camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Monday, August 27, 2012

Arif dah tak nampak, dah tak dengar...

Assalamualaikum...seronok beraya?
raya aku biasa2 saja...semalam aku di kejut kan dengan panggilan talipun oleh mak Arif. Masih ingat Arif?..ada beberapa entry aku tulis pasal Arif..

Arif ni anak sepupu aku,kira nya pangkat anak buah la pada aku..dia ni sakit ketumbuhan dalam otak, dah beberapa kali menjalani pembedahan, namun ketumbuhan 'membiak' semula...

Kini Arif telah kehilangan penglihatan, pendengaran dan lumpuh anggota badan sebelah kanan...dan yang sangat mengharukan, semalam dia berkeras mahu berjumpa aku, walau pun emak nya telah memberi berbagai alasan, namun Arif kata ini permintaan terakhir nya..


ketika kereta abah Arif memasuki gate, aku terus meluru pada Arif yang duduk di seat depan...dia tak tau pun dah sampai sebab dia tak nampak..emak Arif pun cakap dengan kuat sebab Arif boleh mendengar sikit2 melalui bantuan alat pendengaran.

"Arip, ni mak ijah yang Arip nak sangat jumpa tu..dah sampai dah ni rumah mak ijah..
Arif menggawai2kan tangan nya mencari aku, dengan pantas tangan Arif aku genggam, rasa nya waktu itu bagai luruh tangkai hati ini, namun aku tahan dan sembunyikan airmata.

"Mak ijah, Arip dah tak nampak, Arip dah tak dengar..ni,, tangan ni dah tak boleh gerak dah... bagai tak sabar2 Arip mengadu semua nya...suara aku tersekat di kerongkong...hiba sangat hiba...mak Arip bagai mengerti, segera dia berkata,

"Arip, masuk rumah dulu, jum bangun perlahan,kepala nya tunduk...perlahan dengan kiraan tiga kaki nya langkah...( aduyaiii terharu sungguh aku dengan ketabahan ibu Arif...mereka bagai telah pasrah..mereka menjaga Arif dengan bersistematik, berjadual agar memudah kan Arif mengikut arahan..)

Arif bagai tidak mahu berenggang dengan aku...di tarik nya tangan aku dan di tunjukkan ke setiap benjolan tumor yang mengganas...ada yang dah sebesar telor burung Kasawari, ada yang sebesar telor puyuh...

"sakit tak Arip?..soalan bodoh aku

"setiap jam setiap minit dan setiap saat Arip dalam kesakitan mak ijah..dunia Arip sekarang dah gelap dan sunyi...Arip rasa macam dah tak tahan nak hidup, tapi bia Arip ingat balik kata ustaz yang sakit ni penghapus dosa Arip senyum dan Arip redha..

masyaallah...sangat cekal anak muda berusia 22 tahun ini...dalam pada keadaan yang sukar, macam2 yang Arip adukan, macam2 yang Arip cerita kan dan macam2 pengharapan Arip untuk masa depan!


mak Arip sedang mengwuduk kan Arif

sambil aku melayan adik beradik nya yang lain makan, aku sempat juga bersembang dengan emak Arip...ternyata wanita ini sudah pasrah dan redha... seperti tidak apa2 bila dia kata, Arip dah berwasiat, nanti kuburkan Arip sebelah atuk dan nenek, makna nya bukan di khariah yang sama dengan kediaman mereka...mak Arif kata perlu ker nak di tunaikan, ingat kan nak kubur dekat dengan rumah senang nak ziarah kata nya..

 aku kata kena lah, itu kan wasiat...mak Arif kata Arif berpuasa 26 hari, setiap malam ikut sembahyang terawih di mesjid..sentiasa menjaga solat nya, sentiasa bertanya sudah masuk waktu solat ker?..Arip ni dah tak nampak jam, dah tak dengar azan...jangan la lambat wuduk kan Arip..

pernah minggu lepas, hari Jumaat keadaan Arip sangat lemah kata emak nya..jadi abah Arip dah terlambat dan dan tinggalkan Arip tak bawa sembahyang Jumaat...apa lagi mengamuk la beliau...dia kata dia hanya cacat fizikal..tapi akal dan otak nya masih berfungsi..kenapa tak bawa di kemesjid...abah kena usaha kan juga...sampai menangis mak dia kena leter...

astaqfirullahhal azim...syukur nikmat Allah...sedangkan yang sihat walafiat mencari berbagai alasan untuk mengelak dari ke rumah Allah, yang uzur dan tidak berkemampuan ini bermati2an menjaga dan mempertahankan nya!!!

petang itu kepulangan Arif di iringi hujan..dia bagai tidak mahu pulang...banyak sangat yang dia nak kongsikan dengan aku...tapi dia terpaksa akur..hidup harus diteruskan selagi jantung berdenyut...dan kemampuan aku sangat terbatas untuk menolong Arif..yang mampu aku berikan hanya kata2 semangat dan perangsang..

ketika Arif melangkah pergi...hati aku bagai di renggut sama..airmata yang ku tahan sekian lama luruh jua..lebat lebih lebat dari hujan yang mencurah!!

Ya Allah kepada Mu Arif kami serah kan...



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

2 dah luah kan rasa:

Asmi Asmidar said...

Assalamualaikum wrt aunty . Semoga aunty sentiasa sihat dalam lindunganNya ..
Ya Allah , berat mata memandang pasti berat lagi bahu memikul kan aunty .
Bila kita rasa dugaan yg Allah SWT beri pada kita terlalu berat , tetapi bila kita dilihatkan dugaan orang lain yg jauh lebih berat membuat kan kita lebih bersyukur .
Subhanallah Alhamdulillah Masyaallah Allahuakbar .
Hanya doa mampu Mida kirimkan , moga Allah sentiasa memberkati dan merahmati abang Arip dan keluarganya . buat aunty juga . Sesungguhnya Allah bersama orang yg sabar . Bersabar dan bertabahlah aunty .
Salam sayang yg merindui , Mida .

Asmi Asmidar Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » Arif dah tak nampak, dah tak dengar...

azahrohaizah said...

Wsalam Mida
hanya Allah yg mengetahui segala yg tersurat dn yg tersirat di sebalik setiap ujian..kita yg lemah lagi kerdil ini kadang gagal mentafsir.

Terima kasih Mida atas doa dn perihatin..

Miss u too.dear

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...