camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Monday, December 20, 2010

etika ke majlis orang or 'makan' free

semalam dan kemarin adalah hari yang sangat memenat kan..bukan aku tak biasa buat kerja ni, alah dalam bahase belagak nya pejam mata pun leh setel lah..haha

tapi yang buat penat ialah majlis ini 'failled'...kesian tuan rumah dan yang lagi buruk ialah menjejas prestasi kami lah..huhu ( tak kan nak cerita kat semua tetamu kut yang tuan rumah amat berkira, order ciput walaupun dia orang popular...telan ajelah semua kepahitan - jiwang lagi! )


ada beberapa perkara yang wajib diambil kira oleh tuan rumah jika nak buat majlis dan ber urusan dengan caterer:-

1. budget yakni fulus lah bak kata pepatah ukur baju badan sendiri

2. jangan berkira - alang2 nak menjamu orang biar lah ikhlas dan buat sebaik mungkin

3.ganda kan anggaran -iaitu jangan main agak2 yang orang ni datang dan orang ni tak kan datang jika di jemput ( harus di ingat kita jemput "Ali' sorang,ali akan datang satu family,jika dia ada 5 anak insyaallh dah jadi 7 orang! )

4. dulu kan lah tetamu, ahli keluarga jangan cekik dulu..( statement sensitif or order khas buat family

5. harus di ingat, catering ada lah perniagaan, bukan kebajikan yakni bukan sumbangan sukarela dari ahli kariah.. ( hoho dalam makna nya nih..)


yang WAJIB tetamu lakukan pula jika menerima undangan:-

1.ikhlas lah bertandang sebagai memenuhi jemputan dan mengerat kan tali siratulrahim

2.datang lag ala kadar, jangan bawak satu rombongan cik kiah pulak

3.makan lah ala kadar, ( makan dulu di rumah, belum tahu apa yang akan kita hadap..jangan fikir makan free saja..tujuan utama apa? )

4.jangan membazir dan ingat lah orang kemudian ( dah jadi lumrah agak nya bila buffet dan nak2 nya makan free..amek makanan tak hengat dunia, macam kebulur tak makan seploh hari! ) dah tu makan tak habis..buang saja, kan membazir nama nya!

5. bila dah menyantap tu, silakan lah bangun dan jumpa lah tuan rumah..bagi lah meja kita tu pada tetamu lain pulak

6. elak kan lah mengumpat, jika nak jugak, tarik lah regu kita tu kesatu sudut yang tak mengganggu orang lain.

7.makan sekali jelah, jangan lah makan'standby' untuk malam pulak -tuan rumah order makan untuk satu kepala yakni untuk sekali makan je tau!!

8.jangan lah sebagai tetamu kita yang buzybody pulak, mengarah itu mengarah ini..duk diam2 sudeh!! ( kalau gian sangat, buat majlis sendiri baru ko tau langit tu tinggi rendah! )

9.balik lah dengan kenangan manis..

10. jumpa tuan rumah weh!!..hulur lah apa yang patut..( tak rheti2? ) jangan lah dah menyantap blah...pastu mengumpat pulak tu??

sekian wassalam

p.s maaf lah takda gambar..tak sempat nak snap..buzy giler mak semalam nok..



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...