camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Wednesday, November 10, 2010

Analogi cinta..haha

Malam tadi atas rasa terkilan yang amat sangat pada seseorang,membuat aku 'belayar' cepat..tidor lah tu! tp yang tak best nya bila tidur cepat ni,aku akan terjaga cepat juga..jam baru jam 4, mata aku dah buntang tak mau lelap dah..

dan bila dah subuh sepie cam ni hati jadi sangat sayu, apa tak nya sangat sunyi takada satu bunyi pun waima bunyi cengkerik!!..dan bila sunyi dan sendiri,macam2 fikiran dan kenangan yang datang..silih berganti..arghhhh waktu ini airmata sangat murah dan mudah!

Aku wuduk dan bersujud di sepertiga malam mencari ketenangan..Ya Allahhhhh...

buka internet dan merayau dari blog ke blog..bc blog joegrimjow buat aku terhibur..analogi cinta!! sedikit petikan dr blog budak genius nih:

Member sorang ni mungkin tertekan sebab kakinya tak pulih 100% lagi. sebab tu boleh keluarkan cinta seperti kentut ni. hehe. semoga cepat sembuh bro! Tapi ada logik jugak cinta ni ibarat kentut. macam kalau kita kentut, rasa bertambah selesa dan samalah seperti melepaskan cinta yang busuk, hati jadi tenang. wahhh, macam tu ya? tapi maksud sebenar, ditahan sakit, dilepas malu. auuuwww, sweet la brother kita ni =)

RedLinda : macam belacan

Haa, pendapat cik linda yang digosip sudah bertunang ni boleh masuk dek akal. katanya cinta umpama sambal belacan walau pedas hingga mengalir air mata namun masih dmakan juga.. ahaa, tengok, begitu mendalamnya cinta cik linda terhadap tunang yang digosipnya. sanggup mengalir air mata kerana cinta. wahhh gitu

Kon GengBlogger : ibarat air

tak sangka romantik jugak cik adik kon ni. Patutlah tengok gambar masa zaman sekolah menengah dulu romeo semacam ye tak? cinta ibarat air, tak cukup haus dan terlebih boleh lemas. suka-suka, cinta ni memang macam tu, kena sedang-sedang.
*****


Masa aku google pasal cinta ni, terjumpa satu artikel yang menarik mengenai cinta. ni cinta berdasarkan kajian yang dilakukan oleh seorang professor di National Autonomous University of Mexico. Katanya cinta pada seseorang akan menemui titik akhir. Ini kerana bukan berasa bosan dengan pasangan semata-mata, tetapi memang kandungan zat kimia dalam otak yang mengaktifkan rasa cinta itu telah habis. angau pada mulanya tidak akan bertahan lebih dari 4 tahun. Jika sudah lebih 4 tahun, perasaan cinta itu akan semakin lama semakin menghilang.


Ermmm apa kata anda??


kata aku? - cinta sangat mudah datang tapi sangat sukar untuk pergi
cinta sangat indah tapi sangat payah
cinta itu buta!!!-menjahanam kan seluruh pancaindra!




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...