camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Friday, December 2, 2011

Ombak Rindu...

ning baizura tidak terlibat dalam filem OB tapi IZZAH sebelah tu terlibat secara tak langsung...hehe


Dah sebulan PA boss aku (mantan boss ) merengek2 mengajak aku nengok OMBAK RINDU,aku hanya kata tengok lah nanti. Dia sentiasa ingat kan aku 1hb dicember ni jangan ada hal yang di sengajakn..atau yang tidak di sengaja kan. Hek elleh dia ni..apa nar seronok nya wayang OMBAK RINDU tu..itu kan cuma wayang yang boleh di olah sesuka hati dan pasti nya penamat cerita mesti 'happy ending'..tapi ironi nya dalam realiti kehidupan sebenar? Bisa kah ada penamat bahagia seperti yang kita ingin kan?

( aku agak risau nak pergi semalam kerana semenjak dua menjak ni aku kerap di serang demam yang gigil yakni badan panas tapi rasa sejuk yang melampau..pagi semalam tak semena mena waktu mandi pagi aku kesejukan ya amat,kedua dua tapak tangan ku biru lebam di sertai rasa sakit yang menyucuk2, sambil berselimut tebal aku panik,macamana ni, Rose akan datang pick up aku jam 2 petang ni, tiket wayang dia dah bayar online..tak sampai hati nak hampa kan dia. Aku pun berdiang kat tepj dapur gas sambil melayur tangan heheheh lucu juga kalau korang nampak keadaan aku waktu tu. Kemudian aku pakai blaus tebal, seluar jeans dan sarung stokin, mak aiii buruk nya macam orang dalam pantang..cani rupa nak masuk Alamanda? Huh )

Aku rasa sinopsis nya tak payah lah aku sebut, rasa nya semua orang dah tahu dan novel dia pun semua orang dah baca cuma waktu menonton aku tertanya tanya betul kah ada rumah sedaif itu? Jawapan nya ADA
Betul kah ada pak sedara yang sekejam itu sanggup nak ratah darah daging sendiri kemudian kerana hutang judi sanggup pula menjual manusia? Jawapan nya ADA dan aku tertanya tanya lagi adakah seorang lelaki yang kaya raya dan hebat di mata umum sudi untuk 'membeli' seorang wanita yang bergelar pelacur dan di bawa balik untuk 'pelihara'? Jawapan ni aku tak berapa yakin nak jawab..hehehe
lagi aku tertanya tanya ada kah wanita yang begitu begitu tabah bila dapat tahu yang suami nya akan kawin lagi! Jawapan nya ADA, kenapa tak percaya? Huhu tu bini bini Salleh Yaakob tu..tapi yang paling menghanyut kan perasaan aku bila IZZAH kata dia redha bermadu. Dan MILA dengan nada geram menjawab, REDHA konon, itu bukan redha tapi pasrah! REDHA ialah ikhlas PASRAH ialah menyerah!!

Ermmm ialah rasa nya ramai dari kita ni PASRAH ajer..payah jauh di sudut hati untuk REDHA!!

Rindu ku umpama ombak,
Kasih mu bagai pantai yang setia menanti



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

2 dah luah kan rasa:

rini said...

:x

rini Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » Ombak Rindu...

azahrohaizah said...

Love you kakak sampai nanges guling2=))

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...