camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Thursday, November 18, 2010

Etika berjiran..


Salam aidiladha..
oleh kerana cuti satu hari saja,maka aku tidak pulang ke kampung dan tidak pula pergi kemana2..sementelah cuaca yang mendung dan hujan renyai sekali sekala. apalagi aku habis kan masa selain dr mengadap pc, aku melayan mimpi di siang hari!..hahahah

sedang enak berbungkus dalam selimut dan tidur2 ayam..( tahu apa makna tidur ayam? tidur yang tidak lena bukan tidur dengan ayam tau! ) aku terdengar suara salam di pintu..ah sudah! bisik hati ku..ada orang nak beraya ker?..rupa aku macam pontianak harum sundal malam nih..hehe sengaja aku pilih pontianak harum sundal malam sebab Maya Karin cantik!!

sah! jiran hujung barisan rumah ku datang beraya..masuk lah kata ku sambil membuka grill pintu..dia datang bersama baby perempuan dan 2 anak lelaki dalam lingkungan umur 4 dan 6 tahun..aku pun menghidangkan juadah nasi impit dan kuah kacang daging yang ku masak malam tadi, dan air segera F&N..

tapi yang hendak aku kata dan mengata di hari mulia ini ialah kenakalan anak dia!! memang lah lumrah kanak2 nakal,tapi sebagai ibu kita kena lah kawal dan didik anak kita supaya berdisiplin apatah lagi bila di rumah orang!! aku rasa dalam tahap umur 4 dan 6 tahun adalah masa yang sesuai untuk kita melentur anak kita, bukan biar saja apa yang mereka laku kan.

aku memang tidak gemar berkunjung ke rumah jiran, setakat hai..hai bila bertembung di halaman dan bertanya kabar apa yang patut kemudian aku akan masuk kedalam rumah..kerana aku ni kuat borak..haha bila aku dah mula borak,aku lupa dunia..lagi pun aku pegang kata2 seorang guruku..macamana baik pun dengan jiran,jangan sampai garam kau garam aku..dapur kau dapur aku..pergh dalam tu makna nya..( sebab kalau dah bergaduh akan habis lah rahsia kita dijaja,waima rahsia dalam kelambu sekali pun )

Disini aku titip kan beberapa perkara yang aku rasa JANGAN di laku kan bila berkunjung kerumah jiran:

1. jangan suka2 hati datang,mungkin jiran mahu berehat
2.jangan tidak datang bila jiran menjemput atau perlu kan pertolongan.
3.jangan berlama2 jika urusan sudah selesai
4.jangan bawa anak ( seboleh2 nya ) kerana bila kita mengumpat,anak akan pasang telinga dan jangan tidak tahu dia akan sampai kan perkara ini di sekolah!! kenapa tak percaya??
5.jangan biar anak ( jika terpaksa bawa ) merayau dalam rumah jiran seperti masuk dan main dalam bilik tidur, bermain barang2 perhiasan dan masuk kedapur.
6. jangan biar anak buat sepah dan buat sampah,lagi satu jangan biar anak petik dan rosak kan bunga jiran anda!!

seperti kata orang putih, less is more.jangan lah terlalu baik dan jangan lah sombong pula dengan jiran..INGAT kita saling memerlukan!!



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...