..salah silap ampun maaf ye

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, January 12, 2013

alasan mengapa Rasulullah sangat sayang kan kucing..( dan aku juga )




Didalam perkembangan peradaban Islam, kucing hadir sebagai teman sejati dalam setiap nafas dan gerak geliat perkembangan Islam.

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu hewan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduriMueeza dari jubahnya. 
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.

 
Dalam aktivitas lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar adzan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyanyangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti hewan lucu ini sangatlah serius, dalam sebuah hadist shahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.

Dari Ibnu Umar ra bahwa rasulullah saw bersabda,

”Seorang wanita dimasukkan kedalam neraka karena seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak diperkenankan makan binatang-binatang kecil yang ada dilantai.” (HR. Bukhari)

Nabi menekankan di beberapa hadis bahwa kucing itu tidak najis. Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing karena dianggap suci.

Kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Keistimewaan dari Kucing

Fakta Ilmiah 1 : 

 
Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteri.  Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setetes pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar bisa membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Fakta Ilmiah 2 :

Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai perbedaan usia, perbedaan posisi kulit, punggung, bagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.

Pada bagian-bagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bagian-bagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapatkan adalah:
  1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
  2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
  3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
  4. Sekalinya ada kuman yang ditemukan saat proses penelitian, kuman itu masuk kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
  5. Tidak ditemukan kelompok kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercaya dan hasil penelitian laboratorium menyimpulkan bahwa kucing tidak memiliki kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.

Komentar Para Dokter Peneliti
  • Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya kuman pada lidah kucing. 
  • Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.
  • Dr. Gen Gustafsirl menemukan bahwa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing,
  • Manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia.
  • Dokter hewan di rumah sakit hewan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahwa kucing memiliki perangkat pembersih yang bemama lysozyme.
  • Kucing tidak suka air karena air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteri, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll)
  • Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air.
  • Tujuannya agar bakteri tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Fakta Ilmiah 3 :

Dan hasil penelitian kedokteran dan percobaan yang telah di lakukan di laboratorium hewan, ditemukan bahwa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.

Fakta Ilmiah Tambahan :

Zaman dahulu kucing dipakai untuk terapi. Dengkuran kucing yang 50Hz baik buat kesehatan selain itu mengelus kucing juga bisa menurunkan tingkat stress.

Sisa makanan kucing hukumnya suci.

Hadist Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahwa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.

Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu heran?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW prnh bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (H.R At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata,
“Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

 
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahwa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur.  Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang shalat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa ada bubur.

Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

Rasulullah Saw bersabda,
“Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing.” (H.R AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Hadis ini diriwayatkan Malik, Ahmad, dan imam hadits yang lain. Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya adalah suci, Liurnya bersih dan membersihkan, serta hidupnya lebih bersih daripada manusia. Mungkin ini pula-lah mengapa Rasulullah SAW sangat sayang kepada Muezza, Kucing kesayangannya.

p/s yes aku copy & paste....

Read more: http://www.borakkosong.com/2012/09/alasan-rasulullah-sangat-sayang.html#ixzz2Hm40z3bg


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...